Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia
[SelangorKini] SHAH ALAM : Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Mohd Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira jam 8.17 malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang.
Sebelum pemergiannya beliau sempat bersama menyertai perjuangan PAS dan dipilih sebagai Calon PAS untuk Parlimen Larut,Perak.
Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada tahun 1950.
Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.
Selangor Kini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan semoga Allahyarham Datuk Mohd Fauzi ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah.
P/s: Allahyarham sempat bersama-sama dengan perjuangan Islam.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.