[Wajib Baca] Ulasan Bahasa Nafsu Penonton TANDA PUTERA
FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)
Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian!
Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya
dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin,
kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu
apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow
Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu
dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba
bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem
ini amat membahayakan penontonnya!
Aku adalah penyokong kuat
kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk
producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa,
bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu,
tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA.
Filem ini
dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun Razak (The
Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk kepada Tun
Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara. Karakter Tun
Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN yang terlalu
'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat sebagai
menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku Najib
yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini. Bertambah lagi runsingnya
hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak kelihatan
kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah
berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah,
dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum.
Filem ini juga aku
lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa lalu...TEMBAK
SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP SANA -LETUP
SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton filem ini.
Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa
keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh,
kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung,
ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!"
Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah
tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup
harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA.
Sial punya filem!
* Ulasan ini dikutip tanpa izin daripada FB Tuan Noramin Moshi Moshi.
P/s: Tonton pendedahan Tunku Abdul Rahman dan Lim Kit Siang di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.