Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Jumaat, 31 Mei 2013

Mengapa Ular Peliharaan Tidak Membaham Tuannya yang mati Akibat Sakit Jantung?



[HM] Berlin: Pencarian polis untuk mengesan seorang lelaki yang hilang berakhir dengan kejutan apabila mereka menemui mayatnya dikelilingi 40 ular, lapor media semalam.

Kebanyakan reptilia itu - termasuk seekor anakonda sepanjang sembilan meter dan empat ekor ular sawa 10.5 meter - berlingkaran di sekitar mayat reput itu.

Jurucakap bomba di bandar Straubing berkata, mayat lelaki itu ditemui di apartmen di Heiko Rieder.

“Sekurang-kurangnya seekor daripada ular itu sebesar paha orang dewasa,” katanya.

Sebelum itu, polis dimaklumkan mengenai kehilangan lelaki terbabit apabila dia tidak hadir bekerja selama seminggu.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mati akibat serangan jantung ketika memberi makan ular peliharaannya.

“Dia bernasib baik kerana badannya terlalu besar untuk ditelan ular berkenaan,” katanya. Pakar reptilia pula berkata, ada dua sebab mengapa ular itu tidak memakan tuannya.

“Pertama, ular itu lebih gemar memakan mangsa yang hidup, dan kedua, lelaki terbabit terlalu besar untuk ditelan sekaligus,” katanya. - The Sun



, ,

Bayi Terperangkap di dalam Paip Tandas Diserahkan kepada Ibunya



[Kosmo] BEIJING - Bayi baru lahir yang diselamatkan dari saluran paip kumbahan di China diserahkan kepada ibunya selepas pihak berkuasa mengesahkan bayi itu terperangkap kerana kemalangan, kata seorang pegawai tempatan semalam.

Bayi lelaki itu dibawa pulang dari hospital oleh ibunya yang belum berkahwin yang datang bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada anak tersebut.

Seorang pegawai di sebuah pejabat propaganda daerah Pujiang berkata, lelaki itu akan membuat ujian untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ialah anaknya.

Jika ujian itu mengesahkan bayi itu ialah anaknya, dia bersedia berbincang dengan wanita tersebut cara untuk membantu membesarkannya.

Pihak berkuasa juga masih tidak mendedahkan identiti pasangan tersebut.

Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai kekurangan pendidikan seks dan cara melahirkan bayi yang betul di kebanyakan sekolah di China.

Pihak polis juga memutuskan bahawa wanita bujang berusia 22 tahun itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana dia memberitahu perkara yang sebenar walaupun pada awalnya enggan tampil kepada pihak berkuasa kerana diselubungi ketakutan.

Wanita itu memberitahu polis dia mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dan merahsiakan kehamilan itu daripada keluarga serta jiran.

Dia kemudian melahirkan bayi tersebut di dalam tandas di rumah sewanya di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China.

Bagaimanapun, bayi tersebut terjatuh di dalam saluran tandas cangkung itu pada Sabtu lalu.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu terperangkap di dalam saluran paip berbentuk L di bawah tandas cangkung apabila anggota bomba tiba di bangunan sewa tersebut.

Bayi itu kemudian dibawa ke sebuah hospital supaya kerja-kerja memecahkan paip tersebut dibuat tanpa mencederakan bayi berkenaan. - AP


Berita awal di sini.



,

Islam Bakal "Tawan" Britain


MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

[HM] London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. 

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.

Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. 

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. 

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. 

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. 

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail


,

Awas, Ubat Tahan Sakit Boleh Sebabkan Serangan Jantung!



[HM] London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap “sama bahaya” dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang (NSAIDs), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.

Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. 

Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters


,

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Khir Toyo, Adakah...


...magik akan berlaku di peringkat Mahkamah Persekutuan yang merupakan platform terakhir pasukan pembelaan Khir Toyo untuk mengelakkan pelanggan mereka dikenakan hukuman 12 bulan penjara?

Menurut laporan media:

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara 12 Bulan Terhadap Khir Toyo

[Mstar] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Sambung di sini.


Sama-samalah kita tunggu sama ada akan berlaku magik atau tidak semasa kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia mahu melihat keadilan dapat ditegakkan dan orang yang didapati bersalah dikenakan hukuman yang setimpal tanpa mengira darjat.







,

Peniaga Berusia 49 Tahun Dakwa Diri Dicabul Doktor


Peniaga Wanita Dakwa Dicabul Doktor

[Bernama] IPOH - Seorang peniaga wanita mendakwa dicabul seorang doktor ketika membawa pekerjanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.

Mangsa yang berusia 49 tahun itu mendakwa dalam kejadian pukul 11.30 pagi 22 Mei lepas, doktor berumur lingkungan 60-an itu mengajak beliau naik ke tingkat atas klinik untuk melihat lukisan.

"Selepas membuat pendaftaran nama pekerja, dia (suspek) mengajak saya melihat lukisan kerana saya tidak menghadirkan diri ke pertandingan melukis kanak-kanak yang dianjurkannya sehari sebelum kejadian.

Semasa berada di tingkat atas, doktor itu tiba-tiba memeluknya dari belakang dan mencabulnya, katanya pemberita di sini hari ini.

Peniaga itu berkata lima selepas kejadian, beliau dan suaminya berjumpa doktor terbabit di klinik itu bagi bertanyakan mengenai kejadian itu tetapi mereka dihalau dan berlaku pergaduhan.

"Suami saya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan kanan, muka serta calar di dada akibat dicucuk dengan pen," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai.

Sementara itu, Ketua Polis Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kertas siasatan telah lengkap dan dihantar kepada timbalan pendakwa raya," katanya. 



,

Mayat Remaja 14 Tahun Ditemui Sekumpulan Remaja


[SH] AYER MOLEK - "Apa dosa anak saya?" demikian luahan bapa kepada remaja perempuan, Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, di sini, kelmarin, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Mohamad Sahak, 58, berkata, walaupun reda dengan takdir, dia tetap mahu tahu mengapa anak kesayangannya itu diperlaku sebegitu.

"Saya mahu tahu siapa pembunuh Aimi dan apa motifnya. Saya harap pembunuh anak saya ditangkap dan terima pembalasan dengan segera," katanya.

Dia kelihatan masih trauma ketika bercakap kepada pemberita yang menemuinya di rumahnya di Taman Desa Ayer Molek, di sini, semalam.

Katanya, sejak Aimi Hamizah, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pulang ke rumah Isnin lalu, dia dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, seperti tidak tentu arah dan sentiasa berada dalam keadaan bimbang.

Mohamad yang merupakan pekerja kilang lebur besi di Merlimau berkata, anak tunggal perempuannya itu sangat manja dan rapat dengannya.

Anaknya sempat berbuka puasa dengan isterinya Isnin lalu, mencium tangan mereka berkali-kali sebelum keluar untuk mengaji al-Quran.

“Arwah puasa ganti dan dia ada ajak saya berbuka puasa sekali, tapi saya tak mahu sebab tidak berpuasa.

“Sebelum keluar rumah pergi mengaji pula dia salam saya berkali-kali dan sempat mencium ibunya. Selalunya dia akan salam dua, tiga kali, tapi kali ini berkali-kali pula,” katanya.

Mohamad berkata, dia bersama anak lelaki serta beberapa rakan anak lelakinya kemudian terus mencari mangsa selepas tidak pulang ke rumah hingga 10 malam.

“Sehingga hari Selasa Aimi masih tak balik-balik, jadi kami pergi buat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, kira-kira jam 10.45 malam.

“Keesokannya (Rabu), saya rasa tak sedap hati setelah polis datang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan memaklumkan bahawa mereka ada jumpa mayat seorang remaja perempuan dan meminta saya untuk membuat pengecaman,” katanya.

Menurutnya, dia dan isterinya, serta dua anak lelaki, Abdul Mutalib, 20, dan Abu Sufian, 17, bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira empat kilometer untuk buat pengecaman.

“Semasa di tempat kejadian, saya tak mampu buat pengecaman kerana masih terkejut, namun dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki bahawa mayat remaja perempuan itu adalah Aimi berdasarkan pakaian dan barang kemas yang dipakainya,” katanya.

Tambah Mohamad, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya meninggal dunia dalam keadaan demikian.

Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang kelmarin.



, , ,

Anwar MENANG Saman Terhadap S. Nallakurapan



[SH] SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.



,

Khamis, 30 Mei 2013

[Gambar] Siapa Sangka Lelaki Ini Ialah Ronnie....

...yang digelar komunis, anti-Melayu, anti-Islam, dan sebagainya.

Sumber gambar di sini.


P/s: Salut!


,

Lelaki Dikurung di dalam Sangkar Kerana Masalah Mental



[HM] Beijing: Seorang ibu meluahkan perasaan sedihnya selepas terpaksa mengurung anaknya yang menghidap sakit mental di dalam sangkar buatan sendiri sejak lebih 10 tahun lalu.

Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001.

Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka.

Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam.

Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk.

Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China.


WU dikurung dalam sangkar buatan ibunya.

Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri.

Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri.

“Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau.

“Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering.” Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar. - Agensi



, ,

Menentang Kerajaan Secara AMAN Itu MENDERHAKA? Dr. Asri JAWAB




P/s: Anda mahu menerima pendapat siapa?






,

Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Buas Lima Lelaki



[HM] Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.

Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.

Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.

“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.

“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.

“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa.



[TERKINI] Senarai Exco Negeri dan Speaker DUN Selangor

Speaker DUN

[TMI] KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pertikaian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018 akhirnya selesai dan upacara angkat sumpah sedang berjalan sekarang di Balai Rong Seri, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Untuk penggal ini, PAS mendapat kuota terbanyak iaitu empat kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi.

“Majlis angkat sumpah sedang bermula sekarang,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut Faekah, anggota-anggota Exco bagi penggal ini adalah Halimah Ali (Selat Kelang), Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Sallehen Mukhyi (Sabak) and Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dari PAS.

Sementara anggota Exco dari DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) and V Ganabatirau (Kota Alam Shah).

PKR pula meletakkan tiga orang wanita sebagai anggota Exco iaitu Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), Rodziah Ismail (Batu Tiga) and Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Buat pertama kali dalam sejarah seorang wanita dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hannah Yeoh  dari DAP sementara Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.


Exco Selangor



, ,

GRO Layan Pelanggan dalam Semak


[SH] SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.


,

Rabu, 29 Mei 2013

[Gambar & Video] Bayi Baru Lahir Terperangkap di dalam Saluran Paip Tandas



[HM] Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.

Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.

Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. 

Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. 

“Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” 

Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail

The baby was discovered head first in a neighbour's toilet pipe





















Tomboy Lahir Anak di Belakang Bangunan



[HM] Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.

Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.



, ,

Profesor Undang-undang Didapati Bersalah Terima RASUAH SEKS


[CyBerita] PROFESOR undang-undang Tey Hsun Hang, yang dituduh mendapatkan habuan seks sebagai balasan bagi memberi gred yang lebih baik kepada bekas pelajarnya, didapati bersalah bagi kesemua enam tuduhan yang dihadapinya, semalam.

Tey, 42 tahun, dituduh menerima habuan dalam bentuk hadiah dan seks daripada Cik Darinne Ko Wen Hui, 23 tahun, antara Mei dengan Julai 2010 sebagai balasan memberinya keputusan akademik yang baik.

Pensyarah Universiti Nasional Singapura (NUS) itu dijatuhi hukuman hari ini.

Menyusuli keputusan mahkamah di akhir perbicaraan selama lima bulan sejak Januari lalu itu, NUS telah memecat Tey daripada jawatannya.

Tey, bapa seorang anak perempuan, boleh dikenakan hukuman denda hingga $100,000, penjara hingga lima tahun atau kededua hukuman bagi setiap tuduhan.

Semasa menyampaikan keputusan, Hakim Daerah Besar, Encik Tan Siong Thye, berkata Tey berniat buruk dan telah "memperdaya" Cik Ko untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Tey tahu apa yang dilakukannya itu tidak jujur dan salah namun dia terus "mempergunakan" Cik Ko yang ketika itu anak muridnya, ujar Encik Tan.

Sedang Cik Ko terus memberi perhatian dan hadiah, termasuk sebatang pen jenama Mont Blanc dan kemeja yang ditempah mengikut ukuran Tey, beliau sebenarnya bertepuk sebelah tangan.

Tey mempunyai "motif tersembunyi" dalam menjalin hubungan dengan Cik Ko, tambah Encik Tan.

Beliau turut menarik perhatian bahawa bukti yang dikemukakan Tey sebagai seorang saksi di mahkamah tidak boleh dipercayai.

"Dia telah berbohong beberapa kali semasa perbicaraan kepada Dr Bharat Saluja (pakar psikiatri forensik di Institut Kesihatan Mental), dan juga dalam enam kenyataannya yang panjang kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengenai fakta dan kejadian penting," kata Encik Tan.

Ketika membuat rayuan agar Tey dikenakan hukuman ringan, peguamnya, Encik Peter Low, menggesa mahkamah supaya mengenakan denda terhadap anak guamnya.

