Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 24 Oktober 2009

BELANJAWAN PRU KE-13?


Banyak orang menyatakan bahawa PRU ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan. Kata mereka, momentum 1Malaysia + ekonomi yang semakin kukuh + petunjuk di Bagan Pinang + skrip Sodomi II + aksi SPRM + pelbagai propaganda + masalah yang dihadapi oleh PR meyakinkan pemimpin 1Malaysia untuk melaksanakan PRU ke-13 lebih awal dengan harapan PRU itu nanti dapat meledakkan tsunami politik di negeri-negeri yang dikuasai PR. Berdasarkan Bajet 2010 yang diperkatakan/dibicarakan dengan lebih detail di bawah ini, telahan yang menyatakan bahawa PRU ke-13 semakin dekat ada benarnya. Lanjut sila baca di bawah ini:

[MERDEKA REVIEW] Belanjawan tahun 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak memperlihatkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional mula mengatur langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Selain pengagihan peruntukan yang cuba mengambil hati setiap kaum, Belanjawan 2010 yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" ini juga menyahut beberapa tuntutan politik, misalnya mengambil langkah memerangi rasuah dengan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan mahkamah khas kes rasuah.

Jelas, belanjawan sulung Najib selaku PM ini bakal ditampilkan sebagai belanjawan yang pragmatik oleh media arus perdana, lebih-lebih lagi apabila pembangkang mahupun pemimpin Pakatan Rakyat memerlukan lebih masa untuk mengkajinya. Najib bakal diraih dengan tepukan sekali lagi, selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-60 yang melabuh tirai pada minggu lalu.

Menyentuh keperluan kaum
Dalam persepektif masyarakat Cina yang berpendidikan Cina, pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sama ada Cina mahupun Tamil, telah dijadikan kayu ukur sama ada kerajaan BN berlaku adil atau tidak kepada komuniti etnik lain. Malah, peruntukan untuk pembinaan SRJK (c) baru (bukan sekadar pemindahan) menjadi kayu ukur sama ada MCA berperanan/berpengaruh atau tidak dalam kabinet.

Menambah-bina SRJK(c) hanyalah janji yang ditaburkan ketika pilihan raya selama ini. Selepas tamatnya penggal kerajaan, janji kekal sebagai janji, kemudian diulang sebagai janji baru (manifesto) untuk mengaut undi. Adegan ini terbongkar juga pada akhirnya, menjadi antara faktor yang menjurus kepada tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Kali ini, Najib mengambil langkah bijak apabila mengumumkan sejumlah RM 1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Malah dinyatakan bahawa peruntukan ini adalah untuk Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school), walaupun tanpa dinyatakan nisbahnya.

Najib tidak lupa untuk memberi reaksi kepada tuntutan Parti Hak Asasi Manusia (PAHAM) yang diketuai pemimpin Hindraf P. Uthayakumar, apabila RM 20 juta disediakan khas untuk usahawan kecil India (tambahan kepada RM15 juta yang sedia ada). Pada 13 Oktober, P.Uthayakumar mencadangkan kepada kerajaan Najib agar menambah peruntukan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana kaum India.

PRU ke-12 yang menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat menyapu 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut disentuh keperluannya. "Tsunami politik" yang melanda ibu kota ini lebih dijuruskan beban ekonomi yang menekan, masalah yang melangkaui semua kaum, daripada hanya sentimen masyarakat bukan Melayu.

Justeru itu, peruntukan RM48 juta disalurkan, bahkan kementerian yang bakal bergelar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan bandar, malah mensasarkan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Namun, Najib tidak lupa untuk menabur peruntukan di kawasan luar bandar, lebih-lebih lagi apabila kawasan ini merupakan kubu BN untuk mengekalkan kuasa kerajaan di genggaman. RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur kawasan luar bandar, malah RM857 juta daripadanya telah disalurkan kepada Sarawak dan Sabah.

Menyahut tuntutan politik
Bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi komuniti masing-masing, Najib yang selama ini dikritik tidak bertekad untuk mereformasikan sistem politik, seperti usaha membanteras rasuah, membuka ruang demokrasi, telah mengumumkan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah, sebagai tambahan kepada 4 buah mahkamah yang sedia ada di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Pakatan Rakyat sememangnya boleh mempertikaikan bahawa langkah "reformasi politik" Najib terlalu kurang untuk menjawab tuntutan masyarakat umum. Malah, PR akan terus mempersoalkan keikhlasan dan keberkesanan kerajaan Najib untuk menangani masalah rasuah kerana tidak bertekad untuk "membebaskan" sistem kehakiman dari kawalan. Kes yang dirujuk adalah kes Tian Chua, ahli parlimen Batu PKR yang dijatuhkan hukuman kerana "menggigit polis", dan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam Lingam Tape.

Malah, PR boleh terus dengan perjuangan "Akta Gaji Minima", namun ia mungkin tidak "populist" kerana bukan semua kelas terutamanya peniaga menyetujuinya, walaupun isu ini meresap ke dalam denyutan nadi golongan buruh yang terlibat.

Oleh itu, tidak keterlaluan bahawa Belanjawan 2010 ini dikatakan sebagai Belanjawan PRU ke-13, seandainya dibaca dalam konteks politik Malaysia. PR berdepan dengan cabaran apabila tuntutan, dasar malah slogan mereka diambil-alih oleh kerajaan Najib, walaupun pernah dikritik tidak lama dahulu.

Apakah langkah PRU ke-13 semakin menghampiri?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH