Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 23 September 2010

Cinta Itu Buta!


Cinta itu buta. Begitulah lazimnya. Cinta dikatakan buta kerana manusia yang dilamun cinta sanggup melakukan apa-apa sahaja demi cinta. Ada yang sanggup berselingkuh sebelum termeterainya ikatan perkahwinan yang sah, ada yang sanggup membuang zuriat kerana cinta, ada yang sanggup menerima penampar dan penumbuk kerana cinta. Mereka buta terhadap hukum agama, mereka buta terhadap perasaan perikemanusiaan, mereka buta terhadap rasa sakit dan pilu.

Cinta juga buta kerana ketika dilamun cinta, usia bukan lagi halangan, paras rupa bukan lagi syarat utama, harta bukan lagi ukuran, pangkat tidak lagi menjadi bandingan, darjat bukan lagi suatu masalah.

Ya cinta itu buta. Kerana ada orang yang buta sehingga sanggup mencurangi isteri atau suami, ada yang sanggup meninggalkan anak, isteri, atau suami, ada yang sanggup sembunyi-sembunyi berkasih dengan orang lain, ada yang sanggup berperang demi kekasih gelap. Mereka menjadi buta kerana cinta yang jauh terpesong daripada agama lazimnya bersifat demikian. Kata orang yang "haram" itu selalunya "indah". Benarkah begitu?

Kali ini, si ibu reda terhadap perkara yang berlaku kerana sayang melampaunya terhadap si pembunuh anaknya sendiri. Kalau dia sanggup mencurangi suami sendiri, sehingga melahirkan anak di luar ikatan perkahwinan, perlukah kita berasa pelik dengan pengakuannya itu?

Semoga keadilan untuk adik Syafiah Humaira terbela.

Saya petik:
[HM] SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya. 

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.- Syah Rul Aswari Abdullah

[Kemas Kini] Sosilawati Berkemungkinan Dirogol?

Saya tidak mahu komen apa-apa tadi, walaupun agak terkejut dengan laporan berita ini yang saya salin dan tampal dari portal Berita Harian. Namun, seorang pembaca memberikan komen yang wajar kita renungi bersama. Dia mempersoalkan cara pihak polis mahu membuktikan kemungkinan mangsa dirogol sedangkan tiada jasad yang boleh disiasat melalui prosedur forensik. Adakah pihak polis hanya mahu bersandarkan pengakuan suspek semata-mata? Jika begitu, mengapa perlu mengambil sampel sperma? Bukankah tindakan itu mencetuskan spekulasi terhadap kematian Sosilawati? Adakah penjenayah ini terlibat dalam kes rogol yang lain?

Saya petik:


Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

[BH] KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

,

Rabu, 22 September 2010

Pejabat Peguam Negara Pulangkan Semula Kertas Siatasatan Kes Sosilawati yang Tidak Lengkap

Seriau! Jangan silap sehingga memberi ruang dan peluang kepada penjenayah meringankan hukuman atau membebaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapi. Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara, mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, polis diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. Beliau berkata, pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut. Katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. 
Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang adalah suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Kehilangan Shafik dan rakannya dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut membabitkan kes kehilangan usahawan batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum Ini:
* Kertas siasatan kes Sosilawati diserah kepada Peguam Negara

, ,

Si Lahanat, Pembunuh Syafiah Humaira, Dihukum Mati


Saya petik:

[Mstar] SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil,28, Rabu dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia bersalah menyebabkan kematian anak kepada teman wanitanya. Kanak-kanak perempuan itu, Syafiah Humaira Sahari berusia tiga tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohtarudin Baki selepas mendengar perbicaraan yang berlangsung selama tujuh bulan itu.

Tertuduh yang merupakan kekasih kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz didakwa membunuh mangsa dengan cara menendang dan memijak perut kanak-kanak tidak berdosa itu kerana dikatakan enggan memakai selipar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola di Jalan Utama, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Syafiah Humaira yang manja dipanggil “Pia’ merupakan anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul.

Sahari kini berada dalam tahanan reman kerana sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Syakimie Iqbal hasil hubungannya bersama tertuduh.
Syafiah Humaira disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, kepala dan juga abdomen.

Betulkah Artis Cun Ini Kahwin dengan Menteri? Siapa Menteri "Bertuah" Itu?

Selepas Bung, ada lagi Pak Menteri "makan" pucuk muda? Saya petik:

[BN] Gosip angin sepoi-sepoi bahasa menyatakan yang si Zahida Rafik ini sudah pun berkahwin dengan seorang menteri di London sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya bukan sebagai isteri pertama. Mungkin kedua, mungkin ketiga.

Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Zahida Rafik. Nampaknya menteri-menteri kita tersangatlah femes di kalangan artis. Dulu Bung berjaya mengorat Zizie, kini giliran Zahida Rafik pulak dingorat oleh menteri. Taste tinggi jugak yek menteri Malaysia nie.

Satu je yang menjadi kemusykilan kami dari dulu sampai sekarang, apa sebenarnya si Zahida nie buat sampai layak digelar artis. Berlakon pun macam tak ada. Menyanyi lagi lah kan? Ada sesiapa boleh terangkan kepada kami?

Apa pun tahniah kepada si menteri yang mendapat gadis secun Zahida Rafik untuk dijadikan isterinya. Semoga kekal bahagia.

Siapa Pak Menteri itu? Ada blog menulis:
[MctHeory] ...Aduhh.. betul ke gossip ni?? Amboihh laa.. pak pak menteri boleh tahap jugak tastenya.. risik-risik khabar, menteri tu menteri kemajuan luar bandar dan wilayah siapa lagi kalau bukan Shafie Apdal.
Tak kisah pun kalau nak kawin muda, cuma.. kerja dan rakyat tu janganlah lupa. DS Najib suruh tambah cawangan UMNO, tapi pak pak menteri tambah cawangan sendiri. Salah faham nampaknya.. adehh la...

FUH!

(Kredit: Manjung Mari)

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH