Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Rabu, 29 Julai 2015

Muhyiddin Tahu Digugur Sejam Sebelum Pengumuman



Foto Sinar Online
Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya dimaklumkan berkenaan penggugurannya daripada Kabinet kurang sejam sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman rasmi secara langsung di kaca televisyen. 

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau ketika itu berada dalam satu majlis di Sendayan, Negeri Sembilan dan dihubungi Pejabat Perdana Menteri untuk menemui Najib sekitar jam 11.30 pagi. 

"Saya tidak sedar itu majlis terakhir saya, tetapi saya hanya dapat bertemu beliau sekitar jam 12.15 tengah hari. 

"Beliau jemput saya dan beritahu. Selepas berbincang dengan beliau, saya tanya ini (pertemuan) berkenaan rombakan Kabinet? Beliau angguk. Saya kata adakah saya tidak tersenarai? Beliau angguk. Beliau rasa susah nak cakap. Saya kata terima kasih," kata Muhyiddin pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau bagaimanapun turut mengulangi kenyataannya menerima keputusan Najib itu dengan hati terbuka. 

"Bagaimana yang kita tahu ini kuasa prerogatif perdana menteri, itu hak beliau. 

"Saya tak mahu pertikaikan, bagi saya itu hak beliau, sebagai ahli politik lama, saya akur," katanya pada sidang media dihadiri ratusan pemberita dari dalam dan luar negara itu. – The Malaysian Insider/29 Julai, 2015.

, ,

Kerana Tisu


Izmir, Turki: Gambar seorang budak lelaki pelarian Syria yang dipukul beberapa pekerja restoran di bandar ini kerana menjual tisu mencetuskan kemarahan dan simpati penduduk di Turki.

Ahmed Hamdo Abeyd yang menjual tisu sebagai sumber pendapatan dipukul pekerja restoran berkenaan kerana dikatakan mengganggu pelanggan.

“Saya hanya menjual tisu. Ketika mahu menjual tisu kepada seorang wanita tiba-tiba sekumpulan lelaki menarik saya dan terus memukul saya.

“Mereka memijak saya sehingga pengsan,” katanya kepada akhbar Hurriyet Daily .


Menurut akhbar itu, beberapa penduduk kemudian menyiram air pada Ahmed untuk menyedarkannya.

Gambar Ahmed yang menangis dengan hidung berdarah mendapat simpati Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Beliau mengarahkan pemimpin tempatan untuk mencari kanak-kanak itu dan memberikannya tempat tinggal.

Seorang pengguna Twitter pula mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menghukum pepekerja restoran berkenaan.

“Air mata saya mengalir melihat kejadian itu dan berharap pekerja restoran berkenaan dikenakan tindakan,” katanya. - Agensi/Harian Metro/29/7/15


,

Gadis 13 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Sekumpulan Lelaki



KOTA MARUDU 28 Julai – Seorang gadis perempuan kini mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol lelaki termasuk dua pelatih unit beruniform di sebuah padang permainan di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 13 tahun itu dirogol kesemua suspek secara bergilir-gilir dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam.

Sumber berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa pergi ke sebuah perhentian bas untuk berjumpa dengan sepupunya.

Katanya, sampai di perhentian bas berkenaan, suspek turut berada di lokasi berkenaan dan kesemua mereka telah minum minuman keras.

“Sebaik sahaja minum, salah seorang suspek mengajak mangsa ma­suk ke dalam sebuah kereta sebelum bertindak merogolnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu lagi, mangsa kemudian dirogol oleh suspek yang lain di sebuah pondok berhampiran padang permainan itu.

Malah, katanya, suspek terakhir telah mengarahkan mangsa untuk melakukan seks dengan menghisap kemaluannya.

Selain itu, sumber menjelaskan, mangsa kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu sebelum dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 375B dan 377C Kanun Keseksaan. -Utusan Malaysia/29/7/15


, ,

Selasa, 28 Julai 2015

Ahli PAC Dilantik ke Kabinet, Siasatan 1MDB Kini Meragukan



Timbul persoalan hari ini apabila anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Nur Jazlan kini memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, manakala Reezal Merican dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.

Sebelum ini, jawatankuasa bipartisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.

Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan.

Bekas dan eksekutif 1MDB dijangka hadir ke inkuiri PAC bermula 4 Ogos hadapan. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.

Kemas Kini:

Pendengaran 1MDB Tangguh Hingga Lantikan Ahli Baharu PAC, Kata Nur Jazlan


Datuk Nur Jazlan Mohamed umum peletakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet baharu, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.

Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas dipilih menjadi timbalan menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet hari ini.

Beliau berkata susulan pengundurannya, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan ditangguhkan sehingga ahli baharu PAC dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas kepercayaan yang diberikan.

"Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan serta membantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menerusi rombakan Kabinet hari ini menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan digantikan dengan Zahid selain mengekalkan portfolio lama.

Nur Jazlan mengambil tempat Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini menjawat menteri sumber asli dan alam sekitar.

Pengumuman Nur Jazlan itu mengurangkan kegusaran umum apabila timbul persoalan mengenai ahli PAC diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1MDB.

Selain Nur Jazlan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsul yang menganggotai PAC turut dilantik menjadi timbalan menteri.

Reezal dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Seorang lagi ahli PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini menteri sains, teknologi, dan inovasi.

Sebelum ini, jawatankuasa bi-partisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.

Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Najib hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 ahli PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu depan.

Bekas dan eksekutif 1MDB sepatutnya hadir inkuiri PAC bermula 4 Ogos. – The Malaysian Insider/ 28 Julai, 2015.



, ,

Jika Digugur Kerana 1MDB, Saya Reda - Muhyiddin Yassin


Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.

Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet.

Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin keputusan amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar kabinet dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Pengguguran Muhyiddin itu dikaitkan banyak pihak, termasuk pemerhati politik, dengan kelantangannya mengulas isu sekitar syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB. -Malaysia Kini/28/7/15



Berkaitan:

Anak Muhyiddin Serah Takdir kepada Tuhan

Anak bekas timbalan menteri Najwa Mahiaddin, berkata menyerahkan nasib keluarga mereka kepada Tuhan. – Screenshot Twitter, 28 Julai, 2015.

Najwa Mahiaddin, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet hari ini menyerahkan nasib keluarga mereka kepada Tuhan.

"Allah knows best (Allah yang Maha Mengetahui)," tulisnya di laman Twitternya di akaun @najwamahiaddin pada jam 1.55 tengah hari, beberapa minit selepas pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri.

Beliau yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bapanya dari barisan Kabinet baru hari ini, bersama beberapa orang menteri lain.

Postingnya itu sehingga kini mendapat ulangan tweet kira-kira 3,800 kali dan disukai 936 pengguna Twitter.

Najwa juga mengulang tweet seorang pengguna dengan nama Farid Farish yang memuatnaik di Twitternya gambar Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berpelukan dalam suasana yang mengharukan.

Rata-rata, pengikutnya di Twitter memberi respons yang positif dengan memberikan kata-kata dorongan kepadanya serta ada juga memberikan kenyataan pedas seakan-akan menyindir pemimpin BN yang lain.

Tuan Cohen @amirulhafiqq berkata "@najwamahiaddin sabarlah, kak. Dah terang lg bersuluh, tp ramai yg masih bodoh."

Manakala rakan penyanyinya Yuna Zarai di @yunamusic menyokong tulisan di Twitternya dengan berkata, "@najwamahiaddin sending love and support your way Najwa. (Saya sampaikan kasih sayang dan dorongan kepada anda, Najwa).

Sementara seorang pengikut dengan nama Azmi di akaun @wakazmi berkata: "org johor bersama tansri. Yes Allah knows best."

Ali Amir Razali di @aliamirrazali berkata: "semoga TS tabah. Hope u all r okay. Sad day (Harap anda semua okay. Hari yang menyedihkan)."

Manakala, Marr Mohamad di @MarrMohamad menulis: "Kami di belakang ayahmu. Allah maha mengetahui segalanya!"

Twitter beliau meraih lebih dari 5,000 retweet hanya dua jam selepas menulisnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini tentang rombakan kabinet.

Najib mengakui menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.

KENYATAAN MEDIA 
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

, ,

Penyingkiran Gani Ketika Siasatan 1MDB Kukuhkan Teori Konspirasi Najib



Penyingkiran secara tiba-tiba Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.

"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.

"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.

"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.

"Saya sekarang risau kalau anggota pasukan petugas khas siasatan 1MDB yang lain akan menerima tekanan dari atas. Dan adakah anggota Kabinet yang sering mengkritik akan turut dipecat?"

Beliau mengakui mungkin terdapat konflik kepentingan dalam peranan peguam negara dan pendakwaraya, tetapi menekankan yang ia perlu diselesaikan dengan melakukan pembaharuan ke atas sistem, bukan dengan memecat peguam negara.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dinamakan Peguam Negara baru hari ini menggantikan Gani yang dilaporkan menghidap penyakit buah pinggang, menurut agensi berita nasional Bernama, memetik Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.


Sah Muhyiddin Gugur, Zahid Hamidi Jadi TPM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet

Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan menteri

Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani. -Malaysia Kini/28/7/15




,

Rombakan kabinet dalam Masa Terdekat? Muhyiddin Kekal Tanpa Portfolio?


KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan semalam selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

Kedudukan Muhyiddin dalam kabinet menjadi perhatian namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak memegang apa-apa kementerian.

Sebelum ini, ada yang menjangkakan Muhyiddin akan digugurkan dan tempat beliau akan digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun ia dikatakan agak mustahil.

Beberapa menteri dijangka akan digugurkan dan bertukar kementerian serta ada timbalan menteri yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh.

Utusan Malaysia meramalkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. 

Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN). 

Manakala portal myKMU.net pula meramalkan Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia sedia ada Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan akan kembali menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.

Beberapa ahli parlimen antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.

G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar dijangka akan digugurkan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MIC. -Astro Awani/28/7/15


, , ,

Muhyiddin, 4 Menteri Terkeluar dalam Rombakan Kabinet - Sumber



Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini.

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.

Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama.

Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35.

Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi.

Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – kementerian terbesar dalam sejarah Malaysia moden.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah.

“Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu.

Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya.

Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan.

Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks.

Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.

, ,

Isnin, 27 Julai 2015

[Video] Mat Sabu: Kami Jamin Hak Melayu dan Islam


Pengerusi Harapan Baru, Hj Mohamad Sabu sewaktu dalam sesi dialog bersama orang ramai di Symphony Suites Hotel, Ipoh petang kelmarin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh hadirin di majlis itu. 

 Antara persoalan menarik ialah mengenai isu ‘Melayu akan hilang kuasa’ disebabkan munculnya parti baru yang kononnya akan menambah kepada perpecahan ummat Melayu di Malaysia dan Negara nanti akan dikuasai oleh orang bukan Melayu. 

Mat Sabu telah berjaya menampilkan hujah-hujah yang mudah dan ringkas untuk menangkis momokan yang selama ini dimainkan oleh Umno/BN dan baruanya. 

 “Bank Bumiputra hilang yg tugasnya dulu utk membantu bumiputra dalam bidang perniagaan usahawan kecil,sampai sekarang jadi CIMB – Cina, India , Melayu. Benggali! Siapa yg bertanggungjawab yang menghilangkan Bank Bumi itu? Umno atau DAP?” Tanya Mat Sabu.

 Beliau seterusnya menggasak beberapa pertanyaan-pertanyaan berikut: “Tanah reserve Melayu yang hilang dekat separuh sekarang ini, adakah DAP yg memerintah Malaysia selama ini? “Wang MARA, tak cukup curi dalam negeri, curi di Australia! DAPkah yg buat tu?" 

 Itulah antara persoalan-persoalan yang Mat Sabu kemukakan untuk mengajak orang Melayu yang sayangkan bangsanya supaya memikirkannya bersama. Beliau mengingatkan bahawa isu perkauman dimainkan dan dijadikan sebagai senjata ampuh untuk meneruskan Hegemoni Umno terus menguasai persada pemerintahan Negara. 

 “Tapi inilah disangkutkan soal perkauman ini supaya akhirnya, orang Melayu walau macamana buruk pun kaum kita , kita kena sokong sebab takut kuasa Melayu hilang!” 

 Beliau turut menjelaskan ‘Harapan Baru’ bukan parti. Ia hanya badan NGO sehingga dapat nama parti.

 “Parti baru yg akan didaftarkan ini tetap dengan dasar Islam.” Tegasnya. Mengenai kawasan yang bakal parti baru itu tandingi kelak, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan lagi. Sekarang ini nak ambil sokongan sebanyak mungkin, jelasnya. 

 “Kita dalam Pakatan Rakyat, akan menyertai PR dan Harapan Baru, DAP dan Keadilan, kami akan berunding untuk hadapi Barisan Nasional.Parti lama kami tidak tahulah… itu adalah hak dia.” (Ketika beliau mahu menyebut ‘Harapan Baru, merujuk kepada parti barunya itu, beliau telah tersasul menyebut ‘PAS’ menjadikan para hadirin tidak dapat menahan ketawa terbahak-bahak!) 

 Mengenai isu Melayu akan hilang kuasa kerana perpecahan ini, Mat Sabu bertanya, kenapa kita nak hilang kuasa Melayu? Lantas beliau memberikan contoh: Di kawasan parlimen Larut, katanya, kalau parti Pakatan Rakyat letak calon, Umno letak calon BN dan PAS letak calon di situ, maka ketiga-tiga (calon) adalah Melayu, siapa menang pun Melayulah menang. (Hadirin juga ketawa kerana kepintaran Mat Sabu mengemukakan hujah mudah dan lojik mengenai isu yg dimomokan oleh pihak lawan) 

 Kemudiannya beliau member contoh di Kelantan: “Kata Pakatan Rakyat letak calon di Kubang Kerian. BN letak calon dan PAS letak calon. Tiga-tiga calon Melayu, siapa menang pun tak mengapa! Tapi kali ini tentulah yang akan menang Pakatan Rakyat!” katanya dengan disambut gembira penyokong-penyokongnya. 

 Seterusnya beliau menyeru supaya orang Melayu jangan bimbang mengenai soal kuasa Melayu yang kononnya akan hilang. “Kita duk takut DAP, DAP boleh perintah, boleh jadi Ketua Menteri satu negeri Pulau Pinang sahaja!Lain tak boleh!” disahut oleh seorang penyokong dengan “Betul Bang Mat!” 

 “Apa kita takut? Sikit-sikit DAP perintah! Sikit-sikit Dap perintah! Aku benci tau tak!” Telatah penyampaiannya sangat mencuit hati mereka yg mendengarnya hingga ramai ketawa terbahak-bahak.  
“Inilah yang dimainkan dua puluh, tiga puluh tahun ini!” jelasnya lagi. 

 Mengenai tohmahan kononnya di Pulau Pinang dah tak boleh dilaungkan azan, beliu secara sinis berjenaka mengajak mereka “mai azan, 10.00 pagi pun mengapa! Azan tengah pekan, cuma mai polis mai kata, orang gila ka apa?” 

 Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pada peringkat kini, pihaknya mahu menubuhkan parti, perlu untuk mendapat sokongan dan menegaskan bahawa untuk membuat perubahan di Malaysia mesti melalui Pakatan Politik. 

 “Kami jamin hak orang Islam dalam perlembagaan dan kedudukannya. Pakatan Rakyat dulu telah buat persetujuan bersama, dan Pakatan Rakyat 2.0 pun insya’Allah akan membuat perjanjian yang sama mempertahankan hak-hak yg ada dalam perlembagaan.” Tegas Mat Sabu. 

Berikut ini adalah vdonya yg sempat saya rakam dan upload :




, , ,

Laman Pro-UMNO Desak Muhyiddin Undur Kalau Tidak Setuju dengan PM



Blog pro Umno MyKMU.net hari ini mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau tidak bersetuju dengan perdana menteri, beliau yang harus berundur.

Ia berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pedas dibuat timbalan perdana menteri itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara lain beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

"Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.

"Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada Umno/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi timbalan yang setia, ikut macam nasihat di bawah," tulis pengarang blog itu.

Di bawah teks itu dimuat naik klip video ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, “sekiranya anda tidak gembira dengan ketua anda, anda yang perlu berundur, bukannya ketua anda”.

Muhyiddin turut mendedahkan dalam ucapannya, beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi ia tidak diendahkan perdana menteri.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Menulis dalam artikel bertajuk Persepsi Tidak Bertambah Baik Dengan Berkata 'BN Akan Kalah Esok', pengarang blog itu bertanya, penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Muhyiddin yang menganjurkan beliau berkata begitu.

Beliau memetik kenyataan beberapa pihak yang sebelum ini mendakwa perdana menteri dikelilingi penasihat dan pegawai tidak berguna dan sering memberi nasihat yang salah.

"Adakah ia cara memberi persepsi positif kepada BN?," soal laman web itu merujuk kenyataan Muhyiddin mengenai kekalahan BN dalam PRU14 itu. – The Malaysian Insider/27 Julai, 2015.

Dua Lagi Melayu Sertai DAP



DAP hari ini menerima kemasukan 2 lagi ahli Melayu ke dalam partinya yang selama ini dikatakan sebagai "cauvinis" Cina.

Dua wanita Melayu itu ialah aktivis reformasi Norazimah Mohamad Noor yang merupakan seorang peniaga dan Siti Sapura Mohd Hashim.

Kedua-duanya menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan berkata kepercayaan mereka dalam parti tersebut demi memperjuangkan keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Menyedari aspirasi kami untuk rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan agama.

"Kami percaya DAP sudah membuktikan usaha mereka untuk memperjuangkan keperluan rakyat," kata Norazimah yang dikenali sebagai Nora pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur pagi ini. – The Malaysian Insider/27 Julai, 2015.




, , ,

[Video] Skandal 1MDB: 'Saya baca The Edge dan ditegur' - Muhyiddin Yassin



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang boleh beri penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam Kabinet.

Timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau perlu mendapat maklumat daripada media termasuk akhbar minggu perniagaanThe Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

Malah, katanya, beliau bertanyakan kepada ahli ekonomi dan ahli parniagaan untuk memahaminya dan turut membaca The Edgeuntuk memahami isu itu.

"Saya ditegur dalam kabinet: 'Oh (maklumat) itu datang dari The Edge. Ia tidak benar'," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberitahu tentang apa perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan panjang lebarnya dalam majlis penutupan Mesyuarat Agung Umno Cheras malam tadi.

Menurutnya lagi, kritikan beliau berhubung isu 1MDB bukan satu cubaan untuk mendapatkan kuasa tetapi satu usaha yang tulen untuk menyelesaikan masalah parti. [Baca berita penuh/asal]

'Pernah nasihatkan PM'

Muhyiddin juga memberitahu akar umbi parti itu bahawa beliau telah menasihati Najib berhubung kontroversi 1MDB.

Katanya, beliau telah beberapa kali menasihati Najib mengenai perkara itu.

Katanya, beliau memberitahu PM mengapa tidak lepaskan jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat (1MDB) kerana beliau (Najib) akan dilihat seolah-olah terlibat.

"Tapi beliau tidak bersetuju," kata Muhyiddin.

"Saya cuba untuk membantu [...] Tapi tak apalah. Saya anggap itu adalah hak beliau," tambahnya. [Baca berita penuh/asal] -Malaysia Kini/27/7/15





, ,

[Video] TPM: Jika Ada PRU14, UMNO Akan Tewas



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa parti itu berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras malam tadi, Muhyiddin berkata jika pilihanraya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan ramalan beliau itu bukan satu bentuk kritikan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya bercakap yang benar. Jika parlimen dibubarkan esok, kita tak akan menang pilihan raya umum.

"Ada kajian yang dibuat mengatakan adalah sukar untuk kita menang pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, masih ada masa sebelum pilihan raya umum akan datang, namun sentimen (negatif) ada.

Muhyiddin berkata beliau hanya menyatakan tentang bagaimana persepsi terhadap parti itu. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan BN sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad... kalau tak selesai jadi beban... nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan. 

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan... saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya. 

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya. 

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat. 

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian... kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya. 

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara. -Malaysia Kini/27/7/15


, , , , ,

Haron Din: Hubungan PAS dan PKR Putus Sekiranya...


Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan akhbar itu juga menyebut, Haron berkata parti Islam itu tidak akan membantah sekiranya penubuhan pakatan pembangkang yang baru menjadi kenyataan.


"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

"Kalau mereka hendak menubuhkan parti politik baru, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya seperti dilapor akhbar mingguan itu.

Minggu lalu, dalam perutusannya, Anwar mengumumkan usaha mewujudkan pembentukan muafakat baru progresif yang merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk NGO gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Sementara tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata, wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan menggantikan Pakatan Rakyat ekoran PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

Dalam laporan itu juga, Haron menjelaskan pakatan pembangkang sebenarnya mulai retak sejak DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menegaskan akan terus berjuang menegakkan Islam walau terdapat ahlinya menubuhkan kumpulan serpihan GHB.

Haron, dalam laporan itu menyebut, PAS pernah berdepan dengan situasi demikian selepas terdapat kumpulan serpihan dalam parti menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan parti Hizbul Muslimin Maaysia (Hamim).

"Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya dipetik. -26/7/15


,

Pelacur Guna Darah Belut Tipu Pelanggan



BEIJING – Polis Xuzhou di wilayah Jiangsu membongkar kegiatan pelacur yang mengguna darah belut untuk membuktikan keperawanan mereka bagi memperdaya pelanggan.

Menurut laporan China News, sindiket pelacuran itu menarik pelanggan menerusi aplikasi pesanan ringkas seperti WeChat, membabitkan wanita yang menawar keperawanannya untuk wang, kononnya bagi membolehkan mereka membayar perbelanjaan perubatan anggota keluarga.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan.

Jurucakap polis Hao Pengfei memberitahu wartawan, sindiket berkenaan beroperasi di bandar besar lain di seluruh China, termasuk Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.

“Pelacur terbabit menipu pelanggan dengan mendakwa mereka masih perawan. Mereka menggunakan sepan yang direndam dengan darah belut. Pelanggan dikenakan bayaran antara 2,000 dan 10,000 yuan untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya. – Agensi/Harian Metro/27/7/15

, ,

Sabtu, 25 Julai 2015

Usah Persenda Talak - Dr Asri



Kangar: Sikap segelintir pengamal politik yang sanggup menggunakan hukum-hakam bagi mencapai kepentingan peribadi dan politik mereka sehingga menggadaikan agama dengan alasan bahawa agama serta politik adalah selari perlu ditegah sebelum melarat kepada perkara lebih buruk.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengamal politik terbabit dilihat tidak memahami konsep pertalian agama dan politik menyebabkan ia dilihat semakin meruncing sejak terbongkarnya isu perjanjian dalaman di dalam parti politik tertentu yang memanipulasi agama bagi mencapai kejayaan dalam politik mereka.

Menurutnya, tindakan ahli politik diminta mengungkapkan lafaz perjanjian bahawa isteri mereka akan tercerai dengan sendirinya jika keluar daripada parti berkenaan dan perbuatan seumpamanya ditegah dalam Islam kerana secara tidak langsung mempersendakan hukum talak yang juga satu daripada sistem dalam syariat kekeluargaan Islam.

Katanya, walaupun talak dibenarkan dalam Islam untuk pasangan suami isteri berpisah atas sebab tertentu, namun menggunakan talak sebagai satu daripada polisi politik bagi mengelak ahli parti beralih arah daripada perjuangan mereka disifatkan sebagai tindakan yang menyeleweng. -Harian Metro/25/7/15

Lanjut di HM.


, ,

[Video] Kejutan David Beckham Untuk Peminat Setia



Video David Beckham melakukan lawatan mengejut ke rumah sebuah keluarga di United Kingdom menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Video tersebut merupakan sebahagian dari rancangan TV, Knock Knock Live yang disiarkan oleh Fox. 

David Beckham memberi kejutan kepada sebuah keluarga apabila dia tampil di hadapan pintu rumah mereka untuk menyerah cek sebanyak AS $ 100,000 kepada keluarga tersebut.


Gambar diperoleh dari YouTube


Bekas bintang bola sepak itu mengambil bahagian dalam rancangan TV, Knock Knock Live, yang mencari keluarga yang layak diberi sumbangan dan hadiah-hadiah serta lawatan daripada selebriti kegemaran mereka.


Gambar diperoleh dari YouTube

Gambar diperoleh dari YouTube

Beckham bertemu dengan keluarga Gonzalez selepas dia mendengar bahawa ketua rumahnya merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional di Mexico dan terpaksa berhenti kerjayanya dan bekerja sebagai pekerja pembinaan hanya untuk menyara keluarganya.

Sambil menyerahkan telefon pintar, iPhone baru kepada keluarga tersebut, Beckham berkata, “saya telah membayar bil telefon ini bagi 10 tahun akan datang dan saya hadir hari ini atas beberapa sebab.”


Gambar diperoleh dari YouTube

“Salah satu sebab utama adalah saya diberitahu tentang keluarga anda dan saya amat berbesar hati untuk bertemu dengan kamu semua.

“Saya pernah mendengar kesusahan serta kerajian anda bekerja dan saya juga pernah mendengar tentang keakraban keluarga yang luar biasa.”


Gambar diperoleh dari YouTube


“Jadi saya berterima kasih kepada rakan saya Sprint, untuk memberi peluang untuk bertemu dengan sebuah keluarga yang bahagia,” kata Beckham.

Beckham juga sampaikan rasa syukur kerana dapat memberi sumbangan kepada keluarga yang berkerja-keras untuk mencapai kejayaan.

Bukan itu sahaja, bintang bola sepak itu kemudian menyertai keluarga tersebut dalam permainan bola sepak di halaman rumah mereka. -Awani/25/7/15


, , , ,

[Video] Penggantungan Permit: The Edge Akan Ambil Tindakan Undang-undang



KUALA LUMPUR: Kumpulan Media The Edge akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan dua penerbitannya The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dengan mengunakan saluran undang-undang termasuk dengan membawa kes itu ke mahkamah.

Tindakan itu diambil susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung permit kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai ini.

“The Edge akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut,” kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan hari ini.

Di dalam kenyataan yang sama, The Edge memaklumkan bahawa KDN, menerusi sepucuk surat, telah menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’

KDN turut memberi amaran bahawa sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit penerbitannya ditarik balik.

Melalui kenyataan yang sama, Ho berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.

“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya lagi. -Awani/24/7/15

Berkaitan:

Penggantungan The Edge Langgar Kebebasan Akhbar - Kesatuan

KUALA LUMPUR: Penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan adalah bertentangan dengan kebebasan akhbar, kata Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Schave Jerome De Rozario.

Keputusan itu tidak adil kerana sudah menjadi tanggungjawab media untuk melaporkan berita, katanya.

Ketika dihubungi, De Rozario berkata media tidak hanya akan menerbitkan sesuatu 'gosip terang-terangan'.

Katanya, 1MDB masih lagi menjadi isu berterusan jadi adalah sesuatu yang tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap penerbitan itu.

De Rozario berkata NUJ juga mengambil berat tentang kebajikan wartawan dan mereka yang lain yang terlibat dengan penggantungan tiga bulan itu.

"Kami dapat menyelami hati dan perasaan mereka."

Bagaimanapun, beliau berkata tidak banyak yang dapat dilakukan kesatuan itu kerana tiada seorang pun daripada mereka adalah anggota NUJ.

Editor The Star Media Group Leanne Goh berkata penggantungan itu menimbulkan kebimbangan pada masa perlunya wujud kebebasan akhbar.

Beliau berkata The Star telah melalui pengalaman yang sama pada tahun 1987 apabila ia telah ditutup selama lima bulan.

"Dalam zaman berita dalam talian dan media sosial, adalah sukar untuk melihat bagaimana penggantungan itu akan menjadi berkesan," katanya.

Ketua Editor Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata Kementerian Dalam Negeri sepatutnya mengambil langkah lain untuk menangani perkara itu.

"Tindakan undang-undang atau saman sivil boleh diambil," kata beliau sambil menambah penggantungan itu juga akan memberi kesan kepada vendor, pengiklan dan pembekal.

Beberapa kumpulan hak asasi juga mempersoalkan penggantungan itu, dengan Amnesty International Malaysia mendakwa bahawa terdapat corak baharu muncul dengan mengawal ketat kebebasan media.

"Tugas-tugas pertubuhan-pertubuhan berita ini tetap menjadi teras kepada peranan media dalam mana-mana demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Lawyers for Liberty berkata kementerian perlu menarik balik penggantungan itu dan membenarkan kuasa-kuasa awam dan pasaran membuat keputusan sama ada liputan berita itu boleh dipercayai atau sebaliknya.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyifatkannya sebagai langkah terdesak yang bertentangan dengan kebebasan bersuara.

CIJ berkata, ia akan membawa kepada lebih banyak persoalan mengenai pengurusan 1MDB.

Katanya adalah menjadi kepentingan untuk orang ramai dan kerajaan memastikan bahawa tadbir urus dan pengurusan 1MDB telus dan bertanggungjawab. -Mstar/25/7/15

, , ,

[Video] Tiga Sebab Permit The Edge Digantung - KDN



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan 'The Edge Malaysia' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. -Bernama/25/7/15


P/s: Adakah wajar digantung terus sedangkan laporan itu disertakan bukti? Buatlah macam mana pun, ramai rakyat Malaysia menyedari isu di balik penggantungan ini.

Bila PM nak saman WSJ/Dow Jones/The Edge?Sarawak Report dan media asing yang lain?



Reaksi Nazir Razak:

Reaksi Nazir Razak terhadap penggantungan permit The Edge

Dalam posting terbaru di laman Instagram, beliau berkata akhbar tersebut berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan. - Foto Instagram Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyifatkan akhbar The Edge Financial dan The Edge Weekly yang digantung permit penerbitannya buat sementara oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat, berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.

"The Edge adalah tunjang kepada komuniti perniagaan - peranan dalam memastikan kami mendapat maklumat, jujur dan kompetitif," kata Nazir dalam posting terbaru di laman Instagram.

Tambahnya, liputan akhbar berkenaan mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah luar biasa namun jika terdapat kesilapan, pihak terlibat perlu memperbetulkannya atau mengambil tindakan undang-undang.


Nazir mengulas penggantungan permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial selama tiga bulan oleh KDN.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penggantungan tersebut dibuat kerana penerbitan akhbar itu mempunyai motif-motif tertentu. -Awani/25/7/15


Dakwaan Lelaki Bogel Depan SOGO, Polis Akan Siasat



KUALA LUMPUR - Polis gagal mengesan lelaki yang dikatakan berjalan kaki dalam keadaan bogel di hadapan pusat membeli belah Sogo di sini, yang gambarnya menjadi viral di media sosial hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, polis telah menghantar anggota kereta peronda untuk membuat siasatan setelah menerima maklumat daripada orang ramai pada pukul 11.35 pagi. 

"Sebaik tiba di lokasi polis gagal mengesan kelibat lelaki terbabit. Tiada lelaki bogel dikesan di kawasan sekitar Sogo, Kompleks Pertama dan kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pengadu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, anggota keselamatan Sogo juga gagal mengesan lelaki terbabit.- Bernama/24/7/15


,

Tak Perlu Letak Jawatan dan Kosongkan Kerusi Jika Sertai Harapan Baru



SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru mempertahankan mana-mana wakil rakyat Pas yang mahu menyertai NGO itu agar tidak perlu meletakkan jawatan.

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket Pas semata-mata.

“Sebagai contoh, di kawasan itu ada 5,000 ahli Pas tetapi mereka menang dengan 9,000 undi. Ini bermakna yang menyokong mereka bukan sekadar ahli Pas, tetapi rakyat.

“Kita juga tidak tahu apa sebab sebenarnya mereka menyokong wakil rakyat itu. Ada calon diangkat sebab nama mereka sendiri, sebab parti dan lain-lain, jadi ada banyak faktor kemenangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.‎ - Sinar Harian/25/7/15


Berkaitan:

Tak Perlu Kosong Kerusi Untuk Sertai Harapan Baru

SHAH ALAM - Seorang Adun Selangor hari ini menegaskan bahawa Adun daripada Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), tidak perlu mengosongkan kerusi Dun.

Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkata, tindakan menyertai Harapan Baru itu melibatkan soal prinsip dan ia bukanlah satu kesalahan.

"Tak ada isu (berpindah parti). Lompat parti sebab tertentu seperti sogokan... itu dari segi moral jelas menyalahi moral dari segi politik.

"Tapi ini pindah parti sebab prinsip tertentu Pas yang tidak dapat dielakkan dan ia tidak menjadi kesalahan mengikut enakmen," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Hasnul mengulas kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman semalam bahawa Adun dan Ahli Parlimen Pas yang berhasrat meninggalkan parti
bagi menyertai Harapan Baru perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu. 

Mohd Khairuddin berkata, ia kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket Pas.

Selain Hasnul, dua lagi wakil rakyat Pas Selangor yang dilapor menyertai parti baharu Harapan Baru adalah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud. 

Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan Harapan Baru yang terdiri daripada pemimpin kanan Pas yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas. 

Harapan Baru yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan Pas memutuskan hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR. 

Dalam pada itu, Hasnul berkata, sokongan pengundi yang diterima Pas sebelum ini bukan disebabkan oleh dasar parti berkenaan tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berpendapat Pas tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor.- Bernama/24/7/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH