Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 12 Mei 2015

PNB Pula 'Bantu' 1MDB - Rafizi Ramli



Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi agensi terbaru didakwa terpalit dengan skandal kewangan 1MDB.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli berkata, PNB dan Tabung Haji membeli bon sukuk daripada 1MDB bernilai RM1.5 bilion dengan tanah di kawasan Bandar Malaysia sebagai cagaran.

Memetik laporan akhbar pada Mac, Rafizi berkata, sebanyak RM920.8 juta dipinjamkan Tabung Haji (melalui sukuk) kepada 1MDB , manakala baki RM579.2 juga lagi dipinjamkan oleh PNB," katanya.

Dakwaan Rafizi itu dibuat sehari selepas media melaporkan cadangan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) untuk membeli tanah di kawasan Tun Razak Exchange dengan harga RM2,300 sekaki persegi.

Kata Rafizi, setakat ini KWAP, Tabung Haji dan PNB mengesahkan pembabitan mereka dengan 1MDB.

"Hanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berani mengesahkan tiada wang daripada dana mereka dilaburkan dalam 1MDB," katanya. -Malaysia Kini/12/3/15


Berkaitan

Rafizi Dakwa PNB Pula Terlibat ‘Pinjamkan’ Wang kepada 1MDB

Rafizi Ramli berkata sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB ,manakala baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta. – Mohd Farhan Darwis/The Malaysian Insider/12 Mei, 2015 

Kemas Kini:

PNB nafi di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH