Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 6 Ogos 2013

Siapa Sebenarnya Kumpulan Panji Hitam yang Dakwa Pewaris Agong yang Sah?




[FMT] PETALING JAYA: Persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita sekarang, siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara?

Semalam, 10 individu berpakaian serba hitam telah ditangkap pihak polis setelah mengadakan cubaan untuk merampas Istana Negara.

Semakan untuk mencari perihal mereka telah menjumpai beberapa “maklumat penting” mengenai kumpulan ini.


Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.

Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II (dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi).

Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad.

Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya.

Jemaah mereka iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk dan jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. (Tiga hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia).

Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.

Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.

Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.

Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh wali-wali Songo, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.

Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.

Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.

Mereka akan sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Maklumat di atas hanyalah hasil dialog penulis blog dengan seorang pengikut Kumpulan Panji Hitam. Maklumat ini harus diselidiki dan dipertimbangkan sendiri oleh para pembaca..

Akaun Facebook parodi

Sementara itu, semakan di laman sosial Facebook oleh FMT untuk mencari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II tidak membuahkan hasil, tetapi sebuah laman parodi telah dijumpai di https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096

“Page untuk hamba rakyat beta semua. Akaun original Raja Nusantara sudah kena hacked oleh RileksCrew. This Is Parody Page Beta,” seperti yang tertera di laman tersebut.

Posting pertama berkenaan insiden penangkapan pengikut Kumpulan Panji Hitam memaparkan: “Yang kena tahan semalam tu rakyat beta, beta tengah rileks kat Kota Bharu lg ni, semalam bersama sahabat Sultan Kelantan kat istana beliau kt majlis Qiam With Me. Malam ni beta balik Kedah..get ready hangpaaa semuaa..beta balik ni.”

“Gampang betol..rakyat beta gi istana sebab nk qiamullail mcm kt istana sultan Kelantan tu..habis seme diangkutnya…dah tu masuk tv free2 je…ingat rakyat beta ni bangang2 macam TV3 sama Utusan ke nk tawan istana dengan 10 orang?

“’Walk the talk’. Beta cakap, beta berani tunaikan gi istana tu. hangpa semua keyboard warrior pong pang dalam facebook. bukti beta ada telur. tak mcm aljibby. Misi beta sekarang nak tawan kerusi Presiden FAM dari sultan bolo,” kata ‘Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II’.

Di insiden sekitar jam 4.10 pagi semalam, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan dua orang perempuan itu telah menaiki tiga buah kereta untuk datang ke Istana Negara.

Mereka dikatakan bertujuan datang ke Istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa merekalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tidak menjumpai sebarang barang atau senjata, hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH