Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Selasa, 11 Mac 2014

Pencarian MH370 Kini dari Sumatera ke Hong Kong




[TMI] Pencarian hari ini diluaskan kepada lebih 500,000 batu nautika persegi dari pantai Sumatera ke Hong Kong untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas gagal mencarinya sejak tiga hari lalu apabila pesawat komersil itu hilang.

Armada kapal tentera laut dan kira-kira tiga dozen kapal terbang akan memantau kedua-dua laut dan sempadan hutan Malaysia-Thailand untuk mencari Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang penumpang itu.

Satu perkara yang diketahui pasukan penyelamat adalah pesawat tersebut tidak mungkin masih berada di udara kerana ia hanya mempunyai baki minyak selama 7.5 jam semasa hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal Sabtu lalu.


Pasukan penyelamat cuba untuk mencari pesawat penumpang yang mempunyai sayap selebar 200 kaki, menggunakan data untuk mengesan radar dan mencari bagi mengesan bangkai pesawat, lapor Bloomberg malam tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (DCA) mengatakan semalam serpihan yang dijumpai dan tompokan minyak bukan daripada pesawat hilang MH370.

Pakar dari Amerika Syarikat mengatakan 72 jam terawal penting bagi penumpang untuk terselamat daripada pesawat terhempas akan tetapi pihak berkuasa masih terus berharap kerana masih belum ada bukti kukuh MH370 terhempas ke dalam laut.

Misi mencari dan menyelamat

“Ia masih satu misi mencari dan menyelamat,” kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang malam tadi.

“Malangnya, tuan-tuan dan puan-puan, kita masih belum menemui apa-apa objek daripada pesawat tersebut, apa lagi pesawat tersebut,” katanya dalam satu taklimat sebelum itu.

Beliau mengumumkan peluasan kawasan pencarian selepas pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa gagal mendapat apa-apa petanda mengenai pesawat tersebut.

Pihak berkuasa menghantar kapal untuk menyiasat laporan serpihan ditemui di selatan Hong Kong akan tetapi mereka hanya akan mengetahui pada Selasa jika ia mempunyai kaitan dengan MH370.

Laporan kemalangan pesawat semenjak 1970an menunjukkan, jika pesawat terhempas di laut dalam, ia boleh dicari oleh kapal selam kawalan jauh atau pakar sudah mempunyai cukup maklumat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Kita mempunyai keupayaan,” kata Ronald Schleede, bekas penyiasat U.S. National Transportation Safety Board dalam satu wawancara bersama Bloomberg.

“Saya rasa mereka akan menjumpainya.”

Dalam kes pesawat MAS, kawasan perairan terlibat berkemungkinan sedalam 50 meter, lapor Bloomberg berbanding 3,900 meter dalam kes pesawat Air France di mana bangkai ditemui dan dikeluarkan hampir dua tahun selepas jet A330 hilang.

Teknologi untuk misi menyelamat

Sementara isyarat daripada transponder Boeing 777 dilihat gagal berfungsi, agensi tempatan kebiasaannya akan dapat mengesan pesawat itu, kata Paul Hayes, pakar keselamatan Ascend yang berpengkalan di London.

“Kita mengandaikan pihak pertahanan udara Malaysia akan memantau laluan udara dan mereka harus diarahkan untuk melihat perkara ini,” katanya.

Mata arah atau “beacon” kecemasan daripada apa yang digelar kotak hitam pesawat boleh menjadi alat lain yang berpotensi.

“Penyiasat mengatakan mereka tidak mendengar isyarat daripada data penerbangan dan perakam suara, mungkin ia disebabkan kawasan pencarian kini sukar untuk didefinasikan,” kata Hayes.

Honeywell International Inc. membuat kotak hitam untuk kebanyakan Boeing 777, tetapi pegawai syarikat tersebut di Asia enggan memberikan komen sama ada pesawat Malaysia itu menggunakan peralatan mereka.

Perakam kebiasaannya mula menghantar isyarat jika pesawat pecah atau terhempas ke laut dengan isyarat mampu bertahan selama 30 hari sehingga bekalan tenaga habis, lapor Bloomberg.

Pencari juga menggunakan pembesar suara dalam laut untuk membantu pencarian kotak hitam itu dengan paralatan Honeywell yang boleh menggeluarkan isyarat sehingga 4.5 km ke dalam, mengikut laporan syarikat tersebut pada 2009 semasa penyiasatan kehilangan Air France A330 di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.

Perakam juga dibuat dengan kemampuan ketahanan 3,400 kali daripada kesan graviti, menyebabkan kotak tersebut mampu bertahan daripada pecah dalam pesawat.

Namun pada saat ini, sukar untuk mengetahui jika pesawat meletup di udara atau pecah selepas terhempas ke laut, walaupun usaha mencari bangkai pesawat masih hampa, kata Hayes.

Misi pencarian panjang

Pesawat Malaysia Airlines berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada Sabtu dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing. Ia masih belum tiba ke destinasi.

Semenjak itu, pasukan pencari daripada Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan New Zealand bekerja bersama-sama pasukan Malaysia untuk mengesan pesawat di Teluk Thailand, sebahagian daripada Laut China Selatan yang merangkumi beberapa negara Asia Tenggara.

Tumpuan kini beralih ke Lautan Andaman, berhampiran sempadan Thailand, selepas data radar mengatakan pesawat mungkin berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Akan tetapi juruterbang tidak memberikan isyarat kepada pihak berkuasa beliau akan berpatah balik, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada hujung minggu.

Selepas MH370 hilang, pesawat pencari terbang ke lautan luas dari 7.00 pagi sehingga 7.00 malam di Teluk Thailand sementara kapal laut terus mencari sepanjang malam. Tiada apa yang ditemui.

Pasport curi

CNN melaporkan adalah membingungkan pesawat hilang tidak boleh dikesan. Menambahkan lagi misteri apabila terdapat laporan sekurang-kurangnya dua orang penumpang menggunakan pasport curi daripada warga Austria dan Itali.

Kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport tersebut membeli tiket penerbangan secara bersama.

Azharuddin mengatakan semalam kajian daripada kamera keselamatan KLIA mendapati dua orang yang menggunakan pasport curi itu “tidak kelihatan seperti lelaki Asia”.

Urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 MAS yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai, menurut akhbar British Financial Times.

Interpol mengatakan pada Ahad mereka sedang menyiasat kes ini.

Misteri pasport ini menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan terorisme akan tetapi pihak berkuasa mengatakan terlalu awal untuk membuat kesimpulan sebegitu. – 11 Mac, 2014.

Pencarian kini diperluaskan kepada lebih 500,000 batu nautika. - Gambar ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, 11 Mac, 2014.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH