[PANAS] Selepas Dimaki Saudara Kandung, Ummi Hafilda Akan "Dibogelkan" Baginda. Tunggguuuu!!!
[MK] Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.
Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.
Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.
Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.
Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.
Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.
Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.- Hazlan Zakaria
Ummi kena tipu? Kah kah kah!


Bodoh betul si Baginda tu..
Ummi dok cerita pasal sejarah apa yang berlaku 10 tahun dulu, bukan cerita saiful skrg ni; mana dia ada kaitan langsung dengan si saiful ni..
Dah lah tu kenapa pula tiba tiba nak sibuk.. kenapa tak cakap 10 tahun dulu pasal ni, kenapa skrg, ada perjanjian 'syaitan' ke dengan anwar ibrahim atau azmin..
Baginda buka pekong dia dengan umi di London.. itu masalah dia dan umi, umi ni bukan nya politician, apa org nak sibuk samada dia ada moral ke tak.. Eli pun tak bermoral, masih sihat aje jadi politician kat selangor tu, yang penting apa yang dia cakap tu betul.. Baginda'bangga' dengan skandal dia dengan org kat luar negara.. berani buat kat luar negara aje.. berani nak dedahkan semata mata untuk tahankan anwar ibrahim.. kalau org menggunakan akal fikiran, memang nampak sangat ada perjanjian 'syaitan' atau wang besar yang bertukar tangan.. siapa yang dah kering kontang ni.. umi atau baginda
Siapa nak saman siapa.. umi tujukan pada anwar ibrahim yang duit berbillion tu.. mampu nak saman umi guna best lawyer in malaya kalau tak betul.. siapa umi nak saman baginda nak tutup pasal isu skandal dia dengan Baginda ni.. entah siapa baginda ni pun, tak ada org kisah..