"...mereka tidak akan mampu membunuh saya...”

Media melaporkan bahawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menegaskan beliau masih hidup dan mengecam hebat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang dianggap sebagai pengecut dalam rakaman suara yang diterbitkan stesen televisyen Libya, kelmarin.
Rakaman suara itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, Gaddafi mungkin telah meninggalkan Tripoli dan mungkin cedera dalam serangan udara Nato.
“Saya katakan kepada pengecut itu (Nato) bahawa saya berada di tempat di mana mereka tidak akan mampu membunuh saya,” menurut rakaman suara itu.
“Jika anda berjaya membunuh tubuh ini sekali pun, anda tidak akan mampu membunuh jiwa yang berada di dalam hati jutaan orang,” katanya.
Gaddafi sebelum ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejak serangan Nato di kediamannya yang dilaporkan membunuh salah seorang anak lelaki dan tiga cucu beliau, dua minggu lalu.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.