Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 21 April 2012

Hakim Menangis Jatuh Hukuman Kes Bunuh



[HM] KUCHING: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang mulanya tenang tiba-tiba bertukar sedih apabila Hakim Yew Jeng Kie turut mengalirkan air mata sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah membunuh dan menanam mayat rakannya di belakang sebuah rumah, tahun lalu.

Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah.

Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011.

Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal.

Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh.

Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh.

Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran.

Tertuduh mengambil cangkul untuk menggali lubang di belakang rumahnya bagi menanam mayat mangsa yang sudah meninggal dunia.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi.


Berkaitan:

‘Saya tak maafkan dia’

[HM] KUCHING: “Saya tidak dapat memaafkan perbuatannya hingga kami kehilangan seorang anak. Kami sekeluarga masih bersedih kerana kejadian itu hanya berlaku tahun lalu,” kata seorang bapa, Abdul Rahim Hasan, 42, selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, selepas mengaku bersalah membunuh anaknya, Taufik, 15.

Dia yang tiba di mahkamah kira-kira jam 2.30 petang ditemani keluarga terdekat, bagaimanapun reda dengan keputusan mahkamah walaupun pada awalnya menjangkakan hukuman lebih berat dikenakan terhadap tertuduh.

“Saya terima keputusan mahkamah, tetapi saya tidak akan memaafkan dia. Sebagai bapa, saya masih bersedih dengan kejadian menimpa anak saya memandangkan ia baru berlaku tahun lalu.

“Kalau anda di tempat saya, akan tahu bagaimana perasaan saya alami,” katanya ketika ditemui sejurus selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Yew Jeng Kie membuat keputusan itu.

Bagaimanapun, Yew memanggil tertuduh dan Abdul Rahim memasuki biliknya sebelum kedua-dua mereka keluar, kira-kira setengah jam kemudian.

Abang Ibrahim mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sebelum dikenakan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) didakwa menyebabkan kematian Taufik di sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari tahun lalu.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH