Benarkah PAS Masih Mempelawa YB "Katak" Ini Berceramah?
Persoalan ada pada tajuk kiriman. Saya petik:
...Saya tahu banyak isu yang kami Konsensus Bebas bangkitkan atau dedahkan mengenai pembangkang tidak dapat dijawab oleh mereka. Dan saperti biasa pembangkang apabila tidak dapat menjawab, mereka akan gunakan taktik "character assassination". Dengan melabel kami Konsensus Bebas sebagai 'pro-BN' atau 'pro-UMNO', maka pembangkang akan cuba memberi persepsi atau gambaran kononnya kami adalah 'orang suruhan BN atau UMNO'.
Kami adalah Ahli Parlimen Bebas. Kami berhak untuk memilih menghadiri apa-apa program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, samada NGO, Kerajaan ataupun pembangkang. Malahan saya telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, dan saya tidak dengar pula BN atau UMNO komplen. Malahan bulan ini sahaja saya ada beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS dan beberapa NGO Islam lain....
Betulkah dakwaan YB "Katak" ini?
Jika teringin silalah klik pada pautan di atas untuk membaca lanjut YB "Katak" ini menyentuh tentang ETIKA, DIPERKUDAKAN UNTUK MENJADI ALAT POLITIK SEMPIT, JUJUR, IKHLAS, PUTAR ALAM & TANGGUNGJAWAB!
Mudah-mudahan kita tidak menjadi seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.