Encik Low berhujah bahawa jumlah wang yang terlibat dalam kes itu "kecil" dan Tey "terseksa akibat tekanan mental" sejak siasatan bermula pada 2 April tahun lalu.

Denda besar adalah hukuman wajar bagi Tey, tambah Encik Low.

Pihak pendakwa akan menyampaikan hujah mereka tentang hukuman yang dirasakan setimpal hari ini.

Selepas Hakim selesai menyampaikan keputusan penghakiman lisannya semalam, Tey dilihat memeluk beberapa orang di galeri awam, ada daripada mereka dipercayai teman-temannya.

Menurut jurucakap NUS, pemecatan Tey berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi e-mel semalam, jurucakap NUS berkata walaupun kesalahan Tey dianggap serius, pihak pendakwa tidak mendapati bahawa gred pelajar telah diubah.

Ia menambah bahawa "markah dan ijazah membentuk masa depan siswazah kami, dan reputasi NUS sebagai sebuah institusi".

Menurut jurucakap itu lagi, NUS sedang menjalankan semakan dalaman "bagi memastikan integriti sistem pemarkahan NUS dan sejauh ini kami tidak mendapati bukti tentang sebarang kegenjotan".



, , ,

TG Nik Aziz Bercakap tentang Penyatuan UMNO-PAS: “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan.."


[HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

,

Akta Hasutan: Empat Individu Didakwa, Hishamudin Rais Serah Diri


[MK] Empat pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut.

Keempat-empat individu tersebut adalah aktivis siswa Safwan Anang, pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan naib presiden PKR Tian Chua.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dijalankan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


,

Padah Cabul Wanita Sedang Tunggang Motosikal



[SH] AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.

“Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.

Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.

“Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?,” tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.

Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.

Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.

Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.

Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.



,

Selasa, 28 Mei 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Government Tax Room

Sumber gambar di sini.

Terima kasih pengundi BN, anda bahagia, kami derita.

Government Service Tax sudah ada, Goverment Tax Room pun ada, kini kami menunggu pula Good and Services Tax (GST) yang khabarnya mencecah 7%.

Anda semua bertuah. Jangan lupa tunjukkan kad keahlian UMNO atau BN untuk "mendapatkan" pengecualian! - DCM








,

Isnin, 27 Mei 2013

[Video Panas] Siapa Isteri Si Saiful Bukhari? Apa Kaitannya dengan Kes Saiful? Sedikit Pencerahan di Sini.



Ingat wartawan Media Prima yang kemaruk bertanyakan soalan tentang jam Omega semasa sidang media DSAI di Hotel Continental Kuching ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak dahulu? Isu jam Omega itu ada kaitan dengan konspirasi fitnah Drama Liwat II yang membabitkan Saiful Bukhari. 

Wartawan tersebut ialah Nik Suriyani Megat Deraman (orang Padang Midin, Terengganu) yang kini sah menjadi isteri Saiful Bukhari. 

Dalam sidang media itu, Nik Suriyani ditempelak oleh DSAI dan "dimalukan" oleh seorang wartawan akhbar Sarawak yang memintas dan menegurnya dengan menyatakan bahawa sidang media itu sepatutnya berkaitan dengan isu PRN Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain. -DCM





P/s:  ... maka tidak hairanlah jodohnya dengan Saiful Bukhari!!!

Cerita perkahwinan mereka di sini.



, , ,

[PENTING] Jom ke Balai Polis Hari Ini, Ada Apa? Baca!!!


KEMPEN LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA MENGENAI DAKWAT TIDAK KEKAL

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban.

#siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:

“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat

#siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih.


Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN


P/s: Contoh laporan polis yang lain:

FORMAT LAPORAN POLIS
Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor _____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat pengundian semasa saya keluar mengundi. 

Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________.

Setelah pegawai SPR menyemak dah mengesahkan identiti saya, mereka telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan. 

Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari. 

Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses undian. 

Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya. 

Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya.

TARIKH AKHIR UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG DAKWAT KEKAL IALAH HARI INI (27 MEI 2013)


,

Ahad, 26 Mei 2013

[Gambar] Selamat Pengantin Baru




[SH] Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga. 

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar. 

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. 

UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah 

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara. 

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini. 

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap. 

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. 










Kredit kepada empunya gambar.


P/s: Taniah, ustaz. Semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH