Intipan AS: Anwar KUTUK, Najib?????
Anwar Kutuk Intipan AS terhadap Malaysia
[KD] KUALA LUMPUR 1 NOV: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk tindakan intipan oleh Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain ke atas Malaysia.
Katanya, tindakan secara rahsia memintas komunikasi ke atas sesebuah negara yang dianggap ‘hubungan-hubungan hangat dan mesra diplomatik’ adalah satu pecah amanah serius dan sama sekali tidak boleh diterima.
“Mengejutkan dan memeranjatkan. Satu pecah amanah serius dan tidak boleh diterima sama sekali ,” kata Anwar dalam kenyataannya hari ini.
Sepanyol memanggil duta AS, James Costos untuk memberi
tunjuk sebab (Gambar – The Guardian)
Katanya, secara etika negara yang melakukan intipan melalui kedutaan dan suruhanjaya-suruhanjaya tingginya seolah-olah mengabaikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
Semalam akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat keatas Malaysia oleh kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
Edward Snowden mendedahkan risikan ini dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ yang turut melibatkan Britain dan Kanada.
Dalam pada itu, Anwar menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap tindakan tercela tersebut.
“Jerman, Brazil dan Sepanyol dalam keadaan sama menyuarakan bantahan mereka, sebaliknya, di bawah Datuk Seri Najib memilih untuk diam,” tegas Anwar.
28 Oktober lalu, kerajaan Sepanyol memanggil duta AS, James Costos untuk memberi tunjuk sebab berhubung intipan dibuat Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS.
Dalam perkembangan berkaitan Canselor Jerman, Angela Merkel turut menyatakan rasa kesal dan menuntut penjelasan White House berhubung pendedahan Edward Snowden bahawa telefonnya diintip.
KEADILAN semalam dalam kenyataan rasmi menyatakan rasa bimbang tentang kemungkinan maklumat risikan diguna sebagai kelebihan strategik berikutan Malaysia kini terlibat dalam perbincangan berkaitan Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA). - 1/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.