Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Isnin, 24 November 2014

Dua Berita, Azmin Bentang Bajet Terbesar, Khalid Ibrahim Tinggalkan Sidang DUN



Selangor Umum Bajet Defisit, Terbesar 2015

[Malaysia Kini] Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.


Jumlah defisit yang dihasilkan ialah sebanyak RM450 juta. 

Jumlah yang dibentangkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali juga antara terbanyak berbanding perbelanjaan tahun lalu yang dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu sebanyak RM1.85 bilion.

"Kutipan hasil negeri Selangor bagi tahun 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2014.

"Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan meyakinkan, maka kerajaan negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan 2015 berjumlah RM2,422,500,000 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat," kata Azmin.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan negeri itu 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

Menurut Azmin lagi, daripada jumlah perbelanjaan itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19%) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada 2014, jumlah belanjawan negeri bagi kegunaan perbelanjaan ialah sebanyak RM1.225 bilion (66.2%) manakala RM625 juta pula digunakan untuk tujuan pembangunan. - Zulaikha Zulkifli/24/11/14

Berkaitan:

Khalid Ibrahim tinggalkan DUN sebelum Azmin bentang bajet


PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2014.

[The Malaysian Insider] Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet 2015.

Khalid yang menerima kecaman hebat ekoran bayaran pampasan lebih RM2.5 juta kepada bekas pembantunya dilihat meninggalkan perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi, separuh masa semasa sesi soal jawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun tidak bercakap dengan sesiapa tanpa sempat dihidu warga media.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, RM2.27 juta pampasan dan RM376,000 tiga bulan gaji diberikan kepada lapan bekas kakitangannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin menerima jumlah pampasan tertinggi, iaitu sebanyak RM695,400.

Azmin mengakui wujudnya unsur penyalahgunaan pemberian pampasan tersebut dan akan membincangkan tindakan sewajarnya selepas pelantikan pengurusan MBI baru angkat sumpah bulan depan.

Namun, Khalid dilaporkan akhbar The Star berkata, bayaran dibuat sebagai skim pemberhentian sukarela (VSS) yang diberikan kepada pembantunya apabila meletakkan jawatan September lalu.

Khalid turut mempertahankan bayaran VSS itu dibuat kurang daripada 2% daripada RM112 juta rizab tunai MBI.

PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Tekanan itu diterima Khalid sejak awal tahun, apabila pemimpin PKR mahukannya berundur bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua eksekutif negeri.

Krisis pentadbiran Selangor selesai apabila istana melantik Timbalan Presiden PKR Azmin sebagai menteri besar baru. – Jamilah kamaruddin/24 November, 2014.


,

Jumaat, 21 November 2014

Isteri Mogok Seks: Suami Rayu Benarkan Dirinya "Makan Luar"


[Harian Metro] Harare: Seorang lelaki mengejutkan mahkamah selepas menangis dan bersungguh-sungguh merayu supaya hakim membenarkannya mencari kepuasan seksual secara bebas sebagai cara untuk ‘memperbetulkan’ isterinya yang ‘mogok’ sejak tujuh tahun lalu.

Roberto Moyo, 59, dari Mpopoma mendakwa dia pernah hilang kewarasan dan dimasukkan ke institut pakar psikiatri tempatan selepas isterinya, Leandy Moyo, 52, menolak untuk bersenggama walaupun mereka tetap berkongsi katil dan selimut.

Kata Moyo, selepas menerima terapi daripada doktor, dia dinasihati untuk tidak mengharapkan layanan daripada isterinya lagi.

“Tanpa layanan Leandy, tahap kesihatan saya semakin buruk,” katanya.

Moyo dan Leandy berumahtangga sejak 26 tahun lalu.

Mereka juga pernah mendapatkan kaunseling selama dua minggu atas nasihat mahkamah tetapi ia tetap gagal membawa ketenangan dalam hidup mereka.

Kata Moyo, dalam keadaan semasa dia pasti tidak mendapat apa yang diingini daripada Leandy.

Pada masa sama, katanya, agama anutannya, Katolik Roman, tidak membenarkan perceraian walau dalam apa keadaan sekali pun.

“Saya rasa sebenarnya hubungan antara kami sudah tidak wujud lagi dan saya merayu mahkamah memberi kebenaran khas kepada saya,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Leandy berkata, suaminya seorang lelaki yang menyakitkan hati.

“Dia tidak suka tidur di rumah dan selalu pulang lewat sambil berlagak meniduri wanita lain.

“Saya tetap menganggapnya sebagai suami, cuma saya mahukan ketenangan di rumah,” katanya ketika ditemui. -21/11/14


, ,

Yang Kalah Tinggalkan Parti dalam Pemilihan PAS Tahun Depan - Sumber

Perwakilan PAS dalam muktamar tahun depan akan menentukan hala tuju PAS, sama ada kemenangan di pihak profesional atau ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu.

Yang kalah tinggalkan parti dalam pemilihan PAS tahun depan, kata sumber

[The Malaysian Insider] "Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru.

"Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil nama presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan perwakilan PAS memastikan mereka membuat pilihan yang betul dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke-61 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.

Beliau yang enggan namanya disebutkan berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika mengulas hala tuju PAS ekoran perbezaan pendapat yang ketara dalam parti itu sekarang, bermula sejak kekalutan pemilihan menteri besar Selangor.

Sebelum fenomena yang dihadapi Malaysia ini, Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang besar juga menghadapi fenomena sama.

Sehingga pada awal 1980-an, semua aktivis politik Islam di Turki berada dalam satu parti iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan.

Namun mereka berpecah kerana berbeza jalur pemikiran dengan kumpulan progresif dalam parti itu membentuk AKP dan konservatif membentuk Parti Saadet.

AKP pimpinan Erdogan menang pilihan raya Turki selepas menyertainya buat pertama kali pada 2002 dan memerintah Turki sehingga sekarang sedangkan Saadet kekal sebagai parti pembangkang dengan menerima sokongan tidak sampai 2% daripada rakyat Turki.

Ahli Parlimen PAS itu berkata, keputusan perlu dibuat dengan jelas oleh perwakilan PAS sama ada mereka mahu bersama dengan pendekatan progresif yang dibawa kumpulan profesional atau konservatif yang dibawa kumpulan pro ulama.

"Kempen nampaknya sudah bermula. Semuanya dilakukan dengan jelas oleh NGO masing-masing," katanya.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mewakili kumpulan ini manakala Geng Ustaz (GU) mewakili kumpulan pro ulama.

"Kita meminta perwakilan mempunyai minda yang jelas, pemilihan tahun depan untuk menentukan hala tuju PAS. Sama ada kita mahu maju bersama Pakatan Rakyat (PR) atau kita mahu bersendirian dengan alasan mahu menjaga kemurnian Islam.

"Jika perwakilan mahu maju bersama PR, mereka perlu memilih pemimpin yang pro PR. Jika mereka memilih pemimpin yang pro kepada duduk bersendirian dan menjauhi PR, kami terpaksa meninggalkan PAS kerana kami mahu maju ke depan," katanya.

Pihak yang paling tersepit dengan fenomena yang berlaku dalam PAS sekarang adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Aktivis PasMa mula menyerang beliau secara terbuka dalam laman sosial di samping tekanan yang diberikan rakan dalam PR sendiri khasnya DAP.

Terbaru, aktivis PasMa dari utara semenanjung Zolkharnain Abidin, bekas ketua Pemuda PAS Perlis menulis dalam Facebooknya:"PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan".

Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra daripada pembaca.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan itu.

Pihak yang pro ulama pula aktif menyerang kumpulan profesional ini, juga melalui Facebook di samping menggunakan aktiviti dalaman parti itu sebagai tapak serangan mereka.

El Haraki menamakan pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang pro kumpulan ini sebagai 'Jebon' iaitu sejenis binatang yang suka membuat kerosakan.

Kumpulan ini juga menguatkan kedudukannya di Kelantan termasuk melantik seorang pemimpin baru di Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan mulai Januari nanti. – 21 November, 2014.



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang BEBAS Tuduhan Khalwat



[Bernama] Mahkamah Tinggi Syariah George Town hari ini melepaskan dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran dan pasangan Nurul Izani Mat Isa daripada tuduhan khalwat pada Disember empat tahun lalu, selepas mendapati mereka adalah suami isteri.

Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah ini mendapati tidak ada keraguan terhadap dokumen pernikahan yang dikemukakan tertuduh dan ia boleh diterima di mahkamah ini. Dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan diakui oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Johor Baru setelah berpuas hati dengan bukti yang ditunjukkan.

"Mahkamah berpuas hati pihak tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

"Mahkamah juga mengingatkan penghakiman ini berdasarkan fakta sahih yang dikemukakan di mahkamah ini dan fakta selebihnya terserah kepada Yang Maha Kuasa. Oleh itu, saya memerintahkan kedua-dua tertuduh dibebas dan dilepaskan... kes selesai," katanya.

Zaim juga memerintahkan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap tertuduh dikembalikan.

Adam, 46, dan Nurul Izani, 37, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur, dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 Disember 2010 pukul 2.05 pagi di rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di George Town.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27(b) enakmen sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Mohd Najmuddin Mustafa dan Mohd Fahmi Mohd Idris manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ahmad Munawir Abdul Aziz, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff dan Rosdee Razak.

Sementara itu, Ahmad Munawir ketika ditemui di luar mahkamah bersyukur kes ini selesai dan berharap tidak ada lagi rayuan daripada pihak pendakwaan selepas ini.

"Saya harap tidak ada rayuan selepas ini. Kalau dulu rayuan dibuat disebabkan isu teknikal dan sekarang isu yang dibangkitkan menyebelahi pihak kami. Hampir empat tahun Adam digantung kerja, jadi saya harap tidak ada rayuan untuk memanjangkan lagi kes ini," katanya.

Pada 17 Mei 2012, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membebas dan melepaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkhalwat, selepas Hakim Syarie Othman Ibrahim mengiktiraf keputusan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor yang mengesahkan Adam dan Nurul Izani adalah suami isteri semasa mereka didapati berkhalwat 5 Disember 2010.

Namun, berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah. – Bernama, 21 November, 2014.


[Terkini] Putrajaya MANSUHKAN Subsidi RON95, Diesel Mulai 1 Disember 2014


[Malaysia Kini] Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November. -21/11/14

P/s: Takziah 52%, tahniah 48%.

,

Khamis, 20 November 2014

Jus Katak Rawat Penyakit Kronik




[Harian Metro] Lima: Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin.

Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.

Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu.

Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.

“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.

Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.

Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein.

Kebanyakan pelanggan Cruz berasal dari wilayah Andes. - Agensi/19/11/14


,

Lelaki Cabul Anak Depan Isteri Diberkas


Dua beradik nekad lapor polis, kecewa perbuatan ayah tidak mampu dibendung ibu

[Utusan Borneo] SERIAN: Tidak tahan sering dicabul bapa kandung, dua beradik perempuan nekad membuat laporan polis selepas ibu mereka sendiri tidak mampu menghalang tabiat buruk suaminya itu.

Menurut sumber, insiden berlaku di sebuah kampung di sini apabila mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun sering menjadi mangsa cabul bapa mereka yang berusia 60 tahun sejak awal tahun lepas.

Difahamkan, suspek akan meramas payudara dan alat sulit kedua-dua anak gadisnya itu setiap kali bersua dengan mereka tanpa mengira waktu dan tempat.

“Malah, di hadapan isterinya sendiri (ibu mangsa), dia (suspek) masih boleh melakukan perbuatan terkutuk itu dan hanya diperhatikan sahaja kerana kesemua mereka takutkan suspek.

“Tidak tahan sering diperlakukan sedemikian dan kecewa apabila ibu mereka sendiri juga tidak dapat mempertahankan mereka, dua adik-beradik tersebut nekad untuk melaporkannya kepada pihak polis,” kata sumber.

Berpandukan laporan yang dibuat adik-beradik terbabit, pihak polis berjaya menahan suspek di rumahnya sekitar petang semalam dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya suspek akan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut.

“Dia (suspek) telah ditahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan akan direman bermula hari ini (semalam) ,” kata Chung. - Jeremy Lanson/20/11/14


,

'Masalahnya lelaki itu atasi siapa saja dalam PAS'


[Malaysia Kini] MP Puchong Gobind Singh Deo memulang paku buah keras kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Gobind memberi amaran supaya Mohd Amar (bawah) lebih berhati-hati daripada menuduh DAP mahu mengeluarkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sedangkan, kata Gobind, parti itu hanya menggesa Hadi hadir dalam mesyuarat itu demi kebaikan gabungan tiga parti PKR-DAP-PAS itu.


"Beliau nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

"Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

"Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Tak hormat rakan Pakatan

Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

Berhubung kenyataan Hadi bahawa terpulang kepadanya untuk hadir ke mesyuarat itu ataupun tidak, Gobind menyifatkan sikap itu sebagai "langsung tidak hormat" kepada rakan komponen dan rakyat Malaysia.

Gobind (bawah) yang juga ketua Biro Undang-undang DAP berkata sikap tersebut berulang ketika kemelut menteri besar berlaku.


"(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.

"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya.

Anak lelaki kepada mendiang Karpal Singh itu turut menegaskan mesyuarat yang diadakan tidak bermakna jika individu utama tidak endah soal kehadiran dan semua perbincangan yang diputuskan tidak bermanfaat pada akhirnya. -19/11/14

,

Pakatan Boleh Berkuasa Jika Hilang Takut Orang Melayu - A. Kadir Jasin


[The Malaysian Insider] Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) boleh meyakinkan orang Melayu yang ia akan berlaku adil kepada mereka dan hormati hak dan keistimewaan mereka, ia hampir pasti akan berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor dan Pulau Pinang dan mungkin juga menawan Putrajaya, kata bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Masyarakat Bumiputera, terutama mereka yang pro-Barisan Nasional (BN), katanya, takut kehilangan hak dan keistimewaan mereka dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain ekonomi yang memang sudah dalam genggaman mereka.

"Faktor takut ini ialah senjata terakhir Umno dalam memastikan orang Melayu terus memihak kepada mereka. Takut kepada orang Cina ialah salah satu sebab utama orang Melayu kembali kepada Umno dan memberi kemenangan lebih besar kepada BN dalam pilihan raya umum tahun lepas.

"Gambaran berpuluh ribu orang Cina dan India yang menyokong pembangkang, mengambil alih bandar-bandar di Johor semasa kempen pilihan raya, membangkitkan rasa takut di kalangan orang Melayu, menyebabkan mereka berdiri di belakang Umno," kata bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times itu semalam.

Katanya, situasi di Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan satu petunjuk, mengenai bagaimana keadaan orang Melayu di negeri itu sejak PR mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2008.

"Adakah wujud pemberontakan di kalangan Melayu sejak PR berkuasa pada 2008? Kecuali di kalangan komuniti peniaga Melayu yang ada kaitan dengan BN, orang Melayu lain nampaknya menerima PR. Di Pulau Pinang, yang diterajui DAP, yang masih tidak sepakat bukan Melayu, tetapi warga India Muslim."

Katanya, masyarakat India Muslim di Pulau Pinang lebih lantang mengkritik kerajan PR kerana kebanyakan mereka peniaga dan menerima kesan secara langsung dari dasar dan program kerajaan negeri.

"Mententeramkan dan membuang ketakutan orang Melayu ialah satu kemestian kerana mereka golongan majoriti dan menguasai elemen penting kerajaan – penjawat awam, polis dan tentera. Tiada kerajaan mampu menukar semua ini dalam sekelip mata," katanya.

Menulis dalam blognya bawah tajuk 'Isu Kepimpinan: Bagaimana Kalau PR Ambil Alih?', Kadir cuba membayangkan apa yang akan terjadi kepada negara ini sekiranya BN yang diterajui Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sekiranya PR dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ia harus mengekalkan dasar dan program kerajaan BN sedia ada, termasuk kerangka ekonomi dan perdagangan sedia ada dan penting juga mendapatkan kepercayaan pihak swasta.

Katanya, PR perlukan yakinkan ahli perniagaan dalam sektor swasta, termasuk mereka yang mendapat banyak faedah dari kerajaan Umno-BN selama ini, kerana mereka pasti akan memindahkan kesetiaan mereka sekiranya mereka dilayan dengan adil.

"Mereka akan sokong kerajaan baru bagi mendapatkan jaminan keselamatan dan kelangsungan hidup, dan mungkin mahu tubuhkan konsesi dan runding semula kontrak yang mereka perolehi dari kerajaan BN sebelumnya," katanya.

Kadir berkata, perkara ini tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada PR kerana sudah ramai hartawan dan ahli perniagaan besar yang memupuk persahabatan dengan parti dalam gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

"Tetapi, sekiranya PR memilih untuk berdendam, ia menghadapi risiko membangkitkan kemarahan orang Melayu dan hilang sokongan mereka. Dan ini tidak baik kerana orang Melayu membentuk majoriti dan mengawal unsur penting dalam kerajaan," katanya. – 20 November, 2014.


,

Selasa, 18 November 2014

Isteri Kantoikan Suami ‘Projek’ dengan Kekasih Gelap


[Harian Metro] Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama ‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu.

Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.

“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama seorang wanita tidak dikenali.

“Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka keluar.

“Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya. - Muhaamad Hafis Nawawi/18/11/14 


, ,

Amuk Syak Rakan, Isteri Jalin Hubungan Sulit



[Harian Metro] Chukai: Berang selepas mengesyaki sahabat baik mempunyai hubungan sulit dengan isteri, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak memukul rakan terbabit menggunakan objek keras dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 22 tahun dikatakan parah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami kecederaan teruk akibat tindakan suspek terbabit.

Menurut sumber, kejadian jam 8.30 malam itu dipercayai disedari penduduk kampung itu yang kemudian memaklumkan nasib malang menimpa mangsa kepada abangnya yang ketika itu berada di rumahnya di kampung sama.

Katanya, terkejut dengan berita itu, abang mangsa yang bekerja sebagai buruh berusia 24 tahun bergegas ke rumah suspek bagi melihat kejadian itu.

Namun, sebaik tiba di rumah suspek, abang mangsa terkejut mendapati adiknya terbaring dalam keadaan separuh sedar dan segera membawa mangsa ke Hospital Kemaman sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa yang cedera di bahagian selaput mata dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut pada jam 10 malam,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan berkenaan, polis ke rumah suspek bagi melakukan tangkapan pada jam 12.10 tengah malam, semalam, tetapi suspek tidak ditemui, dipercayai melarikan diri.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan bertindak demikian apabila tidak puas hati dengan mangsa yang disyaki ada hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan. -18/11/14


, , ,

Menteri Langgar Polisi Kerajaan Hantar Anak ke Sekolah Swasta - Tun Dr Mahathir


[The Malaysian Insider] Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin semakin melebar di Malaysia, malahan menteri Kabinet turut menghantar anak mereka ke sekolah persendirian.

Bekas perdana menteri itu berkata, menteri sendiri melanggar polisi pendidikan negara dengan menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa.

"Murid di Malaysia tidak sepatutnya ke sekolah swasta. Dalam kebanyakan kes, yuran dikenakan selalunya terlalu mahal.

"Kemudian anak menteri, bertentangan polisi negara mula hantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

"Menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata, keadaan ini menyebabkan golongan miskin terpaksa mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan, sementara itu golongan kaya mahir menguasai bahasa Inggeris berbanding golongan miskin.

(Dr Mahathir memegang jawatan menteri pendidikan antara 1974 dan 1978.)

"Hasilnya golongan kaya ke sekolah swasta di Malaysia dan UK, sementara itu yang miskin ke sekolah kebangsaan di Malaysia.

"Selain daripada pemisahan kaum kerana sekolah berasaskan bahasa etnik, kita melihat pemisahan antara murid kaya dan miskin.

"Yang kaya sekarang bercakap dalam bahasa Inggeris dan miskin bercakap dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil. Peluang pekerjaan menyebelahi mereka yang mahir berbahasa Inggeris," katanya.

Dr Mahathir mengakui cucunya juga ramai yang dihantar ke sekolah swasta dalam dan luar negara.

Tetapi beliau melihat situasi itu menjauhkan lagi jurang antara kaum dan juga jurang antara kaya dan miskin.

"Mereka (cucu) bercakap dalam bahasa kebangsaan, tetapi jenis sekolah tersebut melebarkan jurang antara kaum serta juga antara kaya dan yang miskin.

"Nampaknya ibu bapa yang miskin terpaksa menerima pendidikan buruk untuk anak mereka supaya ahli politik dapat menjadi popular," katanya.

Selain jurang pendidikan antara kaya dan miskin, Dr Mahathir juga membangkitkan jurang pemisahan antara kaum di Malaysia, ia berpunca daripada sistem sekolah mengikut etnik yang digunakan di Malaysia.

"Dengan ini, anak berbilang kaum hilang peluang membesar bersama; Melayu ke sekolah kebangsaan, Cina ke sekolah rendah dan menengah Cina manakala India ke sekolah rendah Tamil. Tidak ada sekolah menengah tamil, jadi India terpaksa belajar di sekolah menengah kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sejak mencapai kemerdekaan 1957 mempunyai misi jelas di mana semua pelajar belajar dalam satu sistem sekolah kebangsaan dan bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa asal rakyat.

"Mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain, mempelajari budaya yang berbeza dan menjadi Malaysia yang tulen,” katanya. – 18 November, 2014.

,

Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Staf TSKI Disiasat


[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.

Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.

Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.

"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.

"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi. - Sira Habibu/18/11/14


P/s: Tidak kisah siapa yang terima pampasan, jika tidak mengikut peraturan, hal itu wajib disiasat.




, ,

Lola Tidak Mahu Tuntut Firdaus, Walaupun Selepas Jalani Hukuman


[Sinar Harian] NILAI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.

Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.

“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," katanya.

Beliau juga berkata, Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.

"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ‘Nilai U - Niew Future Leaders Camp 2014’ di Nilai Spring Resort dekat sini, semalam.


Rohani menjelaskan, kejadian itu harus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran kepada masyarakat, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Rohani memberitahu, hukuman diterima Lolanopita bukan sekadar hukuman, namun pengajaran penting buat dirinya agar sentiasa memberi keutamaan dan kasih sayang kepada anak, lebih-lebih lagi anak istimewa.

Bagaimanapun, Rohani menegaskan, sekiranya suatu hari nanti Lolanopita ingin menuntut Muhammad Firdaus kembali, dia berhak berbuat demikian dan pihaknya akan menyerahkannya kepada ibunya dengan bersyarat.

“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya. - SARINAH MAT KASIM & SYAMILAH ZULKIFLI/18/11/14


P/s: Anda tergamak?


,

Nombor Plat Kereta SAMA


[Sinar Harian] TELUK INTAN - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain. 

Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.

Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan. - SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI/17/11/14


,

[Video Baharu] MH17 Ditembak Jatuh


,

[Video] Akhirnya, Rayyan Naik BMW



[Harian Metro] Shah Alam: "Alhamdulillah, impian anak untuk menaiki kereta BMW akhirnya tercapai tidak sampai 24 jam selepas saya memuat naik status hasrat itu di laman sosial Facebook.

"Terima kasih kepada insan yang sudi menawarkan diri untuk membawa anak saya menaiki kereta BMW yang menjadi impiannya," kata Hasni Mat Hassan, 39, ibu kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Hasni mencoretkan impian Muhamad Rayyan yang mahu menaiki kereta BMW dengan memaparkan gambar anaknya itu bersama suaminya, Azhar Ahmad, 40, di Facebook petang kelmarin sebelum ia menjadi 'viral' dan ramai yang simpati serta bersedia menunaikan impian kanak-kanak berkenaan.

Beberapa individu hadir ke rumah Hasni pada tengah hari dan petang di Padang Jawa, di sini, semalam, sebelum Muhamad Rayyan dibawa menaiki kereta BMW antaranya BMW X6.


Menurut Hasni, sejak berusia dua tahun, setiap kali melihat kereta BMW, anak kedua daripada empat beradik itu akan menjerit kerana tahu lambang kereta itu dan meminta untuk menaikinya. -Nur Saliawati Salberi/18/11/14




,

Isnin, 17 November 2014

Seks dengan Biri-biri Angkara...

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi/17/11/14

“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir (Mesyuarat Pakatan Rakyat)" - Haji Hadi Awang


Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi 

[The Malaysian Insider] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian. 

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS. 

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini. 

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR. 

“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang. 

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik. 

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR. 

“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. 

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR. 

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka. 

Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu. 

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. 

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya. 

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi. 

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi. 

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya. 

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. -16/11/14




Kredit Kelab GB

Pengakuan Suami Curang, Apa yang Tidak Kena pada Isterinya?


[Sinar Harian] PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

,

Jumaat, 14 November 2014

Video Ayah Nyanyikan Lagu Buat Bayinya yang Nazak Jadi Viral


Chris menyanyikan lagu di sebelah inkubator untuk menenangkan bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan.

[Astro Awani] LOS ANGELES: Sebuah rakaman video penuh hiba yang menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadiviraldi media sosial.

Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.

Chris Picco menyanyikan lagu "Blackbird" sambil memetik gitar di sebelah inkubator yang menempatkan anaknya di wad bersalin.

Bayinya yang dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan Caesarean minggu lalu.

Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yang sama nyawa isterinya gagal diselamatkan. 

Lennon hidup selama tiga hari di wad bersalin Hospital Universiti Loma Linda yang terletak di luar Los Angeles dan meninggal dunia pada 11 November.

Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ribu tontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.

Video Chris menyanyikan lagu 'Blackbird' sambil memetik gitar bagi menenangkan bayinya yang
bergelut dengan kematian kini menjadi viral. Ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia selepas melahirkannya. -Sumber YouTube

Pada laman web yang ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yang disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanya bertahan beberapa hari selepas itu.”

Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini, Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”


“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel. -AFP/14/11/14




Penjawat Awam Minta Rasuah Seks daripada Janda


[Harian Metro] Alor Setar: Tindakan seorang penjawat awam berusia 50-an yang disyaki meminta rasuah dalam bentuk layanan seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan itu ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, di sini, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai mangsanya.

Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, namun identiti lelaki terbabit termasuk di jabatan mana dia bertugas tidak dinyatakan.

“Kami tahan suspek berdasarkan maklumat awam yang diterima dan hasil siasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

“Ketika ditahan anggota kami, suspek berdua-duaan dengan wanita terbabit dan dipercayai menuntut rasuah terbabit.

“Berdasarkan maklumat, kami percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009, namun dibebaskan dengan jaminan, semalam. -14/11/14

Berkaitan:


Pegawai Kanan Kerajaan Direman Bantu Siasatan Minta Layanan Seks


[Bernama] ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada kira-kira 2 petang semalam.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.

Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an. – 14/11/14


,

Gigit, Serang Suami Kerana Anak


[Harian Metro] Kuala Lumpur: Cemburu buta terhadap bayi sendiri menyebabkan seorang wanita bertindak ganas mencakar dan menggigit suaminya yang didakwa lebih menyayangi anak mereka.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin, wanita berusia 40-an itu dikatakan ‘naik hantu’ secara mendadak di kediaman mereka di Sri Petaling di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berpunca apabila bayi pasangan itu terjaga daripada tidur dan menangis tanpa henti selama setengah jam.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan bayinya itu.

“Susulan itu suami wanita terbabit yang berusia 43 tahun bangun dan memujuk bayinya itu supaya berhenti menangis.

“Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati si isteri yang tiba-tiba melenting dan memarahi mangsa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu mendakwa suaminya lebih mengambil berat dan sayangkan bayi mereka berbanding dirinya.

“Terkejut dengan tuduhan melulu, mangsa cuba memujuk dan mendakwa bayi itu adalah anak mereka sendiri dan dia tidak pernah membahagikan kasih sayang.

“Namun suspek tidak dapat menerima hakikat itu dan menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu bertukar ganas apabila suspek bertindak menyerang mangsa dan mencakar muka serta badan suaminya.

“Malah wanita itu turut memukul suaminya berulang kali. Akibatnya muka dan badan mangsa berdarah dicakar.

“Mangsa kemudian segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan isteri mangsa itu mempunyai sikap panas baran dan kerap menyerang mangsa.

Sementara itu jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -14/11/14



Selasa, 11 November 2014

MP Dedah 'Surat Sokongan' RM9.6 Bilion untuk 1MDB




[Malaysia kini] Dua anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan “surat sokongan” kerajaan untuk menjamin hutang RM9.6 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia didedahkan oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara ) dan Rafizi Ramli (PKR-Pandan).


Minggu lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat itu.

Surat tiga halaman, yang ditandatangani oleh menteri kewangan, dikatakan sebahagian daripada “surat tawaran” Goldman Sachs International, yang mempertingkatkan bon untuk 1MDB.

Ia mempunyai tempoh sah 10 tahun dan jelas menyatakan bahawa Malaysia akan membayar balik wang yang dipinjam oleh 1MDB jika syarikat itu tidak mampu membayar.

Pua meminta kerajaan “menyenarai hitamkan” Goldman Sachs jika firma perbankan pelaburan multinasional Amerika itu “berbohong” berhubung kesahan surat sokongan itu.

Manakala Rafizi pula mendakwa Ahmad “menipu” Dewan Rakyat dan mahu merujuknya kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Kerajaan berulang kali berkata mereka hanya menjamin RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB. - 10/11/14


, ,

Kecualikan Ubat daripada GST - Persatuan Farmaseutikal Malaysia


[Malaysia Kini] Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan supaya kesemua ubat-ubatan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MPS Nancy Ho berkata, kerajaan tidak patut mengenakan cukai terhadap seseorang kerana “sakit dan perlu mengambil ubat”.

MPS juga sedang mengutip tandatangan untuk petisyen rayuan supaya kesemua ubat dikecualikan daripada cukai kontroversi itu.


Ho berkata terdapat penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan pesakit membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk rawatan dan perubatan.

“Jika mereka terpaksa membayar GST pada kadar standard, mereka perlu membayar lebih RM600 cukai untuk setiap RM10,000 yang diperlukan untuk perubatan.

“Ia menyedihkan apabila seseorang yang jatuh sakit teruk sehingga hilang mata pencarian.

"Dan sekarang mereka dikenakan cukai dan tambahan enam peratus kerana mengambil ubat,” katanya.

Tunjukkan sokongan awam

Kempen kutipan tandangan itu itu akan dijalankan sehingga 31 Disember.

Ia kemudian akan dikumpul bersama rayuan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut.


"Ini akan menunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa rayuan itu mendapat sokongan awam dan patut ditangani secara serius,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi e-mel medicine.gst.mps@gmail.com.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (atas) ketika membentangkan Belanjawan 2015 di parlimen mengumumkan bahawa 2,900 ubat-ubatan penting akan dikecualikan daripada GST.

Beliau tidak menyatakan secara spesifik kategorinya. -11/11/14


,

Lelaki Rakam Aksi Perkosa Budak 13 Tahun Ditahan


[Harian Metro] New Delhi: Seorang gadis berusia 13 tahun dirogol lelaki yang berusia lebih sekali ganda daripadanya dan aksi itu dirakam penyerang menggunakan telefon bimbit.

Walaupun keterlaluan, tindakan lelaki itu yang membolehkan jenayah berkenaan dikesan sebelum suspek ditahan.

Puncanya, lelaki terbabit mengedarkan rakaman visual selama 29 minit itu kepada rakannya sebelum ia sampai ke pengetahuan seorang siswa Universiti Delhi.

Secara kebetulan siswa terbabit mengenali mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

Suspek ditahan kelmarin, namun klip video itu masih terus tersebar.

Lelaki itu dikenali sebagai Rohit Kumar yang bekerja di sebuah kedai pakaian di Bazar Sadar.

Jurucakap polis berkata, serangan seksual itu berlaku di kawasan Diwali.

“Suspek meyakinkan mangsa supaya datang ke rumahnya supaya dia boleh membantu pembelajaran gadis terbabit.

“Namun, tidak lama kemudian dia merogol mangsa,” katanya.

Ketika disoal siasat, jurucakap polis berkata, Kumar mengaku menyerang mangsa dua kali sebelum itu.

Pada kali ketiga, dia merakamkan kejadian itu menggunakan telefon genggamnya dan klip itu dijadikan bahan untuk mengugut mangsa supaya apa yang berlaku di rumah itu dirahsiakan.

Ketika mangsa benar-benar merahsiakan kejadian berkenaan, Kumar pula berkongsi klip itu dengan rakannya.

Kata jurucakap polis, tidak dapat dipastikan berapa ramai orang sudah menyaksikan rakaman berkenaan sebelum ia tiba kepada seorang siswa universiti yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana.

“Apabila ibu mangsa diberitahu, dia mendesak anaknya menceritakan keadaan sebenar.

“Selepas mengaku, keluarga terbabit memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya. - Agensi/10/11/14




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH