Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 4 Mac 2014

Kos Perubatan Swasta NAIK Senyap-senyap



[MK] Kenaikan harga makanan dan petrol mendapat banyak perhatian namun ramai yang tidak menyedari mengenai pindaan ke atas satu undang-undang berhubung kawalan harga perkhidmatan rawatan kesihatan swasta.

Pindaan ke atas Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember 2013, yang memberi kenaikan kadar bayaran melibatkan kesemua kategori untuk rundingan dan prosedur perubatan.

Sebagai contoh, had kadar bayaran untuk rundingan pertama dengan pengamal perubatan umum sebelum ini ditetapkan antara RM10 hingga RM35 – namun mencecah paras antara RM30 hingga RM125 dengan kenaikan baru ini.

Bagi doktor pakar, kadar bayaran bagi rundingan pertama, antara RM30 hingga RM125, kini dinaikkan kepada had antara RM80 hingga RM235.

Kenaikan itu juga melibatkan prosedur perubatan antara 14 peratus hingga 18 peratus.

Sebagai contoh, kadar fi pakar bedah bagi tebukan lumbar dinaikkan dari RM650 kepada RM745, rawatan pundi kencing dari RM1,875 kepada RM2,145 dan pemindahan buah pinggang dari RM4,150 kepada RM4,750.

Sekiranya prosedur tersebut memerlukan khidmat pakar bius, kos untuk perkhidmatan itu juga dinaikkan.

Kenaikan kos itu juga meliputi perkhidmatan pergigian. Sebagai contoh, kos bagi prosedur mencabut gigi yang tidak melibatkan pembedahan sebelum ini ditetapkan antara RM40 hingga RM250, tetapi kini ditetapkan antara RM45 hingga RM285.

Para MP yang merupakan pengamal perubatan ketika dihubungi menyatakan bahawa mereka sendiri tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos tersebut kerana dilaksanakan secara senyap-senyap.

"Sebagai MP, saya tidak mengetahui perkara ini dan ia setentunya tidak dibangkitkan semasa persidangan Parlimen yang lalu,” kata MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.

Seksyen 106(2) akta tersebut memberi kuasa kepada menteri kesihatan untuk meminda harga dalam Jadual 13 melalui arahan dalam warta, selepas rundingan dengan ketua setiausaha kemeterian.

Ini bermakna, prosedur tersebut tidak melalui Parlimen dan MP tidak perlu dirunding atau dimaklumkan. - Nigel Aw/4/3/14

Baca juga di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH