Mati Belah Perut Sendiri
Tangerang: Seorang lelaki warga Nigeria mati selepas dipercayai cuba membelah perutnya sendiri untuk mengeluarkan kapsul dadah yang ditelannya.
Austin Chilikuwuma, 25, ditemui mati dalam keadaan perutnya terburai di tepi Jalan Tol Sedyatmo dekat Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, kelmarin.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu dipercayai membelah perutnya untuk mengeluarkan kapsul dadah.
“Kami menjumpai lapan kapsul dipercayai berisi dadah dan serpihan kaca di bilik hotel tempatnya menginap tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemui,” katanya.
Chilikuwuma menginap di hotel itu pada pagi kelmarin dan pada pagi semalam dia keluar dari bilik dengan tidak memakai baju dan perutnya berdarah.
“Dalam keadaan ususnya terburai, lelaki itu berlari ke bawah dan keluar ke jalan raya,” katanya. - Agensi/Harian Metro/1/6/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.