Lelaki 33 Tahun Dakwa Dirogol Tiga Wanita di Afrika Selatan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki di Afrika Selatan diculik dan dirogol oleh tiga wanita yang mahu mengambil semen lelaki berkenaan.
Memetik laporan Metro.uk, tiga wanita dalam kereta BMW berwarna hitam berhenti dan berlakon seolah-olah bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum menculiknya.
Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian bertindak menyelamatkan diri, namun ketiga-tiga suspek berkenaan dikatakan telah pun membuatkan mangsa khayal dengan memaksanya minum sesuatu daripada botol.
Mangsa kemudian dirogol dan semennya diambil lalu disimpan dalam kotak peti sejuk.
Tiga wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah tempat 500km dari Bandar Port Elizabeth.
Menurut Konstabel Mncedi Mbombo, air minuman yang diberi itu telah merangsang lelaki itu walaupun dia dalam ketakutan dan enggan melakukan hubungan seks.
Mbombo juga berkata insiden ini amat pelik kerana mereka tidak pernah mendengar perkara sebegitu berlaku sebelum ini. -Astro Awani/8/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.