Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Selasa, 24 Februari 2015

Asal usul ‘Anwarinas’ – Khalid Samad



Foto The Star

Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan ‘Anwarinas’ diusir keluar daripada pimpinan PAS.

Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya, tiada pimpinan PAS yang ‘Anwarinas’. Sudah pasti seorang ‘Anwarinas’ akan berada dalam PKR, bukan PAS.

Namun tidak dinafikan dakwaan wujudnya golongan ‘Anwarinas’ dalam pimpinan PAS dibuat agak sudah lama. Ia dimulakan seorang yang bernama Zul Nordin.

Masih ingat siapa dia? Dia juga dikenali dengan gelaran ‘Mr. 101%’ apabila menyatakan keyakinan menang kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2013.

Seperti dakwaan dia akan menang terbukti palsu, begitu jugalah bagi saya dakwaannya adanya ‘Anwarinas’ dalam PAS.

Dia mengaku dirinya salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi saya diberitahu dia hanya bantu angkat beg turun naik mahkamah, menyibuk tanpa diundang. Tidak tahulah samada betul atau tidak.

Namun, pada saya dialah adalah orang yang pertama menggunakan istilah ‘Anwarinas’ ini.

Tetapi yang peliknya ada pula anak muridnya dalam PAS! Golongan ‘pengikut Zul Nordin’ dalam PAS ini sedang mengusahakan apa yang Zul Nordin tidak mampu lakukan pada satu ketika dahulu.

Kalau mereka terdiri daripada orang muda yang hanya berpandukan semangat saya tidak hairan sangat. Tetapi amat malanglah kalau ada yang bergelar ulama tetapi menjadi anak murid Zul Nordin dan sanggup pula membawa agendanya.

Bagaimanapun, jika menyokong Anwar dalam keadaan beliau ditindas dianggap ‘Anwarinas’, maka Almarhum Ustaz Fadhil adalah ‘Anwarinas’ yang pertama.

Diikuti pula dengan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau bersama Anwar dalam usaha menjatuhkan Umno/BN dan memenangkan gabungan parti politik baharu bersamanya samada di dalam BA atau PR dianggap ‘Anwarinas’, maka ketahuilah semua Almarhum Ustaz Fadhil adalah ‘Anwarinas yang pertama, diikuti dengan Almarhum Nik Aziz serta Hadi.

Mereka menjawab, “Tidak! Tidak!” yang dimaksudkan adalah yang menyokong semua yang dilakukan Anwar walaupun ianya bercanggah dengan keputusan Jemaah.

Maka ditanya kembali “Apa dia yang dilakukan Anwar yang bercanggah dengan keputusan jemaah yang disokong pimpinan PAS ini?” Maka dijawab pula mereka:

1. Menyokong calon PKR di Kota Damansara

Kota Damansara adalah kerusi PKR. Itu keputusan Jemaah. Di peringkat Negeri dan juga Pusat. Pada 2008 PAS Selangor atas permintaan PAS Subang tukarkan Kota Damansara dengan Paya Jaras.

Pertukaran ini dilakukan atas dasar suka sama suka. PKR menang di Kota Damansara dan malangnya PAS kalah di Paya Jaras. Status kerusi ini tidak berubah secara rasminya sehingga sekarang walau pun ada dakwaan seorang ‘ulama’ muda kerusi Kota Damansara adalah milik PAS.

Pada 2013, PAS menang di Paya Jaras tetapi PKR kalah di Kota Damansara. Umno cukup berterima kasih dengan calon PAS yang diturunkan di Kota Damansara termasuk juga ‘ulama’ muda tersebut.

Maka menyokong PKR di Kota Damansara bukan alasan untuk mendakwa seseorang itu sebagai ‘Anwarinas’.

2. Menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor

PAS terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Saya sendiri berbeza pandangan tetapi terpaksa akur dengan keputusan Jemaah. Tetapi sokongan ini ditarik balik oleh PAS sebaik sahaja Khalid dipecat dari PKR kerana tidak mematuhi disiplin partinya.

Oleh itu PAS tidak lagi menyokong Khalid selepas itu. Oleh itu menolak Khalid sebagai MB selepas tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat yang bersetuju menukarnya tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang sebagai ‘Anwarinas’.

3. Menyokong DSWA sebagai MB Selangor

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diputuskan sebagai salah seorang yang dicalonkan oleh PAS untuk jawatan MB dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang bertemu pada 17 Ogos 2014. Ianya keputusan sebulat suara. Cadangan nama Wan Azizah sebagai calon pertama dan Azmin Ali sebagai calon kedua dibawa oleh Hadi sendiri dan ianya diterima tanpa apa-apa perbahasan lanjut.

Malangnya Azmin Ali memberi laluan kepada Wan Azizah dan oleh itu Wan Azizah diterima PR sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor. Ini menimbulkan reaksi melampau dari golongan tertentu dalam PAS tetapi ianya hasil tindakan Azmin Ali bukan mana-mana pimpinan PAS. Tetapi memang tidak dapat dinafikan, Azmin adalah seorang ‘Anwarinas’.

Tetapi menyokong Wan Azizah sebagai calon MB tidak boleh dikatakan sebagai membelakangi keputusan jemaah. Sebaliknya ianya selari dengan keputusan rasmi jemaah. Maka ianya turut tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang pimpinan sebagai ‘Anwarinas’.

4. Menyokong Langkah Kajang

Persoalan Pilihan Raya kecil Kajang hasil tindakan Langkah Kajang sememangnya tidak dibincang terlebih dahulu oleh PKR. Mereka menganggap ianya urusan PKR kerana Adun Kajang pada ketika itu adalah dari PKR.

Oleh itu ianya terpulang kepada mereka samada ingin menukarkan Adun mereka atau tidak. Samada PAS bersetuju atau tidak dengan lojik mereka hakikatnya PKR terus bertindak. Dengan itu PAS Pusat bermesyuarat dan diputuskan secara jamaai PAS kena membantu mereka di Kajang. Namun PAS sebut dengan jelas, pendirian PAS, pertukaran MB tidak timbul pada ketika itu.

Oleh itu menyokong PKR di Kajang adalah keputusan Jemaah. Memulaukan pilihan raya kecil Kajang dengan tidak turun bertugas adalah keputusan hawa nafsu. Menyokong PKR di Kajang juga tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh seseorang ‘Anwarinas’.

5. Konsensus nasional

Dikatakan ‘golongan Anwarinas’ menyokong ‘Konsensus Nasional’ kerana ianya dibawa Anwar tetapi menolak ‘Unity Government’ yang dibawa Hadi. Oleh itu mereka lebih sokong Anwar dari menyokong Hadi.

Konsensus Nasional dan Unity Government adalah dua perkara yang berbeza. Konsensus Nasional hanya merupakan persetujuan bersama untuk tidak mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan membawa isu-isu bersifat perkauman dan sebagainya.

Ianya bukan cadangan untuk PR bersatu dengan BN. Ianya cadangan untuk menjadikan politik dan demokrasi negara lebih baik dan matang maka apa masalah dengan menyokongnya?

Unity Government merupakan cadangan untuk menyatukan BN dan PR dalam satu kerajaan dan dengan itu tiada lagi pembangkang dan semua berkerjasama untuk kebaikan Negara. Pada dasarnya, ianya cadangan yang baik, seperti saya jelaskan dalam tulisan asal saya pada sekitar Mac 2009. Tetapi saya tidak yakin BN akan bertindak adil terhadap PR dan sebaliknya akan menggunakannya sebagai peluang membunuh masa depan politik PR.

Cadangan UG ini juga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli. Ada yang menganggap ianya gabungan PAS dan Umno.

Kekeliruan ini terhasil dari usaha pihak tertentu pada tahun 2008 sebaik sahaja kita mencapai prestasi cemerlang melalui PRU12 pada tahun itu. Sedangkan UG bukan sekadar PAS dan Umno, tetapi PR dan BN.

Namun, menolak UG dan menyokong KN tidak merupakan alasan untuk menggelar mana-mana pihak sebagai ‘Anwarinas’ kerana kedua-duanya adalah konsep yang berbeza.

Pandangan berbeza berhubung kedua-duanya adalah berdasarkan hujah dan analisa masing-masing, bukan atas sikap mengikut secara buta tuli terhadap mana-mana pihak.

6. Tawaran TPM dan jawatan menteri kepada Anwar dan PKR

Ada juga yang menimbulkan persoalan mengapa ‘golongan Anwarinas’ tidak bersuara apabila didedahkan Anwar pernah ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak.

Adanya tawaran bererti adanya tawar-menawar dakwa mereka. Sedangkan ‘golongan Anwarinas’ ini begitu kecoh bila isu UG ditimbulkan dalam PAS.

Pertama, adanya tawaran tidak bererti semestinya adanya tawar-menawar. Rasulullah (SAW) ditawarkan bermacam-macam oleh pihak Quraisy walaupun Rasulullah tidak terlibat dalam usaha tawar-menawar dengan mereka.

Kedua, tawaran itu tidak diterima maka ingin buat bising buat apa? Anwar pun difitnah lagi dan dipenjarakan maka jelas membuktikan tiada usaha berdamai samada di pihak Umno atau PKR.

Ketiga, itu urusan parti PKR. Pimpinan PAS jaga PAS supaya PAS tidak tertipu dengan tipu-helah Umno.

Biar PKR dijaga oleh pimpinan PKR sahajalah. Pimpinan PAS mahu masuk campur buat apa? Kalau PKR bodoh sangat sehingga sanggup terima tawaran Umno, nasib merekalah. Maka kita lawan mereka pula selepas itu!

Namun, Alhamdulillah mereka menolak dan ini adalah bukti kesetiaan kepada PR.

Kalau Anwar terima awal-awal, mungkin kesnya pun ditarik-balik. Tetapi, bukan sekadar tidak lari mencari suaka politik di Amerika, UK atau Australia, tunggu di Malaysia sehingga dipenjarakan sekalipun.

Berapa ramai yang menanggung dosa kering atas buruk sangka mereka terhadap Anwar dalam kes ini?

Oleh itu, tidak mengutuk Anwar kerana beliau ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri juga bukan alasan untuk menuduh seseorang itu ‘Anwarinas’.

Kesimpulan

Saya sememangnya kecewa dengan sikap beberapa pimpinan PAS yang sanggup membawa agenda mereka-reka seperti Zul Nordin, Hassan Ali dan sebagainya di dalam PAS.

Begitu juga dengan budaya terpengaruh dengan tulisan di alam maya oleh orang bacul yang bersembunyi di sebalik nama samaran seperti Tok Usin Ceroi (TUC), Elharaki dan sebagainya.

Dakwaan orang yang merahsiakan siapa diri mereka sepatutnya terus dibakul sampahkan. Lainlah kalau yang dituduh itu adalah pihak berkuasa yang boleh mendatangkan musibah ke atas diri mereka. Ini tidak.

Yang difitnah pun sedang bergelut menentang kezaliman BN dan menjadi mangsa kezaliman itu, ditambah pula dengan fitnah yang dilemparkan tanpa bukti dan hujjah yang kukuh.

Saya tidak dapat menolak kemungkinan ini semua bertujuan untuk mencapai sesuatu yang lama diinginkan beberapa pimpinan PAS iaitu untuk supaya PAS keluar dari PR.

Untuk berhujah secara berdepan berhubung kehendak mereka ini tidak mampu mereka lakukan maka mereka memilih jalan pintas yang jahat dan tidak berakhlak.

Mereka memilih untuk menuduh tahaluf siyasi ini menghasilkan banyak kerosakan dalam PAS termasuk masalah wala’ dan kesetiaan serta kewujudan golongan ‘Anwarinas’ dan sebagainya.

Saya nyatakan dengan terus terang di sini. Wala’ saya pada jemaah menuntut supaya saya berusaha untuk mencapai kebaikan untuk jemaah ini.

Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Nordin, Hassan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan.

Semoga dengan itu akan saya kembali bertemu Allah kelak dalam keadaan redha dan diredhai insyaAllah.

Wallahu alam. – 23 Februari, 2015.

* Penulis ialah ahli Parlimen Shah Alam.


  1. sy sokong khalid. di awal reformasi, penyokong PR kelihatan maatang dlm memahami permainan musuh BN. tetapi apabila racun disebar dlm PR, maka penyokong mula menunjuk mereka belum cukup matang.

    formulanya senang saja... KAJI SETIAP ISU DENGAN TELITI DAN TAHU ASAL USUL NYA..... baru boleh buat penilaian.

    bila musuh isithar perang, maka kita tidak perlu risau kerana musuh memakai baju musuh yg jelas kelihatan.

    tapi bila musuh istihar nk bercinta, maka kita perlu hati2 kerana jarum 'cinta palsu' itu telah byk menjatuhkan manusia.

    dan lbh bahaya lagi bila musuh menyusup dlm kain kita. berpakaian dan berckp seperti kita.. menyebar racun2.. sepertinya zul kulim dan hassan jati.

    kalau nk digelar Anwarinas, maka akan ujud juga gelaran Hadirinas dan KitSiangrinas.

    ingatlah penyokong PR.....MUSUH SENTIASA MENGGUNA PELBAGAI JENTERA DAN TEKTIK UTK MENJATUHKAN PR. itu tanda PR semakin kuat.

    takkan kita tk pernh dgr kisah habis madu sepah dibuang yg banyak telah mengalirkan air mata anak2 dara dan janda2 cantik.

    takkan kita yg berilmu agama dan intelek nk jadi mangsa juga.

    jgn cepat melatak dan kaji setiap isu dgn halus.

    jika emosi dan kedangkalan sudah mula meresap dlm sanubari, bersedialah utk musnah dan memberi kemenangan kpd musuh.

    rakyat marah.. dan Tuhan pun tentu marah kerana pembawa panji2 kebenaran dan Islam telah menjadi dangkal dan undur ke belakang pemikiran mereka.

    SYABAR KHALID SAMAD.

    jgn pula lepas ni ujud gelaran Khalidrinas, MatSaburinas dan mcm2 nas lagi. sedangkan perjuangan menentang projek LYNAS masih belum selesai.

    Semua penyokong PR,

    sudah masanya menjadi matang dan celik mata dpd silap mata permainan musuh PR.

    musuh memecah belah dgn berbaik dgn pasangan kita dan menghentam pasangan kita yg lain. jgn termakan gula2 mereka sebagaimana kita menasihati rakyat jgn termakan dgn gula2 BR1M.

    insafi diri dan bykkan muhasabah. munajat utk mohon petunjuk sentiasa. perjuangan kebenaran bukan menang atas kehebatan kita tp dgn izin Nya selama mana kita tidak lalai dpd racun musuh.

    Amin

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, Mac 16, 2015 11:51:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH