Penagih Paksa Anak Suntik Dadah ke Tubuhnya
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak diperlakukan seperti hamba oleh bapa kandung apabila ditugaskan menyuntik dadah ke tubuh orang tuanya itu ketika gian dan jika gagal berbuat demikian, kanak-kanak berkenaan bukan saja dimaki-hamun, malah dipukul lelaki terbabit.
Selain kerap dipukul jika enggan mematuhi arahan, kanak-kanak tujuh tahun itu tidak bersekolah sebaliknya menjaga lelaki berusia 40-an terbabit termasuk memasukkan dadah ke badan untuk melepaskan gian.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan mahir menggunakan jarum dan dikhuatiri mengikut jejak bapanya yang menjadi penagih dadah tegar.
Perkara itu dibongkar pengurus pusat perlindungan golongan kurang bernasib baik, Rumah Sinar Sofia, Ari Rahayu Rahmat, 41, yang menyifatkan kelakuan penagih terbabit amat melampau dan membawa pengaruh buruk kepada anaknya.
Menurut Rahayu, tindakan lelaki terbabit memberi tekanan mental kepada kanak-kanak itu yang juga anak sulung penagih dadah terbabit bersama pasangannya....
P/s: Aduhai...!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.