Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Khamis, 28 Januari 2016

Suri Rumah Mengaku Salah Potong Kemaluan Suami Pakistan



KUALA PILAH – Seorang wanita tempatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memotong kemaluan suaminya, 20 Jan lepas.

Fatimah Abdullah, 51, mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas suaminya seorang peniaga warga Pakistan, Umar Rahman, 44, menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian di kediaman pasangan itu di Jalan Beringin 3 Batu Kikir, Jempol pada pukul 1.20 pagi, 20 Jan lepas.

Sazlina menetapkan 22 Februari ini untuk menyampaikan hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.

Di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Sazlina boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin, manakala Fatimah tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan seorang penjamin. – BERNAMA/28/1/2016

,

Wanita Catat Rekod Dunia Zina 919 Lelaki dalam Sehari



WASHINGTON DC – Seorang wanita Amerika Syarikat, Lisa Sparks mungkin mampu mencatat rekod dunia Guinness apabila disahkan berjaya melakukan hubungan seks paling banyak lelaki berbeza dalam masa sehari.


Dia malah dengan bangga mendakwa mampu melakukannya dengan 919 orang dalam waktu kurang daripada 12 jam atau secara congak mudah secara purata Lisa hanya memerlukan 45 saat untuk berzina dengan seorang lelaki.

Wanita ini pernah memenangi World Biggest Gangbang Championship Third Annualpada 2004, satu kejohanan berprestij antarabangsa melibatkan cabaran aktres pornografi melakukan hubungan badan dengan ramai lelaki.

Kejuaraan berlangsung di Warsaw, Poland pada 16 Oktober tahun itu menyaksikan Lisa, 38; yang memiliki buah dada mantap bersaiz 38FF semakin popular sehingga mampu beraksi dalam lebih 300 judul filem lucah tempatan.

Rekod yang dicatatkan tersebut bukan hanya memecahkan rekod dunia sebelumnya, malah Lisa memadamkan pencapaian dirinya sendiri yang hanya mampu melayani seks dengan seramai 737 orang lelaki pada 2003 lalu.

Dia turut megah apabila mampu menewaskan dua pencabar akhirnya dengan salah seorang peserta itu pula adalah penyandang juara yang pernah bersetubuh bersama 759 lelaki dalam kejohanan sama pada tahun sebelumnya.

Lisa yang dilahirkan di Bowling Green, Kentucky pada 6 Oktober 1977 mula menceburi dunia pornografi selepas tamat pengajian sarjana dalam bidang multimedia dan perniagaan dari Universiti Kentucky pada 2002.

Dia atau nama sebenarnya, Lisa Sparxxx dengan ketinggian 1.73 meter dilaporkan pernah berkahwin pada 1995 tetapi tidak pula diketahui bagaimana keadaan perkahwinan tersebut selepas wanita ini menjadi aktres lucah.

World Biggest Gangbang Championship mewajibkan semua peserta lelaki memakai kondom, bahkan mereka mesti menunjukkan ada air mani bertakung dalam sarung zakar itu sebagai bukti pancutan berjaya dilakukan.– Agensi/Mynewshub.cc/HAA/28/1/2016

,

Selasa, 26 Januari 2016

ADUN Jitra Enggan Tandatangan Surat Akuan Singkir Mukhriz



ALOR SETAR 25 Jan. – Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak menandatangani surat pengakuan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar.
Aminuddin Omar

Akuinya, beberapa individu cuba mencarinya melalui pelbagai cara sejak semalam untuk memujuknya supaya berbuat demikian namun beliau tetap enggan berbuat demikian.

“Mereka telefon, saya tidak angkat. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya tetap dengan pendirian dan istiqamah untuk terus berada di belakang Mukhriz untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.

“Saya tidak takut menyatakannya atau risau hilang jawatan sekiranya menteri besar baharu dilantik pada masa depan. Saya tetap setia bersama Mukhriz,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Istiada Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Sejak pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat lalu, dilaporkan se­ramai 19 daripada 21 ADUN di Kedah sudah pun menandatangani surat berkenaan sehingga semalam.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak mengetahui isi kan­dungan surat berke­naan kerana tidak pernah melihatnya.

“Saya tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya tetapi saya difahamkan surat tersebut mempunyai kaitan dengan rasa tidak percaya terhadap Mukhriz,” katanya.

Sementara itu cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas daripada beberapa lagi ADUN termasuk Datuk Mohd Rawi Abd. Hamid, Datuk Suraya Yaacob serta Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah yang turut hadir ke istiadat itu gagal kerana kesemua mereka enggan mengulas.

ADUN Gurun yang juga Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Leong Yong Kong dalam pada itu berkata, parti komponen itu yakin dengan kemampuan Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Sebelum ini, kemelut yang hampir sama turut pernah berlaku di negeri-negeri lain dan Perdana Menteri berjaya menanganinya dengan baik. Jadi saya yakin kita sudah cukup berpengalaman untuk mengatasi perkara ini,” katanya. -Utusan Malaysia/26/1/2016



,

BNM Sahkan Nasihati Tabung Haji tentang Pengurusan Risiko



Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".

"Berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji, institusi itu secara proaktif telah mengambil langkah sesuai memperkukuhkan lagi amalan pengurusan risikonya, baik atas inisiatifnya sendiri dan sebagai respons kepada urusan-urusan terdahulu dengan Bank Negara," kata bank pusat itu dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Ini akan menguatkan satu kedudukan kewangan mampan dan sihat institusi itu di masa hadapan," kata kenyataan Bank Negara.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut mahupun mengesahkan atau menafikan jika surat yang edarkan dalam talian baru-baru ini, adalah dari Bank Negara kepada Tabung Haji, atau berkaitan dengan 'amalan pengurusan risiko'.

Dokumen yang bocor itu dikatakan memperincikan nasihat oleh bank pusat kepada Tabung Haji mengenai penyusutan rizabnya dan nilai pelaburannya yang merosot.

Bank Negara menjelaskan bahawa walaupun Tabung Haji bukan suatu institusi perbankan, hubungan dengan sektor kewangan menjadikan ia satu entiti yang berada di bawah kawalan selia industri perbankan.

"Manakala Lembaga Tabung Haji bukan di bawah penyeliaan langsung Bank Negara, nasihat dikeluarkan oleh Bank Negara kepada institusi-institusi kewangan bukan bank bertujuan untuk memastikan institusi itu akan terus diurus dengan baik dan berkesan melaksanakan peranan yang mereka lakukan. Ini seterusnya akan menyumbang kepada kestabilan kewangan," katanya. -Malaysia Kini/26/1/2016

Berkaitan:

Bank Negara Beri Amaran, Paras Rizab Tabung Haji Negatif


Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.

Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.


Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.

Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.

Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".

Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.

Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.

"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.

Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.

Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.

Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.

Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.

Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman. 

Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”

Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.

Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik surat sama hari ini.

Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya. – The Malaysian Insider/26 Januari, 2016.



, , ,

Rafizi: Siapa Pula Luluskan Pindahan Wang SRC?



Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melahirkan beberapa persoalan berkenaan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ia selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan jumlah wang yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB itu.

"Penjelasan setakat ini tidak menjawab soalan utama - sejak RM42 juta telah dipindahkan dari SRC, siapa dalam SRC beri kuasa untuk lakukan pemindahan?" soal naib presiden PKR itu.

Rafizi berkata, untuk melakukan pemindahan, SRC pastinya memerlukan nombor akaun Najib dan perkara yang paling tidak mustahil mungkin ialah ia diberikan oleh perdana menteri sendiri.

"Justeru, bagaimana Najib memberikan nombor akaun tetapi tidak mengingati wang yang masuk ke akaunnya adalah dari DRC?" tanya beliau.

Apandi hari ini berkata, bukti menunjukkan perdana menteri percaya sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepadanya sebelum ini berasal dari sumbangan politik keluarga diraja Arab Saudi.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan PM memberi apa-apa kelulusan untuk pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadi beliau," katanya.

Apandi berkata demikian ketika menjawab dua kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – berkaitan kes SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

RM2.6 bilion telah dipindahkan pada tahun 2013 manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015.

Sementara itu, Rafizi mengibaratkan isu tersebut seperti perlawanan pingpong, apabila Apandi berkata Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi tersebut pada bulan Ogos 2013.

"Najib berkata beliau mendapat derma RM2.6 bilion, entah bagaimana dia kembali semula.

"Kemudian setahun kemudian, entah macam mana penderma Arab yang murah hati derma RM42 juta lagi ke dalam akaunnya melalui SRC," katanya. -Malaysia Kini/26/1/2016


, ,

Najib Tidak Bersalah Kes Derma RM2.6 Bilion, SRC International - Peguam Negara



Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti yang cukup untuk mengaitkan perdana menteri dengan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Januari, 2016.

Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan kata peguam negara hari ini, selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan perdana menteri.

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 berhubung di SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Apandi hari ini juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung SRC International.

Apandi berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 merupakan sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi yang "diberikan kepadanya tanpa apa-apa balasan".

"SPRM dalam siasatan mereka secara peribadi bertemu dan mengambil keterangan daripada saksi termasuk penderma, yang mengesahkan derma itu diberikan kepada perdana menteri secara peribadi," katanya.

Apandi berkata beliau berpuas hati, tiada bukti menunjukkan sumbangan itu adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

"Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri," kata Apandi yang membaca kenyataan daripada teks yang disediakan.

Tambahan pula, peguam negara berkata perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM menteri memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau," kata Apandi.

Berdasarkan keterangan itu, peguam negara berkata beliau berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan berhubung isu RM2.08 bilion itu.

SPRM tahun lepas membuka siasatan berikutan laporan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lepas yang mendakwa derma RM2.6 bilion, RM42 juta berasal daripada SRC International, anak syarikat yang diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini adalah menurut dokumen di laluan wang yang diberikan penyiasat Malaysia, WSJ dan Sarawak Report.

Bahagian lebih besar sebanyak AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib yang berasal daripada syarikat British Virgin Island dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, mereka melaporkan.

SPRM mengambil keterangan daripada lebih 100 saksi termasuk Najib dan individu yang didakwa memberikan RM2.6 bilion.

Agensi itu terlebih dahulu mengemukakan kertas siasatan kepada peguam negara pada 31 Disember dan dikembalikan semula dengan permintaan untuk penjelasan lebih lanjut pada 18 Januari.

Ia mengemukakan semula kertas berkenaan minggu lepas.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Datuk Sri Mohd Shukri Abdull sebelum ini berkata siasatan RM2.6 bilion masih tidak lengkap kerana penyiasat perlu mengumpul dokumen dan kenyataan individu daripada beberapa institusi kewangan di luar negara.

Shukri berkata suruhanjaya itu memfailkan permohonan peguam negara untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (MLA).

Apandi berkata hari ini kerana tiada kesalahan jenayah dilakukan, tiada "keperluan" bagi Malaysia membuat permintaan MLA kepada mana-mana negara asing untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung sumbangan itu. – The Malaysian Insider/ 26 Januari 2016.

Berkaitan:

Najib Pulangkan Semula Sumbangan kepada Saudi Ogos 2013 - Peguam Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan semula sumbangan yang diberikan kepadanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi kerana ia tidak digunakan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Apandi berkata, ini adalah salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadinya.

"Saya berpuas hati tidak ada bukti yang menunjukkan sumbangan itu adalah satu bentuk suapan rasuah.

"Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan itu tidak menunjukkan derma itu diberikan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berhubung dengan kapasitinya sebagai seorang perdana menteri," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Tambahan pula, pada Ogos 2013, sebanyak AS$620.000.000 (RM2.03 bilion) dikembalikan Yang Amat Berhormat PM kepada keluarga Diraja Saudi kerana wang itu tidak digunakan," katanya.

Peruntukan sebanyak AS$681 juta (RM2.08 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 dan Apandi berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wang itu adalah sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga Diraja Saudi yang "diberikan kepadanya tanpa apa-apa balasan".

Pengumuman peguam negara hari ini adalah penjelasan pertama berkenaan ke mana sumbangan itu pergi.

Najib yang juga presiden Umno, sebelum ini menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan sumbangan sebagai amanah bagi pihak parti, tetapi tidak menyatakan bagaimana wang itu digunakan.

Beliau juga menafikan menerima apa-apa wang daripada firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk kepentingan peribadi.

Kewujudan dana itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 membawa kepada dakwaan Najib mempengaruhi pilihan raya dan PKR memfailkan saman terhadap perdana menteri dan 3 yang lain kerana menyalahi undang-undang ke atas perbelanjaan pilihan raya.

Mahkamah Tinggi Khamis lalu menolak saman itu. 

AS$681 juta adalah bahagian terbesar daripada jumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Najib. 

Ia berasal dari syarikat British Virgin Island dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, menurut The Wall Street Journal (WSJ) dan laman web Sarawak Report yang mula-mula mengeluarkan berita pada Julai tahun lepas.

Secara berasingan, RM42 juta berasal daripada SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, menurut dokumen tentang penjejakan wang itu yang diberikan penyiasat Malaysia, menurut WSJ dan Sarawak Report.

Apandi hari ini juga berkata Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan dengan SRC International, yang mengambil pinjaman dijamin kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP). – The Malaysian Insider/26 Januari, 2016.

Keputusan Derma RM2.6 bilion Berbeza Jika Peguam Negara Tidak Ditukar -  Pembangkang


Pakatan Harapan menjangkakan jika Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam Negara, keputusan siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International mungkin berbeza. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Januari, 2016.


Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.

"Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini. 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. 

"Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan. 

"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya. 

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas. 

"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."

Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu. 

"Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian. 

"Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah," katanya. 

Apandi dalam satu kenyataan hari ini berkata, disebabkan perkara itu, nama Najib kini dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International, sebuah syarikat milik kementerian kewangan di mana Najib menterinya.

"Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.

"Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP)," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.

SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada tahun 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya. – The Malaysian Insider/ 26 Januari, 2016.

, ,

Sabtu, 23 Januari 2016

Remaja 14 Tahun Dipaksa Tiduri 110 Lelaki dalam Masa 22 Jam



Baru berusia 14 tahun namun Megan Stephens (bukan nama sebenar) yang berasal dari Britain, telah menjadi pelacur ketika bercuti di Greece. Semuanya akibat jatuh cinta dengan seorang lelaki Albania, dikenali sebagai Jak.

Lebih kejam, Megan dipaksa meniduri 110 lelaki dalam masa 22 jam oleh Jak.

Megan yang kini berusia 25 tahun, memberitahu, selepas ibunya membenarkan dia menetap bersama Jak di Athens, kehidupannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas Jak menjualnya kepada bapa ayam dikenali sebagai Leon.

Manakala ibunya pula kembali semula ke Britain.

Sejak itu, dia terpaksa menjual badan di rumah-rumah pelacuran serta jalanan.

Megan berjaya melarikan diri pada 2009 selepas dimasukkan ke hospital kerana cuba membunuh diri. Dia kini kembali menetap di Britain dan bertemu lelaki yang mencintainya.

Namun Megan terpaksa menyembunyikan identiti kerana bimbang diburu bapa ayam.

Penderitaan Megan itu diceritakan dalam memoirnya bertajuk “Bought & Sold’’.

“Seperti mangsa lain, saya selalu menyalahkan diri kerana terlalu bodoh tetapi saya bangkit semula,’’ jelas Megan yang turut memberitahu bahawa perceraian ibu bapanya menyebabkan dia terdesak untuk mencari cinta dan ia menjadikan Megan sebagai sasaran mudah bagi Jak. MyNewsHub/21/1/16

,

Puluhan Seluar Dalam Wanita Dilekat Kondom Cetus Misteri



KOTA KINABALU – Beberapa gambar menunjukkan puluhan seluar dalam wanita pelbagai corak dengan kondom ditempel di depan celana kecil seksi itu yang disidai di sejumlah batang pokok mencetuskan misteri di Sabah.

Ia memaparkan penemuan pakaian dalam kaum Hawa itu bergantungan menjadi viral menerusi laman Facebook tempatan, Penampang Bulletin dan ia didakwa muncul tiba-tiba di sepanjang laluan trek di Penampang dekat sini.

Orang awam kebetulan melalui denai berkenaan mula menyedari berdozen-dozen seluar dalam wanita dewasa dengan sarung kondom dilekatkan pada tengahnya itu selain sejumlah coli yang turut digantung di batang pokok.

Pegawai daerah Penampang, Luvita Koisun berkata, sepasukan anggota penguatkuasa tempatan diarah memeriksa keseluruhan kawasan tersebut selepas kisah pelik itu mula menjadi sensasi menerusi media sosial pada Khamis.

Wanita tersebut menambah, tempat penemuan pakaian dalam bersidaian itu terletak di belakang Kompleks Sukan Penampang dan mereka mendakwa, ada sebuah pondok kecil dekat situ tetapi tiada penghuni di dalamnya.

“Penduduk mendakwa melihat banyak seluar dalam wanita bersidai di beberapa pokok, namun tidak dapat kesan sesiapa di situ yang mungkin menjemur pakaian tersebut atau apa-apa petunjuk menarik,” kata beliau lagi.

Luvita menambah, pejabat daerah juga cuba mencari pemilik tanah persendirian di kawasan tersebut dalam usaha membantu siasatan pihak polis bagi mengenal pasti siapakah empunya puluhan seluar dalam seksi berkenaan.

Lebih menarik, mereka tertanya-tanya apa motif pakaian dalam itu digantung sedemikian rupa dan paling pelik, ia disidai dalam susunan corak yang sistematik sehingga sukar diterbangkan angin bertiup kencang di laluan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Rosley Hobden bagaimanapun ketika dihubungi pemberita berkata, mereka tidak menemui apa-apa ketika datang melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut.

“Tiada laporan rasmi mengenai penemuan banyak seluar dalam wanita yang bergantungan di sejumlah pokok, namun kami sedia menyiasat jika perkara itu betul-betul wujud,” ujar beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA/22/1/16


,

[Video] ‘Saya Akan Ceraikan Dia!’ – Mangsa Zakar Dipotong Isteri



ZAKAR milik lelaki warga Pakistan yang putus dipotong oleh isterinya menggunakan pisau cukur di Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu akhirnya berjaya disambungkan.

Menurut peniaga kain berusia 42 tahun ini, dia hanya menyedari kemaluannya telah dipotong sebaik sahaja bangun dari tidur kira-kira pukul 1.40 pagi.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Tambahnya, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya yang merupakan warga tempatan, 51, itu hanya melihat saja.

Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian ngeri itu, lelaki ini mendakwa isteri keduannya itu berkelakuan pelik dan enggan tidur di bilik yang sama dengannya.

“Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

“Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia bercadang ingin menceraikan isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sudah pulih.

“Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

“Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/22/1/16



TPP Ditandatangani 4 Februari Depan



PETALING JAYA: Sebanyak 12 buah negara yang terlibat dalam mewujudkan kawasan perdagangan bebas terbesar akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di New Zealand pada 4 Februari depan.

Langkah itu menandakan secara rasmi berakhirnya rundingan mengenai penjanjian itu.

Menteri Perdagangan New Zealand, Todd McClay berkata, Proses rundingan perjanjian itu yang telah bermula sejak 2008 akan berakhir pada bulan depan.

“Majlis menandatangi itu akan menandakan proses rundingan TPP berkahir,” katanya lapor agensi berita AFP.


Menurutnya, kesemua 12 buah negara terbabit boleh memulakan proses pengesahan di negara masing-masing dan mempunyai masa sehingga dua tahun untuk disiapkan, sebelum perjanjian itu mula dikuatkuasakan sepenuhnya.

Beliau berkata, Seluruh perjanjian itu perlu disahkan seperti yang dipersetujui, tanpa perubahan, yang boleh ‘mengikat tangan kerajaan dan undang-undang’.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan perjanjian itu sebagai asas untuk “perdagangan abad ke-21″.

Bagaimanapun, para pengkritik yang membantah perjanjian itu masih terus berjuang kerana TPP didakwa mengancam hak-hak pekerja, perlindungan alam sekitar dan akses kepada ubatan yang lebih murah.

Antara negara yang bakal menyertai TPP ialah Kanada, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam – mewakili kira-kira 40 peratus daripada ekonomi global. -FreeMalaysiaToday/21/1/16


,

Pasukan Perubatan Ambil Masa 15 Jam Sambung Alat Sulit Dipotong Isteri



KUALA LUMPUR: Pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil masa selama 15 jam untuk menyambung balik kemaluan lelaki warga Pakistan yang dipotong isterinya.

Pembedahan penyambungan semula alat sulit mangsa dilakukan bermula jam 2 petang semalam dan berakhir pada ja, 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata setakat ini, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak polis sudahpun merakam percakapan daripadanya tengah hari tadi.

“Setakat ini, penyambungan yang dilakukan berjaya, namun masih belum dapat mengesahkan sama ada kemaluan mangsa dapat berfungsi atau tidak.

“Untuk peringkat siasatan, pihak polis sedang melengkapkan laporan sebelum proses pendakwaan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya lapor Berita Harian Online.

Sebelum ini, alat sulit warga Pakistan itu telah dipotong oleh isterinya kerana tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku jam 1.30 pagi, di Batu Kikir, Jempol, ketika mangsa sedang tidur. Wanita itu dengan perlahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

Wanita berusia 51 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 44 tahun pada Mei tahun lalu. -FreeMalaysiaToday/21/1/16

, ,

Dadah Punca Pergaduhan Selayang – Gobi



PETALING JAYA: Ada cerita disebalik perlagaan antara kumpulan etnik India tempatan dan pendatang asing warga Myanmar.

Aktivis dan kini ahli politik, S Gobi Krishnan yang mendiami Selayang lebih dari 30 tahun, mendakwa punca pergaduhan itu adalah perebutan kawasan pengedaran dadah antara kongsi gelap tempatan dan kumpulan asing, terutamanya masyarakat Rohingya.

“Ia merupakan satu rahsia terbuka, hampir semua orang dari Selayang mengetahui fakta ini, walaupun media dan pihak polis tidak menonjolkannya.

“Kejadian tembak-menembak 13 Januari lalu bukan insiden rambang yang berpunca daripada pertembungan antara dua masyarakat. Sebenarnya, ia perkelahian antara dua kumpulan yang mahu mendapat kuasa dalam perdagangan dadah yang lumayan,” katanya kepada FMT, semalam.

Gobi, yang merupakan bekas penasihat kepada pasukan pemantau jenayah MyWatch berkata, perkelahian antara dua kumpulan itu bermula bila Rohingya terbabit, yang mengedar dadah bagi pihak kumpulan India tempatan, melangkaui orang tengah dan mendapatkan bekalan secara terus daripada pembekal lewat tahun lalu.

“Tindakan itu menyebabkan orang tengah (kumpulan tempatan) hilang mata pencarian, lalu membawa kepada pergaduhan itu,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa sindiket Rohingya itu turut menawarkan paspot palsu, Mykad palsu, dan kad Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) palsu kepada pendatang Rohingya lain, dengan bantuan orang tempatan.

Bagaimanapun, Gobi akui sebahagian besar masyarakat Rohingya tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan jenayah dan memilih untuk hidup aman.

“Tidak pernah sekalipun dalam jangka masa 20 tahun atau lebih saya melihat mereka (Rohingya) menimbulkan masalah di kawasan ini. Mereka menjaga diri sendiri dan bekerja keras setiap hari di pasar demi meneruskan kehidupan.

“Kenyataan penduduk tempatan yang mendakwa warga asing merampas peluang pekerjaan tidak berasas. Ini kerana saya fikir penduduk tempatan tidak akan melakukan kerja yang mereka (Rohingya) lakukan di pasar,” katanya.

Beliau menambah, terdapat juga masyarakat Rohingya yang menetap di kawasan itu selama bertahun-tahun dan menjalani hidup yang lebih baik melalui perniagaan yang memenuhi keperluan masyarakat Rohinya.

Gobi, yang kini merupakan Setiausaha Agung Parti NewGen berkata, kejadian tembak-menembak dan susulan perkelahian itu tidak boleh disalah anggap sebagai masalah antara dua komuniti.

“Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi hanya ingin menjelaskan bahawa ia adalah pergelutan antara dua kumpulan. Pihak polis melakukan kerja yang baik dengan mengepung dan menahan suspek sejurus kes pertama tercetus, namun mereka juga harus menjelaskan punca di sebalik perkelahian itu, supaya orang-ramai tidak membuat spekulasi.”

Justeru, Gobi menggesa pihak kerajaan yang menjaga pelarian, terutamanya Rohingya, dan tidak membiarkan mereka begitu sahaja.

“Bekerjasama dengan UNHCR dan berikan mereka mata pencarian. Mereka terlibat dalam kegiatan jenayah apabila mereka terdesak dan disudutkan. Dirikan satu pangkalan data dengan maklumat diri yang lengkap bagi memudahkan usaha menjejaki mereka sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

“Saya percaya menjejaki mereka agak mudah kerana majoriti pelarian tidak banyak banyak bergerak, malah mereka tinggal dalam kelompok rakyat dalam kalangan mereka sendiri,” katanya.

Pada Rabu lepas, lima lelaki dalam dua kereta melepaskan tembakan secara rambang di pasar borong Selayang, mencederakan seorang lelaki Myanmar dan seorang kanak-kanak kecil.

Ekoran daripada kejadian itu, polis berjaya menahan 119 orang warga asing, kebanyakan warga Myanmar, bagi membendung keganasan di kawasan itu. -FreeMalaysiaToday/22/1/16


,

Guan Eng: Pulau Pinang Tidak Akan Potong Biasiswa Pendidikan



KUALA LUMPUR 22 JAN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan sesekali mengikuti jejak langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memotong biasiswa pendidikan kerana ia memusnahkan aspirasi dan masa depan anak muda.

Berbeza dengan kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan memotong biasiswa sebalilknya meneruskannya demi membantu rakyat dan pelajar pintar.

“Baru tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang memulakan program biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang (PFF) bagi membantu masyarakat Pulau Pinang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

“Pelajar tidak patut sama sekali menjadi mangsa krisis ekonomi akibat pengurusan bermasalah kerajaan kerana mereka merupakan benteng pertama menjamin masa depan negara,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media mengulas laporan cadangan kerajaan Persekutuan menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) untuk program ijazah pertama dan bursari Kementerian Pendidikan untuk program pra-universiti.

Sebaliknya, kata Guan Eng, Kerajaan UMNO BN perlu menghenti segala ketirisan termasuk urus tadbir lemah dan bukannya mengorbankan biasiswa JPA untuk mengatasi masalah kekurangan pendapatan negara.

“DAP terkejut apabila masa depan mahasiswa menjadi sasaran dalam pemotongan bajet, padahal masalah ketirisan seperti rasuah, pembaziran dan ketidakcekapan patut diutamakan.

“Langkah itu memberi kesan kepada hampir 700 penempatan pelajar setahun dan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran, terutama yang dari keluarga miskin dan kurang bernasib baik,” katanya.

Katanya, Kerajaan BN patut membaiki kualiti urus tadbir termasuk menghukum pemimpin dan pegawai rasuah, selain menghenti kehilangan peruntukan akibat kebocoran dan menunda projek mega yang hanya menguntungkan sesetengah pihak dan bukan rakyat.

“BN perlu membendung pembaziran dan perbelanjaan mencurigakan seperti ditekankan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun termasuk perbelanjaan keterlaluan untuk jet peribadi dan tempahan hotel mahal di London serta menghenti rundingan berkos tinggi dengan konsultan asing,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan mengorbankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit skandal RM42 bilion atau menggunakan wang derma RM2.6 bilion untuk menyelamatkan biasiswa JPA. - RoketKini

Berkaitan:

Henti Biasiswa JPA Bererti Jual Masa Depan Mahasiswa


STAMPIN, 21 JAN: Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping meminta kerajaan menyemak semula kaedah pemilihan pelajar dan hanya mahasiswa yang benar-benar layak diberi biasiswa berdasarkan meritokrasi dan bukan dengan memotong peruntukan itu.

Katanya, pemberian biasiswa kepada yang kurang layak menyebabkan ramai pelajar miskin khususnya di luar bandar terus terpinggir, tambahan pula Sarawak hanya menikmati 7.4 peratus peruntukan itu sepanjang 10 tahun lalu.

“Banyak pelajar pedalaman berasal dari keluarga kurang berkemampuan. Hanya dengan melanjutkan pengajian dapat keluarkan mereka dari status kemiskinan dan meningkatkan kualiti kehidupan. Menghentikan biasiswa pendidikan bererti menjual masa depan mereka,” katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata, akibat urustadbir yang lemah, skandal mega yang melanda Perdana Menteri Najib Razak dan pemborosan dana awam, ia telah menyebabkan kemelesetan ekonomi negara dan kesannya terpaksa ditanggung generasi akan datang.

“Keputusan kerajaan itu akan wujudkan kesan besar. Pelajar yang dibangku sekolah akan hilang motivasi untuk lanjutkan pelajaran kerana kurangnya insentif untuk bekerja, kini ibu bapa pula terpaksa tanggung beban besar untuk biayai pendidikan dalam keadaan peningkatan kos kehidupan yang tinggi.

“Pelajar di luar negara pula akan kurang berminat untuk pulang bekerja di negara sendiri dan memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Gejala ‘brain drain’ dalam negara ini akan bertambah buruk,” katanya.

Peruntukan tajaan biasiswa JPA bagi 2016 ialah RM1,653,054,100 (RM1.65 billion), susut 14 peratus berbanding tahun lalu melibatkan sebanyak lebih RM270 juta. –Roketkini.com

,

Bekas Polis Dipenjara 293 Tahun



Oklahoma City: Seorang bekas polis di sini yang didapati bersalah merogol empat wanita dan melakukan serangan seksual ke atas beberapa yang lain ketika bertugas dipenjarakan selama 263 tahun, semalam.

Hukuman ke atas Daniel Holtzclaw, 29, yang diumumkan Hakim Mahkamah Daerah Timothy Henderson ialah yang maksimum dibenarkan undang-undang di Oklahoma.

Disember lalu, juri mendapati Holtzclaw bersalah terhadap 18 daripada 36 tuduhan serangan seksual, termasuk merogol.

Dalam keterangan mereka semalam, mangsa memberitahu mahkamah, bekas polis itu memusnahkan hidup mereka.

Menurut pendakwa raya, Holtzclaw menjadikan wanita yang berdepan dengan masalah undang-undang mangsanya dan memaksa mereka mengadakan seks dengan harapan keterangan mereka tidak akan diterima di mahkamah.

Peguam Holtzclaw berkata, mereka merancang merayu hukuman berkenaan.

Seorang mangsa, Sherry Ellis, memberitahu mahkamah, dia tidak menyangka seorang anggota polis akan melakukan apa yang dilakukan Holtzclaw.

“Dia terima hukuman yang setimpal. Saya tidak dapat melupakan, walaupun sehari, apa yang dilakukannya terhadap saya,” kata Sherry.

Tiga belas wanita memberi keterangan pada perbicaraan Holtzclaw tahun lalu.

Holtzclaw mencabul mangsanya antara Disember 2013 dan Jun 2014, menyasarkan wanita yang kebanyakannya keturunan Afrika-Amerika yang miskin.

Dia dipecat pada Januari 2015, kira-kira tiga tahun selepas menjadi polis. -Agensi/Harian Metro/23/1/16




, ,

Amah Gergaji Mayat Suami Isteri



Paris: Seorang amah warga China mendakwa bertindak mempertahan diri ketika membunuh dan mengerat mayat majikannya di Perancis pada 2012.

Hui Zhang, 34, didakwa diserang dua majikannya itu selepas bayi dalam jagaannya mati ketika tidur. Dia mendakwa, pasangan itu menyerangnya dan teman lelaki Te Lu, 34, menggunakan pisau pemotong apabila dia memaklumkan mereka mengenai kematian anak itu.

“Memang saya membunuh mereka dan saya akan menyesal sampai mati,” kata Hui.

Peguam belanya Alexis Guedj menekankan Hui sekadar mempertahan diri. Te bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya selepas mendakwa pengsan ketika pergaduhan berlaku.

“Saya tidak bersalah. Ini memang satu mimpi ngeri,” katanya.

Bagaimanapun, pendakwa Chloe Arnaux mendesak hukuman berat atas alasan kedua-dua tertuduh membawa senjata tajam ketika menemui mangsa.

Selepas membunuh majikannya itu, Hui dilaporkan mengheret dua mayat berkenaan ke dalam bilik air sebelum memotongnya menggunakan gergaji elektrik dan menghidupkan mesin basuh untuk menghalang bunyi bising.

Te dilaporkan terjaga daripada pengsan dan sempat membantu memasukkan anggota badan yang dikerat ke dalam beg sampah.

Pasangan itu kemudian melarikan diri ke China, tetapi kembali ke Perancis selepas dipercayai takutkan hukuman mati dikenakan di negara asal.

Selepas anggota badan mangsa ditemui orang ramai pada Jun 2012 di kawasan hutan di Vincennes, Hui dan Te menyerah diri kepada polis dan membantu mencari anggota badan yang masih hilang. Bagaimanapun, mayat bayi itu yang juga dibuang di dalam timbunan sampah tidak ditemui. - AFP/Harian Metro/21/1/16

,

Suami Paksa Isteri Bogel di Jalan Raya



New York: Seorang lelaki yang mendapati isterinya menghantar gambar bogel kepada lelaki lain bertindak memalukannya dengan memaksanya berjalan dalam keadaan telanjang bulat di jalan raya di sini.

Rakaman video menunjukkan wanita itu pada mulanya memakai tuala sebelum lelaki itu menyuruhnya menanggalkannya, sekali gus mendedahkan seluruh tubuhnya kepada orang ramai.

Di dalam video berkenaan, lelaki itu - dipercayai suaminya boleh didengar berkata: “Berhenti dan tanggalkan tuala itu.

“Wanita cantik seperti kamu, dengan tujuh lelaki. Kamu patut dihukum.

“Sekarang semua orang boleh lihat! Sekarang semua orang boleh lihat!”

Wanita itu cuba melindungi kehormatannya dengan kanvas yang digunakan untuk menutup sebuah motosikal tetapi dihalang oleh lelaki berkenaan.

Menurut maklumat bersama video itu, lelaki berkenaan mendapati wanita itu berbalas mesej dengan beberapa lelaki dan berkongsi gambar bogelnya meskipun ia tidak dapat disahkan.

Video itu kemudian dimuat naik di laman LiveLeak.com dan mencatatkan lebih 9,000 tontonan dalam tempoh lapan jam.

Seorang penonton berkata: “Saya tidak tahu apa yang dia lakukan dan saya tidak peduli. Tiada siapa berhak dimalukan sebegitu.” - Agensi/Harian Metro/21/1/16




Bayar Bil Elektrik Guna Ubi, Pisang, Itik



Jakarta: Kira-kira 600 keluarga di empat kampung di Ponoroggo, Jawa Timur membayar bil elektrik menggunakan hasil pertanian seperti ubi kayu, pisang dan itik.

Keadaan itu berlaku sejak 2011, selepas buat pertama kalinya penduduk di kampung Andung Biru, Tiril, Sumber Duren, dan Roto Probolinggo menerima bekalan elektrik di kediaman mereka.

Bekalan elektrik itu disalurkan selepas sebuah loji jana kuasa hidro kecil berkapasiti 40 kiloWatt dibina di wilayah itu.

Seorang penduduk Anjung Biru, M Rosid berkata, jana kuasa yang dibina Perusahaan Gas Negara dengan kerjasama Universiti Brawijaya mampu menerangi 600 buah rumah di empat kampung.

“Alhamdulillah, pada waktu malam kampung di sini jadi terang dan kanak-kanak boleh belajar serta keluarga boleh menonton televisyen setiap malam,” katanya.

Uniknya, penduduk kampung berkenaan tidak membayar bil elektrik dengan wang tunai tetapi dengan hasil pertanian seperti ubi kayu hinggalah ke itik.

“Penduduk di sini majoritinya bergantung pada hasil pertanian dan tidak berkemampuan.

“Sebab itu kami dibenarkan membayar bil elektrik dengan hasil pertanian seperti ubi kayu, pisang, ayam dan itik,” jelasnya. - Agensi/Harian Metro/22/1/16




,

[Gambar] Jalan Paling Bahaya di Dunia






Turki: Sebuah jalan raya di Turki - Jalan Bayburt D915 baru-baru ini diiktraf sebagai Jalan raya paling berbahaya di dunia.

Menurut web dangerousroads.org . jalan raya itu mengatasi ‘Jalan Maut’ di Bolivia.

Jalan Bayburt D915 sepanjang 106 kilometer dengan 29 selekoh berbahaya terletak di kaki Gunung Soganli yang setinggi 1,828 meter.

Ia digambarkan sebagai laluan yang sukar kerana pemandu tidak boleh membelok di beberapa selekoh dengan mudah disebabkan terlalu hampir dengan cenuram.

Malah, jalan raya itu juga tidak mempunyai penghadang keselamatan bagi mengelak kenderaan terjatuh ke dalam gaung sekiranya tergelincir atau terbabas.

Sebahagian laluan itu ditutup setiap kali musim salji kerana licin.

Berbeza dengan Laluan Maut di Bolivia yang sering digunakan pelancong yang ingin melihat pemandangan indah, Jalan Bayburt digunakan penduduk tempatan yang memandu pelbagai jenis kenderaan - dari motosikal hingga ke lori.

Menurut dangerousroads.org: “Gambar dan kata-kata tidak cukup untuk menyatakan betapa bahayanya jalan berkenaan.”

Selepas Jalan Bayburt, laluan kedua paling bahaya di dunia ialah Jalan Keyling-Kishwar di India. Jalan bengkang-bengkok sepanjang 232 kilometer itu juga terletak di lereng gunung.

Di situ, kenderaan melalui jalan bengkang bengkok di lereng gunung sepanjang 232 kilometer.

Jalan La piste de Amitie di New Zealand pula dipilih jalan raya ketiga paling bahaya di dunia. - Agensi/Harian Metro/23/1/16




, ,

Suami Potong Hidung Isteri



KABUL: Seorang ibu muda melalui detik ngeri apabila hidungnya dipotong oleh suaminya dalam satu serangan fizikal.

Dalam kejadian pada Ahad, Reza Gul, 20, telah diserang oleh suaminya menggunakan sebilah pisau di sebuah kampung yang ditadbir oleh puak Taliban.

Pengarah Kesihatan Awam Wilayah Faryab, Dr Maroof Samar berkata, mangsa berada dalam kaedaan kritikal ketika dibawa ke hospital.

Sementara itu ibu mangsa, Zarghona memberitahu, Reza Gul sering dipukul dan menjadi mangsa deraan suaminya iaitu Muhammad Khan, 25 sejak lima tahun lalu mendirikan rumah tangga.

"Bila dia sanggup memotong hidung Reza Gul, saya rasa ingin cicang dia jika terjumpa," katanya dalam keadaan marah. -Mstar/22/1/16

Lanjut di sini.

Dr Vida Tarik Balik Dua Produk Qu Puteh


Foto; SH

KOTA BHARU - Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengesahkan menarik balik produk kecantikannya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei berkuatkuasa serta merta.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, kedua-dua produk berkenaan ditarik balik sebaik tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, kita tarik balik kedua-dua produk ini,” katanya.


Datuk Seri Vida berkata, pihaknya sudah menghentikan seketika pengeluaran dan penjualannya di Malaysia dan Brunei berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Kita akan menghantar sampel produk itu ke KKM untuk diadakan ujian buat kali kedua bagi mengesahkan keselamatannya terhadap pengguna,” katanya.

Usahawan terkemuka itu turut menegaskan produk dihasilkan tidak mendatangkan bahaya atau kesan sampingan lain kerana ia tidak mengandungi campuran bahan kimia. - Sinar Harian/22/1/16


Qu Puteh Whitening Pro 9 Tidak Lagi Dibenarkan Dijual

Qu Puteh Whitening Pro 9


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran syarikat Vida Beauty dihentikan jualannya serta-merta kerana mengandungi racun berjadual merkuri pada paras tinggi.

Pada masa sama, syarikat itu diberi tempoh 72 jam untuk menarik balik stok mereka di pasaran.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 kerana merkuri boleh memudaratkan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata produk itu telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

"Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

"Merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak atau bayi dalam kandungan," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah membuat ujian ke atas produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dan hasilnya menunjukkan satu produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 - mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

Beliau berkata notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan arahan sudah diberikan kepada syarikat berkenaan.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannnya dengan serta-merta," katanya.

Dr Noor Hisham memberi amaran pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM25,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Tempoh penjara dan denda bertambah untuk kesalahan berikutnya.

Selain itu, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - Bernama/22/1/16



,

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Ajak Pelajar Lakukan Seks



KUALA LUMPUR - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengajak seorang pelajar tingkatan tiga melakukan hubungan seks, empat hari lalu.

Nur Mohd Solehin Rusli, 29, seorang juruteknik, didakwa mengajak remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan cuba memberikan wang RM100 yang mana telah mengganggu kesantunan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pusat karaoke Just K Brem Mall Jalan Kepong, Sentul, di sini pada pukul 5 petang, 18 Januari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia tidak berkemampuan dan perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibu bapa yang sudah tua.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes. –Bernama/21/1/16


,

Suami Dilepas dan Dibebas daripada Tuduhan Subahat Rogol Isteri


KANGAR, 22 Jan (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang suami daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya, bagaimanapun tertuduh dikenakan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan menakut-nakutkan isterinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar melepaskan tertuduh daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan selepas membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 29 Jun 2015.

Bagaimanapun mahkamah menaikkan hukuman penjara setahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen kepada empat tahun terhadap tertuduh berumur 25 tahun itu kerana melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan.

Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara itu bermula pada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 1 Jan 2014.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan di sebuah rumah di Arau mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili Peguam Fatin Hayati Abdul Rahman.-- BERNAMA

, , ,

Selasa, 19 Januari 2016

Putar Belit Fakta Mahkamah, Guan Eng Pertimbang Saman Tantawi


KUALA LUMPUR 18 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi jika memutar belit penyelesaian damai kes saman fitnah itu.

Pegawai Khas Undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata beliau dan ramai lagi terkilan berikutan Nasrudin menulis rencana berkaitan hal itu bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’.

Beliau berkata, Nasrudin sama ada dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan kerana memutar belit dan memperlekeh kebenaran seolah-olah menegakkan benang yang basah apabila menulis rencana itu.

“Jika Nasrudin yakin artikel asal bukan fitnah terhadap Guan Eng mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada Ketua Menteri?

“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” katanya pada kenyataan media hari ini, berikutan tindakan Nasrudin semalam yang menulis rencana berkenaan selepas proses penyelesaian damai dicapai.

Sebelum ini, Guan Eng mengambil tindakan saman terhadap Nasrudin berikutan tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang dimuat naik ke facebook pada 6 Ogos 2014.

Sebaliknya, Raja Syarafina berkata, Guan Eng masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan mahkamah walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadual berlangsung semalam dan hari ini.

“Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap Guan Eng melalui artikel itu,” katanya dan menambah, Nasrudin tidak berbuat demikian, malah sebenarnya enggan menyuarakan kekesalannya terhadap salah faham akibat artikel itu.

Sedangkan, katanya, jika Guan Eng mementingkan kepentingan diri semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ Nasrudin, penyelesaian damai itu tidak mungkin berlaku sama sekali.

Mengenai penyelesaian damai itu, Raja Syarafina berkata, ia dicapai antara pihak berkaitan menerusi Perintah Persetujuan bertarikh 18 Januari 2016 di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong ekoran permohonan Nasrudin.

Katanya, Guan Eng bersetuju dengan Nasrudin menzahirkan kekesalannya di depan hakim dan hadirin mahkamah mengenai kandungan artikel yang mengakibatkan salah faham terhadap ketua menteri itu.

Beliau berkata, kenyataan Nasrudin itu direkod mahkamah dan disahkan kembali oleh defendan itu yang turut membayar RM10,000 kepada Guan Eng sebagai kos, ialah:

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri.” -Roketkini.com


Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:-

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) Walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) Meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) Andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

P/s: Admin sudah banyak kali menyatakan bahawa kes seperti ini terutamanya yang membabitkan puak holier that thou perlu dibicarakan sehingga selesai kerana penyelesaian separuh jalan akan membuka ruang putar belit untuk keuntungan politik murahan. 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH