Judi Bermaharajalela di bawah Kerajaan BN. Apa Hukum Undi Kerajaan Bersekongkol dengan Judi?
Saya sokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS yang mengharamkan sebarang bentuk judi. Untuk penegtahuan penyokong UMCO, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengharamkan sebarang bentuk aktiviti perjudian sejak mengambil alih negeri itu 20 tahun lalu.
Kita maklum bahawa Islam melarang sebarang bentuk judi. Saya ada pautkan kiriman fasal hukum dan sebab pengharamannya sebelum ini. Jadi, saya malas mahu meyalintampalkannya di sini.
Timbul persoalan, mengapa haramkan juga judi sedang orang bukan Islam tidak dihalang berbuat demikian? namun dari segi moral, judi adalah perbuatan yang tidak baik. Mungkin kerajaan memperoleh jutaan RM hasil cukai kegiatan perjudian, namun impak negatifnya terlalu besar untuk masyarakat umum. Saya perturunkan satu kesan buruk judi, selebihnya anda boleh fikirkan sendiri:
* Judi mendorong seseorang menghabiskan wang dan berhutang. Ada yang sanggup berhutang dengan "ah long" untuk membiayai tabiat itu apabila kehabisan. Akibatnya, ahli keluarga diganggu oleh "ah long" apabila kaki judi gagal mebayar hutang. Kerana tidak tahan diganggu "ah long", ibu bapa memutuskan hubungan kekeluargaan, manakala si isteri menuntut cerai. Lebih malang, ada yang sanggup melacurkan isteri dan anak untuk membayar hutang judi. Berdasarkan kesan ini, tanpa mengira kaum dan agama, apa alasan anda untuk menyokong judi?
Malaysia Kini melaporkan bahawa Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras menyatakan bahawa pengharaman judi dan aktiviti maksiat yang lain di Terengganu telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004.
"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik."
"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik."
Anda faham maksud kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Terengganu itu? Maksudnya, UMCO yang kononnya terlebih Islam daripada orang lain, terlebih Melayu daripada orang lain, bermuka-muka dan hipokrit dalam isu halal dan haram apabila bersekongkol menarik semula larangan judi selepas perkara itu diharamkan oleh PAS ketika mengambil alih pemerintahan di Terengganu. Dalam hal ini, saya mahu tanya, apakah hukum rakyat Terengganu mengundi UMCO yang menarik balik pengharaman tersebut?
Selepas kes Kerajaan Pusat didakwa memberikan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada sebuah syarikat kroni, kini isu berkaitan dengan judi kembali hangat apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu baru-baru ini menyerbu kedai alat tulis yang menjual tiket loteri di Kelantan.
Tindakan itu telah membuatkan "pelakon porno" aka Presiden MCA Dr Chua Soi Lek membuat bantahan dan memohon bertemu muka dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membincangkan perkara itu. Keinginan Chua Soi Lek itu disambut dengan tangan terbuka oleh TG Nik Aziz dan bersedia bertemu dengan Chua tanpa syarat.
Poin saya, sokong BN, bersemaraklah judi di negara kita. Jika tidak, masakan negara memiliki pusat judi antara yang terbesar di dunia!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.