Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 28 Mei 2015

Pemilik Blog Lucah Disaman RM18 000


Sekadar hiasan.

Kerani Didenda RM18,000 Beri Perkhidmatan Kandungan Lucah di Blog

Seorang kerani akaun Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad terpaksa meringkuk di penjara selepas gagal membayar denda RM18,000 berhubung kesalahan memberikan perkhidmatan kandungan lucah dalam laman blognya, pada 2013.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Asnizukacaras Saari, 36, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda. Dia gagal membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zulqarnain berkata mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana ia menggalakkan perkara yang tidak baik berlaku.

Asnizukacaras didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan iaitu laman blog di alamat http://yamanisalimvideo2013.blogspot.com dengan memberikan kandungan yang lucah sifatnya dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad, No 35-A-1-1 Jalan Wangsa Delima 5, Setapak, Kuala Lumpur pada jam 2 petang, 2 Disember, 2013.

Mengikut fakta kes, pada 2013, hasil aduan orang awam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat semakan terhadap laman sesawang itu yang mengandungi kandungan lucah.

Pada 21 Mei tahun lepas, serbuan dibuat dan beberapa peranti dirampas daripada tertuduh, mengandungi sebanyak 131 video lucah dan 2,590 gambar lucah.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Ketika rayuan, Asnizukacaras yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan dia hanya berpendapatan RM1,600 sebulan dan perlu menanggung ibu bapa selain mempunyai beberapa hutang pinjaman.

Tertuduh juga mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Pegawai Pendakwa SKMM Zairul Nahar Zakaria bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada tertuduh dengan mempertimbangkan beberapa faktor termasuk kesalahan bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga melanggar moral masyarakat.

"Kes ini akan mewujudkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat dan remaja.

"Selain itu blog ini yang diwujudkan sejak 2013 dan mempunyai 1,290 pengikut, boleh diakses di seluruh Malaysia dan oleh semua lapisan masyarakat, pohon agar hukuman berat diberikan untuk memberi pengajaran serius kepada tertuduh dan semua pihak," hujahnya. – Bernama, 28 Mei, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH