Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Sabtu, 28 Mac 2015

Gam Anu Isteri Kerana...



Mpumalanga (Afrika Selatan) : Kerana cemburu, seorang suami yang mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain mengambil keputusan membalas dendam - meletakkan glu pada kemaluan wanita berkenaan.

Si suami sebelum itu dihantui perasaan marah kerana menyangka isterinya tidur dengan bapa saudaranya selepas dia menghantarnya pulang di rumah mereka di bandar ini.

Selepas mengunci isterinya di dalam kamar tidur mereka, lelaki berusia 45 tahun itu memaksa wanita berkenaan menanggal pakaian sambil menghunus parang pada mangsa dan mengancam memenggalnya jika dia tidak patuh kepada arahannya.

Dalam laporannya kepada polis, wanita itu berkata: “Dia sebelum ini mengancam memotong tangan saya. Saya begitu takut. Dia mengarah saya baring dan kangkang. Dia kemudian mengambil glu dan menyapu pada kemaluan saya.

“Saya menangis dan meminta dia berhenti, tetapi dia tidak peduli.”

Mangsa kemudian cuba menanggalkan glu berkenaan, tetapi kini bimbang tidak akan dapat melakukan seks pada masa depan.

Menurutnya, dia mahu polis menahan dan penjarakan suaminya kerana bimbang lelaki itu datang dan bertindak lebih kejam.

Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian. -Agensi/Harian Metro/28/3/15




,

Lari 800 Meter Pegang Kemaluan



Foshan (China): Seorang ahli perniagaan di sini terpaksa berlari sejauh 800 meter untuk ke sebuah klinik selepas kemaluannya dipotong bekas isterinya.

Alat sulit Hong Shih, 38, dipotong bekas isterinya selepas wanita itu berang akibat diceraikan.

Shih, 38, berkata, kejadian itu berlaku ketika bekas isterinya, Fu, 35, datang ke rumahnya bagi berbincang mengenai anak mereka selepas mereka bercerai baru-baru ini.

Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur sedang membancuh teh sambil menerangkan kepada bekas isterinya bahawa dia tidak mahu lagi bersama semula kerana mereka sering bertengkar.

“Secara tiba-tiba bekas isteri saya menarik seluar saya hingga terlondeh.

“Saya berpaling ke depan dan cuba menarik seluar saya semula tetapi Fu terus memegang kemaluan saya dan memotongnya,” katanya.

Menurutnya, selepas memotong kemaluannya Fu menjerit: “Saya tidak mahu lihat kamu dengan orang lain. Jika saya tidak boleh memiliki kamu, tiada orang yang boleh.” - Agensi/Harian Metro/28/3/15




Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui dalam Hutan


KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui selamat selepas terpaksa bermalam di ladang getah bersendirian di daerah Tenom.

Healezry Zeandfly Henderi ditemui sedang tidur dalam kawasan belukar tebal kira-kira pukul 10.25 pagi Jumaat, selepas 18 jam dilaporkan hilang.

Selain terdapat kesan calar di pipinya, Healezry dalam keadaan baik walaupun dia kelihatan lemah dan takut sebaik sahaja melihat anggota bomba mendekatinya di ladang getah yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kg Kuala Tolokoson.

"Dia tidur di dalam kawasan belukar. Namun dia terjaga dan kelihatan takut apabila terlihat kami.

"Salah seorang anggota kami memberitahunya bahawa kami perlu membawa dia pulang ke rumah. Kanak-kanak tersebut kemudiannya bangun dan membenarkan dia untuk didukung," kata Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom, Hairin Sarbin ketika dihubungi.

Dalam laporan polis yang dibuat kira-kira pukul 4 petang Khamis, ibu Healezry, Moina Barahin, 27, menyatakan dia baharu sahaja pulang dari pasar bandar Tenom dan mahu pergi ke tandas.

Kanak-kanak itu mahu mengikut ibunya ke tandas.

Sebaik sahaja ibunya keluar dari tandas, kelibat Healezry sudah tidak kelihatan.

Healezry, yang mempunyai seorang abang dilihat kali terakhir berada di rumah tersebut bersendirian oleh jirannya.


Keluarga Healezry menyuapkan makanan sebaik sahaja kanak-kanak itu ditemui.

Semasa operasi mencari Healezry di ladang getah di Kemabong, anggota bomba terdengar tangisan kanak-kanak sebanyak tiga kali antara pukul 8 malam dan 9 malam pada Khamis.

Namun, mereka gagal mengesan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.

"Kami menghentikan operasi pencarian kira-kira pukul 11 malam dan meneruskan operasi pada keesokan harinya," kata Hairin.


Sebaik sahaja tiba di rumah, Moira memberikan anaknya itu minuman dengan segera sebelum memberinya makanan.Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kemabong untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan.

Hairin berkata kanak-kanak itu dilihat masih ketakutan dan tidak banyak bercakap selepas diselamatkan.Namun, bapanya, Henderi Andiwang, 35, yang bekerja sebagai penoreh getah dan Moira mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat yang berjaya membawa anaknya pulang. -Mugutan Vanar/MStar/28/3/15


, ,

Kay Kim: Polis Khidmat untuk Raja, Bukan Inggeris


Pakar sejarah profesor emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa ketika serangan komunis di Bukit Kepong, polis berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya di bawah
British.

Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata walaupun pentadbiran Tanah Melayu di bawah British ketika serangan pada tahun 1950 itu, tetapi pemerintahan adalah di bawah Raja-raja.

Beliau berkata pihak British telah menandatangani perjanjian dengan Raja-raja bahawa Tanah Melayu hanya dinaungi British, bukan dijajah dan pemerintahan itu masih kekal kepada Raja.

"Sejarah merupakan sesuatu yang dapat diuji dan kesimpulan sejarah mestilah tepat.

"Ahli-ahli sejarah tidak dibenar membuat penghakiman dari sudut moral," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi pada perbicaraan kes Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa memfitnah anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.


Khoo berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu.

Khoo berkata tidak dinafikan dan secara praktik bahawa polis pada ketika itu di bawah pentadbiran British tetapi Raja-raja masih mempunyai kuasa mutlak.

Meor Sulaiman kemudian menetapkan 27 April untuk serahan nota bertulis dan membenarkan jaminan tertuduh dilanjutkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Datuk Razali Che Ani dan Yusaini Amir Abdul Karim.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu konstabel marin Abu Bakar Daud, konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama/27/3/15


, , ,

Jumaat, 27 Mac 2015

Nahas Germanwings: Andreas Lubitz Dilaporkan Pernah Jalani Rawatan Tekanan Jiwa


Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.

Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.

Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings http://t.co/u8rSwlkuncpic.twitter.com/khHRpuCWj3— The Independent (@Independent) March 27, 2015

Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.

Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas.

Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol. - Malaysia Kini/27/3/14

Berkaitan:

Autopilot Dipinda Sebelum Pesawat Menjunam


Data yang diperolehi menunjukkan seorang individu meminda tetapan kawalan dalam penerbangan Germanwings yang terhempas di Perancis.

Laporan agensi DPA yang memetik tulisan di laman FlightRadar24 menyebut, tetapan itu dipinda supaya pesawat tersebut menjunam ke paras bawah 100 kaki (30 meter).

“Di antara jam 09:30:52 dan 09:30:55 kita boleh melihat bahawa autopilot dipinda dari 38,000 kaki kepada 100 kaki,” tulisan di laman penjejak penerbangan itu dipetik.

Menurut FlightRadar24, dalam tempoh 9 saat selepas itu, pesawat penerbangan 4U9525 itu mula menurun dari ketinggian asal.

Pesawat berkenaan berlepas dari Barcelona pada kira-kira jam 10 pagi pada hari Selasa dan hilang dari radar, sejam kemudian, sebelum terhempas di kawasan pergunungan Alps, 165 kilometre dari timur laut Marseille.

Kejadian itu mengorbankan kesemua dalam penerbangan tersebut. - Malaysia Kini/27/3/15


[Video] Hudud: Menteri-PAS bertikam lidah, Mahfuz Diarah Keluar


Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.

Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.

Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.

Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya.

Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya.

Sebut 'bacul'

Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu.

"Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42.

"Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan....selain mengeluarkan perkataan menteri 'bacul'. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).

"Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab," kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional. - Malaysia Kini/26/3/15




P/s: Malang, ada pemimpin PAS masih mempercayai UMNO dalam isu hudud sedangkan mereka tahu sikap UMNO terhadap hukum Islam itu.

  

, , ,

'Pembantu juruterbang sengaja hempas pesawat'



Pihak berkuasa Perancis mendapati pembantu juruterbang pesawat malang Germanwings itu sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas di pergunungan Alps, Selasa lalu.

Warga Jerman itu satu-satunya juruterbang yang berada di kokpit pesawat Airbus A320 itu pada masa kejadian yang mengorbankan 150 orang.

Beliau enggan membuka pintu ketika juruterbang kembali ke kokpit dan menekan satu butang yang membuatkan pesawat tersebut jatuh terjunam, lapor Reuters.

Voice tape studied in #Germanwings Airbus crash; NYT says one pilot locked out of cockpit: http://t.co/oalFMcUpa1pic.twitter.com/w6PT6X59Es— Reuters Top News (@Reuters) March 26, 2015

Pengumuman berkenaan dipancarkan secara langsung melalui televisyen.

Menurut agensi berita itu lagi, pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu dikenali Andreas Lubitz.

'Suicide and mass murder by co-pilot' resulted in 150 Germanwings deaths #GermanWingsCrashhttp://t.co/v4Lbep0oSc— The Independent (@Independent) March 26, 2015


Mengumumkan butiran tentang pembantu itu di Paris hari ini, seorang pendakwa raya Marseille berkata pembantu juruterbang itu bagaimanapun tidak diketahui ada hubungan dengan kumpulan pengganas.

"Tiada sebab untuk mengesyaki ia (kejadian) satu serangan pengganas," kata Brice Robin.

Co-pilot appears to have crashed #Germanwings plane deliberately, French prosecutor says: http://t.co/DmciYvF0L8pic.twitter.com/KCjvlsjNzO— Reuters Top News (@Reuters) March 26, 2015

Ditanya sama ada kejadian itu akibat percubaan bunuh diri, beliau berkata: "Mereka yang membunuh diri selalunya berbuat demikian seorang diri ... Saya tidak kata ia cubaan bunuh diri."

Rakaman kotak hitam, yang ditemui di lokasi terhempas, menunjukkan penumpang tidak sedar apa yang terjadi sehinggalah di saat-saat akhir.


Germanwings co-pilot Andreas Lubitz described as a “rather quiet” but friendly young man http://t.co/VlYnbSxxIl— TIME.com (@TIME) March 26, 2015- Malaysia Kini/26/3/15

Berkaitan:


,

Lembaga Pengampunan LUPUS Petisyen Keluarga Anwar


Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. -Hafiz Yatim/Malaysia Kini/27/3/15


, , ,

Rabu, 25 Mac 2015

Nahas Germanwings: Kawasan Curam Sukarkan Operasi Keluarkan Mayat - Polis









SEYNE-LES-ALPES: Polis Perancis mengesahkan tiada yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings dan menjangkakan usaha menyelamat mangsa akan mengambil masa beberapa hari kerana cerun gunung yang curam.

"Usaha untuk mengeluarkan mayat dan seterusnya bangkai pesawat itu tentu akan mengambil masa beberapa hari berikutan lokasi nahas di kawasan tanah tinggi," kata pegawai polis Jean-Paul Bloy.

Setakat ini, pihak keselamatan juga belum mengesan teori mengenai punca nahas pesawat yang dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman itu.



Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Perancis berkata, juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus menyebabkan pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Selain itu, Germanwings pula berkata, Penerbangan 4U 9525 itu membawa 144 penumpang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal.

Di kalangan penumpang itu juga membabitkan 67 warga Jerman, termasuk 16 pelajar sekolah tinggi.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas.


Pada masa sama, Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls memaklumkan sebuah helikopter mendarat dekat serpihan pesawat itu di pergunungan Alps Perancis dan mendapati tiada yang terselamat.

"Cuaca di kawasan itu semakin buruk menjelang tengah hari, hujan dan sangat sejuk," katanya.

Seorang pegawai kerajaan tempatan pula memberitahu akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar kereta. -Mstar/25/3/15


,

Mekanik Hadapi 5 Tuduhan Rogol Dua Anak Tiri OKU


KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik dihadapkan di dua mahkamah sesyen berasingan di sini, semalam, atas lima pertuduhan merogol dua anak tirinya yang merupakan OKU kategori lembam, bermula empat tahun lalu iaitu pada 2011.

Bagaimanapun, tertuduh, 41, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azhar Othman dan Murtazadi Amran, dan mohon dibicarakan atas kelima-lima pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa pertama yang juga anak sulung daripada tiga beradik di dalam bilik tidur rumah di Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 9 malam hingga 12 tengah malam, pada 9 Disember 2011.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa pada 9 Mac lalu, jam 10 pagi di lokasi sama.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak keduanya, yang ketika itu baru berusia 9 tahun 5 bulan, bermula 4 Oktober 2012, di antara jam 9 malam sehingga 12 tengah malam, di sebuah bilik tidur di Kampung Raja, Besut.

Dia didakwa mengulangi perbuatan itu pada 11 April 2014, di antara jam 12.30 tengah malam di Kampung Air Tawar, Kampung Raja, Besut dan juga didakwa mengulanginya untuk kali ketiga pada hujung bulan Disember tahun sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Mahkamah menetapkan 27 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud dan Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

Sinar Harian keluaran 13 Mac lalu menyiarkan laporan seorang mekanik yang tergamak menjadikan dua anak tirinya yang juga OKU lembam sebagai tempat memuaskan nafsu serakah.

Perbuatan suspek, 41, terbongkar apabila kedua beradik malang berusia 14 tahun dan 12 tahun itu ponteng sekolah untuk melarikan diri, sebelum diselamatkan oleh seorang wanita.- Sinar Harian/25/3/15


, , ,

Nahas Airbus Germanwings: Kotak Hitam Ditemui



SEYNE-LES-ALPES : Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui, lapor Reuters.

Punca nahas belum diketahui.

Pesawat jenis Airbus 320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Germanwing, anak syarikat Lufthansa, terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona di Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Pesawat itu dikatakan hilang dari skrin radar di wilayah Alpes de Hautes selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 10.47 pagi waktu tempatan (atau 9.47 waktu GMT).- The Rakyat Post/25/3/15


Majlis Raja-raja Tidak Terlibat Pindaan Hudud Kelantan - Takiyuddin



Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Kelantan tidak melibatkan Majlis Raja-Raja, kata Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, pindaan yang membabitkan undang-undang Islam itu hanya tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama negeri. 

"Saya rasa enakmen ini tidak ada kena mengena dengan Majlis Raja-raja. Majlis Raja-raja membincangkan mengenai urusan agama yang berkaitan dengan seluruh negara," kata ahli Parlimen Kota Baru itu ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

"Urusan agama negeri di bawah Sultan, dan pendirian Sultan Kelantan jelas semasa perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, baginda menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan," katanya. 

Takiyuddin berkata, enakmen berkenaan diluluskan pada 1993 dan sudah mendapat perkenan diraja. 

"Dari segi sejarah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah itu sudah mendapat perkenan diraja.

"Jadi, isu agama berkaitan enakmen hudud di Kelantan ini tidak ada kena mengena dengan Majlis Raja-Raja," katanya.

The Malaysian Insider awal hari ini memetik sumber melaporkan, Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Takiyuddin bagaimanapun menafikan perkara itu memandangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob juga mengesahkan tiada sebarang dokumen yang dikemukakan kepada majlis tersebut bagi mendapatkan perkenaan Raja-raja Melayu.

"Benda ini tidak benar, dan saya difahamkan oleh menteri besar Kelantan tidak ada pun kertas itu.

"Jadi, siapa yang kata itu, minta beliau sahkan perkara tersebut. Sama ada kertas itu ada, kemudian ditolak, atau sebagainya," katanya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskan enakmen tersebut pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Menurut sumber itu, penolakan Majlis Raja-raja itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan enakmen itu, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

Jika majlis itu meluluskannya, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini dikatakan tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu.

Sumber itu berkata, ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudian mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda akta itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri. – The Malaysian Insider/25 Mac, 2015.







Suami Terkejut Isteri Pertama Beri Hadiah Sempena Perkahwinan Keduanya


Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang berkahwin satu lagi terkedu melihat kehadiran isteri pertamanya dan menerpa ke arahnya ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.

Dia yang menyangka akan diserang wanita itu lebih terkejut apabila isteri pertamanya itu membuka bungkusan hadiah untuknya.

Bungkusan itu mengandung wang berjumlah SR10,000 (RM9,800), iPhone 6 dan sebotol minyak wangi.

Hamdan yang berasal dari Baha, bandar di selatan Saudi berkata, dia terkejut melihat isterinya hadir di majlis itu bersama-sama anak mereka dan memberinya hadiah sempena hari perkahwinannya yang kedua.

“Isteri pertama saya menunjukkan contoh mengenai kasih sayang, kesetiaan dan cinta. Saya bangga dengannya,” kata Hamdan yang dipetik oleh akhbar Al Madina.

Kejadian itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan di beberapa media sosial.

Seorang wanita menulis, jika suaminya berkahwin lagi, dia akan menghantar bahan letupan untuk meletup dewan tempat majlis perkahwinan itu berlangsung.

Seorang lagi berkata, jelas Hamdan suami yang teruk dan isterinya begitu gembira dia berkahwin satu lagi kerana dia tidak perlu berurusan dengannya lagi.

“Hadiah yang diberikannya itu menunjukkan dia bahagia kerana terlepas daripada seksaan suaminya,” tulis wanita itu. - Agensi/Harian Metro/25/3/15


,

Apa yang Dilakukan Lelaki Ini Amat Mengharukan...


Kasih Suami Sepanjang Hayat

Liaonin (China): Seorang petani di sini membuat sendiri ambulans untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu.

Kereta tarik itu setakat ini sudah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isteri lelaki berkenaan yang lumpuh untuk menjalani rawatan.

Lebih menarik lagi, ia dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih.

Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya tersebar menunjukkan dia menarik suaminya yang lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah.

Tahun lalu, pengguna Internet terharu dengan kisah seorang lelaki menyuap isterinya, juga lumpuh, dari mulut ke mulut sejak 11 tahun lalu. - Agensi/Harian Mtero/25/3/15


, , ,

Nahas Germanwings: Tiada Penumpang Terselamat - Hollande



SEYNE-LES-ALPES, France: Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.

"Keadaan nahas yang masih belum diketahui menyebabkan kita mengandaikan bahawa tiada siapa yang terselamat," kata Hollande.

Germanwings mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas. 

Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde di Paris kira-kira 15 tahun lalu.

Sementara itu, pemilik sebuah tapak perkhemahan di kawasan pergunungan itu berkata dia terdengar bunyi sangat kuat agak lama di udara sebelum pesawat Germanwings itu terhempas.

Pierre Polizzi berkata dia terdengar bunyi kuat itu pada pukul 11.30 pagi (waktu Perancis).

"Memang biasa ada pesawat pejuang yang terbang di kawasan ini, jadi saya sangka pesawat itulah. Namun apabila tengok di luar, saya tidak nampak sebarang pesawat pejuang.

"Bunyi yang saya dengar agak lama, seperti pesawat itu terbang lebih perlahan daripada kelajuan pesawat tentera. Selepas terhenti seketika, tidak lama kemudian terdengar lagi bunyi bising," katanya.

Polizzi berkata, memang sukar untuk ke tempat nahas kerana kawasan pergunungan itu diliputi salji dan sangat mencabar. -Mstar/24/3/15

, , ,

Selasa, 24 Mac 2015

Pesawat Germanwings Terhempas, Nasib 148 Nyawa Belum Diketahui


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Airbus dilaporkan terhempas di selatan Perancis, lapor Reuters hari ini.

Laporan yang memetik sumber polis Perancis dan jurucakap penerbangan itu menyatakan bahawa pesawat tersebut dikendalikan Germanwings yang dimiliki syarikat penerbangan Lufthansa.

Pesawat yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona ke Dusseldorf di Jerman.

Pesawat berkenaan telah membuat panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi waktu tempatan. Lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di kawasan Pergunungan Alps.

Presiden Perancis, Fran├žois Hollande, dalam kenyataan terbaharu memberitahu bahawa kemungkinan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls, berkata meskipun maklumat mengenai insiden itu masih samar namun dia bimbang tentang nasib mereka yang berada dalam pesawat berkenaan.

Menurut laporan berita tempatan Le Monde, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve kini bergegas ke wilayah berkenaan.

Airbus dan Germanwings bagaimanapun menyatakan bahawa pihak mereka memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat seterusnya mengesahkan kejadian tersebut dan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin. - Astro Awani/24/3/15





,

Cegah Kanser: Angelina Jolie Buang Ovari, Alami Menopaus Awal


> Pelakon popular berusia 39 tahun itu telah pun melakukan pembedahan mastektomi dua tahun lalu

> Angelina Jolie, membuat pendedahan tersebut menerusi ruangan pendapat di akhbar popular The New York Times

> Dia kini mengalami proses menopaus akibat pembuangan ovarinya

> Pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas ujian darah mendapati dia mungkin di peringkat awal kanser ovari

> Kini tidak boleh mengandung lagi

PELAKON popular dan isteri kepada Brad Pitt, Angelina Jolie mengesahkan yang dia telah menjalani pembedahan pembuangan ovari minggu lalu untuk menyelamatkan dirinya daripada dijangkiti sel kanser.

Menurutnya, ujian darah mendapati yang dia berhadapan dengan risiko mungkin di peringkat awal dijangkiti kanser ovari.

Akibat daripada pembedahan itu, Angelina tidak boleh lagi mengandung dan melahirkan anak.

Malah dia kini sedang berhadapan dengan proses menopaus awal.

Membuat pendedahan itu melalui satu rencana yang ditulisnya kepada ruangan pendapat akhbar popular The New York Times, ibu kepada enam orang anak itu berkata, mutasi genetik dalam DNAnya telah mendedahkannya kepada 87% risiko kanser payu dara dan 50% peluang untuk terkena kanser ovari.

Dua tahun lalu, dia telah pun melakukan pembedahan mastektomi untuk melindunginya daripada terkena kanser payu dara.

Aktres berusia 39 tahun itu menulis, ujian darah baru-baru ini telah mendapati dia berhadapan dengan satu lagi risiko kanser iaitu kanser ovari yang memaksanya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pembuangan ovari dengan segera.

Dalam tulisan berjudul 'Angelina Jolie Pitt: Diary Of A Surgery' itu yang diterbitkan pada Isnin, Angelina menceritakan dengan panjang lebar berhubung keputusannya untuk sekali lagi melakukan pembedahan.

Malah Angelina berkata yang dia kini dalam proses menghadapi menopaus awal akibat pembuangan ovarinya itu dan tidak boleh lagi mengandung serta melahirkan anak.

Pada bulan Mei 2013, Angelina telah mengejutkan para peminatnya dan Hollywood dengan membuat pendedahan terbuka yang dia telah melakukan pembedahan pembuangan payu dara selepas ujian perubatan mendapati yang dia adalah pembawa mutasi genetik yang mendedahkannya kepada kanser payudara dan juga ovari.

Ibunya Marcheline Bertrand meninggal dunia pada Januari 2007 pada usia 56 tahun selepas lapan tahun bertarung dengan kanser ovari. Bukan itu sahaja malah nenek dan juga makciknya turut menjadi mangsa kanser yang sama.

Menurut Angelina, dia telah merancang untuk menjalani pembedahan itu agak lama tetapi panggilan telefon yang diterima daripada doktor peribadinya dua minggu yang lalu telah mendorongnya untuk membuat keputusan tersebut dengan lebih pantas.

Atas nasihat doktor, Angelina telah bertemu dengan doktor pakar yang pernah merawat ibunya dahulu.

"Saya telah melalui proses yang mana beribu lagi wanita lain telah merasainya dan saya memberitahu diri saya sendiri supaya bertenang dan kuat dan ini telah mendorong saya untuk berfikir bahawa tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh terus hidup lebih lama untuk menyaksikan anak-anak saya membesar dan selepas itu menyaksikan kelahiran cucu-cucu saya," tulisnya.

Menurut Angelina lagi suaminya, Brad Pitt berada di Perancis ketika dia menerima berita mengenai ancaman kanser yang kedua itu lalu menyebabkan Pitt terus mengambil penerbangan balik segera ke Los Angeles, Amerika untuk bersama isteri kesayangannya. -Mstar/24/3/15


,

Umat Islam Boleh Persoal Hudud yang Mahu Dilaksanakan oleh PAS - Mufti Perlis



Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan.

Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.

"Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

"Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas," kata Asri dalam satu kenyataan di laman blognya semalam.

Beliau berkata, umat Islam perlu mengetahui perincian undang-undang syariah itu kebanyakannya tidak wujud dalam Al-Quran mahupun Sunnah.

Tambahnya perincian mengenai hudud mungkin terdapat dalam beberapa nas (dalil) tetapi dari segi perbincangan hukum fekah, ia boleh diandaikan pelbagai tafsiran.

"Ini yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).

"Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar," katanya.

Oleh kerana terdapat pelbagai tafsiran dalam nas tersebut, terdapat perbezaan dalam perincian hukum seperti kadar curian, ‎suasana undang-undang itu dilaksanakan dan sama ada taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, kata Asri.

‎Pada masa sama, beliau menegaskan pendiriannya menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud tetapi mahu kerajaan PAS itu memberi ruang agar enakmen syariah itu dikaji semula pakar perundangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, tindakan mengkaji semula enakmen tersebut adalah wajar agar kerajaan Kelantan tidak mengulangi kegagalan pelaksanaan hudud yang pernah berlaku di negara lain seperti di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan.

‎"Yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang dibuat oleh mereka, katanya.

Asri berkata, Kelantan di bawah pentadbiran PAS harus mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang seperti berlaku di bawah pentadbiran Taliban dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

"Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.

Selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan hudud, seorang penyampai radio BFM, Aishah Tajuddin diugut bunuh dan rogol di media sosial kerana dituduh mempersendakan hukum Islam dalam sebuah klip video YouTube.

Aishah bagaimanapun berkata beliau tidak berniat mengkritik hudud, dan hanya mempersoalkan keutamaan kerajaan Kelantan ketika masalah pasca banjir di negeri itu masih belum selesai. – The Malaysian Insider/24 Mac, 2015.

P/s: Ada perbezaan antara pendapat, persoal dengan tindakan mengkeji, menghina, dan merendahkan hudud.


,

Dirogol Tiga Hari Berturut-turut, Aksi Dirakam


KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.

“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.

“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Sinar Harian Online/23/3/15


,

[Video] Ahli Gusti Mexico Mati Selepas Ditendang Bintang WWE



Ahli gusti profesional Mexico, Perro Aguayo Jr, mati selepas perlawanan akibat kecederaan selepas ditendang salah seorang bintang terkenal WWE , Rio Mysterio.

Video perlawanan yang berlansung di Tijuana, Mexico itu menyaksikan Perro atau nama sebenarnya Pedro Aguayo Ramirez tidak sedarkan diri selepas tendangan lawannya terkena pada leher.

Apa yang menyedihkan, kemalangan yang menimpa peninju tersebut disedari lambat oleh pengadil walaupun Perro kelihatan sudah pengsan di tali gelanggang itu.

Perlawanan tersebut melihat gandingan kumpulan Perro bersama Manik menentang Tigre Uno bersama Rio Mysterio pada Jumaat lalu.

Perro lansung tidak sedarkan diri selepas itu dan meninggal dunia pada pukul 1 pagi di hospital.

Kematiannya dipercayai berpunca daripada kecederaan di leher dan tulang serviks.- MYNEWSHUB.CC/23/3/15


,

Guard Hospital Cabul Mangsa Bertelekung



IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit.

“Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam.

“Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati.

“Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju.

“Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap.

“Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya,” katanya.

Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.- Sinar Harian Online/24/3/15


, , ,

DAP Tamatkan Kerjasama dengan Haji Hadi, Kekal dalam Pakatan


Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

"Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.

"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

"DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

"Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya.

DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.

"Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.

Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.

Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

"PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia."

DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen. – The Malaysian Insider/24 Mac, 2015.

Berkaitan:







PAS Mengharapkan UMNO Namun Kata Menteri Undang-undang: "Mustahil laksana hudud di Malaysia"



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan.

“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jumlah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sarawak adalah seramai 23 orang iaitu 14 wakil dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), seorang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta masing-masing empat wakil dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Nancy berkata kajian mendalam perlu dilakukan terhadap kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Kita sudah mempunyai Perlembagaan Persekutuan jadi kita perlu melihat kesalahan di bawah hudud.

"Banyak peruntukan (hudud) sudah berada di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi perlu ada kajian semula jika nak membenarkan hudud diluluskan,” katanya. –  The Malaysian Insider/24 Mac, 2015.



P/s: Dalam masa yang sama pimpinan pro-Hadi berseteru dengan DAP dan PKR dalam isu hudud walaupun jelas isu hudud ini tidak disokong oleh UMNO di peringkat pusat.



, , ,

Jumaat, 13 Mac 2015

Tegurlah Hadi, Jangan Sokong Presiden hingga Bawa Rebah - Hanipa Maidin



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menasihati semua ahli Pas agar lebih berani dalam memberi teguran kepadapresidenDatuk Seri HadI Awang, demi kebaikan parti.

Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.

"Saya berpegang kepada jangan sokong bawa rebah. Saya sering tegur apabila dalam atau luar mesyuarat. Mereka yang merosakkan Pas adalah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.

"Yang tak mahu tegur presiden ada kelemahan, yang merasakan presiden sempurna, ini adalah golongan yangmerosakkanPas.

"Dia tahu presiden lemah, tapi tidak mahu tegur, ini masalah. Mengampu ini mana-mana pertubuhan akan hancur,” tambah beliau dalam satu forum anjuran MalaysiaKini bertajuk "Ke mana Pas tanpa Tuan Guru Nik Aziz" di sini malam semalam.

Beliau juga berkata apa yang berlaku kepada Datuk Seri Hadi Awang ketika ini adalah seperti yang pernah berlaku sewaktu pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun saya tidak setuju dengan Tun Mahathir, namun saya selalu membaca artikel-artikelnya dan saya nampak ada rasionalnya.

"Antaranya, beliau berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, dia kadang-kadang melakukan apa yang dia lakukan itu kerana tiada siapa yang tegur!Tiadaorang yangberanimahu menegur!”

“Tun Mahathir juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, di mana terdapat seorang raja yang terlampau takut ditegur, dan apabila suatu hari raja itu berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja itu berbogel,” tambahnya.

Hanipa menyifatkan mereka yang tidak berani menegur presiden adalah mereka yang berbohong kepada presiden.

“Maknanya kita tidak mahu bercakap benda benar, ini adalah masalah kerosakan dalam PAS. Selagi kita tidak mengakui benda ini, selagi itu kita tidak boleh maju ke hadapan. Pas,kenaakui perkara ini.

Forum tersebut turut dibarisi panelis Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

Forum yang dipengerusikan pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othmantu itu dihadiri kira-kira 50 orang.

Hanipa, dalam ucapan penggulungannya, menasihati agar pimpinan PAS supaya lebih matang daripada segi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

"Masalahyang palingbesaradalah apabila merekamahumenyesuaikan diri. Kita dah selesa dengan zon selesa kita, jadi bila kita bercampur dengan parti-parti yang berlainan ideologi dan falsafah, untuk menyesuaikan diri itu memang memakan masa.

"Apa lagi kalau kita pula tak mahu menyesuaikan diri. Kita akan jadi musuh kepada itu. Kita punya tahap toleransi itu mesti lagi lebih daripada biasa. Kalau kita ada toleransi itu, saya rasa kita boleh capai banyak kejayaan," katanya. - Mariah Ahmad/13/3/15


Petisyen Bebaskan Anwar: White House Kecewa dengan Sistem Kehakiman Malaysia



KUALA LUMPUR: White House hari ini menyatakan kekesalannya terhadap sabitan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, sebelum ini ia telahpun melahirkan rasa kecewanya atas sabitan itu melalui kenyataan media dan komunikasi dengan kerajaan Malaysia dan akan terus berbuat demikian.

“Keputusan awal untuk mendakwa Anwar, tindakan untuk merayu keputusan tidak bersalah, dan membatalkan keputusan itu, menimbulkan beberapa kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.

“Kebimbangan ini diperhebatkan lagi dengan niat kerajaan untuk memperluaskan Akta Hasutan, yang dijanji akan dimansuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi digunakan untuk mendakwa pengkritik kerajaan,” kata White House dalam satu kenyataan media.

White House mengeluarkan kenyataan itu susulan petisyen membebaskan Anwar di laman webnya mencatatkan 113,844 tandatangan, melebihi sasaran 100,000.

Ia berkata Amerika Syarikat komited bekerjasama dalam menghadapi cabaran ekonomi dan keselamatan, namun akan terus menggesa Malaysia memohon melaksanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus dan tanpa penglibatan politik.

"Sejarah membuktikan negara-negara yang menegakkan hak asasi manusia bagi semua rakyat mereka - tanpa mengira fahaman politik, etnik, bangsa, agama, atau orientasi seksual mereka - akhirnya lebih makmur dan stabil,” katanya. - Astro Awani/13/3/15

, ,

Sudah Tiba Masa Pucuk Pimpinan PAS Ditukar - Salahuddin Ayub


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka.

"Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.

"Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak.

Pada Khamis, Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau sedia dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.

Kedudukan Abdul Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan sekutu mereka, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat kawasan PAS bagi jawatan peringkat pusat akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun nanti. - Nurul Ain/Mstar/13/3/15


,

Rabu, 11 Mac 2015

Batalkan GST atau Hilang Undi - Dr Mahathir



Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya pada sidang media di Serdang, hari ini.

"Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

“Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List saja tidak dikenakan cukai,” katanya. 

Beliau berkata, tidak dapat dielakkan di mana kos penjagaan kesihatan akan meningkat dengan GST yang akan dikenakan ke atas “semua perkara”.

Pengamal perubatan menyuarakan kebimbangan mengenainya sebelum ini dengan Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta mengatakan senarai ubat-ubatan di bawah NEDL meningkat terhadap rawatan susulan penyakit kritikal dan komplikasinya.

Laporan lain turut menyatakan hingga kini, hanya 320 ubat-ubatan mempunyai kadar cukai sifar yang mewakili 13% daripada jumlah keseluruhan 43,000 ubat berdaftar.

Dr Mahathir yang juga bekas doktor, turut menyatakan ia adalah satu "keajaiban" kepada Putrajaya bagi membiayai perubatan percuma di hospital kerajaan memandangkan kos yang semakin meningkat.

"Ketika saya menjadi perdana menteri, kami bimbang bagaimana membiayai perubatan percuma yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

"Pada zaman British ketika saya masih menjadi doktor, ia adalah 1% sebotol campuran ubat batuk. Jadi kerajaan tidak menghabiskan terlalu banyak wang. Tetapi kos perubatan sudah naik.

"Bagaimana kerajaan masih boleh mengekalkan rawatan perubatan percuma adalah sesuatu yang ajaib," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, walaupun terdapat cadangan untuk memperkenalkan sistem insurans namun idea itu yang tidak mengambil kira kepada "Rakyat Malaysia tidak suka untuk membayar apa-apa".

"Terdapat pelbagai cadangan untuk kita memiliki insurans kesihatan. Tetapi rakyat Malaysia tidak suka untuk membayar apa-apa.

"Selagi kita tidak meminta mereka membayar rawatan mereka, saya fikir kita lakukan dengan baik," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara Universiti Perdana dan Universiti California, San Diego (UCSD) untuk program perubatan dan penyelidikannya.

Dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar perubatan di universiti itu, Dr Mahathir menyatakan rakyat kini cukup kaya untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta yang "mengenakan sebarang jumlah yang mereka suka".

"Ketika saya menjadi pengamal perubatan swasta, saya hanya mengenakan RM3 untuk rawatan dan RM5 dengan suntikan.

"Saya hanya mengenakan bayaran RM3. Adakah itu sangat mahal? Saya tidak begitu kaya pada masa itu. Tetapi saya mampu lakukannya.

"Oleh sebab itulah saya lebih memberi tumpuan kepada politik. Berbanding dengan apa yang saya lakukan sebagai pengamal perubatan swasta, gaji saya sebagai perdana menteri besar. Saya fikir kerajaan murah hati untuk memberikan jumlah yang besar kepada bekas doktor untuk melakukan sesuatu yang beliau tidak lakukan,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.

Bekas perdana menteri itu berkata, kepentingan kerjasama antara Universiti Perdana dan UCSD diharap dapat menyumbang kepada pembangunan penjagaan kesihatan negara.

"Kita perlu tahu prosedur yang dijalankan di negara lain. Tidak kira berapa banyak yang kita tahu tentang sesuatu, sentiasa ada sesuatu yang lain yang kita tidak tahu.

"Kita tidak boleh mendakwa kita mengetahui segala-galanya. Itulah sebabnya kita perlu bekerjasama dengan orang lain yang pakar dalam penyakit lain. Saya pasti ia akan menyumbang lebih kepada penjagaan kesihatan di negara ini," katanya.

Dr Mahathir juga menekankan kepentingan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah bagi membantu bidang perubatan bersaing dengan dunia luar.

"Saya sentiasa merasakan kita perlu belajar sains dalam bahasa Inggeris walaupun saya seorang negarawan yang mahu mempromosikan bahasa kebangsaan," katanya.

"Tetapi untuk tujuan praktikal, kita perlu mendapatkan arahan mencukupi dalam bahasa Inggeris supaya kita boleh memahami penemuan baru, kertas penyelidikan baru dalam bidang perubatan yang tidak terdapat dalam bahasa kebangsaan tetapi hanya bahasa Inggeris,” katanya.

Pada 2003, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri memperkenalkan semula pengajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris bagi menangani penguasaan kemerosotan bahasa di kalangan pelajar Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah pada 2009 oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas enam tahun Dr Mahathir bersara daripada politik. – The Malaysian Insider/11 Mac, 2015. 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH