[Video] Gadis Guna YouTube Hantar Mesej Letak Jawatan
[Kosmo] TAIPEI - Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone.
Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan.
Video tersebut ditonton lebih 100,000 kali di YouTube.
"Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut.
Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya. - Agensi -2/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.