Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 3 September 2013

Aktivis: 2 September Ubah Lanskap Politik Malaysia



[TMI] Peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh hari ini, 15 tahun lalu mengubah landskap politik negara sehingga melahirkan Pakatan Rakyat (PR) kata aktivis yang juga penulis, Hishamuddin Rais.

Hishamuddin berkata, kejadian 2 September itu menyatukan parti pembangkang untuk melawan Bariasan Nasional (BN) dan beliau turut terbabit secara langsung dengan gerakan reformasi sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001.

“Anwar berjaya menyatukan PAS dan DAP sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat,” kata Hishamuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider pagi ini sempena 15 tahun peristiwa 2 September.

“Signifikannya, 2 September ini mengubah seluruh lanskap politik Malaysia sehingga sekarang ini. 
Apa yang berlaku pada 2008, 2013 adalah hasil daripada peristiwa pemecatan Anwar pada 2 September, 15 tahun dulu,” katanya merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2008 dan Pilihan Raya 2013.

Menceritakan pengalaman peribadinya pada 2 September 1998, bekas aktivis mahasiswa 1970-an itu memberitahu, beliau mendapat berita mengenai pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu secara terus dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menteri dalam negeri.

“Sejarahnya untuk diri saya sendiri, saya dapat panggilan telefon daripada Datuk Zahid Hamidi jam 10 pagi.

“Isham, Anwar kena buang, petang ini jam 5. Saya pun mengambil telefon dan beritahu siapa yang harus ambil tahu. Saya tak ada mobile. Kenapa jam 5? Kerana nak completekan dia punya one day pay tu agaknya,” katanya yang pernah bersama-sama Ahmad Zahid dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tahun 1970-an dahulu.

Menurut Hishamuddin, selepas dipecat, pada awalnya Anwar masih belum melawan kerana mempunyai harapan untuk kembali kepada Umno.

“Kalau lihat dari kenyataan Anwar pada 3 September, 4 September, sebenarnya kalau tengok betul-betul, Anwar ini tidak mengambil garis melawan. Baca balik sejarah, pergi arkib tengok dia kata, Mahathir ini mentor saya, saya anggap dia sebagai ayah,” katanya merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sehingga Anwar memekikkan perjuangan. Kemudian apabila mulanya berkumpul di Dataran Merdeka, barulah saya datang.”

Hishamuddin berkata, hasil daripada perjuangan selama 15 tahun gerakan reformasi menyebabkan anak muda kini berani bangkit untuk melawan.

“Tengok tulisan-tulisan saya. Di dalam Detik misalnya. Ketika reformasi ini, kita taburkan benih. 

Kita tidak tahu, apa yang akan timbul. Sekarang sudah timbul, budak-budak muda berani mempertikaikan Malaysia, anak-anak muda berani mengibarkan Sang Saka. Inilah benih yang ditanam 10 hingga 15 tahun dulu.

“Impak yang paling besar ialah saya panggil ‘Tamarod.’ Tamarod ni berontak, rebel. Dia melahirkan keberanian orang untuk turun ke jalan raya. Ini satu perkara yang baru,” katanya yang pernah mengarahkan filem ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’ itu.

Pada 2 September 1998, kira-kira 15 tahun lalu, Anwar masuk ke pejabat sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia, tetapi pulang beberapa jam kemudian dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Keesokan harinya, beliau dipecat daripada jawatan timbalan presiden dan ahli Umno.

“Untuk orang Melayu, impak pembuangan Anwar Ibrahim ini mendalam sekali sehinggakan Terengganu jatuh. Ini kita tidak boleh nafikan. Itu adalah impak daripada 2 September. Ini menjadikan kemudian beberapa kemenangan kerusi Parti Keadilan Nasional, PAS.

“Pada ketika itu masyarakat Tionghua ini masih belum bersama, masih lagi melihat apakah Melayu ini benar-benar berani membuat perubahan,” katanya mengimbas kembali keputusan pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999.

Hishamuddin membidas tindakan sesetengah pihak yang meremehkan peranan gerakan reformasi 1998 dalam sejarah politik negara.

“Pembuangan Anwar ini memang satu detik bersejarah. Dia bukan nota kaki yang selalu orang kata nota kaki. Dia bukan nota kaki. Ini satu babak dalam pensejarahan kerana ia mengubah lanskap politik negara.

“Saya cakap begini bukan sebab saya kaki bodek Anwar. Tapi ini yang berlaku,” katanya. - 2/9/13


P/s: Harap tidak ada yang tidak sedar diri dan mendabik dada kerana telah menang kerusi dalam PRU selepas 2 September 1998.  Tanpa Peristiwa 2 September 1998, mungkin landskap politik tanah air tidak berubah atau tidak menerima impak seperti sekarang.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH