Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , ,

Isnin, 30 November 2015

Rizalman Mengaku Bersalah Tuduhan Kes di NZ




Wanita yang diserang di rumahnya di Wellington oleh bekas atase tentera Suruhanjaya Tinggi Malaysia "benar-benar gembira" apabila tertuduh mengaku bersalah pagi ini - pada hari dia dijadual dibicarakan.

Muhammad Rizalman Ismail, 39, yang dijadual menjalani perbicaraan juri selama tiga minggu mulai hari ini, didakwa melakukan serangan sumbang, serangan dengan niat untuk melakukan pencabulan seksual dan pecah rumah, pada 9 Mei 2014.

Pada pagi Isnin, dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di Wellington terhadap tuduhan melakukan serangan sumbang dan dua tuduhan lagi digugurkan.

Peguam Rizalman, Donald Stevens QC, memberitahu Hakim David Collins bahawa anak guamnya akan menukar pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan serangan sumbang.

Seorang penyokong utama Tania Billingsley, berkata mangsa teruja dengan pengakuan bersalah tertuduh itu.

Beliau juga "amat merasa lega" kerana Tania tidak perlu melalui perbicaraan.

Penyokong itu berkata Tania membenarkannya memberi komen kepada media bagi pihaknya dan Tania tidak mahu mengulas sendiri secara terbuka ketika hujah perundangan mengenai kes itu masih berjalan.

Katanya, Tania juga tidak akan menghadiri perbicaraan di mahkamah "sehinggalah dia dikehendaki hadir [di mahkamah]".

Fakta kes

Rizalman telah ditangkap pada 10 Mei 2014 berikutan serangan itu di rumah Billingsley di pinggir bandar Wellington di Brooklyn.

Stevens memohon hakim supaya tidak memasukkan sabitan, dengan berkata beliau akan memohon pelepasan tanpa disabitkan atas pertuduhan.

Perbicaraan itu dijangka mendengar keterangan Tania, para saksi dan doktor mengenai pelakuan Rizalman pada malam itu.

Satu kenyataan fakta dibacakan kepada mahkamah, dan kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada Rizalman.

Ia berkata Tania berada di rumah sendirian menonton sebuah filem di bilik tidurnya. Rizalman menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu depan yang tertutup tetapi tidak berkunci.

Di dapur dia kemudian menanggalkan jaket sebelum mengetuk pintu bilik tidur Tania yang separuh terbuka dan menolaknya terbuka.

Dia bertanya sama ada dia boleh masuk.

Tania menoleh dan melihat dia hanya memakai baju dan telanjang dari pinggang ke bawah. Tania menjerit kepadanya supaya pergi dari situ.

Rizalman meletakkan tangannya di atas bahu Tania tetapi Tania berjaya menolaknya ke dalam ruang tamu, dan kemudian menolaknya keluar dari flat sebelum menguncinya.

Dia kemudian mengunci dirinya di bilik mandi dan menghubungi polis. Teman lelaki jiran di flat itu balik dan mencabar Rizalman, yang masih berada di luar pintu depan.

Rizalman mula beredar dari situ tetapi dihalang di jalan oleh polis.

Dia memberitahu polis bahawa mereka di pawagam pada awal hari ini dan Tania telah menjemputnya balik ke rumahnya, tetapi Tania marah kepadanya kerana memakan makanannya.

Selepas pengkapannya, Rizalman menjadi sasaran kemarahan politik dengan meninggalkan New Zealand di bawah kekebalan diplomatik.

Dia meninggalkan New Zealand tanpa menghadapi perbicaraan selepas Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik - dengan kepercayaan bahawa ia berbuat demikian dengan restu Kerajaan New Zealand.

Dia kembali ke New Zealand dengan diiringi oleh polis selepas pendengaran ekstradisi difailkan di Malaysia.

Stevens memberitahu hakim bahawa beberapa fakta kes itu masih dipertikaikan oleh Rizalman. Kes itu akan didengar sekali lagi pada hari Jumaat.

Beliau berkata terdapat isu berhubung mengapa Rizalman masuk ke dalam rumah, sama ada terdapat sebarang niat seksual dan berkaitan kesihatan mentalnya. - Malaysia Kini/30/11/15


, ,

Sabtu, 28 November 2015

Bapa Setubuh Anak Mirip Ibu Tiap Malam Selama 3 Tahun



JAKARTA – Ibarat ikan haruan yang sanggup makan anak-anaknya sendiri, namun kes ini mungkin jauh lebih buruk lagi daripada haiwan air tawar tersebut.

Setiap malam sepanjang tiga tahun lepas, gadis remaja berusia 17 tahun, yang bernama ‘DR’ (nama sebenarnya dirahsiakan), terpaksa melayan nafsu seks bapa kandungnya sendiri, Rusdi.

Lelaki kejam berumur 44 tahun itu tergamak mengadakan hubungan seks dengan DR di rumah neneknya yang juga ibu mertua Rusdi, di Tangerang ibu wilayah Banten dekat sini.

Mangsa belasan tahun itu malah terpaksa rela melakukan hubungan seksual dengan bapanya tersebut yang amat tidak berperikemanusiaan dari Februari 2012 hingga Jun 2015.

Lebih mengejutkan dan menggusarkan, Rusdi menyuruh anaknya itu memakai baju gaun seksi bekas isterinya yang juga ibu DR kerana mangsa dikatakan mirip wajah jandanya.

Gadis itu sebenarnya menolak hubungan kelamin tersebut, namun diancam akan dibunuh oleh bapanya. Lebih menyedihkan lagi, mangsa sebenarnya seorang anak yang cacat fizikal.

Dia dilaporkan media Indonesia sebagai tidak mampu melakukan apa-apa, selain merangkak di rumahnya manakala menurut pihak berkuasa, pada mulanya, mangsa disuruh menonton video lucah.

Ketika gadis itu bertanya kepada bapanya mengapa beliau harus berbuat demikian, lelaki itu berkata, anaknya perlu mengetahui adegan yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Ini kerana mangsa konon akan juga perlu melakukan pelbagai adegan ranjang yang ‘panas’ itu apabila bersama dengan suaminya nanti selepas mendirikan rumah tangga.

Namun, itu ternyata hanyalah sekadar muslihat dan tipu helah Rusdi bagi merangsang syahwat seks anaknya serta memuaskan nafsu kebinatangannya yang cukup jijik.

Kes tersebut akhirnya diketahui juga oleh ibu si mangsa, yang kemudian bertindak segera melaporkannya kepada pihak polis tempatan dan Rusdi berjaya ditangkap.

Ibu mangsa dilaporkan sudah lama meninggalkan rumah mereka tersebut sejak 2012, kerana berasa tidak tahan dengan suaminya itu yang berkelakuan cukup buruk.

Jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Indonesia, Rusdi boleh meringkuk dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA/28/11/15


,

Khairuddin Gesa Anwar Dibebaskan



Putrajaya perlu melepaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan penjara, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan.

Bekas naib ketua Bahagian Umno Batu Kawan itu menyifatkan, kehadiran Anwar akan menyemarakkan lagi arena politik negara kerana ketua umum PKR itu sudah pun menerima hukuman bagi kesalahannya yang lalu.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

"Biar landskap politik tanah air kita bertambah warna-warni!! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," kata pengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi "check and balance" kepada pentadbiran negara kita.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi membuat teguran-teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi,"katanya yang terus mengatakan kaki pengampu pemimpin tidak akan menjana kepada kemajuan negara.

Beliau yang baru dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 berkata, teguran perlu berani dilontarkan demi kebaikan dan kepentingan parti.

Katanya, negara katanya memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pembangunan negara.

"Sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya daripada perspektif politik dan ekonomi,"katanya. – The  Malaysian Insider/28 November, 2015.

, , ,

"Saya, bankrap? Karut." - Charles Morais



'Mengarut'.

Itulah kata-kata Charles Suresh Morais, adik mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais mengenai dakwaan dia bankrap dan kegagalan perniagaan yang disasarkan terhadapnya.

"Semua ini mengenai saya dan jenayah dilakukan di Amerika Syarikat adalah karut. (Terdapat) perbezaan antara kebankrapan perniagaan dan kebankrapan peribadi," kata Charles dalam emel eksklusif kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, dia menginap selama dua bulan di Hotel Hilton di Kuala Lumpur atas perbelanjaan sendiri untuk menunggu keputusan bedah siasat.

Beliau mengulas beberapa laporan berita dari 2007 hingga 2011 oleh pelbagai pertubuhan berita mengenai masalah perniagaan Charles dan kes-kes yang berkaitan dengannya.

Charles tidak menafikan bahawa dia telah memfailkan untuk kebankrapan, namun menegaskan bahawa beliau memfailkannya bagi pihak perniagaannya dan ia adalah 'bukan satu jenayah' untuk berbuat demikian.

"Jadi, adakah syarikat kereta, bank dan institusi kewangan semuanya melakukan jenayah apabila mereka memfailkannya pada tahun 2008, pada masa yang sama dengan syarikat yang saya bantu kendalikan?" soalnya.

Satu sumber yang rapat kepada Charles sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa masalah kewangan dan pertikaian perundangan adalah perkara lama.

"Kebankrapan itu pada tahun 2008 selepas keruntuhan (krisis gadaian sub-prima) sepertimana dengan setiap ahli perniagaan yang lain. Tetapi dia bangkit semula dan maju dalam perniagaannya.

"Dia sedang merundingkan pembelian enam buah hotel di Malaysia pada masa ini," kata sumber itu.

Semakan dengan Pacer (Akses Awam Rekod Elektronik Mahkamah) AS mendapati bahawa kes-kes yang disebut dalam laporan sebelum ini mengenai Charles, tidak lagi aktif. -Malaysia Kini/28/11/15


,

Jumaat, 27 November 2015

Serah Dara kepada Teman Lelaki Pada Pertemuan Kali Kedua


Penganggur Disyaki Rogol Pelajar

Kampar: Lelaki berusia 23 tahun diberkas polis semalam kerana disyaki merogol pelajar perempuan sekolah menengah di Malim Nawar, di sini.

Penganggur berasal dari Malim Nawar itu ditahan, susulan laporan polis dibuat bapa pelajar berusia 13 tahun terbabit selepas mengetahui melalui aplikasi Wechat di telefon bimbit, anaknya itu melakukan hubungan seks dengan suspek .

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati pelajar berkenaan berkenalan dengan suspek melalui Wechat pada 8 November lalu dan selepas berkenalan dalam talian selama beberapa hari, suspek dan pelajar berkenaan mula bertemu di pekan Kampar.

Menurutnya, pada kali kedua bertemu iaitu 20 November lalu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam Tandas Awam Plaza Kranji, Jalan Market, di sini, dan pada awalnya mangsa menolak, namun akur apabila lelaki berkenaan berjanji tidak akan berpisah dengannya.

"Suspek sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan mangsa pada 22 November lalu di tempat sama.

"Namun, pada 25 November lalu, bapa pelajar berkenaan terbaca mesej di dalam WeChat anaknya yang menyatakan sudah tiada dara dan selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar, bapa terus membawa pengadu datang ke Balai Polis Malim Nawar untuk buat laporan," katanya di sini hari ini. -Harian Metro/27/11/15


,

Kes Rogol Budak 11 Tahun: Tertuduh Kekal Pengakuan



Kuala Pilah: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menetapkan 22 Disember depan untuk pengurusan kes terhadap seorang pemandu lori yang dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Hakim Sazlina Safie menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan serahan dokumen dilakukan selepas tertuduh Ahmad Affifuddin Ismail, 30, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah sama menetapkan semalam sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Ahmad Affifudin yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 namun gagal berbuat demikian sebelum dia dibawa ke lokap.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kikir, Bahau.

Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan bayi lelaki secara songsang di sebuah klinik kesihatan di Bahau pada jam 9 pagi, 8 Ogos lalu.

Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia di HTAN akibat radang usus jam 4.40 pagi, 12 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri. -Harian Metro/27/11/15

, ,

Maki Pegawai MBPP: Dua Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara, Khidmat Komuniti 150 Jam



GEORGE TOWN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,200 manakala rakannya diarah menjalankan khidmat komuniti selama 150 jam oleh Mahkamah Majistret George Town atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Aksi mereka itu telah viral di media sosial awal Oktober lalu.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor menjatuhkan hukuman penjara tiga hari ke atas jurubaiki pendingin hawa, Bok Kwong Shen, 25, dan mengarahkan rakannya Leong Wai Loon, 19, untuk menjalani hukuman khidmat komuniti selama 150 jam.

Sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Tan Guat Cheng yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman kerana anak guamnya telah menyesali perbuatan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Guat Cheng juga berkata kedua-dua tertuduh ingin memohon maaf kepada penguatkuasa MBPP.
Menurutnya, Kwong Shen yang menanggung empat ahli keluarga dengan pendapatan RM1,500, telah dibuang kerja berikutan insiden berkenaan.

Katanya lagi, Kwong Shen dan ahli keluarganya telah dicemuh oleh masyarakat dan pintu rumah mereka turut disimbah dengan cat oleh individu tidak dikenali.

Jelasnya, kejadian-kejadian berkenaan juga telah menjadi sebahagian dari hukuman kepada Kwong Shen.

Dalam mahkamah berasingan, Majistret Umma L. Umma Devi telah menjatuhkan hukuman denda RM100 kepada Wai Loon kerana mengeluarkan kata-kata kesat ke atas penguatkuasa dengan niat membangkitkan kemarahan dan mengganggu keharmonian di tempat kejadian.

Pertuduhan ke atas Kwong Shen dan Wai Loon dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Azura Zulkiflee.

Pada 12 Oktober lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas anggota penguatkuasa MBPP.

Mengikut pertuduhan, mereka telah menghalang tugas tiga penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan Perodua Myvi mereka dikunci di Lebuh Campbell, George Town, pada jam 11.30 pagi, 7 Oktober lalu.- Astro Awani/26/11/15



, ,

Khamis, 26 November 2015

PKR Mungkin Tidak Sedar Kerajaan Negeri Depani Risiko Bankrap Jika Usul Tambak Laut Diterima DUN Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memilih untuk tidak mengundi usul daripada Barisan Nasional (BN) berkenaan penambakan laut dalam Persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu boleh mengakibatkan Kerajaan Negeri hari ini berdepan risiko bankrap.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kemungkinan Pengerusi Biro Penyelarasan Ahli Parlimen & ADUN PKR, Datuk Johari Abdul tidak sedar risiko bankrap yang bakal ditanggung oleh Kerajaan Negeri, semasa memberi ulasan bahawa tindakan kelima-lima ADUN terbabit hanya pengundian mengikut suara hati (conscience vote) berkaitan isu alam sekitar, bukan partisan. 

"Apabila mereka (Kerajaan Negeri era Barisan Nasional) telahpun meluluskan projek tebus guna laut itu, kita (Kerajaan Negeri hari ini) mesti membayar pampasan jika mahu membatalkannya. 

"Pembatalan (projek) tambakan laut yang diluluskan oleh Kerajaan (Negeri era) Barisan Nasional dahulu hanya mengakibatkan Kerajaan Negeri hari ini berdepan dengan risiko bankrap. 

"Saya tidak tahu, sama ada Datuk Johari sedar atau tidak, mengenai ADUN PKR tidak memberitahu Datuk (Mohd.) Rashid (Hasnon, Timbalan Ketua Menteri I) atau anggota Exco (Kerajaan Negeri) PKR lain berhubung kedudukan sebenar ini," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Bukan Islam kepada wartawan di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy serta Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo turut sertai sidang media tersebut. 

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih merangkap Setiausaha Agung DAP turut menegaskan bahawa tindakan menyokong atau mengambil sikap berkecuali terhadap usul yang dibentangkan itu akan menyebabkan Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang boleh membawa kepada bankrap.

"Walaupun BN meluluskan 3,241 ekar (1311.59 hektar) tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar (301.895 hektar) ditebus guna. 

"Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang (pemaju) E & O (Development Sdn Bhd) boleh menyebabkan Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion.

"Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.

"Dengan itu, mengapa perlu kerajaan negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya," tanya beliau. 

Pada Jumaat lepas, sidang DUN Pulau Pinang menolak usul ADUN Teluk Bahang, Sr. Muhamad Farid Saad yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, maklum balas awam dan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA). 

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali.

Lima Adun PKR yang berkecuali semasa proses pengundian adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban). Usul itu turut disokong ADUN DAP bagi kawasan Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu. 

Bagaimanapun, Yee Cheu kemudiannya memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media, selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.- Faqar.blogspot/26/11/15


Disangka Mati, Rupa-rupanya 10 Tahun Tinggal di Kafe Siber



Beijing: Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24 tahun akhirnya pulang minggu lalu, memeranjatkan keluarganya yang selama ini menyangka dia sudah meninggal dunia.

Wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di 
Hengdian di wilayah Zhejiang ketika berusia 14 tahun selepas bertengkar dengan ibunya.

Sepanjang tempoh itu, dia menumpang tinggal di beberapa kafe siber.

Kisahnya terbongkar selepas dia ditahan polis di sebuah kafe Internet di Hangzhou minggu lalu kerana menggunakan kad pengenalan palsu.

Dia mengaku melarikan diri dari rumah, makan dan tidur di beberapa kafe siber.

Apabila tidak makan atau tidur, dia akan menghabiskan masa bermain permainan online.

Tanpa pekerjaan, wanita itu mengharapkan simpati daripada pengunjung lain, lapor portal berita Tencent.

Polis menelefon bapanya yang bergegas ke Hangzhou untuk membawanya pulang.

Ibunya memberitahu wartawan, dia berjanji tidak akan bertengkar lagi dengan anaknya.

Pendekatan wanita tua itu bertentangan dengan sebahagian ibu bapa di China yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem ala tentera bagi mengubati ketagihan terhadap Internet. - Agensi/Harian Metro/25/11/15




,

Tayang Kemaluan, Pemilik Butik Mengaku Tidak Bersalah



Kota Bharu: Seorang pemilik butik pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, minggu lalu.

Tertuduh, Nik Muhammad Faiz Nik Ab Razak, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan kepada mangsa, Rosilawati Mat Nasir, 28, di tempat awam di Jalan Pintu Pong, di sini, pada 8.40 pagi, 18 November 2015.

Bagi kesalahan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa raya Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa. - Harian Metro/25/11/15



,

Suspek Kes Belasah Viral di Internet Bakal Dituduh Hari Ini



KOTA BHARU - Suspek utama kes rakaman video viral, Mokbiey bakal dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, atas dakwaan membelasah seorang wanita berusia 22 tahun, Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Superintenden Setapa Yusoff berkata, reman pertama terhadap suspek yang berusia 20-an terbabit tamat semalam dan reman kedua yang bersambung dua hari pula tamat hari ini.

“Suspek dijangkakan akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh esok (hari ini). Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera,” katanya.

Wanita berkenaan ditahan polis di kawasan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5.30 petang, Sabtu lalu.

Dia kemudiannya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan perintah reman empat hari di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad pada Ahad lalu dan perintah sambung reman pula dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd Husain, di mahkamah sama, semalam.

Sebelum ini, rakaman video seorang wanita 22 tahun yang dibelasah tiga wanita menjadi viral di laman sosial yang dikatakan berpunca daripada perebutan bekas suami serta tunang suspek yang terlibat selain dakwaan membabitkan kecurian barang kemas.

Pada 29 Oktober lalu, suspek utama, seorang jurujual kosmetik atas talian, Nurul Atikah Hanafi, 27, atau Ika mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, atas dua pertuduhan mencederakan dan mencabul kehormatan mangsa dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada jam 10 pagi, 15 Oktober lalu.

Tertuduh kemudian dibebaskan selepas menjelaskan jaminan RM7,000.

Dalam sidang media Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada 1 November lalu, Nija dan Mokbiey diburu bagi membantu siasat kes sama. Nija ditahan pada 15 November lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. -Sinar Harian/26/11/15

Berita awal di sini.

Berkaitan:

, ,

Remaja Dilarikan, Dirogol Sebelum Diselamatkan Pelanggan Restoran



KUALA LUMPUR: Detik hitam dialami seorang gadis berusia belasan tahun, dirogol dan disamun tiga lelaki yang melarikannya di Cheras, Sabtu lalu, berakhir apabila diselamatkan sekumpulan pelanggan sebuah restoran. 

Mangsa dari negara jiran yang juga pekerja sebuah salun rambut di Cheras, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas meminta bantuan pelanggan sebuah restoran di Balakong, Kajang, selepas kereta Proton Gen 2 dipandu suspek berhenti kerana kehabisan minyak. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rotzarn Rashid, berkata dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras, di sini, menuju ke tempat kerja. 

"Ketika sedang berjalan kaki, wanita terbabit didatangi seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak yang secara tiba-tiba memegang tangan dan memaut leher serta mengugut mangsa mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan. 

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dinaiki dua lagi rakannya sebelum membawa mangsa mengelilingi kawasan perumahan di sekitar Cheras dan Balakong," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang suspek yang tempat duduk belakang, membuka baju dan seluar mangsa sebelum merogolnya. 

Rotzarn berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 24 itu juga sudah ditahan, selepas mereka turut dipukul orang awam sejurus mangsa meminta bantuan. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 395 kanun atas kesalahan melakukan samun. 

Sementara itu, video rakaman suspek ditahan orang awam serta gambar mangsa, dikesan mula tersebar dalam laman media sosial Facebook, sejak kelmarin. -Berita Harian/25/11/15




, ,

Patah Leher, Retak Muka Akibat Vape Meletup



COLORADO: Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

"Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang," katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup. -Mstar/26/11/15


, ,

[Video] Pembunuhan Kevin Berkait Siasatan ‘Pegawai Kanan Kerajaan’ - Charles



Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang “pegawai kanan kerajaan”, kata adiknya Charles hari ini.

Ketika bercakap pada sidang media yang penuh dengan wartawan dan jurugambar di pejabat peguamnya Americk Sidhu, Charles berkata, Kevin sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa abangnya, Datuk Richard Morais, bersekongkol dengan “seseorang” yang mengawal “permainan” melibatkan pembunuhan Kevin.

Charles mendakwa, inilah puncanya kenapa Richard mengambil mayat Kevin dari rumah mayat pada hari sama dia (Charles) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kedua.

Charles yang kelihatan marah melontarkan kritikan kepada Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya.

"Mereka (Jabatan Peguam Negara) pada awalnya bersetuju dengan bedah siasat kedua tetapi membuat pusingan U, dan meminta saya mendapatkan perintah mahkamah," katanya.

Charles juga membuat 18 muka surat akuan bersumpah tentang hubungan adik-beradik Morais dan beberapa perbincangan yang dia lakukan dengan abangnya, Kevin, menjelang pembunuhannya.

Dalam SD itu Charles berkata, 2 atau 3 bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dia ada memberitahunya sedang bekerja untuk kes yang melibatkan pembesar negara.

"Dia sebenarnya menggunakan perkataan 'kolata ala'. Ia merupakan perkataan Malayalam yang bermaksud 'orang yang tidak baik'," kata Charles merujuk kepada pembesar negara berkenaan. Kevin adalah Malayalee.

Charles yang tinggal di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) berkata, abangnya memberitahu melalui telefon menggunakan bahasa Malayalam, kerana bimbang telefonnya mungkin diintip.

Charles berkata, dia memiliki pen drive (pemacu pena) yang dikirim Kevin melalui syarikat penghantaran sebelum beliau meninggal dunia.

"Ia selamat dalam simpanan seseorang di AS dengan arahan ia disebarkan kepada umum jika kejadian tidak diingini berlaku terhadapnya kerana membuat SD ini.

"Kandungan pen drive ini sangat jelas dan tidak kurang pentingnya mendedahkan tentang penyiasatan yang diamanahkan kepada Kevin sebelum dia mati, mengaitkan beberapa personaliti yang sedang berada di pusat kuasa di Malaysia sekarang," kata Charles.

Katanya, dia tidak percaya Kevin dibunuh akibat mendakwa seorang ahli patologi kerana rasuah.

Ahli patologi kerajaan yang disebut itu merujuk kepada seorang doktor di makmal patologi di Hospital Tentera Tuanku Mizan yang didakwa pada Disember 2013.

Kevin adalah timbalan pendakwa raya untuk kes itu.

"Kevin dibunuh kerana sebab lain dan saya yakin motif lain ini ada kaitan dengan dia tahu terlalu banyak tentang fakta kes jenayah pihak di pusat kuasa Malaysia dan dia perlu didiamkan kerana itu," katanya. – The Malaysian Insider/25 November, 2015.

Respons KPN, respons PN.











, , , ,

Izzah Fail Saman Fitnah terhadap IGP, Ismail Sabri


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia kerana Khalid dan Ismail Sabri mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.

Khalid berkata boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana bertemu Jacel boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara serta dianggap musuh negara yang menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban.

Sementara Ismail pula dilapor menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu sebagai "penderhakaan kepada negara", tidak wajar malah mengguris perasaan rakyat Sabah dan waris anggota keselamatan yang terkorban.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, Naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Mnakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. -Malaysia Kini/26/11/15

Respons Ismail Sabri.

, , , ,

Rabu, 25 November 2015

Presiden PAS Didesak Berdebat dengan Husam Dakwaan Kerjasama dengan Umno



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

"Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.

"Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.

"Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.

"Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan,"'kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu. – The Malaysian Insider/24 November, 2015.

, ,

Lelaki Paksa Isteri OKU Rakam Aksi Rogol Adik Ipar, Kemudian...



Menantu Betul-betul Hantu

Port Dickson: Seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun memang manusia berjiwa setan apabila sanggup memperkosa adik iparnya berusia 11 tahun.

Lebih menjijikkan, lelaki berusia 35 tahun terbabit memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam supaya merakam perbuatannya merogol adik iparnya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.

Sumber berkata, rakaman terbabit kemudian dimuat dalam video cakera padat (VCD) oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya bagi mendapatkan wang cara mudah.

Menurutnya, perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang juga penganggur itu bagaimanapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi telefon bimbit WhatsApp.

Katanya, penyebaran rakaman itu turut dilihat bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan dalam video berkenaan anak perempuannya dan menantu lelaki. -Harian Metro/25/11/15


,

Selasa, 24 November 2015

Jangka Hayat Pakatan Harapan: Analisis Kajian PAS Tidak Realistik - Rafizi



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.

"Analisis yang dibuat agak terpisah daripada realiti bahawa Pakatan Harapan sekarang belajar daripada kesilapan lalu dan kini akan ada mekanisme yang akan menjadikannya lebih kukuh.

"Kita (Pakatan Harapan) berdepan dengan Umno yang sangat lemah dan rakyat sedang beralih cita rasa dan rakyat sudah tahu kebaikan ada pembangkang yang kuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan, PPP membuat jangkaan jangka hayat Pakatan Harapan adalah lebih pendek daripada Pakatan Rakyat.

Pengarahnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata andaian itu dibuat berdasarkan kepada konflik antara parti komponen Pakatan Harapan.

"Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat Pakatan Harapan boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU14 (pilihan raya umum ke-14).

"Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal daripada PRU14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul," kata Mohd Zuhdi.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga memberitahu pemimpin AMANAH supaya berhenti mengkritik kerajaan negeri yang masih dianggotai oleh wakil dari PAS.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berpendapat, isu besar atau tidak analisis dibuat PPP itu tidak timbul namun menegaskan ia "tidak realistik".

"Malah analisis itu itu muncul ekoran masalah dalaman PAS sendiri," katanya. -Malaysia Kini/24/11/15


,

Kerjasama dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS



KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.

“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

Hubungan baik PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mengundang keresahan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi itu menyebabkan ahli dan penyokong Pakatan Harapan menyerang hebat Presiden dan Ulama PAS menerusi media sosial bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiti mereka. – MYNEWSHUB.CC/22/11/15


,

Remaja Islam Dituduh Cipta Bom Akan Saman Sekolahnya



CHICAGO: Remaja Islam yang ditahan apabila gurunya salah sangka jam buatan sendiri sebagai bom jangka akan menyaman sekolahnya dan juga bandar Irving, Texas sebanyak AS$15 juta (RM 64 juta), kata peguamnya pada Isnin.

Ahmed Mohamed, 14, telah menjadi viral pada September selepas kakaknya memuat naik gambar remaja itu yang sedang digari dengan memakai baju berlogokan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa).

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut serta dalam memberikan sokongannya kepada Ahmed dengan mengucapkan tahniah kepada remaja itu kerana kemahiran yang dimilikinya dan menjemput remaja berkenaan untuk bawa jam itu ke White House.

Banyak jemputan yang diterimanya daripada Facebook, Google, United Nations (UN) dan Ahmed kemudiannya memuat naik gambarnya ketika melawat Makkah, New York, Sudan dan Qatar.

Peguam remaja itu dalam satu surat pemberitahuan kepada bandar dan sekolah tersebut berkata Ahmed mengalami trauma disebabkan oleh penahanannya.

Anak pendatang dari Sudan ini tinggal di kawasan pinggir Dallas dan merupakan peminat fanatik robotik membawa jam buatan sendiri untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru di sekolah MacArthur High School di Amerika Syarikat. -AFP/MSTAR/24/11/15


,

NOW Dedah Lagi, Yapeim Belanja RM100,000 ke New York



Selepas pendedahan terbaru skandal Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) di Perancis minggu lalu, Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Program di bawah Kelab Santun Amerika 2014 itu didakwa diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS.

"Apakah keperluan Yapeim bersama dalam lawatan perdana menteri ke New York sedangkan Yapeim adalah agensi berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah jabatan kerajaan.

"Berapa banyak lawatan ke luar negara melibatkan Yapeim bagi 2013, 2014 dan 2015?" soal Akmal yang turut menggesa pihak terlibat menjawab pendedahan lain pernah dibuat NOW sebelum ini.

Pada sidang media hari ini, Akmal turut menunjukkan dokumen permohonan perbelanjaan yang diluluskan Timbalan Pengerusi Yapeim Datuk Zaleha Hussin.

Permohonan itu dibayar kepada Pemangkin sebanyak RM101,720.

Sehubungan itu, Akmal menuntut Yapeim menjawab persoalan yang dibangkitkan hari ini.

Akmal juga menggesa struktur pengurusan dan pentadbiran Yapeim dirombak termasuklah mereka dilantik sebagai lembaga pemegang amanah hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah dan dilarang memegang jawatan lain dalam Yapeim.

"Struktur anak syarikat dan institusi milikan Yapeim perlu disusun semula agar pertindihan peranan dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kos pengurusan," kata Akmal. – The Malaysian Insider/23 November, 2015.

,

DAP Bangkitkan Isu 77 Sekolah Agama di Johor Terbengkalai Empat Tahun


JOHOR 23 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Gan Peck Cheng hari ini mendedahkan kegagalan Kerajaan Johor dalam membangunkan projek pembinaan 77 sekolah agama membabitkan peruntukan RM68 juta.

Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua pembangkang yang baru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram yang juga Setiausaha DAP Johor itu kesal berikutan semua projek pembinaan itu terbengkalai sejak empat tahun lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Johor perlu membentang status pembinaan semua sekolah berkenaan di dewan secara telus dan siasatan rapi perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kegagalan projek ini.


“Saya bangkitkan perkara ini atas keperluan mendesak anak-anak untuk belajar, selain isu berkaitan sistem tadbir urus antara kerajaan negeri dengan agensi kerajaan negeri, pemaju dan kontraktor pembinaan,” katanya pada sidang DUN Johor, hari ini.

Peck Cheng juga menggesa Kerajaan Johor melakukan reformasi struktur dan peranan berkaitan DUN bagi memastikan keberkesanan dalam aspek pelaksanaan dasar dan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Adun Johor.

“Kami wakil rakyat pembangkang juga ada peranan sama dengan wakil rakyat kerajaan. Seharusnya kami juga harus mendapat kerjasama yang adil dengan mana-mana PBT,” katanya.

Selain itu, beliau berkata peranan ketua pembangkang DUN Johor juga harus diiktiraf secara rasmi bagi memastikan pembangkang dapat memberi khidmat dan peranan sewajarnya berkaitan dengan tugas di dewan. -Roket Kini

Yapeim Jejak Dalang Bocorkan Dokumen Syarikat



Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hampir mengenal pasti pihak yang membocorkan dokumen dalaman kepada Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang dalam yayasan itu sendiri di samping ‘unsur-unsur luar’.

Bagaimanapun, katanya, kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.


"Kami agak pasti bahawa infromation itu diterima daripada seseorang dari dalam dan juga dari unsur-unsur luar."

Yapeim menjadi sasaran NOW yang membuat beberapa siri pendedahan terhadap yayasan itu yang mendakwa berlakunya salah urus dan unsur rasuah.

Ini termasuk dakwaan bahawa Timbalan Presiden Yapeim Datuk Zaleha Hussin, suami dan anaknya dilantik ke beberapa jawatan penting dalam yayasan itu dan anak syarikatnya, sehingga membolehkan keluarga itu meraih pendapatan bersama RM81,700 sebulan.

Yapeim juga dituduh menggunakan RM410,000 dana Pemangkin untuk membayar perbelanjaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat.

NOW juga mendakwa bahawa RM490,000 dana Yapeim dibelanjakan untuk mengadakan kursus perkahwinan di Paris.

Dalam siri terbaru pendedahan semalam, NOW turut mendakwa Yapeim terlibat dalam lawatan ke New York, yang menelan kos kira-kira RM100,000. - Malaysia Kini/24/11/15


P/s: Perkara yang tidak aneh di Malaysia, pemberi maklumat diburu, orang yang mungkin melakukan kesalahan atau penyelewengan bebas.


Berkaitan:

Dua Pegawai Kanan Yapeim Diarah Bercuti - Sumber

Dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim diadakan pada 9.30 pagi di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Mesyuarat ini dipercayai membincangkan dakwaan terhadap penyalahgunaan dana Yapeim.

The Malaysian Insider difahamkan, mesyuarat itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin.

The Malaysian Insider sudah cuba menghubungi kedua-duanya untuk pengesahan namun tidak berjaya.

Pendedahan-pendedahan dilakukan kebelakangan ini menyebabkan Yapeim terpaksa memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim," katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Selepas pendedahan terbaru skandal Yapeim di Perancis minggu lalu, semalam Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam. – The Malaysian Insider/24 November, 2015.

Respons terkini menteri di sini.

Kadar Tol Lapan Lebuh Raya Naik Tahun Depan



PARLIMEN l Kira-kira sebulan selepas mengumumkan kenaikan tol pada 15 Oktober lalu, kerajaan sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol, maka Putrajaya terpaksa membayar RM593.32 juta dalam bentuk pampasan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.


Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.

Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna," katanya.

Fadillah juga menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar. -Malaysia Kini/23/11/15


,

1MDB Jual Edra RM9.83 Bilion kepada Syarikat China



Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

"CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

"Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global," kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

"CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya.- Bernama/23/11/15

P/s: Siapa yang jual aset negara? DAP? PH?


Berkaitan:

Perjanjian 1MDB-Syarikat China antara Agenda Pertemuan Najib-Li Keqiang

Perjanjian jual beli saham antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy dan China Nuclear Power Corp adalah antara agenda disenaraikan dalam sesi menandatangani perjanjian pada sidang media bersama yang diadakan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri China Li Keqiang hari ini, menurut dokumen yang diberikan pegawai kerajaan Malaysia, lapor Reuters.

Pegawai terbabit berkata, perjanjian perniagaan berkenaan juga dijadualkan akan diumumkan pada majlis itu petang ini, bagaimanapun mereka kemudiannya menafikan yang perjanjian 1MDB itu akan ditandatangani, hari ini.

Sumber memberitahu Reuters minggu lalu, 1MDB hampir membuat penjualan aset kuasanya dengan konsortium luar negara termasuk sebuah syarikat China, sekali gus menjadikan ia sebagai langkah utama syarikat pelaburan negara itu untuk mengurangkan beban hutangnya. – The Malaysian Insider/ 23 November, 2015.


Jual Aset IPP Bercanggah Dasar Negara

Penjualan aset penjana tenaga bebas (IPP) di bawah anak syarikat Edra Global Energy Bhd kepada konsortium China - Qatar bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.

"Ini bertentangan dengan dasar negara yang selama ini menghalang aset strategik seperti pembekalan elektrik supaya tidak jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus," tegas Naib Presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu hari ini.

Semalam Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.

Cuba dua kali

Transaksi itu, kata Arul Kanda, dijangka selesai pada Februari 2016 juga mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.

"Ada beberapa risiko yang boleh berlaku kepada negara kita mengikut perjanjian 1MDB itu seperti lebih banyak kontrak IPP boleh diserahkan kepada syarikat asing, kebanjiran pekerja asing yang boleh mengganggu peluang pekerjaan warga tempatan dan peningkatan tarif elektrik atara 2016 dan 2022 apabila jualan kuasa konsesi dirundingkan," jelas Rafizi.

Edra Global Energy Bhd dilaporkan bersedia untuk melupuskan semua asetnya kepada konsortium China dan Qatar itu dengan nilai RM9.83 bilion, menjadikannya penggabungan dan pengambilalihan tawaran terbesar dalam tahun sektor tenaga Asia ketika ini.

Rafizi berkata, beliau telah memfailkan usul mengenai isu itu sebanyak dua kali di Dewan Rakyat supaya ia boleh dibahaskan namun ditolak Speaker.

Beliau juga menyelar Ahli Parlimen BN kerana tidak bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara dalam isu berkenaan.

"Saya telah memfailkan dua usul di parlimen tetapi ditolak.

"Salah satu daripadanya adalah untuk menghalang kerajaan menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB dengan ekuiti aset sekitar RM8 bilion," kata Rafizi. -Malaysia Kini/24/11/15



, ,

Sabtu, 21 November 2015

Jiran Disyaki Terbabit Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama Diberkas



MUAR: Polis Johor telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan pada pukul 6 petang tadi.

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam Jumaat.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya Isnin lalu.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral. -Mstar/20/11/15



, ,

Jumaat, 20 November 2015

Husam di China, Minta Tangguh Pertemuan



ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS.

Namun beliau memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan bekas exco Kelantan itu kini di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

“Saya menghargai kesediaan Dewan Harian PAS Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.

“InsyaAllah saya bersedia berbuat demikian,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.


Husam turut merujuk dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa notis pertemuan itu telah dihantar kepadanya namun katanya, sehingga kini beliau masih belum lagi menerimanya.

Jelasnya, beliau berada di luar negara sejak minggu lalu dan tidak menerima sebarang surat tetapi masih boleh dihubungi melalui SMS, Whatsapp dan emel.

“Namun tidak satu cara pun saya dihubungi,” katanya.

Husam berkata, mengikut jadual asal, beliau akan pulang ke tanah air pada Ahad, 22 November ini, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan kepada beberapa hari lagi.

Husam turut meminta supaya pertemuan itu dibuat seminggu selepas beliau berada di Malaysia bagi keselesaan dan membuat sebarang persiapan terlebih dahulu.

“Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu.

“Saya yakin, ia bukan masalah besar kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meletakkan satu tarikh baru yang lebih selesa,” katanya.

Terbongkar

Sementara itu, Husam berkata, tindakan PAS melarang debat antaranya dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali seakan ingin melindungi sesuatu daripada terbongkar.

“Melarang perdebatan saya dan bekas Setiausaha Agung (SUA) PAS yang dibuat dua atau tiga jam selepas persetujuan oleh Datuk Mustafa, seakan menunjukkan ada sesuatu yang hendak dilindungi dari terbongkar.


“Juga tiadanya penyelarasan keputusan di kalangan pimpinan tertinggi PAS dibuat,” katanya.

Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Husam yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Takiyuddin berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

Husam dalam pada itu mempertikaikan Mustafa sebagai anggota Dewan Harian tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan PAS sebelum memutuskan bersedia untuk berdebat dengannya.

“Bukankah Datuk Mustafa adalah juga anggota Dewan Harian? Adakah keputusan Datuk Mustafa tidak dirujuk lebih dahulu kepada pimpinan parti atau persetujuan Datuk Mustafa hanya satu sandiwara semata-mata?

“Dengan itu, Datuk Mustafa tidak akan dikata orang segan dan enggan berdepan menafikan dakwaan saya atau PAS tidak ada keyakinan dan kepercayaan kepada kebolehan Datuk Mustafa?

“Cara ini memburukkan imej parti dan tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah parti yang besar dan berwibawa,” katanya lagi. -Malaysia Kini/20/11/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH