[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Sah, Kadar Elektrik NAIK 15% Mulai 1 Januari 2014
Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari - Maximus
[BH] KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus, iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.
Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.
Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.
Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah. -2/12/13
Tarif Elektrik Naik 15%
[MK] Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.
Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.
Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.
Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.
Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. - 2/12/13
P/s: Siapa kata kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna? Teori mana yang digunakan pakai apabila bil naik, harga barang naik, kenaikan itu tidak akan membebankan pengguna? Siapa kata 70 peratus pengguna tidak akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik? Berapa banyak rumah yang hanya ada lampu kalimantang dan TV 14 inci?
Selepas PRU13, rata-rata pengguna yang membayar bil elektrik sekitar RM80 sebulan terpaksa membayar "kenaikan" misteri bil elektrik sehingga mencecah RM120 sebulan. Bayangkanlah kalau bil elektrik rumah melebihi nilai RM80 sebelum PRU13.
Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai.
Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai.
Sekarang diumumkan pula kenaikan rasmi tarif elektrik mulai 1 Januari 2014. Sudah untung RM4610 juta pada tahun 2013, mereka masih lagi mahu "menibai" poket kosong rakyat!
Tahniah pengundi BN, anda undi, anda pun turut kena bayar kenaikan bil dan harga barang.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.