Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Ahad, 21 Julai 2013

[Video PANAS] Soalan yang Disembunyikan: Siapa Upah Sirul dan Azilah RM50 - RM 100 Ribu untuk Bunuh Altantuya?



Tonton video peguam mendiang PI Bala, Americk Sidhu berbicara mengenai pembunuhan Altantuya. Dalam video ini, beliau turut membangkitkan persoalan, mengapa pelbagai pihak khususnya polis tidak melanjutkan siasatan tentang individu yang menjanjikan upah sebanyak RM50- RM100 ribu kepada pembunuh Altantuya. Walhal fakta upah ini ada dinyatakan dalam pengakuan individu yang mengaku membunuh Altantuya.




P/s: Siapa? 

Berkaitan:

Peguam PI Bala beri keterangan dalam tribunal Scorpene

[TMI] Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene.

Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.

"Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul dana yang dianjurkan oleh Suaram.

Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene.

Cynthia juga berkata mahkamah Perancis kini sudah melanjutkan siasatan terhadap keadaan semasa yang membawa kepada kematian Altantuya Shaariibu dan terutamanya jika terdapat salah guna kuasa oleh Najib negara semasa memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan Balasubramaniam juga telah membuat dua pengakuan bersumpah yang berbeza-beza.

Balasubramaniam kemudiaan membuat pendedahan campur tangan Najib dan ahli keluargannya dalam kes tersebut sehinggakan Americk membuat pendedahan susulan pada mesyuarat agung Majlis Peguam pada 16 Mac 2013, beberapa hari selepas penyiasat persendirian tersebut meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Isunya adalah sama ada SD kedua Balasubramaniam dilakukan atas arahan Najib dan sama ada Najib telah mengarahkan peguam (Tan Sri) Cecil Abraham untuk menyediakan SD2," kata beliau.

Americk, tetamu yang dijemput pada majlis anjuran Suaram semalam mengesahkan beliau akan memberi keterangan di Paris.

Cynthia juga mendedahkan bahawa seorang lagi rakyat Malaysia telah memberi keterangan bertulis kepada mahkamah sebelum pilihan raya umum Malaysia 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata saksi itu telah meminta identitinya dirahsiakan.

Beliau berkata hakim utama dalam siasatan yang masih dijalankan itu, Roger Le Loire meminta penjelasan tentang bagaimana keterangan baru-baru ini sama ada ia akan memberi kesan kepada siasatan yang sedang dijalankan.

Pada tahun 2009, Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis hingga membawa kepada siasatan melibatkan dua hakim penyiasat.

Pada April tahun ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM458 juta sebagai rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera laut.

Pengkritik di Malaysia mendakwa bayaran itu adalah sogokan, yang menyalahi undang-undang di Perancis, undang-undang Malaysia dan juga antarabangsa.

Cynthia berkata, Perancis dan pihak berkuasa Hong Kong juga telah bekerjasama untuk mendedahkan rasuah oleh firma milik rakyat Malaysia, Terasasi yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene.

"Siasatan meliputi sekitar rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan sembilan syarikat lain dengan hubungan politik di Malaysia," tambah beliau.

Americk semalam mendedahkan pihak polis tidak pernah bertanya kepada Balasubramaniam tentang soalan penting melibatkan pembunuhan Altantuya walaupun ditahan selama 14 hari pada tahun 2006.

"Tiada siapa yang berminat dalam apa yang dia tahu. Semua keterangan dia berikan telah disunting polis telah disunting dan dibersihkan untuk kegunaan di mahkamah," katanya.

Peguam itu berkata hal tersebut mendorong anak guamnya untuk tampil dengan SD1 yang menjadi kontroversi.

Beliau juga berkata, kajian yang teliti dan terperinci ke atas SD1 akan mendedahkan tidak ada langsung Balasubramaniam menyebut nama Najib dalam pembunuhan Altantuya.

"Apa yang Balasubramaniam kata ialah kedua-dua Abdul Razak Baginda dan Altantuya memberitahunya dia pernah menjadi teman wanita Najib," kata Americk yang mengatakan beliau hanya memperincikan fakta dan bukan andaian.

Balasubramaniam kemudian membuat SD2 untuk menarik balik kandungan dalam SD1 dan berhijrah sementara ke India bersama keluarganya.

Americk berkata tindakan tergesa-gesa tersebut diambil adalah jelas menunjukkan situasi bahaya yang dihadapi oleh anak guamnya sejurus selepas membuat SD1.

Abdul Razak telah dibebaskan pada tahun 2009 kerana bersubahat dalam kes pembunuhan model Mongolia, yang juga bekas kekasihnya.

Dua anggota polis bekas Sirul Azahar dan Azilah Hadri juga telah merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan sabitan Mahkamah Tinggi. - 20 Julai, 2013.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH