Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 7 November 2014

Tembak Lelaki jalin Hubungan Sulit dengan Isteri, Bekas Kapten Kapal Dipenjara 8 Tahun


Foto: HM
[Bernama] SHAH ALAM - Seorang bekas kapten kapal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Januari tahun lepas.

Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari tahun lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Shahrunizam bagaimanapun mengaku bersalah selepas pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Lee atau Atok.

Mangsa pada mulanya mengubati bapa tertuduh di Kedah dan selepas itu, tertuduh serta mangsa mempunyai hubungan yang baik dan tertuduh banyak membantu mangsa dari segi kewangan kerana lelaki itu (mangsa) tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mangsa seterusnya menjalin hubungan intim dengan isteri tertuduh hingga melibatkan hubungan seks.

Isteri tertuduh kemudian memberitahu suaminya mengenai perkara itu menyebabkan tertuduh telah mengarahkan isterinya menghubungi mangsa dan mereka bersama-sama pergi ke tempat kejadian berjumpa dengan mangsa.

Apabila mangsa tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal, tertuduh yang berada di bahagian tempat duduk belakang kereta telah menembak mangsa. 

Keterangan forensik seterusnya menyatakan mangsa mempunyai tiga kesan luka tembakan iaitu satu tembakan di dada sebelah kiri menembusi belakang, satu kesan di sebelah rusuk kiri hingga menembusi belakang dan satu kesan tembakan di tangan kanan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Haniff Hashim. - 6/11/14

Suami ‘masuk dalam’ 8 tahun

Oleh Na’imah Mohamed

naimah@hmetro.com.my

Shah Alam: Akibat membunuh lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya, seorang bekas perunding marin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, dengan menembaknya di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari tahun lalu.
Tertuduh sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa sebagai Ustaz Lee atau Atok selepas dia mengubati bapa tertuduh di Kedah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7149#sthash.tpSSAGmr.dpuf

Suami ‘masuk dalam’ 8 tahun

Oleh Na’imah Mohamed

naimah@hmetro.com.my

Shah Alam: Akibat membunuh lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya, seorang bekas perunding marin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, dengan menembaknya di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari tahun lalu.
Tertuduh sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa sebagai Ustaz Lee atau Atok selepas dia mengubati bapa tertuduh di Kedah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7149#sthash.tpSSAGmr.dpuf

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH