Anak Tidak Comel: Isteri 'Plastik' Didenda RM381 333
Suami tertipu pasangan cantik hasil pembedahan
[BH] Beijing: Hakim mahkamah di China semalam memerintahkan seorang wanita membayar ganti rugi kepada bekas suaminya sebanyak AS$120,000 (RM381,333) kerana tidak memaklumkan dia menjalani pembedahan plastik sebelum mengahwininya dan melahirkan anak yang ‘terlalu hodoh’.
Lelaki yang dikenali sebagai Jian Feng itu pada awalnya menuduh si isteri curang, malah terlalu yakin dia bukan bapa kepada bayi yang tidak comel itu.
Namun, ujian DNA mengesahkan bayi berkenaan adalah anak kandungnya menyebabkan isteri beliau terpaksa mendedahkan rahsia pembedahan plastik yang dijalaninya.
Dapat anak terlalu hodoh
“Berikutan itu, Jian Feng menceraikan dan menyaman bekas isterinya kerana memalsukan imej, menyebabkan dia tertipu dan melahirkan anak perempuan yang dianggapnya terlalu hodoh,” lapor Irish Times.
Bekas isteri Jian Feng yang namanya tidak didedahkan mengaku menjalani pembedahan plastik AS$100,000 (RM317,600) di Korea Selatan sebelum berkenalan dan berkahwin dengannya.
“Saya mengahwini dia kerana cinta tetapi sebaik saja mempunyai anak pertama kami mula menghadapi masalah rumah tangga,” kata Jian Feng. - Agensi - 10/11/13
P/s: Terbukti pembedahan plastik tidak dapat menceriakan hidup anda selama-lamanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.