Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Isnin, 3 Mac 2014

[PANAS] Kempen Anti-Syiah JEJAS Ekonomi, Menteri Minta BANTUAN PAS Pulih Hubungan dengan Iran



Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail

[TMI] Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam.

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. – Zulkifli Sulong/ 3 Mac, 2014.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH