Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 3 Ogos 2009

DEMO ANTI-ISA: RUGI 200 JUTA & PERSOALANNYA


(Bukan sahaja berita, perihal duit pun "diputar" pada hari ini)


Semalam saya menonton tv, berita pada waktu perdana, melihat & mendengar separuh daripada slot berita (1 jam) tersebut yang memerihalkan demo Anti-ISA pada 1 Ogos yang lalu. Selain berkali-kali mendengar frasa "perhimpunan haram" perkara lain yang cuba ditonjolkan dalam berita tersebut adalah tentang kerosakan dan kerugian peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan sewaktu dengannya. Maka keluarlah sesi temu bual dengan wakil persatuan peniaga yang ulasan dan pandangannya seiring dengan berita yang disampaikan.


Pautan di bawah ini juga berkaitan dengan demo yang dianjurkan oleh GMI pada hari Ahad yang lalu. Berita di bawah ini juga berkaitan dengan "luahan" yang disampaikan oleh wakil persatuan peniaga seperti yang dinyatakan di atas. Yang berbeza, Pak Menteri seperti yang diberitakan di bawah ini memberikan anggaran kerugian yang ditanggung oleh peniaga. Yang mengejutkan ialah anggaran yang dibuat, iaitu sebanyak RM200 juta.

[MSTAR] 2 Ogos - "Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.
"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia "Merealisasikan Wawasan Negara" anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini...."
Persoalannya:
Benarkah jumlah kerugian yang ditanggung itu mencecah jumlah yang dianggarkan itu. Saya kutip beberapa persoalan yang cuba ditonjolkan oleh Malaysia Today untuk direnung dan difikirkan bersama:
[MALAYSIA TODAY] "....hope to see the owners of businesses who suffered losses launch legal action against the people behind Saturday’s march. The organisers are not that difficult to identify because they are not ‘underground’. In fact, they are very open and have many times held press conference, made statements, and issued press releases. So it is well documented as to who these people are.

Once the lawyers launch a civil suit on behalf of all the business owners, then the case can be rushed through the courts and the courts can come out with its quick decision and start assessing the damages the organisers will have to pay the business owners.

Of course, in their statement of claim, they will have to include all their statement of accounts to prove what their losses are. They will have to convince the court that on a normal Saturday afternoon they would be assured of a certain sales figure. And the profit on these sales would also have to be shown.

In other words, they would have to prove their losses by way of accounts and documentation. They cannot just claim they lost between RM100 million to RM200 million. They would have to prove this amount. And it can only be proven through historical records, meaning their accounts.

What profit do they normally make on their sales? For sake of argument, say it is 10%. This means they would need to sell RM1 billion to RM2 billion to make RM100 million to RM200 million.

A good way to prove these losses would be to show the court their tax payments for the last three years or so. The businesses that suffered losses would have to show what their declared sales figures were for the last three years or so according to the tax records submitted to the tax department. This would help prove that on one afternoon of two to three hours their sales were RM1 billion to RM2 billion.

In a full day that would be RM2 billion to RM4 billion -- since half a day it is RM1 billion to RM2 billion. Over a year that would come to RM700 billion to RM1,400 billion.

Okay, let’s round it off and take the average of the two. Based on the losses these business suffered on one Saturday afternoon of about two to three hours, their annual sales would have come to approximately RM1,000 billion...."

WOW!

Ahad, 2 Ogos 2009

DEMO ANTI-ISA: APABILA GAMBAR BERCERITA...


















Ada yang mendakwa jumlah penyokong anti-ISA mencecah 20 000 orang, ada yang kata 80 000 orang, dan ada yang kata jumlah rakyat yang turun menentang akta yang zalim itu mencecah 100 000 ribu orang. Di balik angka puluhan dan ratusan ribu itu ada juga suara-suara yang mengatakan jumlah yang hadir hanya sekitar 5 000 orang sahaja.

Nilaikanlah sendiri koleksi gambar yang saya salin & tampal di atas. Hak cipta gambar-gambar tersebut milik Malaysia Kini, Merdeka Review, Wargamarhaen, blog-blog pro anti-ISA, dan jurugambar-jurugambar yang menggadaikan keselamatan diri untuk merakamkan peristiwa bersejarah tersebut. Tanpa tekad dan keberanian mereka sudah tentu suasana sebenar peristiwa bersejarah ini tidak dapat dirakamkan dengan tepat dan telus. Terima kasih kepada mereka!

Berdasarkan laporan terkini Malaysia Kini (11.58 malam) "Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini."

,

Sabtu, 1 Ogos 2009

LIBERALISASI & GLOBALISASI YANG MENJERUT DIRI!

Makalah yang saya pautkan di bawah ini ialah tulisan Pak Kadir. Tulisan beliau kali ini menyentuh tentang kesan dasar liberalisasi yang kian terserlah kemudaratannya sejak akhir-akhir ini. Pemilikan syarikat asing terhadap saham Bernas menjadi contoh yang nyata terhadap dasar yang turut mengorbankan kepentingan Bumiputera. Apa yang ditulis oleh Pak Kadir sudah menjelaskan semuanya. Saya tidak mahu mengulas panjang dan mendalam kerana saya kurang arif tentang hal ehwal yang disentuh.

Namun sebagai orang biasa, saya cuma tertarik untuk menonjolkan suatu frasa daripada artikel itu untuk renungan kita bersama. Berdasarkan frasa tersebut, kita dapat menilai bagaimana cara orang kita berniaga, cara orang kita mengurus ekonomi negara. Frasa yang dimaksudkan telah saya warnakan merah seperti di bawah ini:


"Akhirnya Khazanah Nasional dikerah membeli balik operasi Pantai Holdings di Malaysia dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Nampak-nampaknya inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak"
Tampaknya, orang kita ini tidak pernah belajar daripada kesilapan silam. Mereka hanya pandai bermegah-megah dengan polisi itu, polisi ini. Berasa bangga apabila kerajaan yang jauh di ceruk Afrika mahu mencontohi itu, mencontohi ini, namun pada masa yang sama dipermainkan oleh orang lain melalui istilah yang dibangga-banggakan oleh mereka selama ini. "Liberalisasi", "globalisasi", "modenisasi", "dunia tanpa sempadan", bla..bla..bla. Apalah yang mahu dibangga-banggakan apabila menjual air pun rugi besar!


[A KADIR JASIN] "Pemilikan senyap-senyap oleh syarikat pelaburan Hong Kong, Wang Tak Company Limited, ke atas 31 peratus saham Bernas adalah realiti pasaran bebas.

Inilah contoh liberalisasi dan globalisasi yang sangat-sangat diraikan sekarang. Sesiapa pun yang ada wang -- macam Wang Tak -- boleh membeli saham syarikat di negara kita. Malah menguasainya terus atau membawanya keluar daripada bumi kita ini.

Sama ada pembelian diam-diam oleh Wang Tak itu berlaku sebelum atau selepas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan langkah-langkah liberalisasi pasaran modal dan pemilikan saham bukanlah soalnya.

Pada Era Abdullah Ahmad Badawi beberapa buah syarikat raksasa di Bursa Malaysia “dipersendiriankan” (taken private) dan dipindahkan ke luar negara. Ini termasuklah Maxis Communications Berhad dan Perlis Plantations Berhad. Atau dibeli oleh pelabur asing seperti Pantai Holdings Berhad.

Kita tentu masih ingat bagaimana Abdullah mendakwa tidak ada syarikat Malaysia yang jatuh ke tangan orang asing tetapi terpaksa mengakui bahawa Pantai Holdings sudah dibeli dan dimiliki oleh Parkway Holdings Singapura.

Akhirnya Khazanah Nasional dikerah membeli balik operasi Pantai Holdings di Malaysia dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Nampak-nampaknya inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak.

Itulah yang dibayangkan oleh Menteri Perdagangan Antara dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, apabila beliau berkata Bernas merancang membeli balik sebahagian daripada saham yang dipegang oleh Wang Tak itu.

Tetapi apa atau siapakah Wang Tak ini? Menurut laporan akhbar The Star pada tahun 2007, Wang Tak adalah syarikat milik penuh Lee Hing Development Ltd (LHD). LHD disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Dua orang pengarah LHD adalah Tan Boon Seng dan Ang Guan Seng yang terkenal dalam dunia korporat Malaysia. Tan adalah pengarah eksekutif IGB Berhad dan Ang pengarah urusan Petaling Garden Berhad.

Mengikut laporan-laporan media massa, selain Wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Persoalannya sekarang adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara hatta Kementerian Kewangan.

Apatah lagi kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.

Atau mengapakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya?

Kalau bursa tidak dimaklumkan, penyiasatan perlu dibuat kerana perbuatan itu melanggar peraturan penyenaraian. Adalah juga kesalahan jika beberapa pihak berpakat (acting in concert) membeli saham Bernas bagi pihak Wang Tak.

Bank Negara pula boleh menyiasat peristiwa ini di bawah Akta Tukaran Asing dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti-Money Laundering Act ).

Dalam dunia tanpa sempadan, wang Malaysia boleh mengalir ke Hong Kong atau Singapura dan kembali semula bertopengkan pelaburan asing. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak syarikat raksasa tempatan membawa keluar berbilion ringgit atas alasan melabur di luar negara.

Kesimpulannya, jika urus niaga ini tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kerajaan kita sendiri menggalakkan kemasukan wang asing ke Bursa Malaysia.

Tidak guna kita menjadi emosional atau mengungkit kononnya Bernas strategik kepada keselamatan negara kerana inilah implikasi muktamad dasar liberalisasi yang diuar-uarkan itu.

Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh menyekat kemasukan modal asing atau kepulangan modal tempatan bertopengkan pelaburan asing. Inilah yang dipanggil globalisasi ekonomi dan modal tanpa sempadan.

Apabila kerajaan kita sendiri melaksanakan liberalisasi pemilikan ekuiti, pasaran saham dan perbankan, kita kenalah terima kemungkinan akan ada syarikat tempatan yang jatuh ke tangan pelabur asing.

Bagi pelabur asing ini adalah amalan biasa. Mereka suka melabur dalam syarikat-syarikat strategik seperti makanan dan pertanian, infrastruktur, telekomunikasi dan tenaga.

Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan syarikat strategik ini muflis. Jadi pelaburan mereka selamat dan mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam ekonomi negara tuan rumah.

Inilah erti sebenar dan nyata liberalisasi dan globalisasi ekonomi."

,

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN: APA LAGI ALASAN KERAJAAN PUSAT?

Di bawah ini ialah balasan surat Tengku Razaleigh Hamzah kepada TG Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memohon pandangan beliau tentang isu yang menjadi pertikaian, iaitu isu tuntutan royalti minyak Kelantan terhadap Petronas. Sebenarnya, anda boleh sahaja merujuk kepada blog Tengku Razaleigh untuk membaca surat ini, malahan saya yakin ratusan blog lain turut menyiarkan semula salinan surat ini. Namun, saya mahu mengabadikan surat penting ini dalam blog ini untuk tatapan pada masa akan datang. Surat ini bukan sahaja mempunyai nilai penting kepada rakyat Kelantan, malah secara tidak langsung menggambarkan sikap pilih kasih Kerajaan Pusat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan mereka.

Dengan perakuan dan penjelasan oleh Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Petronas yang pertama dan lebih penting selaku orang yang menandatangani perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1975, kita 1Malaysia ternanti-nanti alasan Kerajaan BN tentang keengganan mereka membayar royalti minyak kepada Kelantan.


"TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

————————–

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30 July, 2009

8th Sya’ban, 1430


Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Chief Minister of Kelantan

Office of the Chief Minister

Block 1, 1st Floor

Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu

KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

Y.A.B. Dato,

KELANTAN STATE’S CLAIM FOR OIL ROYALTIES

My prayers to Allah, s.w.t. for your good health.

Thank you for your letter dated July 15, 2009 and conveyed to me by Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa on July 17, 2009.

Malaysia was formed in 1963, in the teeth of armed opposition from a neighbouring country, without our having had time to clarify the demarcation between State and Federal jurisdictions offshore. This discrepancy eventually led the Sarawak State Government to dispute the Federal Government’s jurisdiction over waters offshore of Sarawak in respect of petroleum resources.

In talks between the State Government of Sarawak and the Federal Government, we solved this problem within the framework of the Petroleum Development Act of 1974. I represented the Federal Government in these negotiations. Instead of going by the complicated route of amending the Federal Constitution to demarcate State vs Federal jurisdictions, we applied Section 4 of the Petroleum Development Act to apportion the value of petroleum resources offshore (and onshore) between them. The same agreement was used for Sabah.

The Petroleum Development Act is thus of unusual significance. It makes possible an agreement whereby the State Government first vests irrevocably all its “powers, liberties and privileges” in respect of Petroleum lying onshore or offshore of its territory in PETRONAS. “In return” says a second agreement, PETRONAS “shall make to the Government a cash payment in the form of a yearly sum amounting to 5% of of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by Petronas or its agents or contractors.” The late Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir signed on behalf of the State of Kelantan as Menteri Besar and I signed on behalf of PETRONAS as its chairman.

There is no ambiguity at all in this pair of agreements about the demarcation of jurisdictions on or offshore of Malaysia with respect to Petroleum. It is very clear that PETRONAS is bound to these agreements just as the State Government of Kelantan is, and therefore that PETRONAS must pay the Kelantan State Government the cash payment of 5% from petroleum resources extracted from Malaysian waters offshore of Kelantan.

As I recall, in the 1960’s the Federal Government assigned a portion of the offshore area now being exploited by the JDA (Joint Development Authority) to an international oil company. That company returned the concession to the Federal Government after they found that the cost of extraction would exceed the market price of oil at the time.

I sought and obtained the consent of the Prime Minister, the late Tun Abdul Razak, to sign the same agreements under Section 4 of the Petroleum Development Act with each state in Peninsula Malaya for the sake of uniformity under the Act, and with a view to the fact that our East Coast states were less developed and would benefit from receiving these payments.

At the time we already anticipated finding oil and/or natural gas in Malaysian waters offshore of Kelantan, Terengganu and Pahang and looked forward to the benefit that such resources might bring to the people and to these states.

Thank you. Wassalam.

Yours sincerely

(Tengku Razaleigh Hamzah)"

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH