Vatican Akui Status Palestin Sebagai Sebuah Negara
VATICAN CITY: Negara Vatican telah menyiapkan dokumentasi perjanjian yang mengakui bahawa Palestin sebagai sebuah negara.
Wakil Menteri Luar Vatican Antoine Camilleri menjelaskan, perjanjian tersebut diharapkan dapat mewujudkan penyelesaian dua negara, termasuk mengakhiri konflik dengan Israel, laporAlJazeera.
Sebuah perjanjian bersama yang dikeluarkan oleh Vatican pada Rabu menyebut bahawa isi perjanjian itu telah dirumuskan dan akan ditandatangan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkaitan.
Tindakan itu bagaimanapun telah menimbulkan kekecewaan pemerintah Israel dengan mengatakan bahawa keputusan itu mengganggu rundingan bilateral.
“Kami telah mengakui kewujudan negara Palestin sejak ia diiktiraf pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), malah dalam buku tahunan rasmi Vatican juga Palestin sudah disenaraikan,” ujar jurucakap Vatican Federico Lombardi.
Pada 29 November 2012, Perhimpunan Agung PBB telah menerima resolusi yang mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota.
Langkah itu ternyata dialu-alukan oleh Vatican, yang juga memiliki status pemerhati bukan anggota di PBB.
Ahli jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hanan Ashrawi, berbesar hati dengan pengiktirafan Vatican tersebut.
“Signifikasi pengiktirafan ini melampaui sebarang batas perundangan dan politik seterusnya suatu simbol sokongan moral.
"Ia memancarkan isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat palestin mempunyai hak ke atas kebebasan dan pengiktirafan rasmi,” ujarnya.
Dengan pengakuan tersebut, Vatican menyertai banyak negara Eropah lain yang turut mengakui kedaulatan Palestin seperti England, Ireland, Sepanyol, Perancis dan Sweden. - Agensi/Astro Awani/14/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.