Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 1 Disember 2013

Tiga Beradik Mati Akibat Dibunuh



Tiga Beradik Mati Akibat Dibunuh - Polis

[Bernama] ALOR SETAR: Polis pada Ahad berkata, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh.

Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Sementara kira-kira 3.45 petang Sabtu, mayat kakak mereka Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulubahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui.

Beliau berkata, keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol.

Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa, katanya.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma akan dibuat secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran.

Menurut Ahmad, motosikal tersebut berada dalam keadaan baik dan berkunci di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Gelam.

Polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mayat Nur Izzati Husna yang tidak dapat dipastikan pemiliknya, katanya. -  2/12/13


Berita Awal:

Kakak Dibunuh, Dua Adiknya Hilang

[HM] ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - 1/12/13


Remaja Hilang, Dua Adik Belum Ditemui

[SH] ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang semalaman bersama dua adiknya ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar di sini, petang semalam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan meniarap di tempat kejadian kira-kira jam 3.45 sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, mangsa keluar dari rumah bersama dua adik perempuannya berusia 12 dan tiga tahun pada malam 29 November lalu dengan menaiki sebuah motosikal, sebelum mayatnya ditemui.

“Buat masa sekarang polis masih menyiasat kes terbabit dan pihak kami menunggu laporan hasil bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian.

“Kita akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, usaha mencari dua adik mangsa yang masih hilang diteruskan. Pihak polis turut menggunakan khidmat skuba serta anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai berhampiran. - 1/12/13


P/s: Kejam.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH