Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 5 Disember 2011

Habuan Awang Afrika


Saya petik:

SOAL SIASAT...penguat kuasa mengambil keterangan gadis terbabit.
SOAL SIASAT...penguat kuasa mengambil keterangan gadis terbabit.

[HM] MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.

Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.

“Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel....



P/s: Kalau dulu-dulu, perempuan Melayu kemaruk dengan Mat Pakistan yang menjual karpet, kemudian Mat bangla, sekarang sudah banyak yang kemaruk dengan Awang Afrika. Anak "dara" siapa ini?




, ,

Ahad, 4 Disember 2011

[Gambar 18SX] Kerana SENI, Wanita Tinggal dengan BABI dalam Keadaan BOGEL





Miru Kim mengakui bahawa dia takut akan kuman. Namun, untuk kerja seninya, Miru Kim telah membuat keputusan untuk tinggal dengan dua ekor babi selama 104 jam, tanpa henti.

Bekas pelajar perubatan itu berbuat demikian di hadapan salah satu galeri di Art Basel Miami 2011. Pengunjung boleh melihatnya tinggal dengan babi tersebut dalam keadaan telanjang melalui tingkap yang disediakan.

Kata Miru, "Saya suka akan babi, babi seperti saya. Apabila saya bercampur dengan babi, saya dapat merasakan kewujudan saya lebih daripada biasa."

Selama berada di kandang khas itu, dia akan makan dan tidur bersama-sama dengan haiwan itu.

Kim, anak perempuan seorang ahli falsafah Korea sebelum ini mendapat nama kerana berbogel  dan bergambar dalam keadaan bogel di tempat-tempat seperti kilang-kilang yang ditinggalkan, terowong, dan jambatan.

Kata Kim, aksi yang digelar kerja seni ini dapat membantunya mengatasi ketakutannnya  - "takut akan gelap, takut akan aktiviti berbahaya di tempat umum, dan takut akan kekotoran". -DCM


P/s: Kerana seni sanggup menjadi "babi" dan mendedahkan "kemaluan" diri! 
GILA!!!!


Jumaat, 2 Disember 2011

[Video] Banjir BESAR di Kajang


Video:


P/s: Media melaporkan ratusan kenderaan ditenggelami air. Hujan lebat yang turun sekitar jam 3.00-4.00 petang menyebabkan banjir kilat yang membanjiri kawasan yang terjejas. Suasana di situ tidak ubah seperti sedang dilanda tsunami. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Air juga dilaporkan sudah beransur surut.




, ,

Pak Samad Ketuai Protes RUU Aman 2011 di KLCC Esok (3/12/11)

Saya petik:
[MK] Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

klcc walk for freedom of assembly crowdKebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang  daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang  tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

malaysian can walk klcc 261111 08Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.



, ,

Wanita Terencat Akal Jadi Mangsa Rogol Warga Emas


Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Baik ada makna. Itu gambaran yang sesuai apabila seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun berpura-pura berhubungan baik dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lebih setahun lalu mengambil kesempatan merogol mangsa.
 
Perbuatan warga emas yang tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun disahkan hamil enam minggu setelah mangsa menjalani pemeriksaan pada 26 November lalu.
 
Ibu mangsa yang dikenali Chia, 51, berkata, pada mulanya dia tidak tahu siapa yang merogol anaknya itu namun kejadian dua hari selepas anaknya disahkan hamil membongkar pelaku yang bertanggungjawab.
 
Menurutnya, pada 29 November, anaknya sekali lagi nyaris menjadi mangsa perbuatan warga emas tersebut, namun anaknya enggan dan memaklumkan apa yang berlaku kepadanya sebelum warga emas itu berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
 
“Saya tergerak hati untuk membawanya ke klinik dan menjalani pemeriksaan dan akhirnya dia disahkan hamil enam minggu.
 
“Daripada apa yang dimaklumkan anak saya, sudah banyak kali dia dirogol,” katanya pada sidang media bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), di menara PGRM, Cheras, di sini semalam.
 
Hadir sama, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam PGRM, Wilson Lau dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru.
 
Chia berkata, berdasarkan apa yang diceritakan anaknya kejadian rogol itu dilakukan di tangki air tingkat 18 di rumahnya di Taman Mutiara Fadason Jinjang Utara.
 
Katanya, terdapat juga jiran yang pernah melihat warga emas yang bekerja di tapak binaan berdekatan kawasan rumahnya itu membawa anaknya naik ke tingkat atas.
 
“Apabila saya beritahu anak saya yang dia kini hamil dan akan mempunyai bayi, dia hanya ketawa (kerana tidak mengerti apa-apa),” katanya.
 
Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan namun maklum akan hubungan baik lelaki itu terhadap anaknya.
 
“Anak saya mengalami deman panas ketika berusia empat tahun menyebabkannya terencat akal dan pada umur 18 tahun, dia mengalami kemalangan dan menyebabkan kecacatan kekal pada kaki kirinya,” katanya.
 
Pada masa sama Wilson berkata, mangsa rogol berkenaan kini ditempatkan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan sebarang tindakan susulan terhadap OKU berkenaan bergantung kepada nasihat doktor.
 
“Untuk kes ini, ibu mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa sukar untuk mangsa memperoleh keadilan walaupun boleh sabit kesalahan dengan kes rogol, namun disebabkan ia melibatkan mangsa OKU, sukar untuk memperoleh kemenangan di mahkamah,” katanya.
 
 
 
 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH