Saya olah kiriman ini berdasarkan berita di Berita Harian.
\Menurut akhbar itu, pihak polis sudah mengenal pasti identiti lelaki dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama seorang wanita dipercayai warga asing.
Walau bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identitinya kerana siasatan masih dijalankan mengikut prosedur dan undang-undang, walaupun sudah mendapat pengesahan ketulenan video serta boleh mengaitkan individu dalam rakaman itu. Lihat betapa yakinnya pihak polis dalam hal ini!!!
“Berdasarkan siasatan, kita tahu siapa dia... kita percaya kita tahu. Ini berasaskan kepada fakta dan bukti-bukti yang kukuh daripada siasatan yang dijalankan.
“(Selain itu) Saya hanya nak mengatakan video itu sahih, kita mempunyai asas untuk mengaitkan individu dalam video itu, hanya saya tak boleh umum hasil siasatan sekarang. Kita ada prosedur... macam kes lain, mana saya boleh beritahu, kena serah pada Peguam Negara,” katanya di Bukit Aman semalam.
Biarpun beberapa pihak telah menganalisis video itu dan berjaya membuktikan video itu direkayasa atau sekurang-kurangnya berjaya menimbulkan keraguan , namun pihak polis dengan bangganya mendakwa bahawa video itu tulen, tanpa menjelaskan persoalan-persoalan yang berjaya dibangkitkan
di sini. Keyakinan yang ditunjukkan oleh PDRM melalui KPN ini membuatkan banyak pihak semakin meragui kredibiliti PDRM sebagai sebuah institusi yang menegakkan keadilan di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam berkata polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Anwar Ibrahim sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
Kenyataan di atas seolah-olah memaksa rakyat Malaysia mempercayai Anwar Ibrahim yang kononnya melakukan aksi porno dengan pelacur China membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke lokasi konspirasi ini dirakam. Bolehkah mereka, konspirator memaksa rakyat mempercayai Anwar Ibrahim tertinggal jam Omega bersama-sama dengan kad pendaftaran jam tersebut di lokasi kejadian? Cerita lanjut fasal kad pendaftaran jam ini boleh dibaca
di sini.
Mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku dalam video seks sama ada boleh dikenakan tindakan jika dirakam di luar negara, Ismail berkata, polis mempunyai kebijaksanaan dan sedang meneliti segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan susulan.
Beliau juga enggan mengesahkan sama ada polis sudah mengenal pasti wanita dalam rakaman video berkenaan, tetapi menjelaskan sudah merakam percakapan ramai individu yang dikenal pasti dapat membantu siasatan.
Mengenai lokasi sebenar pelakuan seks itu termasuk kemungkinan dirakam di Thailand, Ismail berkata, apa yang penting, siasatan polis mengesahkan rakaman video seks itu tulen dan ia penting bagi mengukuhkan hasil siasatan.
“Saya rasa yang penting ialah kesahihan video, maknanya ia bukan diada-adakan atau ‘super impose’. Jika buat (dirakam) di Malaysia atau mana-mana pun, yang penting sahih tak sahih (rakaman)... itu yang mengukuhkan isu siasatan ini.
Malang betul apabila KPN mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Katanya lokasi tidak penting, yang penting gerangan pelakon video itu, sedangkan dakwaan yang dibuat oleh pihak konspirator berdasarkan waktu yang tertera pada rakaman bertarikh 21 Februari adalah dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam. Maknanya, jika Anwar Ibrahim menjadi Superman terbang ke Bangkok pun tidak mengapa, jika Anwar Ibrahim menggunakan kereta Formula 1 untuk ke hotel/SPA pun tidak mengapa, janji pelakon yang beraksi mirip Anwar Ibrahim.
Katanya lagi: “Orang nak tahu sama ada video itu tulen atau sebaliknya, polis sudah rujuk kepada pakar yang kemudian mengesahkan ia tulen,” katanya sambil memberitahu polis turut menghantar video itu kepada beberapa pakar lain bagi mengesahkan ketulenannya.
P/s: Kepada para konspirator, ingat neraka jahanam!!! Bila PDRM mahu menyiasat berbelas-belas lagi video seks Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan oleh Ummi Hafilda?
puok2 ni tak ingat neraka jahanam boh...dia takut jahanam periuk nasi dia jah ni.....hok bleh bui molek ko puok2 ni adalah bengong3!