Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 26 Oktober 2013

Mufti Brunei Jawab Golongan Pertikai HUDUD



[Mustaqimmah] BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.


P/s: TM petik semula kenyataan TM di laman DCM: HUDUD: Beza antara Mufti Malaysia dengan Mufti Brunei. Mufti Malaysia cari jalan untuk melengahkan atau tidak melaksanakan hudud. Mufti Brunei menyokong dan menjelaskan hudud dengan hikmah dan bijaksana.

"LIKE" laman FB DUNIACACAMARBA untuk lebih banyak maklumat, video, dan pautan. Klik sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH