Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 11 Mei 2015

Selepas Tabung Haji, KWAP Pula Dilaporkan Setuju Beli Tanah 1MDB



KWAP Juga Dilapor nak beli tanah di TRX

Di tengah-tengah kontroversi panas berkaitan tindakan Tabung Haji (TH) membeli tanah 1MDB pada harga yang tinggi, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] juga dilaporkan membuat urusan yang sama.

Menurut laporan The Star hari ini, KWAP telah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabatnya yang baru di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga sekitar 15 peratus lebih rendah daripada yang telah dibayar oleh TH.

Memetik sumber-sumber, akhbar itu melaporkan bahawa KWAP bersetuju untuk membeli tanah itu pada kadar harga kira-kira RM2,300 sekaki persegi (skp).

TH membayar 1MDB sebanyak RM188.5 juta atau RM2,774 skp untuk 0.64 hektar tanah di TRX.

Menurut laporan The Star itu lagi, rasionalnya ialah KWAP menyewa bangunan ibupejabat sekarang di Menara Yayasan Tun Razak.

Walaupun S&P belum lagi ditandatangani, laporan itu memetik sumber-sumber sebagai berkata, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu adalah lebih baik daripada transaksi antara 1MDB dan TH.

KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow, kata laporan itu memetik sumber-sumber.

Manakala yang selebihnya apabila bangunan itu siap, tambah laporan itu.

Tabung Haji mencetuskan kemarahan minggu lalu apabila terbocor bahawa ia telah membeli sebidang tanah di TRX pada harga 37 kali lebih tinggi daripada harga yang 1MDB diperolehi dari kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengkritik mendakwa transaksi itu bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB yang berdepan dengan masalah pembayaran balik hutang. - Malaysia Kini/11/5/15

P/s: Apa keperluan KWAP membeli tanah semahal itu hanya semata-mata untuk membina ibu pejabatnya sedang GLC itu boleh membuat pelaburan di tempat lain?


Berkaitan:

KWAP setuju beli tanah TRX 15% lebih murah berbanding Tabung Haji


Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dikatakan akan membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX)dengan harga lebih murah iaitu RM2,300 bagi setiap kaki per segi berbanding yang dibeli Lembaga Tabung Haji. – Gambar fail The Malaysian Insider,11 Mei, 2015.


Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dikatakan sudah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan untuk membina ibu pejabat baharunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15% lebih murah daripada apa yang dibayar Lembaga Tabung Haji kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star Online.

Menurut sumber yang dipetik portal berbahasa Inggeris itu, perjanjian pembelian sudah termeterai di antara KWAP dan 1MDB yang menyaksikan KWAP akan membayar di antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat dan tanah di TRX, Kuala Lumpur.

Menurut sumber itu lagi, KWAP akan membeli tanah itu dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki per segi berbanding Tabung Haji yang membayar RM2,774 bagi setiap kaki per segi atau RM188.5 juta bagi 0.64 hektar tanah di TRX.

"Perjanjian utama ialah permulaan kepada proses perjanjian jual beli (S&P). Syarat-syarat perjanjian juga ketat di mana KWAP hanya akan membayar 10% terlebih dahulu dan selebihnya apabila bangunan siap," ia memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata.

Tindakan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta atau RM2,774 sekaki persegi, bagi membina sebuah menara kediaman, menimbulkan kegemparan di kalangan pendeposit, sesetengahnya bertindak mengeluarkan simpanan di cawangannya di Shah Alam pada Khamis.

Pemimpin politik pembangkang mendakwa Tabung Haji membayar jauh lebih mahal bagi setiap kaki persegi daripada yang dibayar 1MDB kepada kerajaan ketika pertama kali membeli tanah itu, iaitu RM64 setiap kaki persegi, menyifatkan ia langkah "bailout" untuk syarikat yang sarat dengan hutang itu.

Pada Sabtu, Tabung Haji mengumumkan akan menjual tanah yang dibeli daripada 1MDB itu, berikutan kemarahan orang ramai ke atas urus niaga berkenaan.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihati beliau melupuskan tanah itu agar reputasi dana tidak "tercemar" kerana berurus niaga dengan 1MDB, dan demi menghormati "sensitiviti " pendeposit.

Menurut The Star, KWAP selama ini menyewa di Menara Yayasan Tun Razak, bagi menempatkan ibu pejabatnya, pada RM4 kaki persegi, daripada pemilik bangunan iaitu Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Oleh itu, satu "langkah semula jadi" untuk ia berpindah ke TRX memandangkan projek tersebut dipromosikan sebagai hab pasaran kewangan Islam.

"KWAP mahu berada di kawasan di mana wujudnya pasaran, terutamanya ia akan menjadi pusat kewangan Islam," akhbar harian berbahasa Inggeris itu memetik sumber sebagai berkata, sambil menambah, KWAP dijangka menduduki 10 tingkat ibu pejabat baru itu dan menyewakan selebihnya.

Sumber juga memberitahu The Star walaupun perjanjian S&P masih belum ditandatangani, mereka yakin termanya akan "lebih baik" daripada perjanjian 1MDB-Tabung Haji.

"KWAP akan membayar deposit sebanyak 10% dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow," kata satu sumber.

Sumber itu juga berkata, bangunan KWAP baharu itu akan bertentangan dengan stesen Mass Rapid Transit (MRT) bawah tanah yang akan dibina di TRX.

Stesen itu dikatakan terbesar sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang sedang dalam pembinaan.

The Star berkata, KWAP digalakkan oleh Putrajaya mempertimbangkan aset dalam negara dan pada April lalu, mengumumkan pembelian Integra Tower pada harga RM1.065 bilion, pertama kali menceburi dalam pengambilalihan hartanah domestik.

Dalam laporan mengumumkan urus niaga itu, KWAP berkata, bangunan pejabat gred-A 39 tingkat itu, dengan keluasan 760.715 kaki persegi dan 850 tempat letak kereta, mempunyai hasil sebanyak 6%.

Hartanah itu, yang merupakan sebahagian daripada The Intermark, yang juga merangkumi Vista Tower, Double Tree by Hilton dan Intermark Mall, terletak di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.

The Star berkata KWAP juga mempunyai enam hartanah di Australia dan tiga di London. – The Malaysian Insider/11 Mei, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH