Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , , , , ,

Selasa, 30 Disember 2014

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian, Angkara "Tangan Hitam"?




[Mstar] TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral di kalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.


Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."



"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370. -30/12/14



, ,

Hanya 3 Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia


[Mstar] JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.

"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.

Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.



Kru Tentera Udara Indonesia membawa objek yang dipercayai merupakan gelongsor kecemasan milik pesawat QZ8501. Foto EPA


Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan. - AFP

, ,

Gadis Disamun, Nyaris Dirogol


[Sinar Harian] SEREMBAN - Seorang gadis berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar Nilai, pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Balqis disamun dan dicederakan di bahagian kepala, sebelum dibawa ke kawasan sunyi untuk dirogol.

Menurut sumber, berdasarkan laporan polis yang dibuat, semasa kejadian, mangsa yang menaiki kereta api komuter itu baru sahaja sampai dari KL Sentral kerana bekerja.

Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, katanya, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih, sebelum keluar seorang lelaki memakai topi kaledar, memecahkan tingkap cermin pemandu menggunakan tukul besi.

“Difahamkan mangsa cuba melawan, namun penjenayah tersebut terus memukulnya di bahagian muka sehingga menyebabkan mangsa menjadi lemah.

“Lelaki berkenaan turut berjaya mengambil kunci kereta, beg tangan serta sebuah beg berisi komputer riba, sebelum menyerahkan kepada rakannya yang sedang menunggu di sebelah,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila suspek cuba merogol dengan membawa kereta mangsa ke tempat sunyi di sebuah kawasan stesen kereta api berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sempat melakukan apa-apa berikutan terdapat sebuah kereta api melalui kawasan itu dan berhenti di stesen tersebut.

“Suspek dan rakannya kemudian melarikan diri dengan semua barang yang disamun dari mangsa.

“Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilai dengan bantuan bapanya yang tiba sebaik saja mangsa menghubungi ayahnya,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Roning Abdullah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -30/12/14

, ,

[Wajib Baca] Beza Darurat Keselamatan, Darurat Bencana



[Malaysia Kini] Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150.

Ia contohnya dalam Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan Persekutuan).

Hasil daripada darurat itu, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Ordinan Darurat 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya dibatal pada tahun 2011.

Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun!

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut perdana menteri, Ordinan Darurat secara automatik dimansuhkan.

Darurat jerebu

Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas. Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.

Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara).

Contoh darurat bencana seperti berikut:

1. Darurat jerebu Sarawak 1997
2. Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara atau API lebih 500)
3. Jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750)

Kesannya pula seperti berikut:

1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan Persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Pada hemat saya, terdapat beberapa alasan pokok melibatkan persepsi umum dan kos.

Dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan.

Semua dalam kawalan?

Ayat-ayat seperti "semua dalam kawalan" merupakan jawapan dan respons yang lazim diberi oleh kerajaan.

Contohnya, isu seperti hutang 1MDB, hutang negara, kebocoran soalan UPSR, dan kini banjir pantai timur, bukankah semua ini dikatakan 'dalam kawalan'?

Tetapi adakah ia benar-benar 'dalam kawalan', terpulang kepada anda untuk menilai.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas.

Sebagai contoh, saham AirAsia menjunam gara-gara misteri QZ8501.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan Persekutuan.

Semasa Najib berada di luar negara, RM50juta peruntukkan telah diluluskan dengan segera. Setibanya di tanah air pula, tambahan RM500juta diluluskan.

Jumlah sekarang sekurang-kurangnya RM550juta.

Ada yang tanya saya, tidakkah ini RM550juta ini cukup untuk mangsa? Tidakkah ia menambah beban kerajaan pusat?

Apa yang kalian perlu tahu adalah ini: Penambahan peruntukkan RM500j uta tersebut bukan kesemuanya secara langsung diagihkan untuk mangsa banjir pantai timur untuk membeli makanan dan minuman.

Dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara, RM500 juta ini diagihkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk 'the aftermath'.

Dalam erti kata lain, ia untuk membaiki jalan raya, jambatan, dan sebagainya. Sebahagian lagi peruntukkan ini juga disalurkan untuk persiapan musim banjir kelak.

Twitter 'separuh masak' PM

Insurans? Pada pendapat saya, kenyataan Twitter perdana menteri bersifat separuh masak dan mengelirukan.

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans.

Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka.

Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'.

Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka.

Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam.

Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi.



ADRIAN LIM CHEE EN merupakan pengasas dan koordinator Mahasiswa Ganyang.

, ,

Serpihan Dijumpai SAH Pesawat QZ8501


Antara objek keras yang ditemui terapung di atas laut semasa operasi SAR pada hari ketiga.

[Mstar] PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang itu, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Buat masa ini, serpihan tersebut disahkan daripada pesawat AirAsia yang hilang itu dan menteri pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun dalam masa terdekat," katanya.

Seorang pegawai tentera udara turut dilaporkan menjumpai serpihan yang dipercayai badan pesawat dan jaket keselamatan di luar pantai Kalimantan. -30/12/14

Berkaitan:

Pesawat QZ8501: Gelongsor Kecemasan, Pintu Pesawat Ditemui

[Mstar] PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan.

Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serpihan tersebut kira-kira 105 batu dari Pangkalanbun.

Susulan penemuan itu, sebuah helikopter dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat lagi.

"10 objek keras dan banyak serpihan kecil. Objek seperti itu tidak selalunya dilihat berada di atas permukaan laut.

"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa.

Beliau berkata, 10 objek tersebut terdiri daripada pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan sebuah objek berbentuk segi empat.

Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi SAR turut mengesahkan ternampak serpihan bertaburan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub panjang berwarna oren.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.

Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal. -30/12/14


, , ,

Ahad, 28 Disember 2014

Kit Siang Ziarah TG Nik Aziz, Bantu Mangsa Banjir Kelantan



[RoketKini] KOTA BHARU, 28 DIS: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi ini.

Dalam kiriman Kit Siang di laman mikro twitter, beliau dimaklumkan oleh bekas menteri besar itu bahawa bencana banjir yang berlaku kali ini adalah antara terburuk, dan tidak pernah dialami sepanjang 23 tahun Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz.

Kit Siang turut meluangkan masa melihat keadaan sekitar bandar Kota Bharu dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, yang kini diubah menjadi pusat pemindahan.

“Mereka yang dipindahkan ke sini disediakan keperluan asas dan makanan, tetapi sudah tentu keadaan tidak sama seperti di rumah.

“Semua orang berharap banjir akan reda, supaya mereka boleh kembali ke rumah mereka,” tulisan Kit Siang dipetik dari laman Facebooknya.


Sementara itu DAP Selangor masih meneruskan usaha kutipan derma dan pengumpulan sumbangan bantuan banjir sehingga Selasa, 30 Disember 2014.

Orang ramai, dermawan dan sukarelawan yang ingin menyerahkan bantuan boleh berbuat demikian di tiga pusat sehenti disediakan DAP Selangor di lokasi berikut:

1. Ibu pejabat DAP Selangor,
No. 24, Jalan 20/9, Paramount Garden,
46300 Petaling Jaya.
Masa: 10.30 pagi hingga 4.00 petang

2. Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong,
Jalan KB 2 / 12a, Kampung Baru Balakong,
43200, Seri Kembangan,
Masa: 8:00 pagi hingga 10.00 malam

3. Pusat Khidmat Kinrara
5-2 Jalan Cenuk 2, Off Jalan Puchong Bt10.
Masa: 10.00 pagi hingga 5:00 petang


Mereka yang ingin menderma wang tunai, kotak derma akan disediakan di pusat pengumpulan, manakala cek sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank 8881002244649 (AMBANK) atas nama ‘Tabung Dana Kecemasan’. – Roketkini.com


,

Bantuan DAP Pulau Pinang Tiba di Kelantan, Diketuai Lim Kit Siang


[RoketKini] KOTA BHARU, 28 DIS: Bantuan DAP Pulau Pinang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Kelantan tiba pagi ini dipimpin Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Kit Siang tiba di Kota Bharu pagi ini bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, Chow Kon Yeow, Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan dan Warisan Phee Boon Poh diiringi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu.

Delegasi pemimpin DAP dan kerajaan negeri itu disambut ADUN Salor, Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad.

Bantuan DAP Pulau Pinang berupa wang tunai, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan mangsa banjir diserahkan kepada pimpinan PAS dalam satu majlis penyerahan ringkas pagi ini.

Sementara itu, penyelaras bantuan banjir DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee memaklumkan, trak UBAH telah sampai di Gua Musang hari ini dengan barangan bantuan untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir kawasan berkenaan.


ADUN Balakong itu dalam pemaklumannya menyeru pihak yang prihatin dengan bencana banjir di pantai timur untuk meringankan beban dengan menghulurkan bantuan, sama ada menyertai operasi bantuan kecemasan DAP, atau menderma ke tabung bencana.

“Tabung Bencana Banjir DAP dilancarkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri yang terjejas.

“Semua kutipan derma perlu dimasukkan dalam satu akaun khas iaitu ‘Tabung Dana Kecemasan’ (Ambank 8881002244649).

“Sesiapa yang ingin menderma secara ‘online’ (atas talian) juga boleh berbuat demikian,” kata Eddie. – Roketkini.com

, ,

QZ8501 Dipercayai Terhempas Dekat Belitung, Cuaca Buruk Halang Pencarian



[The Malaysian Insider] Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dipercayai terhempas pada lokasi 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur, di perairan sekitar 80-100 batu nautika dari Belitung, menurut agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Seorang pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dari Pangkalpinang, Supriandi, dilaporkan agensi berita Antara berkata ia sudah menghantar pasukan penyelamat ke Belitung.

Pesawat Airbus A320-200 dari Surabaya itu berpusing di atas laut dekat Belitung untuk mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum mengalami keadaan bergelora sebelum mengalami keadaan bergelora yang kuat dan terhempas ke dalam laut, menurut laporan itu.

Penerbangan itu membawa 155 penumpang – termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi – dan tujuh anak kapal.

Pesawat itu membawa 155 penumpang – 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi – dua juruterbang dan lima kru kabin yang terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, Singapura (1), Malaysia (1), United Kingdom (1) dan Perancis (1).

Dengan butiran yang sedikit dan tidak jelas, saudara-mara mereka menjadi panik dan berkumpul di Lapangan Terbang Changi, Singapura, AFP melaporkan.

Beratus-ratus rakyat Indonesia juga turun ke terminal Surabaya mengharapkan berita tentang pesawat yang hilang.

Seorang wanita berusia 45 tahun memberitahu AFP yang dia mempunyai enam ahli keluarga di atas kapal terbang itu.

"Mereka pergi ke Singapura untuk bercuti," katanya.

"Mereka sentiasa menggunakan AirAsia dan tidak pernah ada masalah. Saya terkejut mendengar berita itu, dan saya amat bimbang mungkin pesawat itu terhempas."

Ini kejadian pertama bagi melibatkan kumpulan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia itu. Pesawat yang hilang itu dikendalikan AirAsia Indonesia, yang dimiliki 49% oleh AirAsia Bhd yang berpengkalan di Malaysia.

Bangkapos.com melaporkan nelayan di timur Belitung mendakwa mendengar bunyi letupan yang kuat berdekatan pantai Kelapa Kampit antara jam 7 dan 8 pagi waktu Indonesia.

Maklumat itu kemudiannya disampaikan ke Tagana (satu kumpulan pengurusan bencana) bagi mengikhtiarkan usaha mencari dan menyelamat.

Portal berita Indonesia itu melaporkan nelayan itu sedang menangkap ikan di pantai itu apabila mendengar bunyi itu lebih kurang 10km dari lokasi mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menunjukkan lokasi sebenar letupan itu dan mengesyaki ia mungkin berpunca dari kawasan berhampiran Pulau Nangka di Belitung Timur.

Pengeluar kapal terbang Airbus Industrie berkata pesawat yang hilang itu dihantar kepada AirAsia pada Oktober 2008.

Pesawat tersebut menggunakan enjin CFM 56-5B dan mempunyai rekod sebanyak 23,000 jam penerbangan dan 13,600 penerbangan.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu mempunyai enjin berkembar dan boleh memuatkan sehingga 180 penumpang. – 28 Disember, 2014.

Berkaitan:

Cuaca buruk, ombak besar halang carian QZ8501, kata Indonesia

[The Malaysian Insider] Pihak berkuasa Indonesia di wilayah Bangka Belitung khuatir usaha mencari dan menyelamat pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang akan terjejas disebabkan cuaca buruk dan ombak besar.

Portal berita Indonesia Kompas.com memetik jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Nasional (Basarnas) Bangka Belitung, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang sebagai berkata, ombak setinggi dua meter melambatkan pasukan SAR daripada sampai ke lokasi di mana dipercayai pesawat itu terhempas.

Menurut laporan terdahulu, kapalterbang Airbus A320 yang hilang itu dipercayai terhempas di lokasi 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur, di perairan sekitar 80 hingga 100 batu nautika dari Belitung semasa terbang dari Surabaya ke Singapura pagi ini.

Kompas.com melaporkan dalam keadaan cuaca normal, ia mengambil masa 4 jam untuk sampai ke lokasi itu, manakala masa yang diambil akan berganda dalam cuaca buruk.

Satu pasukan Basarnas berlepas dengan kapal dari pelabuhan Pangkalbalam ke lokasi beserta beberapa pemberita.

Pesawat yang hilang itu dilaporkan berlegar-legar di atas ruang udara laut kerana mengelak ribut sebelum mengalami gegaran kuat, dan dipercayai terhempas ke dalam laut.

Pesawat AirAsia Indonesia, jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi ini waktu Indonesia.

Ia membawa 155 penumpang – 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi – 2 juruterbang dan 5 kru kabin terdiri daripada 155 warga Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 Singapura, 1 Malaysia, 1 United Kingdom dan 1 Perancis. – 28 Disember, 2014.


Jumlah Mangsa Banjir Sehingga Pukul 5 Petang Ahad....




Yang berikut ialah jumlah terkini mangsa banjir sehingga pukul 5 petang Ahad 28/12/14:


P/s: Tiada darurat walaupun sudah melebihi angka 200 ribu. 

, ,

AirAsia QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang



[Mstar] PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.

Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.

Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad.

Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.

Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya. -28/12/14

Berkaitan:

Kronologi Hilangnya Pesawat AirAsia

[Malaysia Kini] Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan kronologi dan status pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pagi tadi.

Berikut maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia Antara:

Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).

Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.

Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.

Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).

Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.

Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".

ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.

ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.

Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum. - 28/12/14



, ,

Pesawat AirAsia Hilang di Perairan Indonesia


[Malaysia Kini] Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia. 

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang. 

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini. 

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu. 

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801. 

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com. 

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih. 

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149). 

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi .-28/12/14


Berkaitan:

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang

[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad. 

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut. 

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini. 

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.” 

Flightradar24 dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar. 

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk." 

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut. 

Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. 

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. 

Sejurus sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu dilaporkan meminta laluan berbeza. 

Stesen TV Indonesia Kompas TV melaporkan pesawat tersebut membawa 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia. 

Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi. 

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.” 


Fakta Kejadian kehilangan AirAsia QZ8501

[Bernama] Yang berikut fakta berkaitan kejadian kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 pada Ahad (28 Dis 2014): 

Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501

Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200

Nombor Pendaftaran : PK-AXC

Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia

Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura

Jumlah penumpang : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)

Warganegara penumpang : 156 Indonesia, tiga Korea Selatan,
Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)

Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)

Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)

Masa terputus hubungan : 7.24 pagi (waktu Indonesia)
(dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta) 

Kedudukan terakhir : lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan
Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesia

Ketinggian penerbangan terakhir : 32,000 kaki.


Jumaat, 26 Disember 2014

Bukan Tong Gas atau Bom Tangan, Tetapi Angkara Mortar


[Harian Metro] Alor Setar: Bukan tong gas atau bom tangan tetapi letupan daripada mortar dipercayai meragut tiga nyawa termasuk anggota tentera dan anaknya di Taman Ria Mesra, Gurun, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, berikutan itu polis sedang mengenal pasti bagaimana anggota berusia 37 tahun terbabit boleh memiliki bahan letupan berkenan di rumahnya.

Menurutnya, siasatan juga memberi tumpuan terhadap motif lelaki terbabit cuba menggergaji objek berbentuk bom mortar berikutan terdapat saksi melihat anggota tentera itu berbuat demikian di belakang rumahnya sebelum kejadian.

"Siasatan juga menemui beberapa serpihan bahan letupan bertanda kegunaan pasukan keselamatan negara di lokasi kejadian dalam radius satu meter, selain penemuan sejumlah besar mercun di belakang rumah anggota tentera terbabit.

"Malah, kejadian berkenaan bukan disebabkan letupan tong gas seperti laporan awal, tetapi akibat letupan yang kuat daripada bahan letupan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan 40 rumah rosak, termasuk 10 teruk dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kecederaan serta kerosakan sebenar.

Dalam kejadia 4.45 petang itu, anggota tentera Koperal Ayob Hassim dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun dan anaknya Hidayah, 8, maut di lokasi kejadian.

Anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Guar Chempedak, di sini.

Mangsa lain, Sharifah Haslinda, 30, isteri Ayob kini mengandung enam bulan dan Zuraida Mat Robete, 30, kini dirawat dalam Zon Merah Wad Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Jenazah Afiq Luqman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Lama, Paya Mengkuang, Padang Lembu, Gurun selepas solat Zohor, manakala jenazah Ayob dan Hidayah dijangka dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Masjid Tok Kepak, Kampung Lana Bulu, Ayer Itam. -Nursyazwana Mansor dan Syahid Sokri/26/12/14


, ,

Selasa, 23 Disember 2014

Ahli Sihir Ditangkap Selepas Tidak Jadi Ratah Bayi

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Masvingo (Zimbabwe) Seorang wanita berusia 90 tahun yang mengaku dirinya seorang ahli sihir ditangkap tidak lama selepas dia dan rakannya gagal melapah seorang bayi.

Nenek dikenali sebagai Shoko itu ditangkap ketika memulangkan bayi berkenaan dan bercadang mencari bayi lain.

Bayi pertama tidak dimakan kerana Shoko dan rakannya mendapati dia sudah mempunyai gigi.

Bagaimanapun, dia ditangkap pada jam 3 pagi selepas bayi itu tidak henti menangis.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Sharai Hundi, yang kebetulan terjaga dari tidur berlari keluar kerana mendapati bayinya sedang terbaring di sebelah seorang wanita tua.

“Saya tidak akan melupakan kejadian ini dan bersyukur Tuhan menyelamatkan bayi saya.

“Saya terjaga sekitar jam 3 pagi kerana anak mahu minum. Kebetulan saya memeriksa tempat tidur bayi saya namun dia sudah hilang.

“Seolah dalam mimpi saya mendengarnya menjerit menangis di luar rumah dan alangkah terkejut apabila melihatnya terbaring di sebelah unggun api dengan seorang wanita tua bersamanya,” katanya.

Menurut Sharai, dia terus mencapai bayinya dan membawa masuk ke rumah, tetapi kanak-kanak itu masih tidak henti menangis.

Dia kemudian menghubungi keluarganya yang tinggal berhampiran, manakala Shoko yang malu menutup muka menggunakan bajunya menyebabkan badannya terdedah.

“Dia terpaksa mengakui perbuatannya kerana penduduk kampung hampir mahu membelasahnya. Semua orang terkejut apabila dia mengaku sebenarnya nenek kebayan yang buta pada waktu siang, namun dapat melihat jelas ketika malam.

“Katanya, dia mengambil anak saya kerana tiba gilirannya mendapatkan daging manusia untuk diratah bersama rakan-rakannya,” katanya.

Bayi itu bernasib baik kerana mereka mewajibkan semua anak yang ingin dimakan mestilah belum tumbuh gigi.

Sharai berkata, suaminya Mujena yang pulang dari kerja mengarahkan Shoko pergi dari situ namun wanita berkenaan mengelilingi rumah mereka selama empat jam sehingga anak-anaknya membawa kereta sorong dan membawanya pergi.

“Kami ditawarkan lima lembu sebagai pampasan oleh keluarganya namun tidak menerimanya kerana bimbang dia datang untuk menghirup darah anak kami.

“Anak saya masih belum pulih kerana luka di badan dan matanya belum sembuh,” kataya.

Sementara itu, ketua kampung mengambil tindakan menghalau Shoko dari kampung itu. - Agensi/23/12/14


, , ,

Amah Dakwa Didera, Kemaluan Disula, Dipaksa Makan Najis....


[Harian Metro] Ampang: Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.

Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu.

Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya.

Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani.

“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.

“Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,”katanya.

Dia amat terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan cedera teruk ketika diselamatkan polis.

Menurutnya, mereka menyamakan rumah didiami mangsa ibarat ‘pusat penyeksaan’ berikutan polis merampas sembilan jenis rotan.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.

“Mangsa mendakwa mula didera sejak bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.

“Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras,” katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,” katanya.

Sumber polis berkata, sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu.

Polis turut menemui dan merampas sembilan rotan pelbagai saiz yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.

“Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera majikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

Suspek itu sedang direman bagi membantu siasatan. -Mohd Firdaus Ibrahim/23/12/14


,

Pelajar Tingkatan Enam Dibenar Pakai Kasual dengan Bersyarat



[Mstar] SEREMBAN: Selepas berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan yang akan dibuka dua minggu lagi.

Mereka juga akan dibenarkan untuk memakai baju batik ke sekolah, di bawah langkah kementerian untuk "menjenamakan semula" Tingkatan Enam.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam supaya memakai pakaian mengikut standard.

Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain.


"Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan," katanya mengenai arahan itu kepada semua sekolah.

Walaupun tidak dinyatakan di dalam arahan itu, pelajar masih lagi boleh memakai uniform.

Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles' tidak boleh melebihi 5 sentimeter.

Dr Khair berkata, walaupun kelonggaran di bawah peraturan baru, pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.

Beliau berkata selain baju kurung, pelajar perempuan juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.

Manakala seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.

"Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T apabila mereka datang ke kelas," katanya sambil menambah bahawa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.

Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka.

Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.

Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.

"Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif," katanya.- Sarban Singh/23/12/14



,

Rabu, 10 Disember 2014

Padah Berbogel dalam Panggilan Video, Warga Emas Diugut Wanita "Korea"


[Sinar Harian] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun ketakutan kerana kekasih yang dikenali melalui alam maya mengugut mahu sebarkan video bogelnya di laman sosial.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia mengenali seorang wanita yang mendakwa dari Korea melalui Facebook, awal tahun ini.

“Kami mula membuat panggilan video sejak 9 Oktober lalu. Seminggu kemudian wanita itu berbogel dan memaksa saya bogel bersamanya melalui panggilan video,” katanya.

Lee berkata, wanita itu kemudian mengugut akan menyebarkan video bogelnya jika dia tidak memberi wang.

“Saya terpaksa membayar RM3,900 melalui lima transaksi kepada akaun bank yang didaftarkan di Filipina,” katanya.

Seorang lagi pemuda yang mahu dikenali sebagai Alan, 27, juga diperas ugut selepas dia berbogel untuk seorang wanita yang dikenali melalui laman sosial.

Alan berkata, wanita itu mendakwa dia seorang model dari Singapura.

“Kami berbogel ketika panggilan video minggu lalu. Wanita itu kemudian mahu saya serahkan RM15,000 kepadanya. Kalau tidak, dia ugut mahu sebarkan klip video itu di internet,” katanya.

Menurutnya, selepas tawar-menawar, wanita itu sedia menerima RM4,500 yang perlu dibayar melalui akaun bank yang didaftarkan di Filipina juga.

“Saya tidak boleh lakukan transaksi kerana tidak ada perkhidmatan Western Union dan wanita itu menghantar pesanan ringkas mendakwa klip video bogel saya telah dimuat naik di Facebook dan YouTube.

“Dia mendakwa membuat salinan video pada cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) untuk diedarkan di Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima 16 laporan sejak awal tahun ini mengenai kes rakaman video bogel.

“Mangsa selalunya akan diperas ugut jika tidak memenuhi permintaan suspek," katanya.

Beliau menasihatkan mereka diugut begini supaya tidak membayar apa-apa kepada mereka yang membuat tuntutan kerana mereka tidak akan berhenti mengugut.

“Nasihat saya sentiasa berwaspada dengan orang yang baru dikenali melalui laman sosial. Jangan mudah terpedaya,” katanya. -10/12/14


, , ,

Budak 12 Tahun Dinoda di dalam Surau



[Harian Metro] Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,

Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.

“Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

“Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

“Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. -10/12/14


,

Selasa, 9 Disember 2014

Dua Pekerja Myanmar Tidak Mengaku Bunuh Pelancong Britain


[Harian Metro] Dua pekerja Myanmar mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dua pelancong Britain di Thailand, kata peguam mereka semalam.

Thanu Akekachote berkata, dia difahamkan bahawa mahkamah sengaja mahukan perbicaraan itu dijalankan segera berdasarkan kepada kesan industri pelancongan dan hubungan antarabangsa yang terjejas akibat kes berkenaan.

Polis menangkap Zaw Lin dan Win Phyo pada Oktober lalu kerana disyaki membunuh David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, di pesisir pantai Koh Tao.

Mayat mangsa ditemui pada 15 September lalu.

Polis berkata, bukti DNA menunjukkan kedua-dua tertuduh yang berusia 21 tahun bertanggungjawab dalam pembunuhan berkenaan.

Pendakwa memfailkan sejumlah tuduhan termasuk berpakat membunuh, merogol dan memasuki Thailand secara haram di mahkamah Khamis lalu.

Kedua-dua tertuduh dibawa ke mahkamah di Koh Samui untuk mendengar pertuduhan semalam.

Siasatan terhadap kes itu dicemari pelbagai dakwaan salah laku, seperti pencemaran bahan bukti dan penderaan.

Tertuduh juga mendakwa dipukul untuk memaksa mereka mengaku membunuh.

Bagaimanapun polis Thailand menafikan dakwaan itu. - Reuters/9/12/14


, ,

Khamis, 4 Disember 2014

'Dia Buka Seluar dan Saya Melawan' - Nur Shafiqa



[Mstar] KOTA BHARU: Mangsa samun bersenjata Nur Shafiqa Lah, 22, yang telah dikasari dan hampir dirogol oleh dua penjenayah dalam kejadian minggu ini, reda dengan nasibnya yang terpaksa meneruskan hidup dengan parut kekal di mukanya.

Mengimbas kembali pengalaman mengerikan di rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Isnin, Nur Shafiqa berkata dia amat bernasib baik kerana salah seorang suspek meninggalkan bilik itu selepas dia dipanggil oleh rakan sejenayahnya yang berada di luar bilik.

"Lelaki itu telah membuka seluarnya. Saya melawan walaupun dia bersenjatakan pisau.

"Dia terus menumbuk muka saya dan saya dikelar dengan pisau.

"Saya fikir ia adalah satu pengakhiran dalam kehidupan saya sehinggalah rakan sejenayahnya memanggil namanya. Saya mengunci pintu selepas dia meninggalkan bilik dan mula menjerit meminta tolong dari tingkap.

"Perompak itu kemudiannya panik dan meninggalkan rumah," kata Nur Shafiqa kepada pemberita selepas ahli Puteri Umno Kelantan melawatnya, Rabu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua perompak yang masuk rumahnya, menarik Nur Shafiqa keluar dari bilik air manakala ibunya Hat Tema Mat Zain, 58, telah diletakkan di bilik berasingan.

Suspek bertindak agresif selepas Nur Shafiqa enggan menyerahkan cincin emas dan telefon bimbitnya.

Dia luka dan lebam pada muka dan tangan serta menerima jahitan.

"Tidak ada cara untuk memadam kesakitan, penderitaan dan trauma yang saya alami.

"Saya tidak dapat melupakan kejadian itu.

"Ia adalah pengalaman yang paling teruk dalam hidup saya, dan saya juga bimbang mengenai kos menghilangkan parut pada muka saya," katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serangan itu dilakukan oleh penagih dadah yang terdesak dan tidak ada kaitan dengan dendam seperti yang tersebar di media sosial.

"Kami telah mengenal pasti penyerang itu dan mereka adalah samseng semata-mata dengan niat untuk merompak bagi memenuhi keperluan mereka yang terdesak," katanya, Rabu.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Nur Shafiqa menjadi mangsa dendam.

Antara dakwaan yang dibuat di media sosial termasuklah bekas teman lelaki Nur Shafiqa merupakan dalang di sebalik serangan itu. Beliau dilaporkan telah putus cinta dan bertunang dengan lelaki lain.

Pada Rabu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya bagi pihak sayap Umno. -Syed Azhar/4/12/14


,

‘Datuk Seri’ Selangor Diberi Tanpa Saya Minta atau Pohon - Anwar Ibrahim


[The Malaysian Insider] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepadanya pada 1992, namun darjah kebesaran itu dikurniakan kepadanya atas perkenan bekas Sultan Selangor itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini.

"Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya, dalam kenyataan itu, tanpa menggunakan gelaran "Datuk Seri". – MOHD FARHAN DARWIS/ 4 Disember, 2014.

Majlis Raja-raja TIDAK Pernah Bincang Pertukaran Nama Jalan di KL



[BERNAMA] Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Februari 2014.

"Tetapi kertas cadangan itu ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan fakta pemberitaan kurang tepat seperti yang tersiar pada 25 November lepas.

Pada 28 November lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.

DBKL, dalam satu kenyataan terdahulu, mengumumkan jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.

Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa 26 November. – Bernama, 3 Disember, 2014.


,

Sultan Selangor Tarik Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim


[Malaysia Kini] Gelaran Datuk Seri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan padanya pada 1992 ditarik balik oleh istana Selangor.

Penarikan balik itu berkuat 3 November.

Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Semakan di laman web darjah kebesaran negeri mendapati, penarikan balik itu diwartakan pada 20 November.

Ketegangan dengan istana itu muncul apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru. - 4/12/14

P/s: Ada apa pada gelaran?

Berkaitan:

[The Malaysian Insider] Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.SA) yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor memutuskan Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014, selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Menurut kenyataan itu, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.

Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya 3 lagi anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diterimanya pada 1999.

Antaranya Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negeri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah - Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) (membawa gelaran Datuk Seri Panglima). – 4 Disember, 2014.


Rabu, 3 Disember 2014

Selangor Pertimbang Tingkatkan Air Percuma kepada 40 Meter Padu



[The Malaysian Insider] Selepas beberapa tahun menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, kerajaan negeri Selangor kini mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlahnya kepada 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

“Sukacita saya maklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40 meter padu daripada 20 meter padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan,” katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, lapor media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Beliau berkata, Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20 meter padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan yang dimulakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberikan banyak manafaat kepada penduduk Selangor ketika semua harga barangan dan kos hidup meningkat di negeri paling maju di Malaysia itu.

Susulan langkah itu, kebanyakan penduduk di Selangor mendapat air percuma setiap bulan atau membayar dengan kadar minima sekitar RM5 sebulan. – 3 Disember, 2014.

'Gangnam Style' Ditonton Lebih 2.1 Bilion Kali


YouTube Tingkatkan Sistem Kiraan Kerana 'Gangnam Style' Ditonton Lebih 2.1 Bilion

[Mstar] PENGENDALI laman web YouTube terpaksa mempertingkatkan sistem kiraanya gara-gara video muzik Gangnam Style yang dinyanyikan oleh PSY menjadi video paling banyak ditonton.

Video tersebut ditonton melebihi batas maksimum kiraan laman web tersebut.

"Kami tidak pernah terfikir bahawa sebuah video akan ditonton melebihi 32-bit (lebih 2.1 bilion) sebelum ini.

"Disebabkan video muzik Gangnam Style yang ditonton berkali-kali, pihak kami terpaksa menambah baik sistem kiraan bagi mengukur jumlah tontonan di YouTube," ujarnya pihak berkenaan dalam satu kenyataan yang dipetik Koreaboo.

Hingga berita ini ditulis pada Selasa, tontonanGangnam Style mencecah lebih 2.1 bilion tontonan. -3/12/14

,

[Video] Bintang Bollywood Ditampar Peminat kerana Pakai Baju Seksi



[Harian Metro] Mumbai: Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen.

Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.

“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian.

Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul.

Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya.

Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk. - Agensi/3/12/14




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH