[Video & Gambar] Pelakon “The Fast and the Furious”, Paul Walker Maut dalam Kemalangan
[TMI] Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem “The Fast and the Furious” maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.
Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.
Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.
Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.
Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.
Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.
Walker membintangi beberapa siri filem “The Fast and the Furious” bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel. – 1 Disember, 2013
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.