Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Sabtu, 30 November 2013

Siti Aishah Akan Pulang dalam Masa Sembilan Bulan Lagi




[AA] KUALA LUMPUR: Siti Aishah Abdul Wahab yang menjadi hamba psikologi selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia dalam masa sembilan bulan.

Hasrat itu dinyatakan kepada kakaknya Kamarmahtum yang berkesempatan mengadakan pertemuan selama lebih kurang 40 minit.

Kamarmahtum menerusi perbualan telefon dengan Astro AWANI memaklumkan dalam pertemuan itu Aishah juga berjanji akan pulang ke tanah air selepas segalanya selesai.

"Dalam pertemuan itu dia (Aishah) kata selepas sembilan bulan selepas siasatan selesai dia akan balik,

“Tapi itu pun kalau dia tidak pulang, hanya Allah saja yang mengetahui, itu antara dia dengan Allah,” kata ketika dihubungi.

Menurut Kamarmahtum sepanjang pertemuan itu juga, dia tidak berkesempatan untuk bertanyakan mengenai penghambaan adiknya itu.

"Kami hanya berjumpa dalam tempoh lebih kurang 40 minit jadi hanya itu masa yang saya ada untuk marah dia, peluk dia, cium dia dan itulah masanya saya hendak memberinya nasihat,” ujarnya lagi.

Kamarmahtum juga berharap Aishah tidak melupakan identitinya dan pulang ke tanah air satu hari nanti.

"Pertamanya, dia mesti menjadi seorang Muslim yang baik, kedua dia mesti baca Al-Quran, ketiga dia mesti balik ke Malaysia. Ini harapan saya dan saya harap harapan saya ini akan dimakbulkan Allah dan ia tidak sia-sia," katanya sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Sebelum ini Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia.

Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.

Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.

Pada 26 November lalu Kamarmahtum terbang ke United Kingdom untuk berjumpa adiknya dan dijangka tiba di Malaysia pada Ahad bersama anak saudaranya Zan Azlee Zainal Abidin yang juga merupakan Editor Majalah Astro AWANI. -30/11/13



, ,

Budak 11 Tahun ROGOL Budak 6 Tahun, Ceritanya....

Sekadar hiasan.

[Mstar] MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak.

Polis kini menyiasat kes yang boleh menjadi sebagai perogol yang paling muda di negara ini.

Kedua-dua kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh pada kira-kira pukul 2 petang apabila seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 43, menyedari bahawa rumah di Alor Gajah itu senyap tidak seperti biasa.

Pengasuh itu pergi ke kedai runcit berhampiran, maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat.

Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya.

"Dia menangis dan kelihatan terkejut," kata Shima.

Selepas menenangkan kanak-kanak perempuan itu di bawah, jiran telah memeriksa rumah tersebut dan budak lelaki itu, yang merupakan anak tirit kepada pengasuh kanak-kanak terbabit, bersembunyi di sebalik pintu bilik yang lain.

"Dia hanya memakai seluar," kata Shima.

"Dia memberitahu saya bahawa dia sedang bersiap untuk menghadiri kelas agama."

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu.

Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya.

Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.

Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Hin percaya budak itu mungkin boleh bertindak sedemikian berdasarkan apa yang telah dilihat dalam filem lucah, mungkin di Internet.

"Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang yang berusia 11 tahun boleh pergi sampai ke tahap itu," katanya.

Terdapat beberapa kes kanak-kanak meniru perbuatan buruk yang mereka telah melihat di laman web tertentu, katanya.

Mak meminta supaya penapis web dan menyekat perisian diharuskan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses laman web yang tidak sesuai seperti lucah atau lain-lain.

"Atau kita harus menetapkan umur minimum untuk melayari laman web," katanya.


P/s: GILA!!!!

, ,

Siti Aishah Tak Mahu Pulang, Nafi Dihambakan



Hishamuddin Rais: Siti Aishah Tak Mahu Pulang, Nafi Dihambakan

[TMI] Wanita yang dikatakan menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab enggan pulang ke Malaysia dan berkata beliau tidak pernah diperhambakan di London, kata aktivis Hishamuddin Rais.

Katanya, Siti Aishah yang mendakwa dirinya tidak diperhambakan masih berpegang kepada ideologi Maoist.

“Siti Aishah berkata dia tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa. Itu adalah ideologi kepercayaannya.


“Dia juga tidak mahu pulang ke Malaysia,” kata Hishamuddin yang berada di London ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut,Hishamuddin melalui blognya Tukar Tiub menceritakan butiran lanjut situasi pertemuan Siti Aishah bersama kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

“Perjalanan enam jam dari kota London dan dua kali bertukar kereta di dua balai polis. Cikgu Kamar jumpa adiknya di satu tempat rahsia. Ada dua pegawai polis wanita dan lapan pegawai polis lelaki.

“Wakil dari kedutaan juga tidak dibenarkan turut serta. Cikgu Kamar memeluk adiknya sambil menangis penuh emosi dan Siti Aishah juga dilihat menitiskan air mata,” katanya mengulas mengenai pertemuan dua beradik itu yang berlangsung selama 40 minit.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh Hishamuddin.

Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944.

Hishamuddin berkata, Aishah dilihat memakai baju merah dan berseluar hitam sementara Kamar Mahtum membawa bungkusan untuk diberikan kepada adiknya.

Katanya, dalam pertemuan singkat itu, Siti Aishah sempat bertanya keadaan ibunya dan adik-beradik yang lain.

“Cikgu Kamar membawa beg yang berisi hadiah iaitu sejadah, jubah dan kain tudung. Aishah bertanya tentang ibu, Kamar Mahtum menjawab telah lama pergi.

“Aishah bertanya tentang kakak yang satu lagi, beliau turut memberi jawapan sama,” katanya.

Hishamuddin berkata, ketika dijemput pulang ke Malaysia untuk diperkenalkan dengan saudara-mara di sini, dia menjawab: “Satu masa nanti.”

“Aishah diberitahu tentang ajaran Islam dan dia menjawab di London pun ada masjid serta ramai kawan beragama Islam,” kata Hishamuddin.

Katanya, Kamar Mahtum berusaha sedaya upaya memujuk adiknya pulang ke Malaysia namun tiada sebarang petanda positif.

Kamar Mahtum Abdul Wahab minta adiknya pulang ke Malaysia.“Saya berleter. Aishah amat British,” kata Kamar Mahtum.

Di hujung pertemuan itu, Hishamuddin berkata, Siti Aishah mengakui bahawa dia senang di kota London dan mempunyai ramai kawan di sana.

Katanya, Kamar Mahtum dapat merasakan bahawa ada perkara sulit dalam hidup Siti Aishah yang ingin diceritakan namun tidak disampaikan dalam pertemuan singkat tersebut.

“Ada tiga permintaan Kamar Mahtum kepada adiknya iaitu meminta Siti Aishah tidak lupa membaca Al-Quran, meminta Siti Aishah mengirim surat dan terakhir sekali Kamar Mahtum meminta adiknya itu agar kembali ke Malaysia,” katanya yang kini masih berada di kota London.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.

Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” berasal dari Singapura dan isterinya Chanda dari Tanzania.

Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan seperti didera secara seksual tetapi tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. - 30 November, 2013.


,

[Video] Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO

18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)


29 November 2013




P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 

Hahahaha Kazim oh Kazim!!!

Patutlah...


Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 


Sokong UMNO pula?



Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.


, ,

Jumaat, 29 November 2013

Isu Gaji MB, ADUN, dan Exco Selangor: Azmin dan ADUN Lain Tidak Bantah Semasa RUU Dibentangkan


[MK] Walaupun lantang mengkritik kenaikan gaji wakil rakyat Selangor, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali sebenarnya ada di dalam sidang dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri, kata ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.

"Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun...

"Kecuali dua ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) yang menyokong rang undang-undang itu, tiada seorang pun daripada yang menghadiri sidang membahaskan rang undang-undang gaji itu bercakap atau membangkang.

"Malah sewaktu bacaan kali ketiga pun, mereka ada di dalam dewan.

"Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang mereka tak setuju," kata Teng kepada wartawan hari ini.

Tegasnya, mereka yang membantah kenaikan gaji itu sepatutnya berbuat demikian agar ia boleh direkod dalam hansard dewan.

Tambahnya, Ng juga telah merangka surat kebenaran untuk ditandatangani oleh ADUN yang enggan menerima kenaikan gaji itu.

Surat itu adalah untuk membenarkan kenaikan tambahan gaji mereka didermakan buat pertubuhan kebajikan. - 29/11/13


P/s: Mengapa mengkritik hebat selepas MB umum kenaikan tersebut?



, ,

Selangor Sediakan BORANG SERAH GAJI kepada Badan Kebajikan


[TMI] Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyediakan borang untuk mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi dan hendak diserahkan kepada badan kebajikan.

Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada partinya sendiri, PKR.

"(Adun) Sekinchan (Ng Suee Lim) dah buat surat, membenarkan Dewan serahkan (lebihan gaji) kepada badan kebajikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, DUN Selangor amat berbesar hati sekiranya surat berkenaan ditandatangani oleh pihak yang berpendapat kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu terlalu tinggi dan ingin menyerahkan lebihan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

"Kami tuliskan surat, kalau ada yang tak tahu buat surat, Sekinchan dalam Dewan dah tunjukkan surat itu," kata Teng.

Beliau membangkitkan tindakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Mohamed Azmin Ali mempersoal perkara itu semalam, sedangkan ketika sesi perbahasan kenaikan berkenaan dilakukan di Dewan, tidak membuat sebarang bantahan.

"Tiada pihak yang bangkitkan (kenaikan gaji) di dalam Dewan. Malah ketika bacaan ketiga pun mereka ada di dalam Dewan.

"Kalau rasa terlalu tinggi perlu dibangkitkan dalam Dewan, jadi akan ada dalam hansard. Dia (Azmin) ada dalam Dewan bila kenaikan gaji dibacakan, dia ada dalam Dewan masa perkara itu diluluskan," katanya.

Ditanya tujuan sebenar Azmin membangkitkan perkara itu di luar sidang DUN, Teng berkata:"Itu kena tanya dia."

Kenaikan gaji ahli Dewan Selangor dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR, kata Elizabeth Wong. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata perkara kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR hujung minggu lalu.

"Dalam mesyuarat itu kita diberitahu berkenaan kenaikan gaji," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di Shah Alam.

Ditanya sama ada Azmin turut berada dalam mesyuarat tersebut, Elizabeth bagaimanapun tidak pasti berhubung perkara itu.

"Saya tidak ingat," katanya.

Azmin yang ditemui hari ini bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya dilihat cuba mengelak pertanyaan daripada pemberita.

"Terima kasih. 'No Comment',” kata Azmin ketika ditemui sebelum sidang DUN berhenti rehat hari ini.

Malah, Azmin berkata, hubungan beliau dengan Menteri Besar "tersangat baik". - 29 November, 2013.



, ,

Kes "Perhambaan" Warga Malaysia: Si Kakak Dapat Bertemu Si Adik


Siti Aishah

[Mstar] PETALING JAYA: Pertemuan yang dinanti-nantikan selama 30 tahun akhirnya dapat dilaksanakan oleh pesara guru, Kamar Mahtum apabila dia dipertemukan dengan Siti Aishah Wahab di satu lokasi rahsia di London.

Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan pertemuan diantara Kamar dan mangsa hamba domestik, Siti Aishah Wahab.

Kamar tiba di London untuk bertemu adiknya yang menghubungi keluarganya buat kali terakhir pada 1980, sebelum memutuskan hubungan mereka.

Difahamkan hubungan Aishah dengan keluarganya terjejas kerana penglibatannya dengan kumpulan Maoist yang diketuai oleh warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.

Kamar dilaporkan memberikan sejadah (tikar sembahyang) kepada Siti Aishah seperti yang dimintanya dalam surat kepada keluarganya di Malaysia.

Tiada lagi maklumat terperinci didedahkan buat masa ini walaupun anak saudara Siti Aishah, Siti Zawiyah Othman memberitahu The Star bahawa saudara mereka di London memaklumkan kepada keluarga di Malaysia bahawa Siti Aishah diserang strok baru-baru ini.

Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London baru-baru ini.

Terdahulu, dalam laporan The Telegraph, Kamar membaca surat yang ditujukan kepada Siti Aishah memaklumkan mengenai betapa sayangnya keluarga itu kepadanya dan berharap mereka dapat bersatu semula.

"Saya berharap dari surat ini dan hakikatnya saya datang ke London akan membuatkan adik saya sedar betapa kami sayangkan dia. Ia adalah impian dan harapan saya iaitu dalam masa terdekat kita boleh bersatu," kata Kamar.

Zakaria turut dilaporkan sebagai berkata telah berjanji untuk membantu keluarga itu untuk bertemu semula dengan Aishah.

"Kami masih belum dapat bertemu dengannya kerana polis masih menjalankan siasatan dan ia begitu rumit dan memakan masa yang lama. Apa yang kita bimbangkan adakan kebajikan dan keselamatannya. Jika dia adalah rakyat Malaysia dan ingin pulang, kami akan membantunya sedaya upaya," katanya. -29/11/13


Susulan Remaja Dicerai Talak 3: Bapa Dedah Sebab Perkahwinan, Bekas Suami Dedah Sebab Perceraian



'Saya Tiada Pilihan' - Bapa Nor Fazira

Bukti: Saad menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya di rumah mereka di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah.

[Mstar] KULIM: Mereka masing-masing berusia 13 dan 19 tahun ketika disatukan seperti pasangan yang lain pada November tahun lalu.

Namun apa yang mereka impikan terhenti di tengah jalan.

Mereka kini telah bercerai ekoran dakwaan bahawa remaja lelaki itu bersama dua rakannya telah merogol remaja perempuan terbabit, empat bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Nor Fazira Saad membuat laporan polis di balai polis Kulim pada 15 Julai tahun lalu, mendakwa dia dirogol oleh dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias.

Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, pada Khamis berkata ibu bapa Fahmi sentiasa datang ke rumahnya merayu supaya menarik balik laporan polis tersebut dengan mengatakan hukuman 20 tahun dengan sebatan amat keterlaluan terhadap anak mereka.

"Mereka merayu kepada saya selama lima malam berturut-turut sehingga saya membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis tersebut enam hari kemudian ... sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan mereka yang prihatin terhadap anak mereka itu," kata Saad.

Saad juga berkata, dia hanya bersetuju anak perempuannya itu berkahwin dengan Mohd Fahmi kerana dia telah dirogol.

"Apabila saya menarik balik laporan itu, anggota polis bertugas bertanya kepada saya sama ada saya telah dibayar untuk berbuat demikian.

"Saya bukan orang seperti itu. Ia seperti melacurkan anak perempuan saya sendiri," katanya.

Saad berkata, kedua-dua keluarga bersetuju mengatur perkahwinan selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah Kulim pada 7 November memandangkan anak perempuan saya masih dibawah umur.

Perkahwinan mereka diadakan di masjid Kampung Padang Cina, dekat rumah keluarga pengantin perempuan, 10 hari kemudian.

Saad berkata keluarga Mohd Fahmi berjanji untuk membenarkan anak perempuannya meneruskan persekolahannya, tetapi sebaliknya berlaku.

"Anak perempuan saya memberitahu niatnya untuk bercerai sekitar bulan Oktober lalu selepas dia tidak lagi tahan dengan sikap mertuanya itu," katanya.

Saad mendakwa Nor Fazira sering ditampar dan dipukul malah tidak diberi makan, menyebabkan dia terpaksa berulang-alik dari Kulim ke Padang Serai, kira-kira 20km, setiap hari untuk menghantar makanan kepadanya.

Menurutnya, Nor Fazira kini tinggal bersama saudara mereka di Kuala Lumpur.

Di bawah undang-undang Syariah Malaysia, remaja perempuan di bawah umur 16 tahun dan remaja lelaki di bawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berkahwin.

Pada 22 November tahun lalu, Saad dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata, dia bersetuju untuk mengahwinkan pasangan remaja itu kerana tidak mahu mereka melakukan perkara tidak elok.

Anak perempuannya berhenti sekolah selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Mohd Fahmi kemudiannya membantu bapanya menguruskan perniagaan pengangkutan minyak sawit milik keluarga itu.

Saad berkata, dia berfikir panjang mengenai perkahwinan anak perempuannya dan tanggungjawab yang perlu dipikul selepas dia (Nor Fazira) berkahwin.

"Adalah lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan perkara yang tak elok," katanya.

Sementara itu, jurucakap ibu pejabat balai polis Kulim berkata, sesiapa saja boleh menarik balik laporan mereka.

Namun, ia mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau enggan mengulas mengenai kes Nor Fazira.-29/11/13


Bekas Suami Nafi Dakwaan Rogol Nor Fazira

Mohd Fahmi ketika ditemubual oleh The Star di rumahnya di Kampung Nagalilit.

[Mstar] KULIM: Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

"Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

"Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).

"Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya," kata Mohd Fahmi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

"Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

"Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara," kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

"Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat," katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

"Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu," kata Mohd Fahmi. - 29/11/13


P/s: Akhirnya perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum terdedah.



,

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh, Berkuat Kuasa 1 Januari 2014 - Tengku Adnan


[Bernama] KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Disember, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini Khamis.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya," katanya.

Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.
"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000.
Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini," katanya.

Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa. - 28/11/13


P/s: Takziah. 

Terima kasih pengundi BN!


,

Khamis, 28 November 2013

Pelajar Perempuan dalam Foto Lucah Buat 2 Laporan Akaun FB Palsu







[BH] KUANTAN: Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya.

Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.

Selain pernah diugut bunuh oleh bekas teman lelakinya itu, pelajar terbabit juga mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu.


Pernah diberi kaunseling

Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling.

Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu.

Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. 

Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet.

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah.

Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum.

Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. - 28/11/13


P/s: Jika tidak langgar batasan agama, InsyaAllah tidak berlaku kejadian ini. Pengajaran berguna untuk semua wanita.


,

JAIP Digesa Siasat Gambar Lucah Pelajar di FB


[BH] Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.

Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan. 

Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat. 

Tak hormati undang-undang

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.

Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.

Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing. 
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.

Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan. - 27/11/13




Dashyatnya Panahan Cinta Pandang Pertama?


Akhirnya Johan As'ari Pilih Lana Nordin

[SH] SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.

Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.

Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.

Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

“Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya. - 28/11/13


P/s: Sudah lama tidak berkongsi kiriman fasal artis. Berita yang disalin ini amat menarik perhatian. Baru 3 hari berjumpa, si artis terus melamar gadis yang digilainya.

FUH!!!!




, ,

Adila Hussin McGhee Tegaskan Tuduhan Murtad Suatu Fitnah


[Bernama] NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial dan menganggapnya sebagai fitnah.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

"Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila. - 28/11/13


, , , ,

[Video-Wajib Tonton] Penyatuan UMNO-PAS: Hujah Dr Fadzli Hassan MENJAWAB Pertanyaan Dr. Ridhuan Tee Secara LIVE di TV Al-Hijrah





P/s: Hujah terbaik. Tersengih Ridhuan Tee yang terlebih UMNO.

,

Lelaki Serang Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Gantung Diri



[Mstar] TAIPING: Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya.

Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.

Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap.

Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu.

Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.

Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000.

Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.

Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya.

Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. - 28/11/13


, ,

Menteri Besar, ADUN Selangor Dapat Kenaikan Gaji Mulai 1 Januari 2014



[BERNAMA] Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.


Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Persidangan DUN bersambung esok. – November 27, 2013.


P/s: TM tidak mahu komen lebih-lebih fasal gaji ADUN, Exco, dan MB kerana mereka yang bersusah payah berkhidmat untuk rakyat. DUN pun sudah meluluskan gaji itu tanpa bantahan. Untuk rekod, Adun PR dan Exco masih belum terpalit dengan skandal meratah harta atau duit rakyat secara haram. Jika berlaku, sudah tentu SPRM yang sentiasa memerhati kerajaan PR tidak akan berdiam diri. Kalau masih ada yang rasa tidak puas hati, sila undi calon BN dalam PRU14.

Sebagai penduduk Selangor, TM mohon kerajaan negeri menambah peruntukan ADUN agar rakyat mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi negeri. Perbelanjaan peruntukan tambahan itu pula perlu diaudit bagi memastikan duit itu tidak disalah guna atau dibazirkan. 

Selain itu, peruntukan yang lebih besar perlu disediakan untuk tujuan pembersihan kawasan, pemungutan sampah, dan keceriaan negeri. Banyak kelemahan yang dapat dilihat dalam hal ini walaupun sudah ada sedikit perubahan daripada sebelumnya.

P/s: Yang bekerja dengan kapitalis sdn bhd, mengamuk pada tauke, moga-moga dinaikkan gaji. Kalau mengamuk pada Najib pun tidak berguna.


Berkaitan:


[HD] SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.

"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.

"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.

Sementara itu beberapa anggota pembangkang Dewan Negeri (Adun) Selangor hari ini berbeza pendapat dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung isu kenaikan gaji itu.

Shamsuddin seperti dilapor Selangorkini menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar namun beberapa Adun BN menganggapnya tidak wajar dan terlampau tinggi.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.

"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.

"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di sini.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker, lapor Bernama.

"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan," katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat. - 28/11/13




, ,

Waran Tangkap terhadap Blogger Papagomo


[MK] Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian. - 27/11/13


Berkaitan:

Waran Tangkap pengendali 'Papa Gomo'

[HM] Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, selepas gagal hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak penjagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28, selaku pemohon kes berkenaan. 

Pelaksanaan waran tangkap itu diberikan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis. 

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan kes.


BELLINA bersama Mohd Zaidi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.


Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri selaku responden di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu. - 28/11/13



, ,

Rabu, 27 November 2013

Wanita Jadi Mangsa Serakah Ayah Selama 9 Tahun

Sekadar hiasan.

Bersabar 13 Tahun Jadi Mangsa Serakah ayah

[HM] Segamat: “Saya terpaksa bersabar selama 13 tahun semata-mata menunggu bapa insaf selain memohon maaf kepada saya demi menutup maruah keluarga,” kata suri rumah dikenali sebagai Lee, 25, semalam.

Lee yang berasal dari Buloh Kasap di sini, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat semalam mendakwa dirogol bapanya beberapa kali sejak dia berusia 12 tahun.

Kata Lee, kejadian pertama berlaku ketika keluarganya menetap di sebuah taman perumahan di Tanjung Gemok, Endau, Mersing pada pertengahan 2000 lalu.

“Saya dirogol oleh bapa pada jam 9 malam ketika ketiadaan anggota keluarga di rumah.

“Sejak itu, bapa yang juga seorang peniaga mengulangi perbuatan sama sehingga saya berusia 21 tahun,” katanya.

Menurut Lee, akibat perbuatan bapanya itu, dia mengalami tekanan jiwa kerana setiap kali lelaki terbabit merogolnya, dia dipaksa membayangkan melakukan hubungan kelamin dengan teman lelaki.

Lee berkata, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana diugut bapa selain mahu menjaga maruah keluarga.

“Dua tahun lalu, saya bertemu jodoh dengan suami.

Kami kemudian berpindah ke Buloh Kasap.

“Saya menceritakan semua kejadian silam itu kepada suami, namun dia tidak menyalahkan saya sebaliknya memberi kata-kata semangat serta perangsang untuk saya melalui fasa kehidupan baru,” katanya.

Menurut Lee, dia kemudiannya nekad menceritakan kejadian kepada ibunya yang berusia 50-an, namun wanita berkenaan tidak mempercayainya.

Pada masa sama, barangan peribadinya seperti radio serta perabot juga sudah diletak di luar rumah oleh keluarganya.

“Barangan peribadi berkenaan saya tinggal di rumah keluarga dan ketika mahu mengambilnya baru-baru ini, saya serta suami dapati ia sudah diletak di luar kediaman berkenaan.

“Pada masa sama, bapa juga cuba melanggar saya sebanyak tiga kali selepas saya menemuinya dan mahu dia memohon maaf di atas perbuatan kejamnya itu,” katanya.

Menurut Lee, dia juga pernah menelan pil tidur dalam kuantiti besar kerana tertekan dengan perkara terbabit.

Lee juga pernah mengelar tangan kirinya dengan pisau namun sempat diselamatkan suaminya.

“Kesabaran saya sudah hilang dan kerana itu saya melaporkan kejadian yang menimpa saya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Kami menghubungi rakan sejawat di Endau bagi mendapatkan kerjasama mereka menyiasat kes ini,” katanya. - 27/11/13



,

"Perhambaan" di London: Mangsa Tulis Puisi Derita Dikurung 30 Tahun

ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya.

[HM] London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai ‘hamba’ selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.

Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

“Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah,” katanya.


SURAT tulisan tangan Rosie yang meluahkan kesengsaraannya dikurung selama 30 tahun.

Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia 69 tahun.

Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.

Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton.

Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini. 

Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui. 

Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana dia dikurung oleh “penjahat yang bersikap perkauman.” 

“Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.

“Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan tingkap.

“Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang terperangkap di sarang labah-labah.

“Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka,” katanya. - Agensi - 27/11/13



Ayah Lakukan Sumbang Mahram dengan Anak DIDAKWA di Mahkamah Sesyen


Tunduk Didakwa Perkosa

[HM] Kajang: Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia 21 tahun, Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 46 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Hazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Cheras, jam 3 pagi, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding berjalan, tertuduh hanya tunduk memandang lantai.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin manakala tertuduh diwakili peguam Douglas Yee.

Terdahulu, Siaw membantah jaminan dengan alasan seksyen itu tidak membenarkan tertuduh dijamin.

Bagaimanapun tiada bantahan daripada peguam tertuduh berikutan tertuduh tidak mampu membayar wang jaminan.

Douglas turut memberitahu pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan ke atas anak guamnya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan kes. - 27/11/13

Berita awal di sini.


, ,

Polis SAHKAN Mangsa "Perhambaan" di London Siti Aishah Abdul Wahab



[TMI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  mengesahkan seorang daripada tiga wanita yang diselamatkan selepas 30 tahun menjadi hamba di London adalah Siti Aishah Abdul Wahab.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat sahkan sama ada masih lagi berstatus warganegara Malaysia atau tidak selepas tidak pulang ke negara ini sejak lebih 30 tahun.

"Sekitar tahun 1970an, dia dikehendaki polis Malaysia kerana terlibat dalam kegiatan komunis. Dia dikesan bergerak di kalangan aktivis pelajar yang ada tendesi gerakan kiri," katanya.

Kamar Mahtum ditemani Hishamudin ke London malam tadi."Bagaimanapun, Siti Aishah lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakan beliau. Oleh kerana United Kingdom mengamalkan kebebasan bersuara, Siti Aishah bergerak di kalangan aktivis pelajar di sana," kata Khalid.

Khalid menjelaskan, "Siti Aishah bukan lagi menjadi buruan polis kerana apa yang dilakukan sudah 30 tahun berlalu, jadi tidak perlulah kita jadikan ia isu lagi sekarang."

Oleh itu katanya, jika Siti Aishah mahu pulang ke Malaysia, dia bebas berbuat demikian kerana polis tidak lagi akan menangkap dia.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum berangkat ke London malam tadi bersama aktivis Hishamudin Rais dalam usaha membawa pulang adiknya itu.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan bersama dua lagi wanita di daerah Lambeth selepas didakwa menjadi 'hamba' kepada kumpulan Komunis Mao Tse Tung.

Ia menjadi sorotan besar-besaran media British atas dakwaan menjadi hamba kumpulan Maoist.

Semalam, aktivis Hishamuddin Rais mendedahkan kepada The Malaysian Insider wanita Malaysia menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di London adalah Siti Aishah.

Katanya, Siti Aishah aktif dengan pertubuhan mahasiswa kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth". – 27 November, 2013.


, ,

Kes "Perhambaan" Warga Malaysia di London: Kakak Mangsa Berlepas ke London


Kakak Siti Aishah Ikrar Tidak Pulang Selagi Tidak Jumpa Adik

[TMI] Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat "perhambaan psikologi" berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.

Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

“Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya,” katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.

“Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara,” katanya sambil menahan sebak.

Katanya, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun adalah wanita Malaysia ditahan oleh pemimpin Komunis ajaran Mao Tse Tung sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.


Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar Britian The Daily Telegraph.


Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Sementara itu, Hishamuddin Rais yang akan membantu Kamar untuk berurusan di London berkata, mereka masih belum pasti berapa lama akan berada di sana.

"Saya tolong atas dasar kekeluargaan. Saya kenal keluarga Siti Aishah sejak kecil.

"Bahkan, kakaknya adalah guru saya di sekolah. Semasa di London dulu, abangnya pernah datang meminta bantuan untuk cari Siti Aishah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

Perkara ini disahkan Kamar kepada The Daily Telegraph bahawa Siti Aishah hilang sejak 30 tahun lalu di London selepas menyertai kumpulan Maois.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. -27 November, 2013.





Wajah suspek yang mengurung mangsa selama 30 tahun.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH