Kematian 3 Beradik: Polis Buru Teman Lelaki Mangsa
[BH] ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.
"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.
Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.
Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.
Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.
"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. - 2/12/13
Berita awal di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.