[Video] Kecoh Amah Indonesia Dakwa Dapat MyKad & BR1M
KUALA LUMPUR: Satu klip video memaparkan pengakuan seorang pembantu rumah warga Indonesia kononnya menyatakan rakan senegaranya mendapat kad pengenalan (MyKad) tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam.
Lebih mengejutkan, amah itu turut mengakui bahawa rakannya itu juga layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Video berdurasi 3 minit 16 saat yang di muat naik di laman sosial Facebook My Media Hub itu dipercayai dirakam seorang pemuda Cina dan kini mendapat tontonan lebih 29,901 pengguna.
Menerusi rakaman tersebut, amah itu menceritakan bahawa rakannya itu baru saja menerima MyKad sekitar tiga bulan lalu tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.
“Baru dapat tiga bulan sebelum ini… Tak keluar (bayar) sesen pun..
“Dapat IC pun.. Lagi dapat duit! (RM500 BR1M). Itu pasal saya pelik sangat,” katanya dalam klip video tersebut.
Dalam rakaman itu juga, pemuda berkenaan turut bertanya kepada wanita itu mengenai pihak yang memberikan MyKad dan bantuan tersebut tetapi amah itu memberi jawapan tidak tahu.
Pembantu rumah itu turut mendedahkan bahawa rakannya telah menetap di Malaysia selama 15 tahun tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pasport.
Dakwa wanita itu lagi, individu yang memberikan MyKad dan BR1M mempunyai hubungan yang rapat dengan ketua kampung yang dipercayai di Kelana Jaya yang membolehkan mereka mempunyai keistmewaan mendapatkan kelebihan tersebut.
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan tidak puas hati dan menyarankan pihak berkuasa untuk menyiasat klip video berkenaan. -Malaysian Digest/12/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.