Saya TIDAK Akan Minta MAAF Kepada Azmin - Hishamuddin Rais
[Mstar] PETALING JAYA: Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan.
"Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya kepada 'The Star Online'.
Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.
Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas.
Artikel perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut.
Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu. -RASHVINJEET S. BEDI/ 3/3/14
Artikel kontroversi itu boleh dibaca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.