Kes Buli di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, BUKTI Jelas, Mengapa Hanya BUANG ASRAMA?
Saya petik:
[BH] ALOR SETAR: Seorang bapa kecewa dengan pihak pengurusan sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di Jitra yang didakwa gagal mengambil tindakan tegas ke atas seorang pelajar senior yang membuli anaknya sehingga meninggalkan kesan trauma melampau.
Abu Bakar Mohd Salleh, 43, yang menetap di Kampung Kubang Bonggor, Alor Janggus mendakwa anaknya, Danial Wafiy Nuruddin Abu Bakar, 14, dibelasah tanpa belas kasihan oleh seorang pelajar tingkatan tiga di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Jitra, pada 2 April lalu dipercayai bermotifkan cemburu.
Abu Bakar berkata, anaknya dibelasah bertubi-tubi termasuk ditendang di perut, disepak sehingga rebah sebelum dipukul dengan sebatang kayu kerusi di kepala berulang kali sehingga mendatangkan kecederaan termasuk bengkak, lebam dan luka seluruh badan.
Difahamkan, pelajar senior terbabit berang kerana tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa dijadikan adik angkat oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat sekolah itu.
Lebih memeranjatkan, aksi buli itu seolah-olah menjadi 'hiburan' kepada rakan pelajar senior terbabit yang turut merakamkan kejadian hampir 20 minit dengan telefon bimbit sebelum menghantar rakaman itu ke telefon bimbit mangsa.
Katanya, kejadian itu hanya disedarinya awal Julai lalu selepas anak keduanya, Nurul Ainin Sofia, 20, melihat rakaman kejadian buli itu menerusi kad sim milik Danial Wafiy yang dipasang menerusi telefon bimbitnya ketika pelajar itu pulang bercuti.
“Jika tidak kerana kad sim itu, pastinya saya tidak tahu anak saya dibuli teruk oleh pelajar senior terbabit, selain didera mental dan fizikal sehingga keputusan peperiksaannya dan prestasi pembelajarannya merosot.
Tambahan pula Danial Wafiy tidak memaklumkan kepada kami, mahupun ibunya mungkin kerana takut diperlakukan lebih teruk lagi.
“Selepas menyaksikan rakaman video itu saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 9 Julai lalu. Namun, saya kecewa kerana sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas pelajar senior terbabit oleh pihak berkuasa mahupun pihak sekolah.
“Pihak sekolah ada memanggil saya untuk berbincang mengenai kes berkenaan dan lebih mengecewakan mereka meminta saya menarik balik kes itu,” katanya. sambil menambah dia difahamkan pelajar senior itu hanya dikenakan tindakan dibuang asrama.
P/s: Saya memang pelik cara pihak sekolah, kementerian, pihak polis menangani masalah disiplin pelajar. Patutlah semakin banyak budak sekolah berkelakuan seperti penjenayah. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan, terlalu banyak budi bicara tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.
Kalau Mat Sabu belasah orang sudah tentu mahkamah sudah memenjarakannnya!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.