Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 12 Mei 2015

Transkrip Ucapan Kit Siang yang Mengundang Kemarahan Geng Proulama/Geng Ustaz PAS


Ucapan YB Lim Kit Siang semasa Ceramah Perdana di Padang Perdana, Kota Bharu pada 10 Mei 2015 anjuran Pas Kawasan Kota Bharu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih MC YB Baihaki dan YDP PAS Kota Bharu, YB Cikgu Rahim, Timbalan Presiden PAS YB saudara Mat Sabu, S/U Agung PKR YB Rafizi, YB Zailah dan pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat, saudara-saudara dan saudari, selamat malam salam sejahtera dan salam ubah.

Dalam dua tiga hari ini apa menjadi tajuk berita besar, dua tiga hari ini, skandal 1MDB dan masalah skandal penjualan tanah di KL kepada Lembaga Tabung Haji bukan? Itu tajuk berita besar dan selepas itu pun ada lagi satu dua tajuk besar.

Hari ini nampaknya ada satu blog yang ditulis oleh Zaid Ibrahim, bekas Menteri. Dia kata daripada Jepun dia dapat maklumat bahawa ada satu perjumpaan sulit di Milan. Kenapa di Milan? Siapa ada di Milan? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sekarang berada di Milan Itali. Dia ikut Zaid Ibrahim, dia dapat maklumat bahawa ada satu mesyuarat sulit Tan Sri Muhyiddin dengan Tengku Razali mengenai kemungkinan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Benar tak benar dia kata pun tak tahu. Dia tak tahu, saya pun tak tahu lah. Tapi apa yang kita tahu ialah Perdana Menteri kita di Tawau Sabah hari ini malam ini. Dan dia sudah mula berperang dengan Tun Dr Mahathir. Dan dia cabar Dr Mahathir bahawa jangan kacau dia, dia rela lawan balik. Mungkin esok apabila dia jumpa dengan Ketua Bahagian Umno akan perkembangan yang berikut.

Tetapi dengan perkembangan- perkembangan semacam ini, bolehkah kita tumbang Umno dan BN di masa depan? Bolehkah? Mungkinkah? Kali yang pertama dalam sejarah Malaysia 58 tahun. Kali yang pertama kita lihat kemungkinan bahawa kita boleh tumbang Umno dan BN. Dan ini kita boleh lihat daripada keputusan PRU13 di mana parti- parti Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP. Kita memperolehi majoriti pengundi-pengundi sungguhpun kita kalah daripada segi kerusi parlimen oleh kerana persempadanan kawasan-kawasan pilihanraya tidak adil dan tidak demokratik.

Dan bukan sahaja di masan depan, kalau kita ikut trend ini, mungkin kita boleh sampai ke Putrajaya. Tetapi ada tujuh negeri pun mungkin boleh jatuh. Betul? Kedah boleh jatuh? Terengganu boleh jatuh, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan satu negeri sampai PRU2013 dilihat sebagai satu negeri tak mungkin parti-parti pembangkang untuk pecah.

Johor, Johor sekarang sudah dekat, kita boleh pun memerintah di Johor mengikut keputusan PRU13. Betul? Tetapi prasyarat ialah bahawa Pakatan Rakyat kekal. Bolehkah Pakatan Rakyat kekal? Teruskan. Kalau saya ditanya saya pun tak tahulah. Sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal atau tak boleh kekal. Lagi satu bulan akan menentukan masa depan sama ada rakyat Malaysia boleh tukar tumbang Umno dan BN dalam PRU yang akan datang.

Baru- baru ini saya dengan 4 ahli parlimen DAP, YB daripada Kluang Chin Tong, YB daripada Bukit Bendera Zairil Khir Johari, YB daripada Seputeh Teressa dan YB daripada Bukit Mertajam Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir untuk jumpa tukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di Jordan lebih kurang 2 ribu orang. Ada pelajar- pelajar kita di Jordan dan pun di Mesir. Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar-pelajar di Mesir dan kita ada tukar fikiran dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.

Dan mereka kita ada sangat frank tukar pandangan dan ada soalan-soalan dikemukan dan mereka ada tanya mengenai masalah-masalah politik di negara kita sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal. Masalah- masalah yang sekarang Pakatan Rakyat menghadapi. Kenapa Pakatan Rakyat tak boleh terus bersatu padu.

Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti di Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji. Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai dasar bersama. Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah.

Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh pegang apa yang kita sudah janji, bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai. Dan dalam pertukaran kita sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92% penduduk-penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk-penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.

Dan ada pun pandangan, ada pertikaian, ada debate sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Dan saya bacalah dalam apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca bahawa adalah sarjana- sarjana dan ustaz-ustaz ulama'-ulama' Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan adalah syarat2 sebelum ia dilaksanakan. Syeikh Qaradawi Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.

Dan pun ada prioriti keutamaan, saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat- syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaaan, semacam perumahan semacam kesihatan dan transport lain-lain semua dibekalkan keselamatan. Semua diberikan sebelum kewajipan hak-hak diberikan sebelum kewajipan dituntutkan. Itu bukan saya kata. Apa saya baca di Jordan dan di Mesir. Dan ada pandangan dalam pertukaran fikiran dengan pelajar-pelajar saya ada kata bahawa kalau kita ada persetujuan dengan perkara ini, bukan oleh kerana kita anti Islam. Adakah masalah di Jordan di Mesir masalah anti Islam bukan tetapi mengenai sama ada sesuai atau tak sesuai khasnya dalam Malaysia satu masyarakat majmuk. Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip-prinsip utama dimaktub, itu hal-hal yang lain.

Dan saya rasa mustahak khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dillihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya, mungkin saya rasa bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai ada pelaksanaan hudud. Itu bukan oleh kerana saya anti Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti Islam dan pro Islam, saya rasa ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada masyarakat kita. Adakah pemimpin- pemimpin Perdana Menteri, lima Perdana Menteri yang kita ada, Tunku Abdul rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Mahathir 22 tahun dan Tun Abdullah mereka anti islam? Adakah Umno anti Islam? Kalau Umno anti Islam oleh kerana rasa bahawa hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia, adakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan Umno pun anti Islam? Tak mungkin, tak mungkin.

Parti PAS pun pernah bekerjasama dengan Umno tahun 73 ke 77. Saya rasa kita perlulah fikir lebih mendalam dalam perkara ini. Apa yang mustahak ialah bahawa kalau kita mahu mempastikan bahawa kita ada satu kerajaan yang baik, ada good governance pemerintahan yang baik. Tidak ada 1MDB skandal MDB, tidak ada penyelewangan semacam Lembaga Tabung Haji dan lain-lain. Kita perlulah ada satu kerajaan yang boleh mempastikan rakyat boleh menikmati keadilan, kebebasan dan kemajuan. Tak kira apa kaum, tak kira apa-apa agama. Kita dalam Malaysia kita perlu mengakui inilah satu masyarakt majmuk dan saya rasa ini mustahak dan kali yang pertama dalam 58 tahun kita ada peluang. Kita melihat peluang boleh tumbang kerajaan Umno dan BN tetapi kalau dalam satu bulan ini oleh kerana perkembangan-perkembangan politik dalam tanah air kita Pakatan Rakyat tidak boleh dikekalkan, kita akan hilang peluang ini. Peluang yang emas once In a lifetime-once in a lifetime tak mungkin kemungkinan ini berlaku begitu masa yang singkat.

Dan saya pun harap, saya pun lama dalam politik. Tahun depan 50 tahun saya dalam politik. Apa saya harap lihat ialah bahawa dalam PRU masa depan Pakatan Rakyat boleh kekal, Pakatan Rakyat boleh tumbang Umno dan BN dan ada satu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan 8 negeri Malaysia. Kalau ini boleh berlaku, ini sejarah. Bolehkah? Itulah benteng dan saya rasa inilah mustahak untuk masa depan Malaysia. barulah kita boleh berjaya. Saya dalam, apabila saya jumpa aktivis-aktivis di Jordan dan di Mesir, saya ada tanya mereka. In the Islamic world, dalam dunia negara-negara Islam apa negara mereka ada harapan, ada harapan besar nama-nama negara. Mereka ada namakan Tunisia, oleh kerana ada Ghannouchi di sana. Mereka ada namakan Turki. Mereka ada menamakan Malaysia.

Mereka harap Malaysia boleh membagi satu contoh untuk dunia Islam. Dan saya rasa ini kita boleh buat. Oleh kerana dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk, bagaimana perlu Islam di Malaysia boleh memberi contoh kepada dunia bahawa boleh adapt dan sesuai dengan masyarakat majmuk untuk dunia supaya bukan sahaja kita belajar daripada timur tengah tetapi negara-negara timur tengah boleh belajar daripada Malaysia. Bolehkah? Dan saya rasa ini pun harapan saya dan saya harap bahawa di masa depan selepas satu bulan kita ada harapan yang tinggi bahawa kita tidak binasakan harapan-harapan yang kita ada untuk perubahan besar di tanah air kita.

Sekian terima kasih.

Disalin dan ditampal daripada Kedahlanie.

Videonya di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH