Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 5 Julai 2015

Saman WSJ Langkah Kurang Bijak- Peguam




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhati-hati susulan keputusannya mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya, dengan peguam berpendapat adalah kurang bijak bagi Najib dan penasihat perhubungan awamnya menyerang media kalau mahu mendapatkan sokongan di "mahkamah rakyat".

Mereka berkata Najib perlu berdepan isu disiarkan akhbar ternama itu, atau menuntut penarikan balik artikel dan permohonan maaf sekiranya laporan itu tidak tepat, sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Ang Hean Leng berkata, pemimpin tempatan seperti Tengku Razaleigh Hamzah pernah memenangi saman terhadap penerbitan asing kerana menjejaskan reputasinya dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF).

"Pilihan seperti itu terbuka kepada Najib untuk menentang WSJ dan saman boleh difailkan di Kuala Lumpur atau Amerika Syarikat," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya perdana menteri ingin memfailkan saman di luar Malaysia, beliau perlu menyerahkannya kepada bidang kuasa undang-undang asing.

Ang mengulas siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke akaun peribadi perdana menteri seperti disiarkan WSJ dan Sarawak Report.

Kedua-duanya memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara turut sedar akan perkara itu.

Dokumen itu menunjukkan US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank, dan entiti berkaitan 1MDB sebelum disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, kata WSJ.

Akhbar berkenaan berkata, transaksi terbesar bernilai US$620 juta, manakala sebuah lagi akaun menerima US$61 juta pada Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum dijalankan.

Putrajaya menafikan laporan tersebut, dan bertegas Najib tidak pernah menggunakan mana-mana dana awam. Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Najib akan mengambil tindakan undang-undang menyaman WSJ.

Ang, bagaimanapun berkata, media boleh menggunakan pertimbangan, laporan adil dan pengesahan sebagai pembelaan terhadap tindakan saman.

Beliau berkata, laporan itu mendapat perhatian umum dan media boleh melaporkan berita sedemikian, namun perlu bertanggungjawab.

Ang berkata, Najib juga boleh memfailkan saman di Kuala Lumpur kerana reputasinya lebih tercalar di Malaysia berbanding kawasan lain.

"Lebih-lebih lagi, laporan itu dipaparkan melalui internet dan dimuat turun di Malaysia," katanya, dan menambah, ganti rugi kemusnahan yang besar boleh diberikan jika beliau berjaya membuktikan kesnya.

Peguam S. N. Nair berkata, sebagai ahli politik, pilihan yang Najib ada adalah memperjelaskan laporan WSJ.

"Saya yakin penerbit akan memuat naik versi perdana menteri melalui akhbar atau laman portal atas talian selari dengan prinsip keadilan," tambahnya.

Nair berkata, Najib boleh meminta penarikan balik laporan tersebut dan jika ia palsu, permohonan maaf boleh dilakukan.

"Namun jika penerbit membuat laporan menyesali tindakan mereka, tiada yang boleh menghalang Najib daripada memfailkan saman. Hanya dengan itu, pampasan akan diberikan, namun lebih rendah kerana defenden mengakui kesilapannya tanpa bertangguh," katanya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, bagaimana pun menyifatkan tindakan mengemukakan saman adalah sia-sia kerana penjelasan sudah memadai.

"Najib perlu menggunakan saluran yang ada, termasuk WSJ bagi meyakinkan orang ramai tiada yang ingin disembunyikan," katanya.

Paulsen berkata, tindakan menyerang media terutama organisasi yang mempunyai reputasi tinggi adalah kurang bijak.

"Laporan itu dikeluarkan WSJ dan bukan daripada blog yang ada kredibiliti dan boleh dipertikaikan profesionalismenya," katanya.

Paulsen berkata, pemimpin politik seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron, tidak menyaman media yang menerbitkan berita kepentingan awam.

"Akhirnya, talian hayat ahli politik bergantung kepada pendapat umum mengenai mereka. Jadi, lebih baik bekerjasama dengan media," katanya. – The Malaysian Insider/4 Julai, 2015.


P/s: Apa lagi opsyen yang ada pada Haji Najib untuk membersihkan namanya?


Berkaitan:

Najib Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap WSJ

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung satu artikel yang mendakwa bahawa RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa laporan itu adalah fitnah jenayah.

"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

"Kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

WSJ dan Sarawak Report menerbitkan satu artikel pada Jumaat yang memetik seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan', dengan mendakwa bahawa hampir US$700 juta (RM2.63 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri, menjawab laporan itu dengan berkata ia adalah "sabotaj politik".

1MBD menegaskan bahawa tidak ada dana telah dipindahkan ke akaun Najib.

Najib juga, lewat malam Jumaat, berkata beliau percaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pembohongan itu bersama-sama dengan pihak asing termasuk blog Sarawak Report yang kini diragui kredibilitinya. - Mstar/4/7/15



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH