Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , , ,

Selasa, 31 Disember 2013

[Gambar & Video] Program Ambang Tahun Baharu 2014 di Negeri DAP



Sumber gambar di sini.

LOKASI:- Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.

TARIKH:- 31hb Disember 2013 jam 7.30 malam

ACARA:- Sembang Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus.



Biar gambar berbicara.

Semasa Gerakan yang dikatakan macai mesra Islam memerintah Pulau Pinang dahulu, pernahkan mereka menganjurkan program seumpama ini untuk menyambut tahun baharu atau untuk apa-apa tujuan?



,

Ingat Kes Lelaki Bosnia Dakwa Teman Wanita Perguna Dirinya untuk Dapatkan Spermanya?



Mahkamah Batal Saman Lelaki Bosnia Isu Sperma

[Bernama] Seorang ahli perniagaan wanita berjaya membatalkan saman yang difail bekas teman lelakinya, yang merupakan warga Bosnia, berhubung dakwaan penggunaan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah.

Hakim Mahkamah Sesyen Timothy Finlayson Joel membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Chung Shun Yee untuk membatalkan saman Ervin Ahbabovic.

Chung diwakili peguam James Ee Kah manakala peguam Nasser Yusof mewakili Ahbabovic.

Mahkamah turut memerintahkan Ahbabovic membayar kos RM6,500 kepada bekas teman wanitanya itu selain menolak tuntutan balas yang difail Chung.

Dalam penghakiman bertulis, Timothy berkata tuntutan Ahbabovic tidak berasas dan tiada kenyataan persetujuan yang nyata bahawa bekas teman wanitanya terikat untuk membayar atau membeli sperma plaintif atau bersetuju membayar sperma itu apabila mereka melakukan persetubuhan.

"Tiada pembelian sperma ataupun kontrak dinyatakan dalam afidavit dan kenyataan tuntutan itu adalah tidak berasas kerana apa yang berlaku di sini adalah mereka cuma bersekedudukan sebagai pasangan dan menikmati perhubungan seksual atas persetujuan bersama," katanya.

Beliau berkata kenyataan Ahbabovic berkaitan nafsu seksual Chung adalah keterlaluan kerana tiada asas untuk plaintif mendedahkannya kerana perhubungan mereka adalah bersifat peribadi.

"Jika tuntutan sebegini diterima mahkamah, keadaan kebanjiran kes seumpamanya akan wujud dan ia adalah satu kes yang bertentangan dengan polisi awam," katanya.

Menyentuh isu agar nama Ahbabovic diletak sebagai nama bapa dalam sijil lahir, Timothy berkata mahkamah mendapati tiada perkahwinan dalam kes ini dan anak yang dilahirkan adalah di luar nikah.

Pada 3 Sept lepas, Ahbabovic, 41, memfailkan saman terhadap Chung, 29, menuntut ganti rugi RM600,000 kerana mendakwa diperguna bagi mendapatkan spermanya untuk menghasilkan anak baka Eropah.

Dalam penyataan tuntutannya, Ahbabovic, pengarah komersial dalam industri pembangunan perniagaan di sebuah syarikat, mendakwa beliau mula menjalin hubungan dengan Chung pada 2008 dan hasil perhubungan itu, mereka memperoleh seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun lebih.

Lelaki itu mendakwa Chung telah menghalaunya keluar dari rumah serta menghalang beliau daripada melihat anaknya, dan selepas itu, dia ada menghubungi wanita berkenaan untuk berbaik semula demi kepentingan anak mereka.

Beliau mendakwa niatnya itu dibalas dengan kata-kata yang mengejutkan apabila Chung menyatakan bahawa plaintif sebenarnya diperguna sebagai alat pemuas seks selain bagi mendapatkan sperma miliknya yang membolehkan defendan memperoleh anak genetik orang Eropah.

Ahbabovic menuntut ganti rugi itu kerana penggunaan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon agar beliau disah dan didaftar sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Chung dalam penyataan pembelaan yang difailkan 30 Sept lepas, mendakwa Ahbabovic beberapa kali mengugut mahu membunuhnya jika dia tidak mengikut arahan lelaki itu.

Chung mendakwa Ahbabovic turut mengugut untuk mendedahkan gambar serta video peribadi yang diambil tanpa disedarinya kepada rakan dan memusnahkan kerjaya beliau sebagai ahli perniagaan.

Wanita itu menfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi kehilangan perniagaan sebanyak RM200,000, wang pampasan RM120,000, ganti rugi am, teladan dan ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Nasser memaklumkan pemberita anak guamnya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. -31/12/13

Berita awal di sini.


,

Lim Guan Eng Jawab Isu Kereta Rasmi Mercedes-Benz

Kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang diparkir di E&O Hotel, hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2013.

Lim Pertahan Beli Kereta Baru, Belian untuk Jangka Panjang

[TMI] Ketua Menteri Lim Guan Eng menerangkan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaannya saja bahkan bakal ketua menteri akan datang.

"Lagipun, kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang," katanya dalam sidang media hari ini.


Guan Eng memberikan penjelasan kenapa beliau menggantikan kereta Toyota Camry yang baru berusia dua bulan itu kepada Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Lim berkata, Mercedes yang dibelinya adalah mengikut keputusan Majlis Eksekutif Negeri pada 20 November lalu yang mengambil kira keselamatan ketua negeri.

Dia menambah, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak itu dibeli dengan harga diskaun RM298, 263.75 tanpa insuran dan cukai.

"Dengan harga diskaun tersebut, kerajaan negeri merasakan bahawa pembelian itu adalah lumayan. Kita mahu melihat ini sebagai pembelian jangka panjang. Kereta Mercedes milik ketua minister bertahan selama 18 tahun lantas membuktikan jangka tahan kereta jenis itu," katanya.

Berita Lim yang membeli Mercedes baru itu dengan terlalu awal berikutan peembelian 15 kereta Toyota Camry sampai kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu turut menjadi kemusykilan kepada ahli majlis eksekutif negeri. Kereta itu baru dihantar semalam.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait (gambar) yang turut hadir berkata harga asal kereta itu adalah RM657, 218 dengan menambah diskaun cukai bagi kereta itu telah membuat pembelian ini berpatutan.

Apabila kereta Mercedes Benz S320L dibeli 18 tahun lalu, kerajaan negeri membayar RM271, 331.22, jadi harga kereta sekarang tidak banyak bezanya.

"Selepas pengecualian cukai, pembekal kereta memberikan diskaun RM100,000. Kereta ini adalah model tahun lepas. Model baru akan keluar tidak lama lagi."

Mokhtar menambah, "Sebagai Ketua Menteri, Lim berhak menggunakan Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Namun beliau hanya menggunakan satu sahaja daripada kedua itu."

Kereta lama kerajaan Pulau Pinang merupakan enam Mercedes-Benz dan sembilan Proton Perdana V6 berusia diantara 12 sehingga 21 tahun. - 31 Disember, 2013.



, ,

Takziah, Tambang Bas Sekolah Tetap NAIK!

Sekadar hiasan.

SPAD Umum atau Tidak, Tambang Tetap Naik, Kata Pengusaha Bas Sekolah

[TMI] Pengusaha bas sekolah bertekad mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% mulai esok. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sehingga 40% walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

“Surcaj tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga 40% tetapi ia tertakluk kepada rundingan di antara pengusaha dan ibu bapa. Ada juga pengusaha yang hanya mahu menaikkan sekitar RM5 ke RM10 buat permulaan sehingga SPAD mengumumkan kadar tambang bas sekolah baru.


“Kerajaan mengurangkan subsidi diesel sebanyak 20 sen iaitu peningkatan kos sebanyak 13.5%. Apabila kos sara hidup semakin tinggi, pemandu bas sekolah juga mahu pendapatan mereka meningkat. Mereka mahu pendapatan dinaikkan kepada 10%. Jika kedua-dua kos itu dijumlahkan, ia meningkat kepada 23.5%,” katanya kepada The Malaysian Insider.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan petrol RON95 dinaikkan 20 sen seliter sebagai langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Katanya, pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, menjadikan kedua-dua harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.10 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Amali berkata surcaj 40% yang dicadangkan oleh PPBSM itu sebenarnya tidak membebankan ibu bapa kerana pada hakikatnya pihak penjaga hanya menanggung kenaikan sebanyak 90 sen sehari sepanjang sebulan hari persekolahan.

Katanya, pengusaha bas ekspres masih menikmati surcaj tambang 10% sejak diumumkan kerajaan pada musim perayaan beberapa tahun lalu, sebaliknya pengusaha tambang sekolah tidak diberikan insentif sama.

“40% surcaj tambang bas sekolah dibahagikan kepada 44 kali murid menaiki bas dalam tempoh 22 hari persekolahan setiap bulan. Jika dibahagikan, kenaikan itu hanya 0.8% atau 90 sen sehari. Perkhidmatan kami untuk satu bulan dan bukannya sehala.

“Sekarang surcaj 10% kepada bas ekspres. Kenapa beri kepada mereka, tidak kepada bas sekolah? Sebab pemiliknya orang kaya? 10% surcaj bas ekspres dikenakan setiap kali mereka manaiki bas,” katanya.

Pengurus SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata SPAD telah mengadakan pertemuan bersama persatuan pengusaha bas sekolah pada minggu lalu tetapi maklumbalas daripada hasil perbincangan itu masih belum diperoleh.

Katanya, berdasarkan rundingan bersama pihak ibu bapa, mereka menggesa SPAD memperkenalkan harga lantai agar satu rundingan kadar tambang dapat dilakukan bersama pihak pengusaha.

Amali mengakui pihaknya ada berbincang dengan pihak SPAD dan suruhanjaya itu mahu memperkenalkan kadar tambang fleksibel berdasarkan garis panduan yang akan diumumkan kelak.

“Minggu lalu, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad telah diadakan dan mereka mengemukakan cadangan kadar tambang fleksibel. Kita tidak ada masalah. Mereka ada garis panduan yang akan diumumkan nanti berdasarkan persetujuan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata SPAD sendiri pernah menyatakan pada Ogos tahun lalu bahawa pengusaha bas sekolah mengalami kerugian sebanyak 40% tetapi tiada insentif yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, skim insurans kepada murid sekolah tidak harus diperkenalkan kerajaan kerana peruntukan yang diumumkan lebih sesuai digunakan bagi menggantikan bas sekolah baru.

“Kita telah menghantar memorandum kepada SPAD sejak 2011 bagi memperkenalkan insentif mengurangkan kos operasi tetapi tiada tindakan yang diambil. Apa usaha mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah? Insurans kepada murid tidak perlu kerana pengusaha bas sekolah telah membiayai insurans pelajar.

“Kadar kemalangan bas sekolah juga kurang dari 2%. Jika peruntukan RM40 juta yang diumukan kerajaan semasa Bajet 2013 digunakan bagi menggantikan bas sekolah, sebanyak 125 buah bas sekolah dapat digantikan. Pada masa ini, sebanyak 3,000 buah bas yang patut diganti setelah usia melebihi 30 tahun,” katanya.

Amali tidak menafikan bahawa ada pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan kerajaan, tetapi ia satu perkhimatan tambahan yang dipersetujui ibu bapa.

“Sebagai contoh bas di sekolah antarabangsa, tambang basnya RM800 setiap bulan dan dikutip oleh pihak sekolah. Bas sekolah dilengkapi tali pinggang keledar, pembantu, sistem kamera litar tertutup (CCTV) bas di sambung ke sekolah dan menggunakan kad akses,” katanya.

Syed Hamid dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata terdapat pengendali bas sekolah yang tidak mengikut tambang ditetapkan SPAD, malah ada yang mengadakan perjanjian bersama ibu bapa bagi menetapkan kadar tambang sendiri.

Beliau berkata kenaikan tambang bas sekolah mesti selaras dengan perkhidmatan dan bas sekolah yang melebihi 30 tahun perlu ditukar setelah kerajaan menyediakan insentif bagi berbuat demikian.

Katanya, persatuan bas sekolah perlu berhenti mengeluarkan kenyataan di akhbar bagi meminta kenaikan tambang sebaliknya perlu memikirkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sekolah semasa kepada pengguna.

Awal bulan ini, PPBSM sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% berkuatkuasa Januari 2014 jika SPAD tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.

Amali berkata kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos yang perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPBSM.

Katanya, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPBSM terhadap lebih sejuta murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. - Hasbullah Awang Chik -31 Disember, 2013.



,

Lelaki Menangis Dijatuhi Hukuman 18 Tahun Penjara, Sebat 8 Kali Kerana Merogol, Meliwat Budak Bawah Umur

Sekadar hiasan.
Subkontraktor Dipenjara 18 Tahun, Disebat Lapan Kali Kerana Rogol, Liwat Budak Bawah Umur

[Mstar] KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan sebatan sebanyak lapan kali terhadap seorang subkontraktor kerana merogol dan meliwat anak perempuan bekas teman wanitanya yang masih di bawah umur pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen, Manira Mohd Nor pada Selasa berkata bahawa pendakwaan telah membutikan kes terhadap tertuduh Nazarul Rizman Mohd Tartip, 31.

Nazarul menangis ketika mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Dia didapati bersalah kerana merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan yang ketika itu berumur tujuh tahun di sebuah unit pangsapuri di Taman Bukit Indah antara 3 dan 16 September pada tahun lepas. - M. Mageswari - 31/12/13

,

[PANAS] Selangor Sedia Bas Percuma, Kekal Cukai Kediaman Ringankan Bebanan Kos Hidup 2014


[TMI] Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014.

Beliau berkata, biarpun Selangor mempunyai kuasa terhad dalam menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, itu tidak bermakna kerajaan negeri hanya membiarkan keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, peluang sama rata juga diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira keturunan atau kedudukan .

"Saya memberi jaminan bahawa sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008, kita tidak mengamalkan fahaman populis, sosialis dan sebagainya.

"Sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik oleh majoriti rakyat negeri ini," kata Khalid dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru.

Selain itu, Khalid berkata kerajaan Selangor memahami bebanan rakyatnya yang khuatir kenaikan barang dan perkhidmatan seperti tol dan kadar elektrik boleh menyebabkan harga kediaman rumah mampu milik menjadi mahal.

Katanya lagi, di atas kepercayaan rakyat yang memilih PR pada pilihan raya lalu, telah mendorong kerajaan negeri meneruskan kecemerlangan apabila dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi pembangunan negeri dan rakyatnnya.

Menurut Khalid, rakyat Selangor bakal menyaksikan kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah mengurangkan beban rakyat.

"Lebih dari itu kerajaan negeri juga mahu keupayaan rakyat ditingkatkan bukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan, antaranya menerusi pembangunan desa yang dijangka dilaksanakan di kesemua daerah Selangor pada tahun depan," katanya.

Beliau pada masa turut menegur rakyatnya untuk menghormati kebebasan hak beragama seperti titah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Demi keharmonian yang berkekalan, saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama serta budaya di Selangor sedia mengambil maklum akan titah Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Setiap rakyat perlulah menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini," katanya. - 31 Disember, 2013.


P/s: SYABAS!


,

GEMPAR, Bahan Letupan Ditemukan oleh Pihak Polis...


Laporan Kait Suspek Kes Bom, Himpunan TURUN

[MK] Akhbar Utusan Malaysia mendakwa polis menahan seorang suspek berusia 51 tahun bersama sejumlah bahan letupan semasa individu berkenaan sedang menunggang motosikal dalam satu kejadian semalam.

Tanpa menamakan “sumber polis” itu dengan jelas, laporan bertarikh 30 Disember itu seterusnya mengaitkan suspek tersebut dengan penganjuran satu perhimpunan di ibu negara pada malam ini.

“Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan dingunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok,” laporan itu dipetik.

Laporan itu seterusnya menyebut, “sumber polis” itu berkata bahan letupan berkenaan mungkin digunakan sebagai senjata untuk urusniaga dadah atau menuntut hutang.

"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu.

"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru itu, kami juga sedang siasat kemiungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urusniaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata sumber tersebut, seperti dipetik akhbar berkenaan.

Laporan tersebut menjadi bahan utama siaran di muka hadapan akhbar milik Umno itu, yang dihimpun bersama laporan lain di halaman enam dalam seksyen 'Bantah Himpunan Guling Kerajaan'.

Ia merujuk kepada perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran NGO Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan tiga yang lain, semasa sambutan ambang tahun baru malam di Dataran Merdeka malam ini. - 31/12/13


P/s: Maaflah, gimik seperti ini pernah berlaku semasa BERSIH dahulu. Sehingga kini, cerita molotov cocktail, parang, dan baju BERSIH itu senyap sunyi. Pada waktu itu, majoriti rakyat tidak mempercayai dakwaan penemuan bahan letupan itu yang dikaitkan dengan BERSIH. Sekarang, timbul pula cerita yang hampir sama dan cuba dikaitkan dengan Himpunan TURUN? 

Hakikatnya, rakyat TURUN kerana mahu memprotes kos hidup yang semakin menggila bukannya mahu berperang atau menghuru-harakan Malaysia tercinta ini. Rakyat memprotes kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik, ketirisan dan keborosan melampau sehingga menyebabkan negara berhutang dengan banyak. Situasi kewangan yang meruncing itu menyebabkan semua rakyat terpaksa menanggung beban melalui pelaksanaan cukai, pemansuhan subsidi, dan kenaikan harga barang dan bil utiliti.

Lanjut di sini.
Berita fasal molotov cocktail yang dikaitkan dengan BERSIH boleh dibaca di sini.




, ,

Pelajar Ketagih Seks dengan Mayat Dihukum Mati



[HM] Beijing: Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan memperkosa mayat dua mangsanya.

Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan.

Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya.

Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah.

Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur.

Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa. - Agensi - 31/12/13


, ,

Isnin, 30 Disember 2013

Demi Perubahan, Mizz Nina Lepaskan Semuanya


Nina Lepaskan Semuanya

[UM] RAMAI terpesona apabila Mizz Nina mengambil keputusan berhijab, tidak kurang yang terkejut dengan perubahan drastik dirinya itu.

Sementelah dia sebelum ini bukan sahaja terkenal dengan gaya lincah di pentas malah sanggup bereksperimen dengan penampilan.

Imej seksi begitu sinonim dengan dirinya. Namun kini Mizz Nina selesa bergaya sopan sesuai sebagai seorang muslimah.

Perubahan berlaku selepas dia pulang dari Mekah awal Oktober lalu bersama suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Meski diaju bertubi-tubi mengenai penghijrahannya itu, apalagi tatkala penyanyi bertaraf antarabangsa ini rancak menghangatkan dunia hiburan menerusi kolaborasinya dengan bintang hip hop Korea, Jay Park untuk lagu Around The World, Nina ini cuma tersenyum dan memilih untuk berdiam diri.

Bagaimanapun pada satu sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Nina berkongsi rasa dan isi hatinya mengenai imej barunya itu.

Seolah-olah memberi isyarat yang dia mahu membuka lembaran baru dalam hidupnya sejajar dengan kehadiran tahun baru, Nina menganggap perubahan itu bukan satu penghijrahan yang terpaksa atau dipaksa.

Sebagai kewajipannya, Nina mahu memenuhi tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin sebagai muslimah.

“Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.

“Saya akui mula-mula rasa gugup sebab saya tak biasa bertudung namun saya sangat suka melihat orang pakai tudung. Cantik!

“Kadang-kadang ada masa saya curi-curi mencuba pakai tudung dan tonton tutorial di YouTube. Semakin lama, semakin saya rasa yakin.

“Selepas pulang dari Mekah tempoh hari, saya bulatkan hati dan tetapkan iman untuk berhijab penuh kerana Allah Taala," katanya.

Menurut Nina, keadaan itu juga menjadi semakin mudah kerana setiap kali menghadiri kelas mengaji al-Quran dan menghadiri majlis-majlis keagamaan, dia akan menutup aurat.

Merasakan imej itu kini sudah sebati dengan dirinya, Nina juga tidak mahu masyarakat melihat dia mencari publisiti mahupun disamakan dengan pandangan serong bahawa artis bertudung sekadar mahu mengikut aliran semasa.

Nasib selepas mati

Melahirkan rasa kesyukuran kerana dibukakan pintu hatinya sebelum terlambat, wanita berusia 33 tahun ini yakin dan percaya bahawa ini adalah jalan hidup yang terbaik untuk semua umat manusia di dunia.

“Seperti yang kita biasa dengar, ‘Islam adalah cara hidup yang sempurna’. Itu adalah kebenarannya. Saya diberi hidayah ini, seribu rahmat dan kesyukuran hanya Allah SWT sahaja yang tahu," ujarnya merendah diri.

Keinginannya untuk berubah ke jalan yang lebih diredai kata Nina, tidak seperti orang lain yang mungkin mendapat mimpi dan sebagainya.

Hal ini cukup personal baginya sehingga dia tidak pernah memberitahu mengenai perkara itu sekalipun kepada orang terdekat.

Kata Nina, hati dan fikirannya bergerak seiring untuk berfikir mengenai nasibnya selepas mati.

“Dari saat itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berada di jalan yang benar, di landasan agama Islam.

“Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?" ujar Nina.

Seiring dengan perubahannya itu kata Nina, orang yang paling gembira tentulah suaminya, Noh.

“Sejujurnya, sejak saya berkahwin dengan Noh, dia tak pernah memaksa saya dalam segala hal," katanya ringkas.

Jalan lebih baik

Sebenarnya penyanyi ini lebih senang sekiranya orang tidak terlalu memberi tumpuan pada perubahan imejnya sahaja.

Bagi Nina, itu bukan perkara pokok kerana fokus utama adalah ibadah dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslimah.

Menganggap setiap hari adalah proses belajar untuknya kata Nina, dia tidak mampu menyembunyikan rasa tenang dan damai saat memulakan langkah memilih jalan ini.

“Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam.

“Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang Muslim.

“Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

“Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah, apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik," katanya. - Siti Athirah Dzulkifly - 29/12/13



,

Lanjut Tawaran Lelong DARA


[HM] Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP - 30/12/13



,

Guru Jelajah Afrika dengan Kapcai


[Bernama] GEORGETOWN – Seorang guru membuktikan dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) se orang diri.

Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.

“Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata sebelum ini beliau pernah bermotosikal menjelajah seluruh pulau Borneo serta kepulauan Indonesia.

Menceritakan pengalamannya sepanjang jelajah di benua kedua terbesar dunia itu, Mohammad Lasim berkata antara yang membanggakannya ialah nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dikenali oleh masyarakat di sana.

Mereka cukup gembira apabila diminta bergambar bersama bendera Malaysia, kata anak jati Kota Baharu, Kelantan itu.

Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.

“Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya,” katanya.

Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air. Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.

Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Dis lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.

Ditanya mengenai tip bagi yang berminat mengembara dengan kapcai, Mohammad Lasim berkata seseorang perlu tahu penyelenggaraan asas motosikal seperti menampal tayar sebelum berbuat demikian.

Mengembara dengan kapcai ini suatu yang menarik kerana selain kos yang rendah juga memberi peluang kita berinteraksi dengan masyarakat setempat, katanya yang seronok dapat melihat kehidupan pelbagai etnik di Afrika termasuk etnik Zulu yang masih mengekalkan tradisi mereka termasuk tinggal di dalam pondok jerami. –  30/12/13


Felixia Yeap, Gadis Playboy Bunny Berazam Ikuti Kelas Agama Tahun Depan



[TMI] Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan dan akan terus lebih banyak memakai hijab.

"Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you down'," kata Yeap dalam slot Asssalamualaikum yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah semalam.

Dia juga berkata selalu bertanya kawan-kawannya tentang solat walaupun belum belajar secara khusus tentang Islam.

Yeap, seorang model bukan Islam, yang tampil dengan memakai tudung warna krim dan jubah berwarna gelap diwawancara oleh pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie.

Jelitawan berusia 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu mula memakai hijab beberapa bulan lalu.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Yeap berkata beliau mula memakai hijab ketika menjadi model yang memerlukannya memakai tudung.


Felixia Yeap (kiri) berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie (kanan)."Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.

"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.

Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.

Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model.

Ketika ditanya oleh pengacara TV Al-Hijrah semalam apa rancangan beliau untuk lima tahun akan datang ini, Yeap berkata, kalau boleh beliau mahu meneruskan kariernya sebagai model.

"Tetapi dengan pakaian yang menutup aurat," kata Yeap yang fasih berbahasa Malaysia itu.

Beliau yakin dengan memakai pakaian yang berhijab ia tidak menyekat rezeki beliau.

"Rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Kalau satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka," kata Yeap menjawab soalan Amin yang disokong oleh Irma yang juga tidak bertudung sebelum itu.

"Saya sokong dengan Felixia. Dulu saya pun macam itu, orang kata akan hilang 'job'lah dan sebagainya. Tetapi tidak, akan ada rezeki kita," kata Irma menyokong Yeap.

Ketika ditanya pengalamannya memakai hijab, Yeap berkata, dia tidak ada masalah dengannya kerana, "Saya takut sejuk. Bila pakai pakaian muslimah ini tutup semua, so tidak rasa panaslah".

Ketika ditanya, apakah perasaan beliau ketika dikatakan fesyen berhijab ini ortodoks dan kuno, Yeap tidak bersetuju dengannya.

"Felixia rasa busana muslimah lebih banyak 'styling', macam selendang yang saya pakai dan baju jubah ini, fesyennya lebih banyaklah sekarang dan tidak nampak 'boring'," katanya.

Menurutnya juga, sekarang ini, hampir semua waktu beliau di luar akan memakai hijab walaupun bukan semasa bekerja sebagai model.

Ketika ditanya apa reaksi kawan-kawannya, Yeap berkata, ada yang tidak boleh menerimanya tetapi beliau berkata, "Alhamdulillah banyak yang boleh terima". – 30 Disember, 2013.


P/s: Salut. Moga diberikan Allah hidayah.



Akta GST Tidak Halang Kenaikan Harga Barang



[KD] KUALA LUMPUR 30 DIS: Tidak ada peruntukan dalam rang undang-undang GST ( RUU cukai barangan dan perkhidmatan) untuk mengekang kenaikan harga barang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Dalam RUU GST 2009 yang dibekalkan kepada ahli parlimen, tidak ada satu pun Bahagian atau Fasal menyatakan peniaga wajib menurunkan harga sekiranya peniaga telah menuntut cukai input dari pembelian dan kos perniagaannya,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan cuba menurunkan harga barang dengan pengenalan GST.

“Pandangan beliau itu cetek tidak mengambil kira suasana praktikal apabila GST dilaksanakan. Mungkin kerana beliau tidak pernah pun berkhidmat di dalam sektor perniagaan,” kata Rafizi.

Menurutnya kerajaan minoriti BN hanya melakukan propaganda dengan menyatakan pengenalan cukai GST akan menyebabkan harga barang turun.

Sedangkan, kos yang ditanggung peniaga juga akan meningkat dan mengurangkan keuntungannya.

“Walaupun peniaga boleh menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaannya disebabkan kenaikan harga barang secara keseluruhan, cukai GST yang dituntut itu tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos perniagaannya.

“Dalam keadaan BN hanya berharap supaya peniaga menurunkan harga tanpa ada peruntukan undang-undang untuk mengekang kenaikan harga, sudah tentu peniaga tiada pilihan lain kecuali menaikkan harga untuk memastikan perniagaan mereka tidak lingkup,” tegasnya. - Ainuddin Othman - 30/12/13

, ,

“Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo?" - Rafizi




[KD] PETALING JAYA 30 DIS: Anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kepada umum sumber kewangannya sehingga boleh membeli unit kondominium USD33.5 juta (RM110 juta) di New York seperti dilaporkan portal Sarawak Report.

“Berdasarkan gaji beliau yang bekerja dengan KPMG dan HSBC London selama lapan tahun, memang tidak logik beliau mampu beli kondo semahal itu.

“Kecuali gajinya mencecah berjuta-juta ringgit sebulan, baru dia mampu membeli kondo tersebut menggunakan duitnya.

“Saya jangkakan jumlah yang beliau boleh simpan dalam setahun berdasarkan gaji beliau selepas ditolak perbelanjaan adalah sebanyak RM 150 000 sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN.

Kata Rafizi, Riza juga perlu menjelaskan penglibatan beliau dalam bidang pelaburan perfileman di Hollywood dengan jumlah yang besar.

“Beliau menceburi bidang pelaburan perfileman menggunakan wang pelabur dari Asia dan Timur Tengah.

“Jadi, kita nak tahu siapa pelabur dalam syarikatnya yang mempunyai wang sebanyak itu dan bermurah hati memberinya wang membeli kondo tersebut.

“Mengikut laporan yang kita baca dalam Sarawak Report dan lain-lain, cara beliau melabur tidak secara konvesional iaitu memerlukan sokongan bank, jaminan dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah Rafizi, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan ada laporan yang mengaitkan penglibatan syarikat tersebut dalam isu ini.

“Saya akan dapatkan penjelasan. Walaupun berdasarkan pengalaman saya, amat sukar untuk memperoleh jawapan daripada pihak 1MDB,” katanya. - Ainudin Othman -30/12/13




, ,

Emel Palsu: Rafiz Minta Polis Siasat 4 'Blog Umno'


[MK] Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog Umno yang didakwa menyebarkan emel palsu yang bertujuan mencetus huru-hara.

Rafizi berkata beliau membuat laporan terhadap blog yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com.

Beliau mendakwa blog berkenaan bertanggungjawab menyebarkan satu emel palsu sejak 27 Disember lalu, yang menyebabkan beliau disiasat polis semalam.

MP Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh "blog Umno" tersebut.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut.

"Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya. - Radzi Razak - 30/12./13


Laporan lanjut di sini.

, ,

Apabila RM12,000 Sebulan Masih Tidak Cukup untuk Hidup Senang di Malaysia



[TMI] Berapakah gaji yang diperlukan untuk hidup di Malaysia? Inilah persoalan yang sukar dijawab sejak kebelakangan ini namun bergaji RM12,000 sebulan di Pulau Pinang tidak menjanjikan hidup yang selesa.

Caroline Wong, 34 seorang kerani tinggal bersama suaminya seorang pengurus jualan dan anak perempuan mereka yang masih kecil. Setiap hujung bulan, mereka mendapat RM12,000 sebagai pendapatan bulanan namun sejak kebelakangan ini mereka berasa ia sudah tidak mencukupi.

"Kami kini terpaksa makan di rumah dan tidak boleh lagi membeli barangan mahal termasuk pakaian berjenama sebagaimana dahulu," cerita Wong kepada The Malaysian Insider.

Menurut Wong semua orang kini terpaksa berjimat dengan cara mengurangkan perbelajaan di mana perlu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Wong berkata, dia dan suaminya terpaksa membayar RM4,000 untuk rumah dan kereta, RM1,500 untuk makanan dan RM1,500 lagi untuk penjagaan, makanan dan susu anak perempuannya.

Dia juga terpaksa membelanjakan RM750 untuk insurans dan kad perubatan keluarga; RM700 untuk petrol; RM600 untuk bil telefon, broadband dan wifi; RM120 untuk Astro; RM140 untuk air dan elektrik; dan RM110 untuk pembantu rumah yang datang mengemaskan rumah mereka setiap minggu.

"RM500 lagi kami terpaksa simpan setiap bulan bagi cukai jalan dan insurans kereta. Bulan Mei nanti, kami terpaksa membelanjakan RM1500 sebulan lagi untuk anak kedua kami yang bakal lahir," cerita Wong.

Inilah nasib yang dialami Wong sekeluarga yang tinggal di Pulau Pinang, bandar raya paling mahal kos sara hidupnya di Malaysia. Semua ini dirasai oleh Wong menjelang tahun 2014 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Mulai Januari 2014, semua rakyat negara ini terpaksa menerima cabaran baru dalam mengharungi kehidupan apabila pelbagai harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan lagi.

Dengan status keseluruhan pulau sebagai kawasan tarikan pelancong, kos sara hidup Wong dan keluarga jauh lebih tinggi berbanding tinggal di lain-lain tempat hatta ibu negara Kuala Lumpur.


Inilah hasil kajian yang diperoleh wartawan The Malaysian Insider di seluruh negara tentang kos sara hidup. Kajian yang dibuat mulai pertengahan Disember ini merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, Kuala Terengganu, Klang, Kuching dan juga Alor Setar.

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Kajian ini dibuat menjelang tahun 2014, di mana rakyat bakal menghadapi kenaikan kadar tarif elektrik, tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya. 

Dengan harga yang sudah tinggi berbanding pendapatan rakyat, tahun 2014 bakal menjadikan mereka lebih terbeban lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, kerajaan bertanggungjawab untuk mengurangkan impak ini.

"Harga barangan ditentukan oleh pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk mengawal perbelanjaannya.

"Memang tanggungjawab kerajaan untuk meminimakan impaknya kepada pengguna, namun pada sesetengah keaadaan, ia adalah tanggungjawab individu," katanya.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung To Kong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

Ikuti laporan Kos Sara Hidup untuk bandar-bandar seluruh Malaysia yang disediakan pasukan The Malaysian Insider sebelum kita menyambut kedatangan tahun 2014 yang serba mencabar. – 29 Disember, 2013.

Kisah Di Balik Gambar Ini...


Kerana pengorbanan Letchumee, kata PAS

[MK] Anggota keluarga kepada seorang penyokong PAS beragama Hindu memilih membalut keranda seorang saudara mereka dengan bendera parti Islam itu kerana perjuangan dan pengorbanannya mendiang.

Malah, Letchumee Mutusamy meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk membuka akaun bank untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua DHPP Kota Raja Rashmanan Subramaniam kepada Malaysiakini semalam.

Menurutnya, Letchumee, meninggal dunia apabila motosikal yang digunakannya berlanggar dengan sebuah lori treler ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di bandar Klang.

Rashmanan berkata, Letchumee yang meninggal dalam usia 56 tahun itu bergiat aktif bersama PAS, terutamanya dalam isu membela nasib wanita dan keluarga, walaupun berlainan agama.

"Sebagai ketua DHPP Kota Raja, pemergiannya buat saya rasa kehilangan orang kanan, beliau seorang yang mempunyai personaliti kepimpinan, termasuk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sebab itu kita sepakat balut keranda dengan bendera PAS," kata Rashmanan.

Menurutnya lagi, mendiang selalu mengadakan program bersama Anggota Parlimen Kota Raja Mariah Mahmud dan terlibat sambutan kaum India dengan masyarakat setempat seperti pesta Ponggal.

Dr Mariah: Kami macam adik beradik 

Sementara itu, Dr Mariah (bawah) berkata, pemergian mendiang dirasakan suatu kehilangan memandangkan keakraban hubungan mereka.


Justeru, beliau yang hadir pada hari pengebumian memaklumkan kepadaMalaysiakini, permintaan keluarga mendiang untuk menggunakan bendera PAS untuk membalut keranda dipersetujui sebagai tanda penghormatan terakhir.

"Pada hari pengebumian itu, keluarga mendiang memohon untuk menggunakan bendera PAS, takkan kita nak kata tak boleh, kita semua sepakat membenarkan.

"Bagi saya ini satu penghormatan buat beliau dan penghormatan bagi PAS. Lagipun dia penyokong kuat PAS, dia rasa dekat dengan parti. Kita dan macam adik beradik kemesraan itu dah lama wujud.

"Ia sama seperti penghormatan terakhir diterima tentera pada hari pengebumian," kata Dr Mariah.

Jawab sindiran di Internet

Bagaimanapun, terdapat persepsi negatif yang dilontarkan pembaca di alam maya berhubung perkara itu dan mengaitkannya dengan isu agama dan politik.

Ada sebahagiannya yang menyindir langkah itu, antaranya komen seorang pemilik Facebook:
"Kalau balut (guna) bendera PAS dapat syurga ke?

Dr Mariah bagaimanapun menjelaskan, langkah itu tidak menyentuh isu akidah sebaliknya sebagai tanda penghormatan terakhir untuk mendiang.

"Ia juga tiada kena mengena dengan akidah," kata pemimpin Muslimat PAS itu.

"Saya hargai perjuangan beliau dan keluarga selama ini walaupun dia tahu kita parti PAS perjuangkan Islam tapi atas kemahuan mereka nak menunjukkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada PAS maka mereka letak (kedudukan) atas sekali bendera PAS." - Farah Noor Samat- 28/12/13


, ,

Sabtu, 28 Disember 2013

Anak Tiri Najib Beli Kondo RM110 juta di New York


[KD] KUALA LUMPUR: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankan sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Laporan Sarawak Report itu turut mendedahkan penglibatan Riza dibelakang pembikinan filem ‘The Wolf on Wall Street’.

Los Angeles Times melaporkan, filem ‘R-rate’ itu menelan belanja sekitar USD 100 juta.

Sarawak Report turut bertanyakan tentang soalan: ‘Dari mana wang ini datang?’

Malah, lebih mengejutkan penglibatan jutawan Taek Jho Low sebagai rakan rapat Riza Shahriz. Jho Low sebelum ini dilaporkan berkata bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah ‘kawan baik’ kepadanya.

Nama Jho Lho sebelum ini dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jumaat, 27 Disember 2013

Aksi Terkutuk di Surau SPA



[HM] Ipoh: Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu. - 27/12/13



, , ,

Khamis, 26 Disember 2013

MB Kelantan SOKONG TURUN 31 Disember



[SH] SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu. 

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyatakan desakan berterusan yang dilakukan rakyat itu akan mencapai matlamat.

"Insha-ALLAH dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya lagi. -26/12/13



,

Dua Adun BN Bakal Hilang Kerusi, Langgar Artikel 30 Perlembagaan Perak?



[KD] IPOH 26 DIS: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. -26/12/13



[PANAS] Kadar Simpanan Asas KWSP Dirombak, RM196,800 Menjelang 55 Tahun


Kadar Simpanan Asas KWSP Dirombak Januari Ini

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan. 

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.

Beliau berkata ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Nik Affendi berkata kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.

"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.

Beliau berkata antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - 26/12/13



, ,

Rabu, 25 Disember 2013

[Gambar] Genap 10 Tahun Pembunuhan Noritta Samsuddin, Siapa Pembunuhnya yang Sebenar?




[MyNewsHub] TAHUN ini genap 10 tahun pembunuhan Allahyarham Noritta Samsuddin.

Kes Noritta menjadi berita hangat pada tahun 2003 apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel dan kematiannya disahkan berpunca akibat lemas setelah mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka.

Selain itu, kedua-dua tangannya terikat ke belakang dengan coli hitam begitu juga kedua-dua belah kakinya turut diikat dengan wayar elektrik hitam, segumpal tisu basah mengandungi air mani turut dijumpai dalam bakul sampah di biliknya.

Setelah melalui pelbagai proses perbicaraan yang mengambil masa lima tahun lamanya, tertuduh kes itu, Hanif Basree Abdul Rahman dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pegawai eksekutif pembangunan perniagaan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel lima hakim terdiri Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Ab.Rahman, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif.

Hanif dituduh membunuh Noritta, 22, di No D71, Kondominium Puncak Prima Galleria di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Dis, 2003.

Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif tanpa dipanggil membela diri dan Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan pembebasan itu pada 2005.

Zaki, semasa membacakan penghakiman itu berkata kehadiran seorang lelaki dengan bau badan yang busuk dalam apartmen Noritta dan juga DNA seorang lelaki yang tidak dikenali yang dibuktikan secara saintifik yang ditemui pada tubuh Noritta merupakan bukti paling menjejaskan pendakwaan kerana bukti itu tidak disangkal.


Beliau berkata DNA Hanif ditemui dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak yang dia bersalah tetapi tidak cukup untuk membuktikan kesalahannya.

Zaki berkata: “Jika ada penjelasan yang munasabah kenapa DNA beliau ditemui dalam keadaan sedemikian, faedahnya perlu diberikan kepada beliau dan beliau perlu dibebaskan dan dilepaskan.

“Penemuan profil DNA Hanif pada tubuh si mati tidak mencukupi untuk merumuskan yang beliau menyebabkan kematiannya. Mungkin terdapat terlalu banyak penjelasan kenapa DNA beliau ditemui pada tubuhnya.

“Perlu ingat akan hubungan intim tertuduh dengan si mati, penjelasan tidak bersalah boleh diberikan kepada penemuan itu. Tertuduh tidak didakwa mempunyai hubungan intim dengan si mati,” kata Zaki yang mengambil masa 45 minit untuk membacakan penghakiman itu.

Beliau berkata tiada sekelumitpun bukti untuk menyokong cadangan pihak pendakwaan bahawa Hanif adalah lelaki yang mempunyai bau badan busuk yang badannya mungkin telah mengeluarkan bau itu selepas mengadakan hubungan seks dengan Noritta dan berusaha keras mengikat tangan dan kaki wanita itu.

Pihak pendakwaan juga tidak cuba mencabar keterangan rakan sebilik Noritta, Azura Abdul Hamid yang berkata Hanif tidak mempunyai bau badan busuk, katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai, 2004, memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan Hanif adalah orang terakhir yang mengadakan hubungan seks dengan Noritta kerana dua lelaki misteri turut terlibat.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya pada 29 Jan, 2005, memutuskan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa kematian Noritta disebabkan oleh Hanif.

Perbicaraan itu yang berlangsung selama 29 hari dan mendapat publisiti meluas, diberitahu bahawa Noritta ditemui dalam keadaan tertiarap, mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka manakala tangan dan kakinya diikat, di atas katil dalam bilik tidurnya.

Dalam penghakiman setebal 21 muka surat yang turut dipersetujui empat lagi hakim, Zaki berkata mahkamah mendapati hakim yang mendengar perbicaraan itu membuat keputusan betul dalam meneliti keterangan apabila mengguna pakai prinsip keterangan mengikut keadaan dalam menilai kes itu, kerana terdapat kemungkinan yang munasabah bagi kewujudan orang lain yang melakukan kesalahan itu.

“Bagi alasan yang dibincangkan di atas, pihak pendakwaan tidak melaksanakan tugas dengan baik untuk membuktikan kes ini. Hakim yang bijaksana adalah betul dalam memutuskan untuk tidak memanggil pembelaan diri pada akhir kes pendakwaan dan melepaskan dan membebaskan tertuduh pada peringkat itu,” katanya.

Zaki berkata selepas membaca nota keterangan secara terperinci, mahkamah berpandangan bahawa hakim yang mendengar perbicaraan itu telah membuat keputusan betul apabila menolak keterangan dua pengawal keselamatan di kondominium itu bahawa mereka ternampak Hanif dan Noritta pada awal pagi hari kejadian.


“Tidak ada apa-apa untuk menyokong cadangan bahawa hakim yang mendengar perbicaraan telah terkhilaf semasa menolak keterangan saksi berkenaan,” katanya.

Zaki juga berkata penemuan DNA telah benar-benar membawa pembaharuan dalam penyiasatan jenayah yang digunakan untuk membantu mendapatkan sabitan bagi yang bersalah dan pembebasan bagi yang tidak bersalah.

Dalam kes ini, DNA “lelaki tidak dikenali” amat berguna untuk menentukan bahawa DNA itu milik lelaki berkenaan.

“Malangnya identiti dan juga DNA orang itu tidak diketahui. Mungkin di masa depan akan terdapat daftar profil DNA sepertimana cap jari yang kita ada sekarang yang akan dapat membantu polis mengesan pemiliknya.

“Pakar DNA hanya boleh menyatakan sama ada DNA itu milik atau bukan milik orang yang dikenal pasti. DNA yang ditemui tanpa suspek tidak dapat digunakan,” katanya.

Hanya apabila orang berkenaan dikenal pasti dan DNA sepadan dengan orang yang dikenal pasti itu, ia dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu jenayah, katanya.

“Malahan, namun begitu pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa DNA suspek(bersamasama dengan sebarang keterangan lain) hanya memberikan satu rumusan sahaja, iaitu kesalahan itu dilakukan oleh suspek.

Dalam kes ini, Zaki berkata kes pendakwaan terjejas oleh kewujudan DNA milik lelaki tidak dikenali kerana beberapa inferens boleh dibuat daripada penemuan bukti seumpama itu pada tubuh Noritta.

SEMENTARA itu, Hanif Basree sewaktu diminta mengulas mengenai pembebasannya tidak lama dulu pernah berkata;


“Walaupun saya bebas, namun saya sendiri ingin tahu siapakah pembunuh sebenar Noritta.”

Terdapat satu fakta menarik dalam kes ini apabila terdapat cakap-cakap kononnya terdapat penglibatan orang kenamaan dalam kes pembunuhan Noritta.

Mungkin penjelasan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdull Hamid Embong pada 1 Julai 2004 boleh memberi jawapan pada persoalan itu.


” Saya menolak cadangan yang tidak berasas pihak pembela yang kemungkinan pihak pendakwaan tidak melengkapi siasatan dalam kes ini kerana ingin melindungi seseorang orang kenamaan yang terlibat dalam jenayah ini.

” Hujah-hujah yang tidak berlandaskan fakta kes seharusnya ditolak oleh mahkamah ini,” tegasnya.

Dan tahun ini genaplah 10 tahun kes pembunuhan Noritta berlalu.

Kita masih tertanya-tanya…siapakah pembunuhnya yang sebenar.

Yang pasti, di dunia dia mungkin terlepas, tetapi tidak di akhirat sana.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Noritta Samsuddin.

* Kisah pengalaman wartawan yang pernah melihat jenazah Noritta boleh diikuti DI SINI.


Imbasan kes ini boleh juga dibaca di sini.


P/s: Lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH