Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Isnin, 2 Disember 2013

Sasterawan Didakwa Perkosa Siswi



[HM] Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).

Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.

Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. 

Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. 

“Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. “Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.

“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.

“Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental,” katanya.

Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi - 2/12/13


Berkaitan:

Anak Sitok Nafi Tuduhan terhadap Bapa

[HM] Jakarta: Anak penulis dan budayawan Sitok Srengeng, Laire Siwi Mentari bersuara untuk mengulas mengenai kes rogol yang dihadapi ayahnya itu.

Dalam surat terbukanya, Laire menyatakan rasa kecewa dengan pelbagai reaksi diterimanya termasuk daripada teman rapat berhubung kejadian itu.

“Tidak semua berita di media itu benar, malah banyak yang dibesar-besarkan. “Tuduhan yang dilemparkan terhadap ayah saya tidak benar.

“Walaupun memang dia dan wanita digelar RW berkenaan mempunyai hubungan, tiada langsung unsur paksaan.

“Malah, berkali-kali ayah cuba menemui keluarganya untuk bertanggungjawab atas perbuatannya, namun tidak diendahkan sebaliknya ayah dituduh pula merogol wanita itu,” katanya, semalam.

“Semua orang berhak kecewa dan marah terhadapnya, lebih-lebih lagi saya sebagai anaknya.

“Namun kemarahan itu tidak akan mengubah keadaan,” katanya dalam blog peribadinya.

Dalam surat terbuka itu, Laire menggesa semua pihak memikirkan keadaan RW yang dikatakan mengalami kemurungan selain anak yang bakal dilahirkan wanita berkenaan. - Agensi - 5/12/13


Seorang Lagi Dakwa Dicabul

[HM] Jakarta: Seorang lagi wanita tampil mendakwa menjadi mangsa serangan seksual penulis Sitok Srengenge semalam.

Wanita terbabit ialah “mangsa” kedua membuat tuduhan terhadap Sitok, 48, selepas seorang lagi wanita sebelum ini membuat laporan kepada polis mendakwa dirogol penulis dan budayawan terbabit.

Wanita pertama cuma dikenali dengan nama singkatan RW kini hamil tujuh bulan.

Semalam pensyarah Universiti Indonesia Saras Dewi mendedahkan seorang siswi di pusat pengajian tinggi itu turut mengadu dijadikan mangsa Sitok. Kata Saras Dewi, siswi terbabit mendakwa diajak Sitok atau nama sebenarnya Sitok Sunarto ke sebuah bilik kononnya untuk membincangkan projek seni.

“Bagaimanapun apabila di bilik berkenaan, Sitok memberi siswi terbabit minuman keras sebelum merabanya.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum sempat dirogol,” katanya.

Saras Dewi yang juga kaunselor dua siswi terbabit berkata, mangsa kini mengalami trauma dan kemurungan akibat kejadian itu.

Di sebalik aduan polis dibuat mangsa pertama, setakat ini pihak berkuasa belum mengambil sebarang tindakan ke atas Sitok.

Di pihak Sitok pula, dia menafikan merogol siswi yang hamil itu sebaliknya mendakwa hubungan seks di antara mereka berlaku atas dasar suka sama suka.

Sementara itu, isteri Sitok, Farah Maulida berkata dia tetap berdiri teguh di belakang suaminya.

“Sebagai isteri yang mencintainya, saya akan terus ada di sampingnya,” kata Farah dalam laman Facebook, Sabtu lalu.

Farah mengakui tahu perkara itu sejak 7 November lalu selepas dibangkitkan seorang rakan sebelum menyoal Sitok. - Agensi -5/12/13

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH